Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 210

April 23, 2022

Arsenal Meneruskan Rentak Kemenangan Tewaskan Man United!

Pertembungan dua gergasi bolasepak inggeris malam tadi diantara Arsenal menentang Manchester United berkesudahan dengan kemenangan The Gunners.

Pertemuan dua pasukan ini pada minggu ke-34 sangat penting untuk menentukan carta nombor 4 liga dan slot automatik ke Liga Juara Juara Eropah. Walaupun masih berbaki 4 perlawanan lagi, kemenangan sangat penting untuk melebarkan jurang mata.

Perlawanan yang berlangsung di laman Arsenal, Stadium Emirates itu ternyata memberi impak dalam permainan Arsenal. Seawal minit ke-3, Arsenal terlebih dahulu dihadapan hasil jaringan bek kiri, Tavares yang menendang masuk bola hasil umpanan Bukayako Saka.

Pada minit ke-24 pula giliran Eddie Nketiah menguji gawang gol United menerusi umpanan cantik dari Odegaard namun rembatannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang United, De Gea.

Namun pada minit ke-32, Saka menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti selepas jaringan Nketiah dibatalkan pengadil menerusi offsaid yang dipamerkan diskrin VAR. Namun, walaupun offsaid pengadil memberikan penalti selepas VAR memaparkan Alex Telles telah mengkasari Saka.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-34 United memberikan respon pantas apabila Cristiano Ronaldo menjaringkan gol buat United menerusi hantaran silang Nemanja Matic. Hasil jaringan tersebut Ronaldo telah mencatatkan rekod peribadi baharu apabila berjaya menjaringkan gol ke-100 dalam saingan Liga Perdana.

Kedua dua pasukan saling menyerang antara satu sama lain namun tiada sebarang gol berjaya dicipta. Penjaga gawang United bertindak cemerlang menidakkan cubaan berbahaya dari pemain Arsenal. Keputusan kekal hingga ke masa rehat.

Babak kedua dimulakan dengan keseimbangan antara kedua dua pasukan namun United yang bermula garang apabila pada minit ke-62, bek kanan Diogo Dalot melakukan percubaan bahaya dengan rembatan deras beliau namun bola hanya singgah ke tiang gol Aaron Ramsdale.

United berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Tavares namun peluang itu disia-siakan Bruno Fernandes apabila sepakan beliau terkena tiang gol kiri walaupun Ramsdale telah ditewaskan. Kegagalan itu menyaksikan United terlepas peluang menyamakan kedudukkan.

Namun pada minit ke-70, pemain tengah Arsenal iaitu Granit Xhaka melakukan jaringan cantik hasil rembatan jarak jauh luar kotak penalti untuk melebarkan defisit gol Arsenal kepada tiga. Gol ketiga itu ternyata sama sekali membunuh United didalam perlawanan ini.

Aksi kemas dan tersusun dipamerkan pemain Arsenal layak dipuji apabila mendominasi United dari segenap sudut dan berjaya mengutip 3 mata penting selepas tamat perlawanan. United yang tampil serba tidak menjadi akur ditundukkan lawan yang lebih hebat.

Kemenangan ini menyaksikan Arsenal memiliki peluang lebih cerah bagi merebut tempat ke empat dengan momentum kemenangan yang dibawa selepas menewaskan Chelsea minggu lepas.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 23, 2022 15:39

Bekas Suami Dakwa Akhlak Mak Wan Kurang Baik , Penyebab Perpisahan Berlaku

Pasangan yang tiba- tiba berpisah dan telah menggemparkan dunia hiburan yang mana pasangan ini hanya sempat mendirikan rumahtangga selama tiga bulan sahaja.

Bekas suami pelakon Mak Wan iaitu Husain Dolan menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai satu episod hitam buat dirinya dan keluarga .

Dalam satu kenyataan , Husain mendakwa dirinya berasa tertekan dalam tempoh bersama bekas isterinya itu yang manan dia mendakwa Mak Wan mempunyai sikap yang keterlaluan sehingga tidak menghormati dirinya sebagai suami.

“Saya dah banyak bersabar, Alhamdulillah perkara ini akhirnya selesai. Saya dah rasa lega dan tiada lagi tekanan. Selama tiga bulan berkahwin, saya sangat tertekan daripada awal sampailah ia berakhir di mahkamah.

Malah bekas suaminya itu menyatakan bahawa Mak Wan mempunyai personaliti berbeza daripada yang dipamerkan di media sosial.

“Saya terkejut dengan perilaku dia sebab bila tengok dengan personaliti dia yang manis. Orang suka tengok dengan telatah dia tapi dia punya akhlak kurang baik.

“Tapi kita sebagai orang Islam kalau kita tiada akhlak, tiada prinsip hidup, tak jaga status kita akan rosakkan diri kita sendiri selama-lamanya,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, terdapat juga dakwaan daripada anak tunggal Husian yang dikenali sebagai Zaiton mendakwa pelakon berkenaan tidak menghormati bapanya serta mengatakan perpisahan tersebut merupakan jalan terbaik bagi hubungan mereka.

“Saya rasa lebih bagus ayah berpisah dengan cara yang betul. Saya mohon maaf kepada keluarga Mak Wan kerana kami terpaksa buat macam ni sebab tak boleh terima apa yang berlaku.

“Pada usia bapa saya yang 70 tahun ini sepatutnya dapat pengganti yang bagus untuk jaga dia. Tapi tak sangka Allah nak bagi dugaan macam ini.

“Pada awalnya saya ingat dia baik sama macam berlakon dalam TV, tapi belum sampai tiga bulan dah nampak perangai sebenar dia,” katanya.

Perkahwinan pasangan ini berlaku pada pada 22 Januari dan berakhir dengan talak satu selepas bekas suaminya itu melafazkan cerai dalam kamar hakim di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan kelmarin.

Terbaru , dalam satu vidoe yang dikongsikan Mak Wan di Fb miliknya menyatakan dirinya redha dengan apa yang berlaku dan tidak mahu membuka aib sesiapa malah memilih mendiamkan diri kerana perpisahan sudah pun berlaku.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 23, 2022 01:57

Kelepuk Raya Trending No 1 Di YouTube

Seperti yang diperkatakan sejak kebelakangan ini, lagu raya nyanyian usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah trending di YouTube.

Lagu raya yang bertajuk Kelepok Raya itu yang didendangkan bersama isterinya Datin Seri Nur Shahida telah menjadi kecaman ramai setelah video musik yang mempamerkan penari- penari lelaki yang memakai pakaian yang tidak sopan

Di hantaran Instagram Datuk Seri Aliff Syukri semalam dia menyatakan bahawa dia adalah artis no.1 malaysia walaupun bersaing dengan nama-nama besar. Di katakan lagi,  sudah 3 tahun berturut-turut setiap lagu rayanya trending no. 1 dan berterima kasih kepada yang terlibat dalam pembikinan lagu raya tersebut.

Sebelum ini, teaser video muzik lagu raya ini telah dikecam teruk oleh netizen dimana video tersebut tidak menunjukkan kesopanan dan kemenangan yang patut di sambut oleh umat islam setelah sebulan berpuasa.

 

Bukan setakat itu sahaja, kehadiran penari-penari yang “over” dan tidak senonoh juga menjadi punca ibunya Rozita Ibrahim juga menemplak tindakkan anak lelakinya.

Untuk makluman semua, tahun lepas juga Aliff Syukri mengeluarkan lagu raya yang bertajuk Lala Raya dimana dia juga menggunakan penari yang sama seperti tahun ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 23, 2022 01:20

April 22, 2022

Paru-Paru Ebby Yus Tidak Perlu Ditebuk

Pelakon dan pelawak Ebby Yus yang dikatakan sedang menyepi baru-baru ini memberitahu bahawa dia hanya menerima tawaran berlakon yang tidak memerlukan tempoh penggambaran yang lama.

Perkara ini adalah kerana faktor kesihatannya. Dia yang dilaporkan mengalami masalah paru-paru menyatakan rasa bersyukurnya apabila selepas pemeriksaan doktor, keputusannya dia tidak perlukan rawatan sehingga tahap perlu ditebuk.

Dia amat berterima kasih kepada peminat yang masih mengingati dirinya dan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kesihatannya.

 

 

“Alhamdulillah, doktor sudah buat pemeriksaan dan keadaan paru-paru saya sekarang tidak memerlukan rawatan hingga perlu ditebuk. Namun begitu, saya perlu menjalani rawatan susulan di hospital”

“Saya amat berterima kasih kepada banyak pihak terutama peminat kerana masih mengingati dan mendoakan kesihatan saya”

“Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik”

Apabila bercakap tentang rumahnya yang musnah akibat banjir tahun lalu, dia memberitahu rumah tersebut sedang dibina semula dengan bantuan kerajaan dan masih belum siap sepenuhnya.

Untuk beraya, Ebby Yus akan berada di kampungnya Batu Kikir bersama kakaknya sebelum kembali bekerja di Kuala Lumpur.

“Buat masa sekarang, kediaman itu sedang dibina kembali atas bantuan kerajaan namun masih belum siap sepenuhnya susulan masalah jambatan yang runtuh ketika dilanda banjir dahulu”

“Hari raya nanti, saya akan beraya di kampung di Batu Kikir bersama kakak saya yang tinggal di kampung sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk terus bekerja”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2022 21:03

Senarai Bantuan Raya 2022 | Bantuan Sehingga RM3000

Dalam artikel ini akan dikongsikan senarai bantuan raya 2022 yang anda boleh mohon. Info-info ini hanya sekadar untuk memberi maklumat sahaja. Harap maklum.

Baca Juga : Semakan Pengeluaran Khas KWSP

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

1. Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIWP Wilayah Persekutuan

Bantuan ini khas untuk mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan:

Kuala LumpurPutrajayaLabuan

Bantuan diberikan kepada penerima bantuan kewangan bulanan bagi membantu asnaf membuat persiapan hari raya.

Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIWP Wilayah Persekutuan

Syarat Pemohon

MuslimMalaysiaBermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah PersekutuanTertakluk kepada kiraan Had al-Kifayah.

Anda boleh KLIK DI SINI untuk senarai dokumen dan borang permohonan.

2. Bantuan Tahunan Hari Raya Aidilfitri MUIP

Bantuan ini sebenarnya adalah cabang daripada skim bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Pahang (MUIP).

Lazimnya, penerima bantuan ini dicalonkan oleh amil fitrah dari kawasan kariah. Anda boleh semak senarai amil DI SINI.

3. Skim Bantuan Hari Raya Majlis Agama Islam Johor (MAINJ)

Bantuan Hari Raya ini khas untuk golongan asnaf di Johor.

Berikut adalah syarat-syarat pemohon:

Pemohon mestilah anak jati Johor yang telah menetap tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di Negeri Johor.Tidak dapat bantuan /sumbangan /pinjaman daripada mana-mana pihak

Anda boleh KLIK DI SINI untuk syarat dan borang permohonan.

4. Saguhati Hari Raya, Lembaga Zakat Selangor

Saguhati Hari Raya, Lembaga Zakat Selangor

Syarat utama bagi mereka yang ingin memohon bantuan saguhati mestilah tergolong dalam kategori ini:

1. Asnaf fakir

Orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pendapatan, atau mempunyai harta atau pendapatan tetapi kurang daripada 50 peratus daripada had kifayah dan tanggungan peribadi.

2. Asnaf miskin

Orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya mampu menampung lebih 50 peratus keperluan dan tanggungannya, tetapi tidak cukup had kifayah.

3. Asnaf muallaf

Seseorang yang baru memeluk Islam.

Anda boleh KLIK DI SINI untuk panduan dan borang permohonan.

5. Skim Bantuan Hari Raya MAIAMP

Bagi yang tidak tahu, bantuan hari raya ini adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Sosial anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk).

Berikut adalah syarat-syarat bagi yang ingin memohon:

Islam.Malaysia.Bermastautin di Negeri Perak.Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).Milik Asnaf Fakir / Miskin / MuallafTidak dapat bantuan hari raya daripada mana-mana pihak/agensi.

Jika anda adalah sebahagian daripada penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIPk, anda tidak perlu mengisi borang ini lagi.

Anda boleh KLIK DI SINI untuk mendapatkan borang permohonan.

6. Skim Bantuan Hari Raya MAIK

Khas untuk warga Kelantan, bantuan hari raya ini diberikan secara “one-off” bagi menampung perbelanjaan dan keperluan menyambut Aidilfitri. Kadar bantuan minimum RM300.00 hingga RM3,000.00.

Skim Bantuan Hari Raya MAIK

Berikut adalah syarat permohonan:

IslamOrang Kelantan yang menetap di Kelantan.Bagi bukan warganegara negeri Kelantan, pemohon diwajibkan menetap di negeri Kelantan, dan tidak mendapat bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran/asal.Mematuhi peraturan penentuan asnaf fakir dan miskin.

KLIK DI SINI untuk senarai dokumen dan kaedah permohonan.

Maklumat Lanjut

Anda juga boleh dapatkan info mengenai Bantuan Raya JKM khas untuk mereka yang dah mohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Semoga dengan senarai bantuan ini, golongan yang kurang berkemampuan dapat menyambut hari raya dengan kelengkapan yang lengkap. Bukan apa, dalam keseronokan kita, jangan kita lupakan mereka yang dalam kesusahan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2022 16:26

Rasmi – Erik Ten Hag Pengurus Baharu United!

Mampukah beliau membawa united kejuaraan? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Manchester United telah mengumumkan secara rasminya Erik Ten Hag sebagai pengurus baharu bagi musim 2022-2023.

The Dutchman itu akan bermula di Old Trafford selepas kempen bersama Ajax musim ini. Ten Hag akan meninggalkan jawatan bersama Ajax untuk menjadi pengurus kelima United sejak Sir Alex Ferguson bersara pada tahun 2013.

Pengurus tersebut akan menggantikan tempat Ralf Rangnick yang menjadi pengurus sementara sejak Ole Gunnar Solksjaer dipecat pada November lepas. Beliau telah menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan pilihan 12 bulan sambungan kontrak selepas liga Eredivisie tamat.

Ten Hag telah membuatkan pemilik United, Joel Glazer dan CEO, Richard Arnold kagum selepas ditemuramah bagi jawatan pengurus United pada Mac lepas. Mereka berpendapat bahawa Ten Hag jelas calon yang sesuai untuk mengisi jawatan tersebut.

Difahamkan United akan membayar pampasan sebanyak 1.6 juta pound kepada Ajax. Ten Hag bagaimanapun berharap untuk keluar dari Ajax sebagai juara liga untuk kali ketiga dimana Ajax sekarang menduduki takhta liga dengan jurang sebanyak empat mata dihadapan PSV.

Difahamkan beliau juga akan membawa staff kejurulatihan pilihan sendiri ke United dan mempunyai kuasa bagi mengawal perpindahan pemain ketika jendela perpindahan dibuka nanti. United dijangka akan sibuk pada perpindahan musim panas nanti apabila skuad akan dibina semula dan ramai pemain semasa United akan tamat kontrak pada musim ini.

“Ini adalah satu penghormatan besar untuk dilantik sebagai pengurus Manchester United dan saya amat teruja dengan cabaran yang akan datang. Saya tahu sejarah kelab hebat ini dan keghairahan peminat dan saya benar-benar berazam untuk membangunkan pasukan yang mampu memberikan kejayaan yang sepatutnya.”

“Adalah sukar untuk meninggalkan Ajax selepas tahun-tahun yang luar biasa ini dan saya boleh memberi jaminan kepada peminat kami tentang komitmen penuh saya dan fokus untuk membawa musim ini dengan kejayaan sebelum saya berpindah ke Manchester United.” ujar Ten Hag di laman rasmi United.

“Sepanjang empat tahun lalu di Ajax, Erik telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang jurulatih yang paling menarik dan berjaya di Eropah. Beliau juga terkenal dengan daya tarikan pasukannya, bolasepak menyerang dan komitmen kepada pemain remaja.” kata pengarah bolasepak United, John Murtough.

Bersama Ajax, Erik Ten Hag telah memenangi lima trofi iaitu piala liga Eredevisie 2x, Dutch Supercup dan KNVB Cup 2x. Beliau juga berjaya membimbing Ajax ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah untuk musim 2018-2019. Semoga maju jaya bersama United!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2022 15:23

Jawatan Kosong Masjid Negara Kini Dibuka Untuk Permohonan

Kepada pencari kerja kosong, Masjid Negara Malaysia kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan ini.

Baca juga:

Bantuan BKBJ Manfaatkan Seluruh Warga JohorBantuan Khas Hari Raya Akan Dibayar Pada Isnin IniTarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka sehingga 01 Mei 2022, Ahad.

Jawatan Kosong:Jawatan: Kerani/Operasi.Jenis Jawatan: Personel MySTEP.Traf Jawatan: Kontrak.Gaji: RM1,600/sebulan.Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun.Syarat kelayakan akademik boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.Bertanggungjawab, memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin.Cara Permohonan:

Untuk memohon, pemohon perlu menyediakan dokumen sokungan yang diperlukan dan hantar ke pihak Masjid Negara Malaysia melalui alamat e-mel: haikal@masjidnegara.gov.my atau marfudzah@masjidnegara.gov.my.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokument yang diperlukan untuk memohon:

Resume.1 Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lain-lain kelayakan berkaitan.1 Salinan Kad Pengenalan.Sekeping gambar berukuran pasport.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Masjid Negara Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2022 02:53

Bantuan BKBJ Manfaatkan Seluruh Warga Johor

Bantuan BKBJ merupakan inisiatif kerajaan Johor bagi membantu rakyat selepas peralihan fasa endemik.

Kerajaan Johor menyediakan Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) dengan peruntukan berjumlah RM144.36 juta yang bakal memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat di negeri ini menjelang Aidilfitri.

Baca juga:

Bantuan Khas Hari Raya Akan Dibayar Pada Isnin IniPuteri Sarah Tenangkan Diri Di Tanah SuciInisiatif Bantuan BKBJ:

Berikut adalah antara inisiatif-inisiatif bantuan:

Inisiatif i-Berkat: Bakal membantu 1,600 golongan B40, warga emas dan OKU dengan dana RM1 juta diperuntukkan.Insentif mesra PPR: Pengecualian sewa rumah PPR bagi tahun 2022.Insentif mesra Rumah Sewa Kerajaan (RSK): Pengecualian sewa rumah kerajaan bagi tahun 2022.Bantuan Raja Sehari: Bantuan RM1,000 peruntukan RM10 juta.Bantuan geran kepada Southern Volunteers yang melibatkan dana sebanyak RM800,000.Bantuan geran kepada Majlis Belia Negeri Johor sebanyak RM200,000.Bantuan geran kepada Dewan Muda Johor sebanyak RM200,000.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) atau hubungi di talian 607-266 6355 / +607-266 6365.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2022 01:32

Bantuan Khas Hari Raya Akan Dibayar Pada Isnin Ini

Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Berdasarkan jangkaan, Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 03 Mei 2022, Selasa.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak kerajaan telah bersetuju memperkenalkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250 sebagai simbol menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Baca juga:

Perajurit Muda TLDM Siri 224/22 (2022) Diperlukan SegeraIklan Jawatan Kosong HUSM Kubang Kerian 2022Kategori Penerima Bantuan:

Berikut adalah kategori yang layak menerima bantuan kewangan ini:

RM500: Semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

RM250: Semua pesara penjawat awam / kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.

Tarikh Pembayaran:

Tarikh pembayaran bantuan ialah pada 25 April 2022, Isnin bersama dengan bayaran gaji untuk bulan April 2022.

Maklumat lanjut:

Bantuan khas kewangan dengan peruntukan sebanyak RM923 juta bagi manfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Tujuan pemberian bantuan itu dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2022 01:04

Jawatan Kosong Di Universiti Sains Malaysia (USM) – Pelbagai Jawatan Menarik!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Universiti Sains Malaysia (USM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 27 April 2022 (Rabu)
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Sains Malaysia (USM).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 22, 2022 00:49

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.