Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 233
March 26, 2022
(JAKIM) Niat Puasa Ramadhan Harian & Sebulan 2022
Niat Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan. Hukumnya adalah WAJIB. Tanpa niat, seseorang itu dianggap tidak berpuasa.
Portal Malaysia akan kongsikan kepada anda mengenai info-info berkaitan puasa di bulan Ramadhan.
Lafaz Niat Puasa RamadhanRamai yang tanya, bilakah waktu berniat untuk berpuasa?
Waktu niat berpuasa bermula pada terbenam matahari (waktu maghrib) sehingga terbit fajar sidiq (waktu subuh). Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa pada tempoh tersebut.
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan (Sebulan)
Bagaimana jiak terlupa untuk niat berpuasa? Menurut ulama-ulama mazhab Syafi’e, mereka menganjurkan juga berniat puasa dengan bertaqlid kepada mazhab Maliki.
Ianya untuk menjaga maslahat (kepentingan) dan hajah (keperluan) sebagai langkah berhati-hati dan ditakuti terlupa berniat puasa pada malam hari.
Anda boleh rujuk dengan lebih lanjut di sini : Sumber
Selamat menunaikan ibadah berpuasa pada Bulan Ramadhan. Semoga amalan-amalan anda diterima Allah S.W.T.
Anda Lupa Kata Laluan BKM 2022 – Set Semula Sekarang!
Adakah anda terlupa kata laluan BKM anda ketika mahu buat semakan BKM? Sila baca artikel ini sampai habis untuk dapatkan semula password anda dan reset semula kata laluan.
Ramai yang dah dapat bantuan dalam Group ni.
Jom Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan!
Klik Sini
Berikut adalah langkah untuk reset semula ID pemohon :
Tekan “Log Masuk BKM”.Klik “Terlupa kata laluan”.Masukkan nombor Kad Pengenalan anda & tekan “Semak”.Kemudian, masukkan e-mel anda yang telah didaftarkan & klik “Seterusnya”.Check kata kunci keselamatan anda adalah betul & klik “Ya”.Sila jawab soalan keselamatan yang anda dah tetapkan.Seterusnya, masukkan kata laluan baru & pengesahan kata laluan, klik “Tukar Kata Laluan”.Siap! Penukaran kata laluan ID anda yang baru telah berjaya.
P/s: Dapatkan info mengenai BKM Fasa 1 2022 di sini.
Terlupa Soalan KeselamatanSaya terlupa jawapan kepada soalan keselamatan yang telah saya tetapkan, apa perlu saya buat?
Sekiranya anda terlupa dan gagal menjawab soalan keselamatan anda, anda diminta untuk hubungi BKM di talian
1-800-88-2747
atau sila hadir ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan untuk reset semula ID pengguna anda.
FAQ Soalan Lazim Saya tersilap jawab soalan keselamatan & ID pemohon saya telah disekat. Apa perlu saya buat?Jika anda dapat paparan untuk cuba semula selepas 24 jam, sila log masuk selepas 24 jam. Ini kerana ID anda akan disekat sekiranya anda gagal jawab setelah 3 kali percubaan. Jika anda tak ingat jawapan, sila hubungi talian hotline BKM.
Saya terlupa kata laluan BKM saya, apa perlu saya lakukan?Sila reset semula kata laluan anda. Sila ikuti panduan mudah di dalam artikel ini.
{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Saya tersilap jawab soalan keselamatan & ID pemohon saya telah disekat. Apa perlu saya buat?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Jika anda dapat paparan untuk cuba semula selepas 24 jam, sila log masuk selepas 24 jam. Ini kerana ID anda akan disekat sekiranya anda gagal jawab setelah 3 kali percubaan. Jika anda tak ingat jawapan, sila hubungi talian hotline BKM." } } , { "@type": "Question", "name": "Saya terlupa kata laluan BKM saya, apa perlu saya lakukan?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Sila reset semula kata laluan anda. Sila ikuti panduan mudah di dalam artikel ini. " } } ] }March 25, 2022
Erry Putra Sengaja Kongsi Gambar Dengan Kapsyen Lawak Rogol , Nak Publisiti Murahan Juga Ke
Belum lagi reda tentang kisah Zul Ariffin yang mengejutkan seluruh warga Malaysia , semalam pula hangat diperkatakan di laman sosial Twitter yang mana seorang pelakon yang sudah lama menyepi daripada dunia seni iaitu Erry Putra.
Seorang pengguna Twitter telah berkongsi paparan skrin daripada Instagram Erry Putra yang mana dia berkongsi gambar bersama seorang pelakon wanita lain dengan kapsyen yang tidak beradap dan menjijikkan.
Dalam perkongsian berkenaan, pelakon itu menulis kapsyen ‘rogol time’ dengan emoji yang tidak sennoh dan semestinya mendapat tentangan dan mengundang kecaman para netizen yang melihat.
Pengguna Twitter tersebut kurang senang dengan kapsyen yang diletakkan Erry pada gambar berkenaan walaupun hanya disifatkan sebagai jenaka tetapi tidak menjaga sensitiviti orang sekeliling .
Terdapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter yang merasakan bahawa tindakan pelakon itu sangat biadap dan sengaja mencari publisiti murahan bagi mempromosikan drama berkenaan.
Walhal perkara tersebut seharusnya dijauhkan dan tidak dikongsi di media sosial sesuka hati kerana ia memaparkan perkara yang tidak bermoral.
Sebelumnya seorang pelakon lelaki popular sudah dibanned pihak media penyiaran kerana dengan sengaja menceritakan scene rogol yang dilakonkannya dalam sebuah drama yang tidak ditayangkan di televisyen namun tetap mendapat kecaman hebat.
Malah seorang pelawak yang sering bercakap dan melawak dengan double meaning lucah juga sudah disekat untuk menyertai beberapa beberapa program tv dan radio.
Nampaknya perkara yang tidak profesional seperti ini masih digunakan bagi mempromosikan drama dan filem bagi menarik perhatian orang ramai untuk melihat dan menonton.
Tindakan pelakon itu dikatakan melampau dan keterlalu sehingga merasakan rogol itu bukan satu kesalahan dan jenayah yang berat sehingga memaparkannya dimedia sosial tanpa berfikir panjang.
Rata- rata netizen tidak suka serta mengecam perkara tersebut dan membuatkan Erry Putra memadam gambar tersbut malah menetapkan Ig miliknya dalam mood peribadi .
Cabaran Kedua Kim Pan Gon Menentang Singapura!
Cabaran Kedua Kim Pan Gon Menentang Singapura – Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Terkini, jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan Gon akan berdepan cabaran kedua menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapura esok. Walaupun hanya perlawanan persahabatan tetapi beliau menganggap ianya penting sebagai penilaian terhadap pemain Malaysia untuk beraksi dengan lebih baik.
Penggendali dari Korea Selatan itu menyatakan perlawanan kedua pasukan ini sangat menarik kerana mempunyai sejarah pertemuan yang hebat serta dikenali sebagai pertembungan klasik ‘Derbi Seberang Tambak’. Beliau juga mahukan anak buahnya terus mengekal momentum kemenangan dan mengekalkan aksi corak permainan yang tersusun.
Tambah Kim Pan Gon,beliau mahu pemain Malaysia mempamerkan aksi yang positif agar penilaian dapat dibuat dengan sebaik mungkin dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa ini. Jelas beliau, kemenangan perlu dilakarkan untuk menaikkan moral dan motivasi pasukan supaya kekal konsisten menjelang perlawanan penting dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Jun nanti.
“Saya baru saja ambil alih pasukan dan kami sudah melalui beberapa sesi latihan serta aksi persahabatan (menentang Filipina) sebelum ini. Ini adalah aksi perlawanan kedua dan objektif ke sini (Singapura) adalah untuk menilai kemampuan semua pemain. “Ia juga sebagai medan untuk melihat kefahaman taktikal dan eksperimen. Ya saya sedar perlawanan malam esok juga penting dan sebagai jurulatih saya juga ada matlamat sendiri. “Apa yang saya tahu ia satu aksi derby dan sangat penting, namun perkara paling mustahak adalah menyediakan pasukan untuk Kelayakan Piala Asia dan Piala AFF.
“Kita cuba bentuk pasukan dengan asas terbaik serta cuba memberi kefahaman yang jelas tentang taktikal dan teknikal permainan yang kita mahukan,” katanya pada sidang media pra perlawanan hari ini menerusi Harian Metro.
Untuk rekod perlawanan lalu, pertembungan kedua pasukan ini jelas memihak kepada Malaysia kerana daripada 68 kali pertemuan, skuad kebangsaan telah melakar 26 kali kemenangan ke atas Singapura. Berbanding dengan tuan rumah iaitu Singapura, skuad ini hanya meraih 20 kemenangan dan selebihnya mencatat keputusan seri sejak kali pertama bertemu Malaysia pada tahun 1967 dan dijangka memberi saingan sengit kepada Malaysia dibawah bimbingan jurulatih sementara, Nazri Nasir.
Itali Gagal Ke Piala Dunia Qatar 2022!
Itali Gagal Ke Piala Dunia Qatar 2022? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Sedih.. Itu lah sekarang dialami oleh skuad barisan Itali (Azzurri) apabila terlepas peluang untuk kembali bermain di piala dunia di Qatar apabila tewas kepada Macedonia Utara di saingan separuh akhir playoff. Selepas menjadi juara piala EURO 2020,skuad kendalian Roberto Mancini berhasrat untuk kembali ke piala dunia setelah gagal beraksi di pentas itu pada tahun 2018.
Kekalahan ini merupakan kekalahan kelayakan piala dunia pertama di laman sendiri. Faktor kekalahan bukan disebabkan dari kekurangan penguasaan bola kerana Itali mengatasi Macedonia Utara dari segi percubaan ke arah gol dengan 32 percubaan dan hanya 5 percubaan tepat ke arah gol. Itali juga menggunakan formasi tipikal Roberto Mancini iaitu 4-3-3 yang membariskan tiga pemain tengah terkuat mereka iaitu Nicolo Barella, Marco Veratti dan Jorginho untuk memenangi perlawanan ini namun sebaliknya yang terjadi.
Pemain Macedonia Utara, Aleksandar Trajkovski menjadi duri dalam daging Itali apabila menjaringkan gol pada masa kecederaan. Perlawanan berlangsung di Palermo itu memberi Trajkovski kelebihan apabila beliau pernah bermain di stadium ini selama empat musim antara tahun 2015 sehingga 2019 mewakili Palermo.
Sepanjang edisi piala dunia, Itali telah layak ke setiap edisi dari tahun 1962 sehingga 2014 dan telah menjadi juara sebanyak empat kali. The Azzuri sebelum ini menebus kegagalan mereka mara ke piala dunia 2018 dengan menjadi juara piala euro 2020 dan telah mencatatkan rekod tanpa kalah paling panjang di peringkat atarabangsa.
Namun, kegagalan melayakkan diri ke piala dunia Qatar kali ini menjadi satu lagi episod duka buat skuad Itali. Mereka kini hanya boleh menunggu sahaja slot kelayakan piala dunia 2026 yang akan datang.
Tempoh Cuti Bersalin Untuk Isteri Dan Cuti Paterniti Untuk Suami Kini Ditambah
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim telah mengumumkan tempoh cuti bersalin kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti lelaki dilanjutkan daripada 3 hari kepada 7 hari.
Tujuan ianya dibuat adalah untuk memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.
Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.
Beliau berkata pindaan itu juga melibatkan pertambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Dewan Rakyat pada 21 Mac telah meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265), yang antara lain mencadangkan agar cuti paterniti dinaikkan daripada 3 hari kepada 7 hari, selepas mendapat sokongan suara terbanyak.
Baca juga:
Mohon Skim Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA 2022Mohon Hadiah Insentif RM1,000 Untuk Pelajar Masuk IPT HPIPT 2022Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat untuk mendapat cuti paterniti:
Pekerja lelaki sektor swasta dan awam.Kelayakan cuti paterniti terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri.Cuti bermula pada hari isteri bersalin.Perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.Sumber: BERNAMA via Berita RTM
Jawatan Kosong Di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) – Minima SPM
Permohonan Jawatan Kosong di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pemeriksa Kenderaan
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Tidak DinyatakanLokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di J&T CARGO – Pelbagai Negeri Dibuka!
Permohonan Jawatan Kosong di J&T CARGO dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Talent Acquisition Team Leader
2. Internship
3. HR Executive
4. Customer Service Executive
5. Claims Executive (LOGISTICS)
6. Finance Manager
7. Content Writer
8. Purchasing & Inventory Executive
9. Business Analyst
10. Operations/Hub Manager
Lokasi : Pelbagai Negeri
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di J&T CARGO.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Penang Port Sdn Bhd – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Negeri Pulau Pinang di Penang Port Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. MANAGER HYDROGRAPHY, MARINE DEPARTMENT
2. HEAD OF SECTION, SECURITY, SAFETY & EMERGENCY SERVICES
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Penang Port Sdn Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
March 24, 2022
Penyanyi Nasyid Ditahan Polis, Didakwa Terlibat Kes Dadah
Seorang penyanyi Nasyid telah ditangkap polis di daerah Petaling Jaya kerana disyaki terlibat dalam kes yang berkaitan dadah.
Dalam satu kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid yang telah mengesahkan penahanan selebriti berkenaan.
“Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu,” katanya.
Kejadian penangkapan itu berlaku di sebuah kondominium di Kota Damansara dan tertuduh telah dibawa ke balai yang berdekatan untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu – rata – rata netizen meneka siapakah gerangan tertuduh yang ditangkap itu malah terdapat satu nama dan juga kenyataan berkenaan perkara itu telah tersebar.
Salah seorang netizen membuat spekulasi bahawa penyanyi tersebut pernah menjadi salah seorang anggota daripada sebuah kumpulan Nasyid popular dan kemudiannnya bergerak secara solo dan cukup menyinar pada suatu ketika dahulu.
Penyayi tersebut juga pernah beberapa kali memenangi Anugerah Juara Lagu dengan lagu ciptaannya dan nyanyiannya malah banyak mencipta lagu untuk artis ternama di Malaysia.
Namun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis yang menyatakan nama kepada penyanyi yang disyaki berikutan kes dadah tersebut dan sidang media akan diadakan pada hari ini bagi mengesahkan teka-teki tersebut.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
