Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 228

March 31, 2022

Jawatan Kosong Di Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Technician

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 20 April 2022 (Rabu)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (NIOSH).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2022 23:10

Amyra Rosli Sakit Hingga Sukar Untuk Bergerak , Kaki Bengkak Dan Lebam

Pelakon jelita , Amyra Rosli dikhabarkan berehat daripada sebarang aktiviti seni apabila suaminya ,Amar Bahrin membuat satu hantaran di Instagram miliknya yang menceritakan tentang keadaan isterinya itu.

Dalam satu perkongsian , Amar menjelaskan bahawa isterinya itu  mempunyai kesan lebam dan bengkak pada bahagian kaki serta mengalami sakit sendi pada seluruh badan.

“Kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention)”, tulis Amar

Malah mengalami batuk yang berterusan selepas positif Covid pada 6 Mac 2022 lalu. Sejak itu batuknya masih berlanjutan malah kakinya makin membengkak dan menyebabkan Amyra sukar untuk bergerak kerana mengalami kesakitan .

 

 

Amar Baharin yang sangat risau melihat keadaan kesihatannya itu mengakui sudah membuat pemeriksaan doktor namun keputusan darah yang diterima adalah normal dan tiada jangkitan kuman dilaporkan.

Dalam pada itu , Amar berterusan mencari penawar untuk sakit isterinya itu dengan pergi ke pusat perubatan Islam dan juga pusat perubatan dengan lebih lanjut untuk mengenalpasti penyakit dengan gejala yang dialami Amyra itu.

Merasa bimbang dengan kejadian yang menimpa isteri tercintanya itu , Amar juga mencari ikthiar dengan bertanyakan dan memohon kepada netizen agar dapat membantu dan berkongsi tips bagi merawat sakit isterinya itu.

Rata – arata rakana artis dan peminat mendoakan kesihatan Amyra dan berharap agar kembali sembuh seperti sedia kala.

Malah ada yang berkongsi tips dan juga pengalaman sendiri ,  tidak kurang juga yang menasihati Amar agar mencuba rawatan Islam jika pusat perubtan masih tidak dapat mengesan penyakit tersebut.

Amyra  yang masih meneruskan penggambaran beberapa hari lepas, kini sudah berehat dan tidak dibenarkan bekerja oleh suaminya kerana bimbang bengkak kakinya lebih parah dan membimbangkan .

Namun masih rancak mempromosikan drama terbaru daripadanya yang kini disiarkan di Astro Megadrama bertajuk Jangan Menangis Cinta .

 

Pasangan Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016 dan perkahwinan mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2. Sepasang cahaya mata yang sentiasa mewarnai hidup mereka malah anak mereka mempunyai peminat sendiri kerana kecomelan dan telatah yang mencuit hati.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2022 23:07

Jawatan Kosong Di MYANGKASA Holdings Sdn Bhd – Minima SPM

Permohonan Jawatan Kosong di MYANGKASA Holdings Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. EKSEKUTIF AKAUN
2. PEMBANTU TADBIR

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 8 April 2022 (Jumaat)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di MYANGKASA Holdings Sdn Bhd.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2022 23:01

Jawatan Kosong Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) – Jom Mohon

Jawatan Kosong Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Latar Belakang

Lembaga Pembiayaan Rumah Sektor Awam (LPPSA) bukan untuk semua orang. Kami hanya mencari yang TERBAIK. Kami mencari bakat yang bersemangat untuk menyumbang kepada LPPSA dan negara, komited kepada standard penyampaian kerja yang tinggi, berkebolehan tinggi dalam bidang kepakaran mereka yang berkaitan dan mampu menyahut cabaran mengurus kesukaran dalam organisasi berprestasi tinggi.

Kami percaya dalam meletakkan orang yang baik, infrastruktur yang sesuai, sistem dan proses yang berkesan untuk memudahkan operasi perniagaan kami. Kami berhasrat untuk membina kumpulan bakat yang kukuh dengan mewujudkan budaya kerja yang baik yang kondusif untuk kakitangan kami untuk kekal bersama kami untuk jangka masa panjang. Kami menawarkan pakej imbuhan yang kompetitif, pembangunan profesional berterusan dan kemajuan kerjaya untuk calon yang tepat.

Baca Juga: Jawatan Kosong Sime Darby Holdings Berhad

Jawatan:

1. MANAGER, IT AUDIT

Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh tutup permohonan : 30 April 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2022 20:13

Jawatan Kosong Sime Darby Holdings Berhad – Jawatan Seluruh Malaysia!

Jawatan Kosong Sime Darby Holdings Berhad

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Sime Darby Holdings Berhad

Latar Belakang

Bahagian Perindustrian Sime Darby ialah salah satu pengedar Caterpillar terbesar di dunia, dengan pengedar Caterpillar merentasi lebih 110 cawangan di 10 negara di seluruh rantau Asia Pasifik. Sebagai sebuah entiti perniagaan, Sime Darby Industrial mampu menawarkan pelbagai peralatan dan perkhidmatan yang komprehensif, daripada penjualan mesin baharu, enjin atau peralatan terpakai kepada penyewaan dan menyediakan rangkaian penuh sokongan produk dan perkhidmatan pembiayaan.

Baca Juga: Jawatan Kosong UKM Kesihatan Sdn Bhd

Jawatan:

1. LIFESTYLE & ACCESSORIES CONSULTANT

2. SALES ADVISOR BMW

3. SERVICE ADVISOR

4. SENIOR EXEC, ESH AND ADMIN

5. JOB CONTROLLER

6. AST / SALES MANAGER (ELECTRICAL)

7. MECHANICAL DRAFTER

8. SALES ADMIN

9. PRODUCT EXECUTIVE (BMW GENIUS)

10. MECHANIC

11. SENIOR ADMIN ASSISTANT (BODY & PAINT)

12. ENGINEER, SERVICE

13. SENIOR ENGINEER, OPERATIONS

14. ASSISTANT, BODY & PAINT

15. SALES MANAGER – KUCHING BRANCH

16. EXECUTIVE, PROCUREMENT

17. SALES CONSULTANT |Selangor – SDAC Ara

18. SALES CONSULTANT | Penang – SDAC Bworth

19. SALES CONSULTANT | Penang – SDAC Bworth

20. SALES CONSULTANT | Sarawak – SDAC Kuching

Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh tutup permohonan : 01 – 29 April 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2022 19:33

eStart : Program eWallet Belia Bermula April 2022

Kerajaan telahpun mengumumkan sebuah program e-wallet untuk belia melalui program eStart menerusi pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini.

Inisiatif akan menerima peruntukan sebanyak RM300 juta melibatkan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar institut pengajian tinggi sepenuh masa.

Apakah Itu Program eStart?

eStart (eSkim Transaksi Tanpa Tunai) adalah program pemberian kredit e-Wallet RM150 secara one-off untuk belia.

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikredit masuk ke akaun e-wallet individu yang layak.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah kelayakan untuk permohonan:

Warganeraga Malaysia dan belia berumur 18 hingga 20 tahunPelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.Apakah eWallet Yang Terlibat?

Penebusan bagi tahun 2022 boleh dibuat melalui BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet .

Tarikh Penebusan eWallet e-Start

Tarikh penebusan adalah pertengahan April 2022.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut boleh layari laman web Portal Belanjawan 2022 untuk sebarang maklumat terkini mengenai bantuan ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2022 19:02

Jom Mohon Rumah Mampu Milik Untuk B40 Dengan Mudah

TEDUH merupakan laman web yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang “One-Stop Centre” kepada individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

SKIM PERUMAHAN DI BAWAH TEDUHPPAM

Skim PPAM merupakan satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 yang bertujuan untuk membolehkan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Lihat disini: Cara Mohon Rumah Pertama, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM)

SPP

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan skim yang diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah.

Lihat disini: Skim Pinjaman Perumahan (SPP), Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

PPR Dimiliki

PPR Dimiliki merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah. Harga jualan bagi rumah tersebut iyalah RM35,000 per unit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 per unit di Sabah dan Sarawak. Program ini membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah.

Lihat disini: Permohonan Rumah PPR (Program Perumahan Rakyat)

PPR Disewa

Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 lagi dan ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124 sebulan.

Lihat disini: Permohonan Rumah Sewa PPR RM120 Sebulan

PR1MA

PR1MA merupakan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana. Harga rumah PR1MA bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000.

Rumah Transit

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudaan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18 – 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh 2 tahun. Penyewa akan diberi notis 6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Ini adalah inisiatif daripada kerajaan dalam menyediakan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dah kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.

Lihat disini: Rumah IKRAM KPKT: Cara Mohon Rumah Sewa Serendah RM124

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi:

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4,
62100 Putrajaya

Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200Emel: teduh@kpkt.gov.myMyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2022 18:30

Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Baru- baru ini penyanyi nasyid dan juga komposer popular tanah air, Muhammad Yasin Sulaiman yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara.

Dia yang hadir diringi pihak polis tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini pada jam 10 pagi untuk didakwa atas tuduhan tersebut.

Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediaman miliknya.

Yasin 47 tahun yang hadir di Makhamah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada hari tersebut.

Dalam satu kenyataan , Yassin bakal didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Namun tiada pengakuan yang direkodkan daripada tertuduh disebabkan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dalam pada itu , Yasin telah membuat satu lagi pengakuan yang menyatakan dirinya tidak bersalah atas dakwaan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di kediamannya .

Semasa serbuan dirumahnya baru-baru ini  , pihak polis telah menemui 17 pokok tumbuhan dalam pasu disyaki ganja di salah sebuah bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Malah polis turut menemui dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan di dalam kediamannya itu.

[image error]

Kesalahan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Pihak makhkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Yasin bagi pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya dan menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 31, 2022 00:15

March 30, 2022

Salah Kecewa, Mane Bangga!

Sadio Mane 2 – 0 Mohamed Salah.  Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Senegal menewaskan Mesir dalam sepakan penalti selepas mendominasi perlawanan yang mendebarkan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Qatar. Walaupun perlawanan seri dengan aggregat 1-1, Senegal berjaya meloloskan diri melalui penalti pada saingan CAF playoff.

Mesir membawa bekalan 1 gol dari perlawanan playoff pertama tetapi gol itu tidak bertahan lama apabila seawal minit ke 4 pemain Mesir, Hamdi Fathi menjaringkan gol sendiri selepas Senegal melakukan serangan melalui sepakan penjuru dan pertahanan Mesir gagal untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Perlawanan yang berlangsung di Diamniadio Olimpik Stadium, Dakar itu dibanjiri penyokong Senegal seramai 50,000 orang. Tuan rumah menampilkan aksi yang cemerlang dan mendominasi perlawanan tersebut namun tiada tambahan gol sehingga wisel separuh masa pertama ditiupkan.

Separuh masa kedua menyaksikan Senegal masih mendominasi perlawanan walaupun aksi sering kali diganggu dengan banyak faul yang membuatkan perlawanan terhenti seketika. Perkara itu tidak membantu kedua dua jurulatih apabila jurulatih banyak menjerit di tepi padang kepada pengadil atas faul yang dilakukan pemain.

Mesir melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Zizo yang mempunyai dua peluang terbaik untuk memberi pasukannya pendahuluan selepas dimasukkan pada minit ke 70 namun penyerang Zamalek itu gagal menyudahkan peluang. Peluang yang disia siakan itu memaksa perlawan diheret ke masa tambahan.

Selepas itu, giliran Senegal pula mensia siakan peluang apabila Ismaila Sarr gagal menewaskan penjaga gol Mesir, Mohammed El Shenawy apabila sepakan lencong beliau melencong jauh dari gawang gol. Sarr sekali lagi gagal menjaringkan gol apabila hantaran silang Sadio Mane kepadanya disudahi dengan sepakan tepat ke arah El Shenawy walaupun gawang gol terbuka luas.

Senegal terus mendominasi perlawanan namun tiada gol yang berjaya dicipta seterusnya membawa ke penentuan sepakan penalti. Dalam sepakan penalti, empat sepakan penalti awal gagal menghasilkan gol sebelum Sarr meletakkan Senegal di depan dan Bamba Dieng menjadikan skor penalti 2 berbalas 1 sebelum Eduoard Mendy menyelamatkan sepakan dari Mostafa Mohamed. Mane menjadi wira apabila berjaya menyudahkan penalti penentu seterusnya membawa Senegal ke Piala Dunia untuk kali ketiga dalam sejarah negaranya.

“Saya tidak risau bagaimana mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam perlawanan ini. Kita mempunyai pemain yang telah memenangi piala Liga Juara Juara Eropah.” ujar jurulatih Senegal, Cisse. Rakan sepasukan Mane, Mohammed Salah gagal menjaringkan gol pada pembukaan sepakan penalti untuk Mesir dalam perlawanan ini dan menjadi duka kedua setelah kalah dalam penentuan sepakan penalti pada final Piala Negara Afrika lepas yang menyaksikan Senegal menjadi juara dalam penentuan sepakan penalti dramatik.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 23:49

FAM Beri Amaran Keras Kepada Rizal Ghazali

Tiada tindakan atau denda diekeluarkan!  Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memberi amaran kepada pertahanan Sabah Fc, Rizal Ghazali pada satu sidang media hari ini.

Perkara ini terjadi apabila Rizal Ghazali tidak mahu melapor diri ke kem pusat latihan pusat pasukan kebangsaan Harimau Malaya baru baru ini. Tiada tindakan atau denda yang dikeluarkan FAM namun amaran keras telah dikeluarkan agar pemain tersebut tidak mengulangi perkara yang sama di masa akan datang.

“Pemain Sabah FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali telah diberi amaran keras agar tidak mengulangi tindakannya yang enggan melapor diri ke kem latihan pusat pasukan kebangsaan, Malaysia pada 14 Mac 2022, susulan itu surat amaran telah dikeluarkan oleh FAM kepada Mohd Rizal agar menghormati panggilan skuad kebangsaan jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan dan Mohd Rizal sudah pun menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM.”

“Sebagai peringatan tambahan, Mohd Rizal diingatkan agar tampil melapor diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab kepada pengurusan pasukan seandainya mempunyai alasan kukuh untuk menarik diri dari menyertai panggilan kem latihan pada masa akan datang.” ujar kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Sikap Rizal yang berdiam diri pada ketika itu turut mendapat teguran dari pengurusan Sabah Fc yang meminta Rizal memberi penjelasan keengganan beliau menyertai kem latihan negara. Hanya selepas beberapa hari selepas itu Rizal berkongsi masalah keluarga yang dihadapinya kerana ayahnya yang sedang sakit dan terus menghubungi pihak pengurusan FAM.

Sebelum ini Rizal diletakkan berada didalam senarai bersedia untuk dipanggil oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan Gon sekiranya berlaku sebarang kemungkinan. Namun, keengganan Rizal itu memaksa Kim Pan Gon memanggil Ahmad Khuzaimi Piee untuk menggantikan tempatnya dan pemain pertahanan Negeri Sembilan FC itu hadir melapor diri pada 14 Mac 2022.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 23:33

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.