Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 229

March 30, 2022

Pelan Insurans Isi Rumah Miskin Kehilangan Sumber Pendapatan Sehingga RM10,000

Terkini Pelan insurans isi rumah miskin bernilai RM10,000 kepada isi rumah miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian ketua isi rumah (KIR) akan di sediakan kerajaan menerusi Majlis Perlindunga Sosial Malaysia (MySPC)

Kerajaan menerusi Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) akan menyediakan Pelan Perlindungan Insurans kepada Isi Rumah (IR) Miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian Ketua Isi Rumah (KIR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, ia akan melibatkan kira-kira 268,000 keluarga miskin yang berdaftar dalam eKasih.

Perdana Menteri juga memaklumkan, setiap isi rumah akan menerima RM10,000 dengan peruntukan sebanyak RM13.4 juta setahun.

Merupakan bantuan berbentuk pelan insurans kepada keluarga miskin yang kehilangan punca pendapatan akibat kematian ketua isi rumah akan menerima RM10,000.

Keluarga ini perlulah berdaftar dalam eKasih

MySPC juga memutuskan untuk memperkasakan agenda perlindungan sosial sehingga ke peringkat daerah pentadbiran menerusi Jawatankuasa Teknikal Perlindungan Sosial Negeri (JTPSNg) bagi menyelaras Pemetaan Program dan Profil Perlindungan Sosial Fasa 2.

Selain itu, MySPC akan meningkatkan tahap sosioekonomi Keluarga Malaysia dengan memberi nilai tambah dan tumpuan kepada Program Peningkatan Pendapatan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin dan Miskin Tegar yang berdaftar dalam eKasih.

Baca juga :

KWSP RM10K One-Off : Tarikh Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum MohonJadual Jangkaan Masuk Duit BKM Fasa 1 | Maybank, CIMB, RHB, BSN

Malaysia Productivity Corporation (MPC) diberi tanggungjawab menerajui Jawatankuasa Kerja Memodenkan Subsidi Bagi Meningkatkan Produktiviti

Menurut perdana menteri, MySPC telah melancarkan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) Fasa 1: Bantuan Sosial (Persekutuan) melibatkan 167 program daripada 17 kementerian atau agensi.

Ujar beliau, ia mengandungi 13.7 juta data profil individu penerima manfaat sehingga tahun 2020 dan program-program perlindungan sosial merentasi pelbagai kementerian atau agensi yang terlibat.

PDPS ini akan menjadi single gateway serta sumber rujukan utama program-program perlindungan sosial yang meliputi elemen Pekerjaan, Insurans Sosial dan Bantuan Sosial.

Akses penuh sistem ini kepada orang awam dan semua pihak berkepentingan akan dibuka setelah Modul Insurans Sosial dan Intervensi Pasaran Buruh siap dibangunkan selepas tahun 2023.

Perdana Menteri berkata, langkah-langkah yang diputuskan dalam mesyuarat MySPC itu akan membantu untuk memantapkan agenda perlindungan sosial untuk mencapai miskin tegar sifar menjelang tahun 2025 yang dihasratkan oleh Kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Maklumat lanjut berkaitan perlindungan pelan insurans isi rumah miskin ini akan dikemas kini dari masa ke semasa

Sumber : MKN

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 23:04

Permohonan Biasiswa PIDM Ijazah Sarjana Muda 2022

Permohonan program biasiswa PIDM Ijazah sarjana muda 2022 kini dibuka. Tawaran ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memohon atau sedang mengikuti kursus pengajian dalam bidang ijazah sarjana muda sahaja.

Program ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian ke peringkat pengajian tinggi.

PIDM ialah agensi kerajaan yang melindungi deposit anda di bank, serta manfaat takaful dan insurans anda sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli. Sebahagian daripada mandat PIDM ialah untuk menggalakkan keyakinan orang ramai kepada kestabilan sistem kewangan di Malaysia.

Baca juga:

Ini Sebab Kenapa Anda Tak Lulus BKM | Kod 06 Paling Ramai DapatKWSP RM10K One-Off : Tarikh Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum MohonTawaran Biasiswa PIDM:

Berikut antara tawaran untuk biasiswa PIDM:

Sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar.Sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun;Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan.Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan;Program Mentor dan BimbinganProgram Latihan Praktikal

Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.

Syarat Kelayakan:

Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.

Biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Anda seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 January 2022);Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti;Anda hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 dan ke atas;Anda seorang penuntut sepenuh masa atau sedang menunggu tawaran kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (“LAN”), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM;Tidak dapat meneruskan pengajian tanpa bantuan kewangan;Tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain;Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon;Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (“QS”) dan Times Higher Education Rankings (“THE”) akan diberi pertimbangan.

Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai kolej dan universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.

Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.

Pra Syarat Kelayakan

Senarai prasyarat merangkumi:

Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa;Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM;Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.Tarikh Permohonan Dibuka:

Sila lengkapkan permohonan dalam talian anda bersama dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan sebelum 22 April 2022. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Cara Permohonan:

Permohonan secara online boleh dibuat menerusi https://scholarship.pidm.gov.my/bm/secure/sign-up/

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang PIDM atau hubungi 03-2173 7475 / 7598.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 23:02

Inisiatif Pendigitalan PKS 2022 BSN Cecah RM5000

Inisiatif Pendigital PKS 2022 Bank simpanan Nasional (BSN) kini dibuka kepada peniaga kecil dan sederhana PKS dan koperasi. Objektif inisiatif ini adalah untuk menggalakkan penggunaan penyelesaian digital dalam kalangan PKS di Malaysia.

Menurut Bajet 2022, amaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 daripada jumlah invois pembelian penyelesaian pendigitalan seperti Sistem Di Tempat Jual Elektronik (e-POS), Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM), Pemasaran / Jualan Digital, Perolehan, Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) / Perakaunan & Cukai, Kerja Jarak Jauh dan E-Dagang.

Baca juga:Jom Daftar Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40 Pakej Peranti SiswaIni Sebab Kenapa Anda Tak Lulus BKM | Kod 06 Paling Ramai DapatSyarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakannya:

Syarat 1: PKS dan Koperasi mestilah berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia.

Syarat 2: PKS mestilah dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% individu warganegara Malaysia.

Syarat 3: PKS/Koperasi mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Syarat 4: PKS/Koperasi mestilah mempunyai jumlah purata jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000.

Cara Permohonan:

Berikut adalah cara-cara untuk memohon:

Langkah 1: Pemohon hendaklah berkomunikasi dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana – mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 perkhidmatan digital).

Langkah 2: Pemohon hendaklah melengkapkan dan menghantar borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada Pembekal Perkhidmatan.

Langkah 3: Pembekal Perkhidmatan hendaklah mengemukakan permohonan PKS berserta dokumen sokongan kepada pihak Bank.

Langkah 4: Setelah permohonan diluluskan, pemohon bertanggungjawab membuat pembayaran 50% atau lebih di mana pihak Bank akan membayar 50% daripada jumlah inbois atau sehingga RM5,000 kepada Pembekal Perkhidmatan.

Dokumen Yang Diperlukan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan bersama borang permohonan:

1 Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal/Pengarah / Rakan Kongsi PKS / pemohon yang dilantik Koperasi, yang mana berkenaan.1 Salinan lesen pendaftaran PKS (SSM atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).1 Salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).1 Salinan Penyata akaun beraudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PKS/Koperasi untuk 2 bulan terkini.Sebut harga/invois pembayaran daripada Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC.Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Portal BSN atau hubungi di talian 1300 88 1900.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 21:12

Rayuan Permohonan Semakan Keputusan MUET 2022

Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 Tahun 2021 boleh disemak mulai 24 Mac 2022, Khamis, jam 10.00 pagi secara online atau SMS.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan secara online atau melalui SMS.

Baca juga:

Penerima Vaksin Sinovac Wajib Mengambil Dos Penggalak Untuk Lengkap VaksinasiIni Sebab Kenapa Anda Tak Lulus BKM | Kod 06 Paling Ramai DapatTarikh Semakan Dibuka:

Semakan MUET Sesi 2 / 2021 boleh dibuat mulai 24 Mac 2022, Khamis, jam 10.00 pagi.

Kaedah Semakan Keputusan MUET:

Berikut adalah kaedah-kaedah semakan keputusan MUET bagi sesi 3 tahun 2021:

KAEDAH 1 : SEMAKAN ONLINE

Langkah 1: Layari laman sesawang MUET.

Langkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan calon.

Langkah 3: Tekan ‘Submit‘.

KAEDAH 2 : SEMAKAN SMS

Langkah 1: Buka SMS.

Langkah 2: Sila taipkan : MUETRESULTNo. KP dan hantar ke 15888.

KAEDAH 3 : EMEL

Jika ada sebarang pertanyaan, sila e-mel ke: muet@mpm.edu.my.

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET:

Rayuan boleh dibuat seperti berikut:

Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.Pendaftaran MUET 2022:

Untuk pendaftaran MUET tahun 2022 boleh dibuat secara atas talian.

Bayaran:Warganegara : RM100.00Bukan Wargganegara : RM350.00

Secara : Perbankan internet / kad kredit.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MUET atau hubungi di talian 03-6126 1600.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 20:36

Penerima Vaksin Sinovac Wajib Mengambil Dos Penggalak Untuk Lengkap Vaksinasi

Bermula 1 April 2022, status vaksinasi lengkap hanya untuk penerima vaksin yang lengkap penggalak dan status “Tidak Lengkap Vaksinasi” akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera sekiranya tidak mengambil dos penggalak.

Baca juga:

Ini Sebab Kenapa Anda Tak Lulus BKM | Kod 06 Paling Ramai DapatKWSP RM10K One-Off : Tarikh Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum MohonPenerima Sinovac Perlu Terima Dos Penggalak:

Mulai 28 Februari, penerima vaksin Covid-19 jenis Sinovac 18 tahun keatas diwajibkan untuk mengambil dos penggalak bagi melengkapkan status lengkap divaksinasi sebelum 1 April 2022.

Seperti yang kita maklum yang Malaysia akan membuka sempadan negara pada 1 April nanti. Tujuan kerajaan menggalakkan vaksinasi penuh adalah untuk mengawal kadar resiko jangkitan apabila sempadan dibuka nanti.

Kepada yang tidak lengkap vaksinasi tidak akan menerima kemudahan yang diberikan penerima dos lengkap vaksin COVID-19.

Prosedur Baharu Masuk Ke Malaysia Berkuatkuasa 1 April 2022

Kemudahan Untuk Warga Emas:

Kemudahan Khidmat vaksin dirumah bagi golongan warga emas juga dilancarkan bagi memudahkan proses vaksinasi.

Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Dari Rumah Khas Untuk Warga Emas

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau hubungi di talian  03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 19:50

Trust The Process – Mikel Arteta Kini Sedang Menikmati Karier!

Slot UCL Semakin Hampir! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Mikel Arteta sekarang sedang menikmati karier yang menakjubkan di Emirates setelah dilantik kelab pada Disember 2015.

Beliau sekarang sedang membentuk skuad yang mantap dan mampu bersaing untuk berada di kelompok teratas liga dalam saingan liga perdana inggeris. Arteta tampak berjaya menampilkan corak permainan yang cantik dan tersusun setakat ini. Pengurus dari Sepanyol itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada Pep Guardiola di Etihad sebelum memilih untuk menjadi pengurus Gunners.

Mikel Arteta berjaya memenangi FA Cup sebaik selepas dilantik menjadi pengurus Arsenal, namun malangnya beliau gagal membawa Gunners ke pentas bola sepak Eropah buat pertama kali selepas dua dekad pada musim berikutnya. Pada awal musim, Arteta juga turut dikritik kerana skuadnya mempamerkan aksi tak menentu dan turut mencatatkan tiga kekalahan berturut-turut.

Walau bagaimanapun, Arteta berjaya menaikkan semula The Gunners hingga kini menjadi antara pasukan kuat dalam saingan liga perdana inggeris. Arsenal ketika ini sedang menduduki empat teratas dalam saingan liga dan dilihat mampu untuk mendapatkan slot ke UCL dengan kejayaan mencatatkan enam kemenangan dari tujuh perlawanan terakhir dalam saingan liga. Melihat prestasi Arsenal sekarang, slot UCL itu hampir pasti menjadi milik mereka.

Disini dilampirkan tiga sebab yang membuatkan Arteta berjaya membuat keputusan bijak :

1)Mengurangkan perbelanjaan gaji Salah satu keputusan terbaik dari Mikel Arteta adalah bagaimana cara beliau membantu kelab mengurangkan perbelanjaan gaji. Ketika Arteta mula mula tiba, skuad Arsenal dibanjiri dengan pemain yang menerima gaji yang tinggi. Bukan sahaja menerima gaji yang tinggi tetapi mempamerkan aksi yang tidak setimpal dengan apa yang dibayar. Arteta menggunakan pelbagai cara termasuk menjual dan meminjamkan pemain tersebut, kini hampir semua sudah tidak bersama kelab lagi sebagai contoh Mesut Ozil, Skodran Mustafi, Pierre Emerick Aubamenyang, David Luiz dan Willian yang berjaya disingkirkan dari kelab dan menjimatkan perbelanjaan.

2)Menggantikan Bernd Leno dengan Aaron Ramsdale Bernd Leno merupakan penjaga gol utama Arsenal ketika ketibaan Mikel Arteta dengan penjaga gol itu mempamerkan aksi yang menakjubkan. Namun walaupun dengan prestasi yang bagus ternyata Arteta seperti tidak berpuas hati dengan aksi beliau. Ketika Arteta membeli penjaga gol baharu iaitu Aaron Ramsdale dengan harga £25 juta, ramai pihak yang tidak suka dan mengkritik tindakan beliau. Namun, keputusan Arteta itu berjaya menutup mulut pengkritik apabila Ramsdale beraksi cemerlang dan nilainya ternyata berbaloi. Ramsdale menambah kekebalan Arsenal di bahagian pertahanan dan kerap melakukan aksi menyelamat berkelas dunia untuk mengelakkan gawang gol dari dibolosi. Musim ini sahaja Ramsdale berjaya mendapatkan clean sheet sebanyak 12 perlawanan dan membantu Arsenal dari keciciran mata penting.

3)Pembelian pemain yang bijak dan pemain muda diberi peluang Pada musim panas lalu Arteta telah menggunakan peluang perpindahan pemain dengan bijak apabila berjaya membawa masuk pemain yang berkualiti kedalam skuadnya. Beliau membeli pemain seperti Thomas Partey, Ben White, Martin Odegaard, Takehiro Tomiyasu dan Aaron Ramsdale. Ternyata pemain ini semua dilabel sebagai biasa namun dibawah pengurusan Arteta, pemain ini semua beraksi cemerlang dan menakjubkan. Walaubagaiman pun, pemain muda juga diberi peluang beraksi dan menampilkan aksi yang bagus dan dilihat berpotensi tinggi dalam skuadnya dan mampu untuk bersaing dengan pemain yang lebih berpengalaman. Bukayo Saka, Emile Smith Rowe dan Gabriel Martinelli menjadi nadi penting disebalik kejayaan Arteta dan pasukannya. Peluang yang diberi Arteta tidak disia siakan pemain muda tersebut apabila berjaya menjadi antara penjaring terbanyak untuk Arsenal. Smith Rowe dan Saka masing masing berjaya mencetak 10 gol musim ini.

Dengan kekuatan pasukan Arsenal sekarang, diharap Arteta mampu untuk mengekalkan konsistensi pemain dan pasukan serta membawa lebih kejayaan pada masa akan datang dan percaya dengan “Trust The Process”.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 10:18

Ini Sebab Kenapa Anda Tak Lulus BKM | Kod 06 Paling Ramai Dapat

Semakan BKM kini boleh dibuat oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Jumlah bayaran adalah sebanyak RM100 hingga RM300 untuk Bantuan Keluarga Malaysia fasa 1 ini.

Ramai yang lulus, dan ada juga yang tidak lulus.

Nak tahu sebab apa? Baca sampai habis.

Sebab Kenapa Anda Tak Lulus BKM

Di bawah adalah kod alasan dan keterangan alasan tidak lulus BKM :

Kod Tak Lulus BKM

Alasan Lain

Dalam satu ciapan/ tweet yang kecoh di media sosial, terdapat satu perkongsian mengenai isu ini yang sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan ramai.


baru lepas call LHDN tanya kenapa tak lulus BKM untuk bujang tu. diorang cakap “sekiranya diorang detect korang student, so automatic akan gagal and tidak lulus” so yang mana yang student tu, harap bertabah ye. maybe ada rezeki lain tu. #husnudzon #bkm2022


— Jemy (@khrlazmiii) March 28, 2022


twitter bkm

Menurut pemilik akaun berkenaan, sekiranya LHDN kesan anda seorang pelajar, secara automatik status BKM anda gagal dan tidak lulus.

Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut adalah bukan kenyataan rasmi daripada LHDN. Harap maklum.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 07:08

Permohonan UNIKOP 2022 Semak Panggilan Temuduga

Kolej UNIKOP adalah Institut Pengajian Tinggi (IPT) milik Koperasi Polis Diraja Malaysia membuka peluang temuduga sesi 2022.

Bagi yang berminat untuk berkhidmat sebagai pegawai PDRM boleh mengikuti cara permohonan dibawah.

Baca juga:Tips Pelaburan Emas Yang MenguntungkanPermohonan Bantuan eKasih 2022Kursus Pengajian Yang Ditawarkan:

Berikut adalah kursus-kursus pengajian yang ditawarkan:

Institut Pengajian Tinggi Milik Koperasi Polis DiRaja Malaysia (UNIKOP):

DIPLOMA KEPOLISAN & PENYIASATAN (MQA/FA4818)DIPLOMA PERKHIDMATAN PENYIASATAN (MQA/PA9468)DIPLOMA PENYIASATAN KORPORAT (MQA/PA13693)DIPLOMA PSIKOLOGI (MQA/PA12873)DIPLOMA TEKNOLOGI SEKURITI SIBER (MQA/PA13676)DIPLOMA PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG (MQA/PA13689)SIJIL PERKHIDMATAN PENYIASATAN (MQA/PA13381)Tarikh Temuduga Dibuka:

Sesi temuduga dibuka pada 6 April sehingga 21 April 2022 jam 9 pagi hingga 1 petang.

Cara Permohonan :

Berikut adalah cara-cara permohonan:

Langkah 1: Layari laman sesawang UNIKOP dan membuat pengesahan pendaftaran temuduga melalui SMS ke talian +60 16 239 5713.

Langkah 2: Hantarkan Nama penuh, no kad pengenalan dan lokasi temuduga.

Langkah 3: Sediakan dokumen sokongan.

Langkah 4: Hadir ke pusat temuduga bersama ibu bapa atau penjaga.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama:

1 salinan kad pengenalan pelajar.1 salinan kad pengenalan penjaga utama dan kedua.1 salinan keputusan percubaan SPM / Keputusan SPM.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang UNIKOP atau hubungi di talian +603 8084 2222.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 30, 2022 00:51

March 29, 2022

Tips Pelaburan Emas Yang Menguntungkan

Perhatian kepada pelabur-pelabur emas yang ingin membeli emas. Anda mestilah mengetahui harga emas hari ini supaya dapat memaksimumkan keuntungan dan mengurangan risiko.

Pelaburan emas biasanya digalakkan untuk individu yang ingin membuat pelaburan jangka masa panjang.

Baca juga:

Bantuan BKM Fasa 1 Dah Masuk | Semak Sini Sekarang!Rayuan BKM Fasa 1 Akan Dibuka Pada Mei 2022Kadar Emas Semasa:

Berikut adalah kadar emas semasa:

Untuk melihat kadar emas semasa, anda perlu memerhatikan beberapa perkara:

Unit – Sama ada harga per gram, auns, kilogram dan sebagainya.

Gred – Sama ada harga yang dinyatakan untuk emas 999, 950, 916, 875 sebagainya.

Semak Harga Terkini Emas:

Berikut adalah tempat untuk meyemak harga emas terkini:

Gold RatePublic GoldAr-Rahnu YaPEIMAr-Rahnu Bank Rakyat

Nota: Harga emas di setiap laman mungkin berbeza mengikut harga jualan dan harga belian emas.

Faktor Naik Turun Harga Emas

Harga emas ditentukan oleh pelbagai faktor yang seperti:

Keadaan ekonomi semasa.Kestabilan politik.Pandemik COVID-19.Kadar turun naik matawang dollar AS.Kesimpulannya:

Sekiranya anda berminat untuk memulakan pelaburan dalam emas dan membuat anggaran kadar harga emas pada masa akan datang, cara terbaik adalah dengan membuat kajian anda sendiri melalui pembacaan daripada isu-isu semasa dan analisa daripada orang-orang lain.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2022 23:29

Pelajar Dimarahi Kerana Tiada Laptop, Pensyarah Sempat Perlekeh Golongan B40

Semalam telah tular di media sosial apabila seorang pensyarah memarahi seorang pelajar yang mengikuti kelas online bersamanya kerana tidak mempunyai komputer dan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja.

Perkngsian video Tik Tok berkenaan memaparkan pembelajaran sebelum pensyarah yang bergelar professor itu di tanya solan dan menjawab soalan dengan jawapan yang salah .

Bermula daripada itu , pensyarah itu kelihatan marah dan tib-tiba bertanyakan kepada pelajar itu adakah dia memakai telefon bimbit semasqa mengikuti kelas online tersebut.

Tanpa rasa bersalah pelajar terebut hanya menjawab soalan pensyarah tersebut dengan lembut dan jujur yang mana dirinya tidak mempunyai komputer dan ayahnya tidak berkerja serta ibunya sudah meninggal dunia.

 

https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/03/WhatsApp-Video-2022-03-30-at-11.29.50.mp4

 

Namun jawapan itu tidak melembutkan hati pensyarah tersebut malah dia semakin naik angin dan bertanya tentang keluarganya dan adik beradik pelajar tersebut.

Malah sempat mengatakan perkara yang membutakan ramai netizen mengecamnya kerana tidak semena-mena mengaitkan golongan B40 dalam kenyataannya itu.

“Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran”.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai hujatan daripada netizen yang mana mereka tidak suka dengan perkataan yang dilemparkan oleh seorang pensyarah kepada pelajarnya seperti itu kerana kemungkinan pelajar itu sememangnya tidak berkemampuan untuk meniliki komputer riba.

Tetapi ada juga yang menyokong perkataan pensyarah tersebut kerana sudah sem 5 tetapi pelajar tersebut masih tidak mempunyai komputer riba dan menanyakan kemana perginya duit pinjaman yang diberikan oleh pihak Universiti.

Namun tidak bersetuju apabila pensyarah itu bercakap secara pukul rata dan terus mengata tentang golongan B40 dan seharusnya dia hanya menasihati pelajar tersebut dan tidak mengaitkan keluarga pelajar itu dan golongan B40 dalam perbualan mereka.

 

Disebabkan tular video ini dan mendapat perhatian ramai , Menteri Pengajian Tinggi, Dato Dr Noraini Ahmad telah mengeluarkan kenyataan rasmi daripada Majlis Perwakilan Pelajar daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyelar tindakan pensyarah tersebut menghina pelajar golongan B40.

Malah wakil daripada MPP UiTM turut mendesak pengurusan tertinggi universiti tersebut untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kepada pensyarah yang telah merosakkan imej universiti tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2022 22:29

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.