Guru Rancak buat ‘live’ Semasa Mengajar Di Kelas ‘Ditegur’
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila tindakan seorang guru yang mengajar di dalam kelas sambil membuat rakaman siaran langsung di media sosial telah tersebar.
Ianya menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.
Di Twitter ada yang meninggalkan komen bagi menegur tindakan guru berkenaan, akhirnya guru tersebut bertindak menyekat akuannya daripada terus mengikuti siaran langsung itu.
Baca juga:
Khabar Angin: Rihanna Sarat Mengandung Telah DicurangiBen Amir Setuju Bayar Ganti Rugi RM100,000 Kerana “Memilih” Untuk Melanggar KontrakPerkongsian itu juga turut membangkitkan kemarahan sesetengah pihak lebih-lebih lagi golongan ibu bapa kerana mereka dilihat mempersoalkan etika seorang guru serta risau akan keberkesanan ilmu yang disampaikan.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi negatif diberikan oleh orang ramai mejoritinya ibu bapa yang rata-ratanya kurang setuju dengan tindakan golongan pendidik yang gemar membuat sesi siaran langsung sewaktu mengajar di dalam kelas.
Lebih membimbangkan apabila guru-guru ini dikatakan terlalu mengutamakan konten video di media sosial serta jumlah penonton yang mengikuti siaran langsung mereka berbanding tumpuan terhadap anak didik sendiri.
Guru-guru sepatutnya lebih mengutamakan tugas mengajar dan menyampaikan ilmu kepada anak didik semasa waktu persekolahan berlangsung.
Pihak kementerian pendidikan diberitahu akan mengambil tindakan sewajarnya berkenaan isu ini.
Sumber: KOSMO! ONLINE
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
