Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 227
April 3, 2022
Tuah Tidak Pernah Jangka Untuk Sertai Kumpulan Legenda
Tuah yang telah diumumkan sebagai juara Mic On! 2 dan berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM15,000 berserta trofi manakala mentornya Fad Bocey pula membawa pula wang tunai sebanyak Rm10,ooo berserta trofi.
Rancangan yang sudah berjaya hingga ke musim ke 2 ini , pada mulanya menjadi perbualan apabila pegacara Azwan Ali dipecat dan dibuang daripada mengacara rancangan ini dan telah digantikan dengan Elly Mazlein.
Kenyataan daripada kedua belah pihak telah mencetuskan kontroversi namun telah diselesaikan dengan cara baik dan program masih diteruskan dengan lancar.
Selepas diumumkan sebagai juara , Datuk Awie dan juga Datuk Hattan telah menyarankan agar juara program Mic On! 2, Tuah menyertai anggota Search Din dan Kid dengan menjadi vokalis kumpulan tersebut.
Yang mana perkara itu akan menjadi platform terbaik untuk Tuah bagi memperkenalkan namanya dan vocal unik daripadany kepada industri muzik tanah air malah kemampuan Tuah juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan bakat-bakat dari Indonesia.
Vocal yang dipersembahkan Tuah cukup bagus dan sentiasa menjadi tarikan utama sejak dia menyertai program Mentor malah sentiasa menjadi peserta kegemaran para juri semasa membuat persembahan di program Mic On 2.
“Saya dan Hattan sarankan agar dia menyertai Kid dan Din. Itu akan jadi satu platform untuk Tuah melonjakkan namanya sebagai penyanyi,” katanya.
“Tak perlu ambil ‘talent’ dari Indonesia sebab Tuah pun ada bakat,” kata Awie.
Namun bagi pihak Tuah sendiri atau nama sebenarnya Mohamad Farhan Zahi Mohd Zaini, 30, dia tidak pernah membayangkan mengenai perkara tersebut tetapi akan berusaha untuk terus menggilap bakatnya jika diberi peluang.
“Saya tak pernah letak sebarang jangkaan untuk menyertai kumpulan legenda seperti itu.
“Kalau mereka nampak bakat dan diri saya yang ‘rendah’ ini, mungkin saya akan perbaiki dan tambah baik kemampuan saya.
“Apa pun, saya terima segala nasihat dan saranan untuk menggilap bakat saya,” katanya.
Tuah berasa bangga dan terharu apabila telah disarankan oleh penyanyi lagenda tanah air yang sememangnya cukup hebat dalam bidang nyanyian.
Dia yang berjanji akan berusaha dan memperbaiki cara persembahan dan menjadikan vokal lebih mantap malah mencipta nama seperti penyanyi hebat tanah air seperti Dato Awie dan Dato Hattan.
April 2, 2022
Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia 2022
Proram ini merupakan salah sebuah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Program ini diadakan bagi memudahkan belia mendapat lesen memandu motosikal di samping memperolehi maklumat berkenaan dengan peraturan jalan raya.
Melalui inisiatif BLKM, belia diberi latihan serta kesedaran disiplin untuk mematuhi undang-undang di jalan raya.
KelayakanBLKM ini dikhususkan kepada masyarakat yang memerlukan, terutamanya yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu yang dikendalikan oleh Institut Memandu (IM).
Penerima bantuan ini diberikan Lesen Motosikal B2 melalui tapisan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu:
warganegara Malaysiatidak pernah memiliki sebarang lesen memandusihat tubuh badan dan mentaltiada kecacatan fizikaltidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.BayaranMelalui program ini, calon terlibat hanya perlu membayar sebanyak RM20 dan bakal diberi latihan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu serta mereka diberi pendedahan mengenai undang-undang jalan raya.
Cara PermohonanBuat masa ini belum ada sebarang pengumuman rasmi dari pihak JPJ tentang cara permohonan bantuan ini.
Info terkini melalui pihak JPJ berkenaan program tersebut melalui saluran berikut:
03-8000 8000https://www.jpj.gov.my/Tambahan 20 Peratus Penggantian Dari Jumlah Pengeluaran Khas KWSP
PERMOHONAN KHAS KWSP telah dibuka pada 1 April.
Namun masih ramai yang tertanya, antara soalan lazim sebelum membuat permohonan, bagi memahami dengan lebih dalam dan jelas terma dan syarat pengeluaran.
Baca Juga: Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10k
PENCARUM KENA MEGANTI 20% DARI PENGELUARAN?Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?
Ahli KWSP perlu menggantikan semula semua jumlah amaun yang telah dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.
Yang kebiasaannya pihak KWSP menggunakan nisbah 70:30 dalam membahagikan caruman tersebut ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2.
Sebagai contoh, jika caruman anda RM500 sebulan, jika mengikut kebiasaan nisbah 70:30.
RM350 – akan terus ke Akaun 1.
RM150- akan terus ke Akaun 2.
Namun, sekiranya pengeluaran khas dibuat, nisbah 100:0 membahagikan caruman tersebut ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2.
Sebagai contoh, caruman anda RM500 sebulan, mengikut nisbah 100:0.
RM500 – akan terus ke Akaun 1.
RM0 – akan ke Akaun 2.
Nisbah 100:0 ini akan terus digunakan sehinggalah baki Akaun 1 anda (termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan) digantikan semula. Ini bermakna, caruman ahli akan kembali seperti biasa iaitu pada nisbah 70:30.
Diharap dengan penjelasan ini jelas ya.
Bantuan Modal Perniagaan RM20,000 Untuk 1000 Usahawan
Bagi mereka yang berada di ibu kota, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntuk geran sehingga RM20,000 untuk membantu 1,000 usahawan muda di ibu kota memulakan perniagaan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata inisiatif itu akan dimulakan pada Ramadan ini sebagai modal awal untuk individu yang berminat menceburi perniagaan kecil-kecilan.
Baca juga: Tebus Bantuan Persekolahan Sehingga RM450 MAIWP
“Kita juga akan melihat prestasi mereka sepanjang bulan Ramadan ini dengan sesetengahnya mungkin terbabit dengan perniagaan di bazar Ramadan.
“Bantuan ini untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan dan antara usaha untuk membantu usahawan muda di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Baik Pulih Rumah Mangsa Bencana Ribut dan Kebakaran di Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Shahidan berkata, MAIWP juga bersetuju membantu 36 keluarga terjejas kerana ribut dan kebakaran dengan menyalurkan Bantuan Baik Pulih Rumah membabitkan peruntukan RM200,000.
“Bagi mangsa kebakaran di Rumah Pangsa Setapak Jaya pada 16 Januari lepas, satu daripada keluarga itu akan menerima bantuan RM10,000, manakala sebuah lagi keluarga menerima RM20,000,” katanya.
Beliau berkata, 31 keluarga yang menjadi mangsa bencana ribut di Flat Taman Melati, Setapak, pada 24 Januari lalu, akan menerima RM5,000 setiap keluarga.
Sementara itu, Mohd Daud, berkata usahawan muda yang berminat digalakkan memohon geran berkenaan terus kepada MAIWP bagi mendapatkan bantuan modal berkenaan.
“Sebagai permulaan, kita akan beri bantuan bernilai RM3,000 hingga RM5,000 untuk bantu mereka membuka gerai dan membeli kelengkapan berniaga seperti dapur dan perkakas lain.
“Kita juga akan memberikan latihan dan pengetahuan asas dalam perniagaan supaya mereka lebih memahami aliran tunai, disiplin kewangan dan ilmu lain dalam perniagaan,” katanya.
Masjid Hagia Sophia Adakan Solat Tarawih Pertama Selepas 88 Tahun
Beberapa hari sebelum menjelang bulan Ramadhan , Kerajaan Turki telah mengumumkan untuk membuka semula Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul semasa bulan Ramadan apabila kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun.
Malah pelbagai acara bakal akan diadakan di masjid itu tersebut dengan kehadiran penduduk setempat dan pelancong yang bakal hadir memeriahkan suasana.
Masjid Besar Hagia Sophia itu yang telah diubahusai menjadi muzium pada tahun 1934 dan pada tahun 2020, statusnya kembali sebagai masjid pada 24 Julai 2020 tetapi terdapat sekatan dan peraturan yang ketat disebabkan COVID-19 yang melanda negara itu dan seluruh dunia menyebabkan masjid tersebut tidak digunakan bagi mengelakkan risiko jangkitan.
Namun selepas 88 tahun , buat pertama kalinya masjid bersejarah itu menjadi perhatian ramai kerana kembali menjadi masjid yang meriah apabila masjid tersebut mengadakan solat tarawih semalam.
Detik indah dan bersejarah itu menyaksikan ribuan jemaah hadir membanjiri masjid tersebut bagi menunaikan ibadah solat tarawih pada malam pertama bulan Ramadan bersama keluarga dan juga penduduk setempat.
Malah masyarakat setempat juga tidak melepaskan peluang berkongsi video dan gambar berkenaan suasana malam pertama solat sunat tarawih yang dibanjiri lautan manusia .

Hagia Sophia dibina 1,500 tahun yang lalu sebagai gereja dan ditukarkan menjadi masjid setelah Uthmaniyyah menakluki Konstantinopel (sekarang Istanbul) pada tahun 1453 namun pada tahun 1934, pemerintah sekular Turki memutuskan untuk menjadikannya sebagai muzium.
Hagia Sophia merupakan warisan karya seni bina dunia yang tiada tandingannya, mengalami banyak pemulihan semasa era Uthmaniyyah termasuk penambahan menara oleh arkitek terkenal Mimar Sinan.
Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO dan juga telah menjadi destinasi pelancongan utama Turki malah dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.
(JAKIM) Doa Berbuka Puasa Rumi & Jawi
Sebelum berbuka puasa, sunat untuk kita baca doa berbuka puasa.
Tahukah anda? Doa orang yang berpuasa adalah anatara doa yang mustajab.
Sabda Baginda Nabi s.a.w:
ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Maksud : Ada 3 golongan yang doa mereka tidak ditolak, iaitu orang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.
Baca juga niat puasa ramadan.
Doa Berbuka Puasa (Seorang)Berikut adalah dia buka puasa jika bersendirian :
Bacaan Rumi :
Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksud Doa :
Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Doa Berbuka Puasa (Ramai)Berikut adalah doa buka puasa jika beramai-ramai :
Bacaan Rumi :
Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin
Maksud Doa :
Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.
Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan
Sunnah Ketika BerbukaPerkara yang sunnah dibuat ketika anda berbuka adalah seperti berikut :
Berdoa sebelum berbukaSegerakan berbuka puasaMinum airBerbuka dengan kurma dahuluSemoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Selamat menyambut bulan Ramadan, semoga puasa dan doa anda semua dimakbulkan dan diberkati.
Suami Curang , Isteri Lelong Semua Barang Mewah Milik Suami Menerusi ‘Live’ Facebook
Isu tentang kecurangan sentiasa menjadi topik hangat di media sosial . Pelbagai alasan yang diberikan dikalai pasangan curang , tidak kira wanita ataupun lelaki.
MAsing- masing cube membela diri sendiri dengan menyalahkan pasangan dan orang lain tetapi kali ini seorang wanita telah berjaya menarik perhatian ramai apabila melelong barangan mewah milik suaminya apabila mengetahui dirinya telah dicurangi.
Pasangan ini yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata , kelihatan sangat bahagia dimedia sosial malah tidak menyangka akan dicurangi dan ditinggalkan suaminya kerana wanita lain.
Rata- rata pasangan akan membuang barang dan membakar barangan milik pasangan malah ada yang sengaja merosakkan harta benda milik pasanganya namun berbeza dengan Jamille Margarita Galvez yang memilih menjual dan mendapatkan wang daripada hasil jualannnya itu.
Wanita Filiphina ini mengakui dirinya memang bersedih tetapi lebih memikirkan masa depannya bersama anak-anaknya dan membuat keputusan dengan menjual kesemua barangan mewah kepunyaan suaminya secara live di Facebook miliknya.

Tidak disangka-sangka live yang tersebut mendapat perhatian ramai dan mendapat kongsian lebih daripada 20,000 kali dan ditonton oleh ramai pengguna Facebook lainnya yang menyokong tindakaannya.
Malah terdapat juga wanita yang memberikan sokongan moral kepadanya ketika sesi live tersebut. Mereka juga memuji sikap positif dan kelakar Jamille ketika mengendalikan sesi live tersebut yang mana Jamille sempat berjenaka mengenai situasi yang dialaminya itu.
“Saya janji, semua barangan ini adalah original dan dalam keadaan baik, cuma pemiliknya yang tidak baik,” penerangan Jamille terhadap barangan kepunyaan suaminyha itu.
Dia yang berjaya menjual barangan seperti kasut Yeezy, baju Lacoste dan yang paling menarik perhatian adalah sepasang kasut adidas x Pharrell Williams Human Race NMD Breathe/Walk serta kasut pemberian daripada teman wanita suaminya itu.
Jamille juga sempat berselorah dan mengatakan “Amaran, beli dengan risiko anda sendiri. Semua barangan ini ada ‘sumpahan’! Ia mungkin akan tukar teman lelaki anda atau suami kepada kaki perempuan yang suka menipu. Bila sarung, terus jadi lelaki gatal! Bonus kemungkinan bertukar jadi kaki judi juga,” katanya.
Melalui jualan tersebut dia telah berjaya mendapatkan wang sebanyak USD5,778 iaitu bersamaan dengan RM24,328 dalam dua sesi live yang dilakukan .
Jamille mendapat pujian ramai kerana mengambil langkah yang lebih bijak dan menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu dirinya dan anak-anaknya .
April 1, 2022
Ruud Van Nistelrooy Jurulatih Baharu PSV Eindhoven Musim Depan!
Our new head coach, starting next season. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Bekas penyerang legenda Manchester United dan Real Madrid, Ruud Van Nistelrooy telah menandatangani kontrak selama 3 tahun untuk menjadi ketua jurulatih PSV Eindhoven pada musim hadapan, umum lama rasmi kelab tersebut.
Bekas pemain antarabangsa Belanda itu mengambil langkah pertama dalam jawatan senior kejurulatihan bersama PSV dimana beliau pernah membina karier selama 3 tahun di kelab tersebut pada tahun 1998 hingga 2001. Beliau yang berumur 45 tahun mengambil tanggungjawab dari Roger Schmidt yang akan meninggalkan kelab selepas kontraknya tamat di akhir musim ini.
“Saya telah berkerja keras selama beberapa tahun ini untuk menjadi jurulatih dan saya berbangga serta percaya yang saya sudah bersedia untuk mengetuai di PSV. Ada beberapa perkara yang dibincangkan bersama bulan lepas. Perbincangan bersama pengurusan PSV telah mencapai kata sepakat untuk kebaikan kelab dan perancangan jangka panjang untuk mencipta kejayaan kelab di masa hadapan.” ujar Van Nistelrooy.
Van Nistelrooy telah menjaringkan 62 gol dalam 67 perlawanan bersama PSV sebelum mencipta karier cemerlang selama 5 tahun di Manchester United dimana beliau telah memenangi liga, piala liga dan juga piala FA. Selepas itu beliau berpindah ke Real Madrid dan memenangi LA Liga dua kali sebelum menamatkan karier pada 2012 selepas karier di Hamburg dan Malaga.
Van Nistelrooy yang telah menjaringkan 35 gol dalam 70 penampilan antarabangsa bersama Belanda telah berkerja sebagai penolong jurulatih di skuad “Oranje” pada tahun lepas.
“PSV bersedia untuk memulakan perjalanan baru pada musim panas ini dan saya bersedia untuk memainkan peranan saya sebagai ketua jurulatih. Perbincangan dengan lembaga pengarah telah mengukuhkan idea bahawa kami bercita-cita tinggi dan ingin mencipta sesuatu yang istimewa dalam jangka masa panjang. I want it, I can do this,” jelas Nistelrooy dalam sesi media perkenalan pengurus baru PSV.
March 31, 2022
Jawatan Kosong Di FGV Plantations (Malaysia) Sdn Bhd – Minima PT3/PMR
Permohonan Jawatan Kerajaan di FGV Plantations (Malaysia) Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Medical Assistant
2. Pekerja Operasi Ladang Sawit
Lokasi : Sarawak, Pahang, Johor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,200.00 – RM1,999.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di FGV Plantations (Malaysia) Sdn Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Kolej Poly Tech MARA (KPTM) – Minima SPM
Permohonan Jawatan Kosong di Kolej Poly Tech MARA (KPTM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. JURUTEKNIK KOMPUTER
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 5 April 2022 (Selasa)Lokasi : Alor Setar, Kedah
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Kolej Poly Tech MARA (KPTM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
