Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati
Baru- baru ini penyanyi nasyid dan juga komposer popular tanah air, Muhammad Yasin Sulaiman yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara.
Dia yang hadir diringi pihak polis tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini pada jam 10 pagi untuk didakwa atas tuduhan tersebut.
Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediaman miliknya.
Yasin 47 tahun yang hadir di Makhamah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada hari tersebut.
Dalam satu kenyataan , Yassin bakal didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Namun tiada pengakuan yang direkodkan daripada tertuduh disebabkan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Dalam pada itu , Yasin telah membuat satu lagi pengakuan yang menyatakan dirinya tidak bersalah atas dakwaan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di kediamannya .
Semasa serbuan dirumahnya baru-baru ini , pihak polis telah menemui 17 pokok tumbuhan dalam pasu disyaki ganja di salah sebuah bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.
Malah polis turut menemui dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan di dalam kediamannya itu.
[image error]Kesalahan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.
Pihak makhkamah tidak membenarkan jaminan terhadap Yasin bagi pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya dan menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
