Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 232
March 27, 2022
Ikhsan Fandi Wira Singapura Tumbangkan Harimau Malaya!
The Lions Benam Momentum Harimau Malaya! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Ikhsan Fandi menjadi pemusnah impian Malaysia untuk mengekalkan momentum kemenangan dengan dua jaringan golnya berjaya menundukkan skuad Harimau Malaya.
Walaupun skuad Singapura masih belum menjumpai ketua jurulatih namun Singapura menggunakan pendekatan menyerang dan mencuba taktikal baharu semasa menentang musuh tradisi Malaysia pada hari semalam. Keputusan meletakkan Ikhsan Fandi sebagai penyerang ternyata menjadi senjata utama skuad Singapura.
Penyerang berusia 22 tahun itu yang menjadi antara pemain penting bersama skuad senior sejak melakukan debut pada tahun 2019 telah menjaringkan dua gol yang menakjubkan untuk membantu ‘The Lions’ menang 2 berbalas 1 menentang Malaysia dalam siri perlawanan persahabatan FAS Tri-Nation Series di Stadium Nasional,Singapura.
Di dalam perlawanan yang ditekan dan didominasi oleh Malaysia walaupun dihadapan 14,896 penyokong sendiri, Ikhsan tetap menampilkan aksi yang meyakinkan dan terus memadam semangat skuad lawan yang tampak tidak putus putus mengasak permainan dan Ikhsan telah menaikkan moral tinggi buat penyokong sendiri sejak persembahan terbaik beliau di piala AFF Suzuki lepas.
“Kami berjuang dengan susah payah walaupun mendapat kemenangan tipis. Setiap pemain yang bermain,mereka pasti memberikan 100 peratus usaha untuk memenangi perlawanan ini, saya sangat bangga dengan anak buah saya” ujar ketua jurulatih sementara,Nazri Nasir. Beliau yang mengemudi skuad Singapura selepas Tatsuma Yoshida yang meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan selepas piala AFF Suzuki untuk kembali ke negara kelahiran, Jepun.
“Kami tahu Malaysia akan bermain dengan sangat pantas tetapi kami mempunyai pemain veteran berpengalaman seperti Harris(Harun), Shadan(Sulaiman) dan Zulfahmi(Arifin) di atas padang jadi kami memberi arahan supaya untuk sentiasa pegang bola,bermain dengan rentak kita sendiri dan tidak mengikut rentak permainan lawan. Walaubagaimana pun,kami berhasil untuk menjaringkan mencipta peluang buat Ikhsan untuk menjaringkan dua gol.” ujar beliau lagi.
Ikhsan Fandi yang bermain di liga utama Thailand menerusi kelab BG Pathum United telah mewakili skuad Singapura sebanyak 26 caps dan telah menjaringkan 13 goal secara keseluruhan.
Rayuan BKM Fasa 1 Akan Dibuka Pada Mei 2022
Bayaran BKM akan dikreditkan sebanyak RM100 sehingga RM300 mengikut kelayakan rakyat. Tujuan BKM FASA 1 diberikan adalah untuk meringankan beban rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.
Untuk makluman, bagi mereka yang tidak tersenarai sebagai penerima Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia, atau mendapat status TIDAK LULUS BKM, anda boleh membuat rayuan.
Permohonan rayuan akan dibuka secara atas talian (online).
Baca juga:
Bantuan BKM Fasa 1 Dah Masuk | Semak Sini Sekarang!Semakan BKM 2022 (Fasa 1) : Boleh Semak Sekarang!Tarikh Rayuan Dibuka:Rayuan boleh dibuat mulai 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.
Permohonan Rayuan BKM:Berikut adalah cara-cara untuk membuat permohonan rayuan:
LANGKAH 1: Layari laman sesawang BKM.
LANGKAH 2: Sila pastikan anda menyediakan dokumen yang lengkap untuk proses semakan semula oleh LHDN.
Kategori Penerima BKM:Berikut adalah kategori yang layak menerima BKM:
i. Isi Rumah
a) Kahwin.
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas.
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
b) Had umur adalah 21-59 tahun.
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Berikut adalah tarikh pembayaran BKM:
28 Mac 2022 bagi yang mempunyai akaun bank.
30 Mac 2022 bagi yang tiada akaun bank.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bantuan Keluarga Malaysia atau hubungi talian 1-800-88-2747.
Jom Daftar Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40 Pakej Peranti Siswa
Untuk makluman, pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diumumkan dalam Bajet 2022 akan bermula pada pertengahan April 2022.
Pakej PerantiSiswa Keluarga MalaysiaSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih.
Pengenalan pakej yang dibentangkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Tarikh PendaftaranTempoh permohonan pakej Perantisiswa ini akan bermula pada pertengahan April 2022.
Proses perolehan bagi inisiatif ini sedang dibuat dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022, seterusnya akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.
Baca juga: Bantuan BKM Fasa 1 Dah Masuk
Kelayakan Tablet Percuma Pakej PerantiSiswaPelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej tablet percuma ini.
Perincian kelayakan adalah seperti berikut:
Mahasiswa yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850.Mahasiswa yang belajar di peringkat pengajian berikut:
Diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA)PoliteknikKolej KomunitiInstitusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).Syarikat Telekomunikasi Yang TerlibatPada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah :
Celcom Axiata Berhad (Celcom)Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)Maxis Berhad (Maxis)U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)Telekom Malaysia Berhad (TM) danYTL Communications Sdn Bhd (YES).PermohonanPihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) – Gaji Minima RM1,500
Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)
Latar BelakangLembaga Pinjaman Padi Negeri Selangor (LPPNS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan berperanan untuk menebus tanah-tanah sawah, memberi pinjaman kepada petani-petani untuk membeli tanah-tanah sawah dan memberi pinjaman bagi pembelian jentera untuk kegunaan di sawah-sawah. LPPNS telah dibubar dan digantikan dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS). PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 1972 (pindaan 1976,1982 dan 2005) dan bermula beroperasi pada 1 Mac 1973. PKPS bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.
Walaupun nama telah ditukar namun aktiviti berkenaan penanaman padi masih diteruskan. Pada masa yang sama, PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kachong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut. PKPS dalam tempoh 2010 hingga 2014 adalah ke arah mengembangkan aktiviti komersil dengan memperluaskan kawasan penanaman kelapa sawit, tanaman getah, pengeluaran buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, tembikai, betik, jambu batu, rambutan, pulasan dan lain-lain lagi. Projek ternakan ayam berteknologi tinggi, projek ternakan tenusu lembu dan projek ternakan ikan air tawar. Pengembangan aktiviti ini adalah sebagai sumbangan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor.
Baca Juga: Jawatan Kosong Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
Jawatan:1. PENOLONG PENGURUS (PERLADANGAN)
Cara Mohon:
Tarikh tutup permohonan : 5 April 2022
Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.
Jawatan Kosong Foodpanda Malaysia Sdn Bhd – Gaji RM2,900 – RM6,500 Mohon Segera!
Jawatan Kosong Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Foodpanda Malaysia Sdn Bhd
Latar BelakangFoodpanda Malaysia bermula dengan satu matlamat: untuk menjadi perkhidmatan penghantaran makanan yang paling mudah di negara ini. 2 tahun kemudian, ia beroperasi dengan jayanya di 6 bandar di Malaysia dengan ramai pelanggan yang gembira. Menggunakan apl telefon pintar mudah atau tapak web, sesiapa sahaja boleh mencari restoran kegemaran mereka berhampiran mereka dan memesan hidangan kegemaran mereka, minuman atau barangan runcit. Sama ada penghantaran sarapan, penghantaran makan tengah hari atau makan malam, foodpanda ialah tempat terbaik anda untuk memesan makanan dari mana-mana jenis restoran di mana-mana di Malaysia. Kami percaya makanan adalah keseronokan dan pesanan makanan harus menjadi pengalaman yang pantas dan menyeronokkan.
Baca Juga: Jawatan Kosong Indah Water Konsortium Sdn. Bhd
Jawatan:1. TELESALES EXECUTIVE (TAIWAN/HONG KONG MARKET)
2. CUSTOMER SERVICE EXECUTIVE – HONG KONG (IMMEDIATE HIRING)
3. SENIOR TEAM LEADER – HONG KONG MARKET
Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.Tarikh tutup permohonan : 21 – 24 April 2022
Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.
Setelah Dua Tahun Menunggu, Aedy Ashraf Buat Kejutan Melamar Amelia Henderson Secara Live
Semalam pasangan sensasi dalam drama , pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson kembali menjadi sorotan media apabila Aedy dengan beraninya membuat kejutan dengan melutut dan melamar Amelia di depan ramai penonton yang hadir ketika menjayakan Absolute Food Festival 2022 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dirasmikan baru- baru ini.
Walaupun tidak berkongsi kisah itu di Ig masing-masing namun aksi romantis mereka sempat dirakam oleh beberapa orang peminat yang tidak sengaja merakam aksi tersebut malah telah tular di aplikasi popular ,Tik Tok.
Menerusi video itu, Aedy dilihat melutut kononnya berpura-pura mengikat tali kasut miliknya sebelum dengan mengejut dia tiba- tiba menyatakan hasrat hatinya untuk menjadikan Amelia sebagai kekasih hatinya.
https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/03/WhatsApp-Video-2022-03-27-at-15.17.11.mp4
“Amelia Henderson, would you be my girlfriend? (Sudikah awak menjadi teman wanita saya?),” katanya.
Tanpa berfikir lama dan dengan segera, Amelia menjawab ‘yes’ sebagai tanda menerima dan telah disambut dengan sorakan para peminat yang berada di tempat kejadian sekaligus membuatkan Aedy berlari kerana berasa terlalu gembira dengan balasan Amelia.
Malah mereka sempat berborak dan tanpa sengaja Aedy mengakui sudah menunggu hampir 2 tahun sebelum bersedia melamar wanita pujaannnya itu.
Perkongsian video itu mendapat banyak sukaan dan juga komen daripada netizen yang bersetuju dengan pilihan pasangan ini untuk berpasangan dan bercinta .
Malah ada yang berharap agar pasangan ini mempunyai hubungan yang lebih serius hingga ke jinjang pelamin dan membina keluarga bahagia bersama.
Tidak kurang juga ada yang kecewa dan tidak menyangka dengan perkara yang berlaku malam tadi kerana pasangan ini sememangnya menjadi kegilaan para gadis dan jejaka.
Pasangan ini sememangnya sepadan apabila dihandingkan bersama dalam drama dan kini mengakui mempunyai hubungan serius di dunia realiti dan mendapat sokongan peminat.
Semakan BKM 2022 (Fasa 1) : Boleh Semak Sekarang!
Semakan BKM 2022 Fasa 1. Tarikh bayaran rasmi dan login myBKM semakan status permohonan lulus atau tidak kategori bujang, isi rumah B40 & M40.
Tarikh pembayaran bagi BKM Fasa 1 telahpun diumumkan iaitu bermula pada 28 Mac 2022 – 8 April 2022.
Penerima BKM 2022Tiga golongan yang akan menerima BKM ini ialah golongan isi rumah, warga emas bujang dan golongan BKM bujang.
Kriteria & SyaratGolongan berikut ini layak untuk terima bantuan sekiranya memenuhi syarat Bantuan Keluarga Malaysia seperti berikut:
Jumlah bantuan pembayaran BKM untuk fasa 1 2022 ini adalah seperti berikut :
a) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Umur 59 tahun dan ke bawah
b) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Umur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah bantuan tambahan Isi Rumah Warga Emas RM300
c) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal yang Mempunyai Anak) – Jumlah bantuan tambahan RM500
d) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal (IBT) tidak mempunyai anak – Pemohon umur bawah 59 tahun dan ke bawah
e) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal (IBT) tidak mempunyai anak – Pemohon umur 60 tahun dan ke atas
Nak tahu BKM masuk bila?
Kami akan update dengan pantas dalam group ini.
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Semakan dan kemaskini maklumat peribadi BKM kini boleh dibuat dengan pergi ke laman web rasmi BKM di :https://bkm.hasil.gov.my
BKM Log MasukUntuk log masuk ke dalam sistem, masukkan nombor MyKad pemohon dan tekan semak. Masukkan juga kata laluan yang telah anda tetapkan.
Paparan dalam sistem BKM adalah seperti berikut :
Anda boleh lakukan kemaskini maklumat permohonan, semakan status dan cetak permohonan anda.
FAQ Soalan Lazim Fasa 1 bila masuk?Kerajaan telah umumkan tarikh pembayaran iaitu bermula pada 28 Mac hingga 8 April 2022.
Nak buat permohonan baru macam mana?Untuk permohonan baru, anda hanya perlu isi borang permohonan dan hantar ke LHDN.
{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Fasa 1 bila masuk?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Kerajaan telah umumkan tarikh pembayaran iaitu bermula pada 28 Mac hingga 8 April 2022." } } , { "@type": "Question", "name": "Nak buat permohonan baru macam mana?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Untuk permohonan baru, anda hanya perlu isi borang permohonan dan hantar ke LHDN." } } ] }BKM Fasa 1 Masuk Esok | Jom Semak Kelayakan Anda Sekarang
Bayaran untuk Bantuan bulan Mac ini iaitu BKM Fasa 1 akan dibuat mulai esok bermula 28 Mac 2022.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia mengesahkan mengenai tarikh rasmi BKM Bantuan Keluarga Malaysia. Berjuta penerima yang berkelayakan akan dapat manfaat tersebut.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Dengan pembayaran BKM Fasa yang pertama ini, maka bermulalah nilai bantuan BKM yang berjumlah RM8.2 billion yang telah diperuntukkan oleh kerajaan dalam usaha untuk menzahirkan pertolongan kerajaan untuk meringkan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik.
Semakan Status BKMSemakan status kelulusan boleh dibuat di Portal BKM nanti.
Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rersebut untuk tujuan rujukan.
Penerima BKM Fasa 1Isi RumahWarga Emas Bujang/ Tiada PasanganBujangUntuk fasa 1, setiap penerima daripada setiap kategori akan dapat bantuan, termasuk golongan bujang.
Segala pertanyaan sila hubungi :
1-800-88-2747
March 26, 2022
Jom Semak Jumlah Pembayaran BKM Bujang Fasa 1
Jumlah pembayaran BKM bujang telahpun diumumkan kerajaan pada minggu lepas. Tarikh bayaran BKM Fasa 1 bermula pada akhir bulan 3 iaitu 28 Mac 2022 dan akan masuk ke dalam akaun bank masing-masing secara berperingkat.
Bujang BKMBujang Bantuan Keluarga Malaysia adalah mereka yang masih tidak berkahwin atau tergolong dalam kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang tidak mempunyai anak.
Kategori Bujang BKMBantuan Keluarga Malaysia untuk kategori bujang terbahagi kepada dua, iaitu :
a) Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak yang berumur 59 tahun dan ke bawah
b) Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak yang berumur 60 tahun dan ke atas
Cara Semakan BKMKlik di pautan berikut untuk buat semakan permohonan : BKM
Jumlah Pembayaran Bujang BKM Fasa 1Berikut adalah jumlah pembayaran untuk BKM kategori bujang bagi Fasa 1 :
a) Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak yang berumur 59 tahun dan ke bawah
Jumlah Bantuan : RM350
b) Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak yang berumur 60 tahun dan ke atas
Jumlah Bantuan : RM600
Kategori bujang akan dapat RM150 - RM200. Lihat kategori bujang anda dalam website ini.
Bila tarikh bayaran bujang untuk fasa 1?Bayaran BKM bujang akan diagihkan bermula pada 28 Mac 2022.
{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Berapakah jumlah bayaran untuk bujang BKM Fasa 1?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Kategori bujang akan dapat RM150 - RM200. Lihat kategori bujang anda dalam website ini." } } , { "@type": "Question", "name": "Bila tarikh bayaran bujang untuk fasa 1?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Bayaran BKM bujang akan diagihkan bermula pada 28 Mac 2022." } } ] }Pertahanan Termahal Dunia “Harry Maguire” Kini Bakal Di Lelong!
Harry maguire bakal dilelong? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Terkini terdapat satu laporan dari media Uk melaporkan kelab gergasi Manchester United bersedia untuk menjual kapten kelab itu pada musim perpindahan yang akan datang. Laporan tersebut menyatakan kelab sedang memikirkan penjualan ini kerana prestasi Harry Maguire yang naik turun pada musim ini.
Kapten pasukan tersebut yang dibeli daripada Leicester dengan harga £80 juta menjadikannya sebagai pemain pertahanan termahal didunia yang dibeli pada musim panas 2019 oleh bekas jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer. Dek kerana prestasi yang tidak menentu, kelab sudah bersedia untuk membuka rundingan pembelian pemain tersebut.
Manchester United bersedia untuk mencari penganti pemain tersebut yang bakal berusia 30 tahun pada tahun hadapan. Kritikan yang banyak pada Maguire terhadap aksinya yang lemah pada setiap perlawanan telah menjejaskan reputasi beliau sendiri serta prestasi tersebut dikatakan sesetengah penyokong tidak berpuas hati beliau masih menjawat jawatan sebagai kapten pasukan.
Beberapa penganalisis bolasepak inggeris juga selalu memberi kritikan yang hebat terhadap prestasi beliau dan mereka juga menyatakan jika Maguire bukan pemain kelahiran inggeris sudah pasti beliau akan dikritik lebih teruk oleh media inggeris. Musim ini sahaja Maguire hanya membantu pasukan mendapatkan clean sheet sebanyak 6 perlawanan sahaja. Laporan tersebut juga mengatakan Manchester United sudah bersedia untuk menerima bidaan yang lebih rendah dari harga asal yang dibelanjakan untuk mendapatkan Maguire pada musim panas lalu.
Adakah para penyokong Red Devils kecewa dengan berita ini atau sebaliknya? sama-sama kita tunggu pada musim baru liga perdana inggeris 2022/2023.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
