Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 207

April 26, 2022

Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri Dikreditkan Hari Ini

Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri dari Kerajaan Negeri Selangor.

Baca juga:

Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima BKM Fasa 2Jom Mohon Bantuan Beras Percuma Bantuan Kasih JohorJumlah Bantuan:Kerajaan Malaysia:

Bantuan Khas Kewangan (BKK) – (1 bulan gaji atau minimum RM1,000):

Kepada semua penjawat awam negeri Selangor.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).Speaker.Timbalan Speaker.Ahli Dewan Negeri.Pengurusan tertinggi.Anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.Kerajaan Negeri:

1)Insentif Rahmah Ramadan Selangor – (RM1,000):

Pemimpin masyarakat:Pengerusi MPKK.Pegawai Perhubungan Kampung Baru.Pegawai Perhubungan Bagan.Pegawai Perhubungan Tersusun.Ketua Komuniti India.Setiausaha MPKK.Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS).

2) Insentif Rahmah Ramadan Selangor – (RM500):

Penggerak Belia Selangor (PeBs).Penggerak masjid:Nazir.Imam.Siak.Bilal.Tarikh Pembayaran:

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pemberian BKK sebanyak RM39.15 juta ini akan disalurkan pada tarikh 27 April 2022, Rabu kepada yang layak

Tujuannya agar pemberian bantuan kewangan ini akan dapat memudahkan dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri masyarakat, khususnya para penduduk Selangor.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2022 23:28

Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima BKM Fasa 2

BKM FASA 2 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 1) telahpun dikreditkan kepada penerima yang layak mulai 28 Mac 2022.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 2

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia

FASA 1

Tarikh pembayaran adalah pada Mac 2022.

FASA 2

Tarikh pembayaran adalah pada Jun 2022.

FASA 3

Tarikh pembayaran adalah pada September 2022.

FASA 4

Tarikh pembayaran adalah pada Disember 2022.

Baca Juga: Bantuan BKM Tambahan Sebanyak RM300 – RM500 Untuk B40

Jumlah Bayaran BKM Fasa 2

Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah antara RM100 hingga RM400 bagi kategori yang layak.

Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan seperti berikut:

Cara Semak StatusSila Layari https://bkm.hasil.gov.my/Klik Log MasukSetelah berjaya log masuk, klik Semakan Status.Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *Klik pada TeruskanIsi Kod Captcha dan klik Sahkan CaptchaTandakan Perakuan Pemohon BerkenaanKlik Butang Hantar bagi meneruskan permohonanSetelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonanMaklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat penuh tentang Bantuan Keluarga Malaysia, sila rujuk laman web rasmi BKM di pautan berikut:

https://bkm.hasil.gov.my

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2022 19:43

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) – Gaji Minima RM1,600

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Latar Belakang

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa.

Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia. Mendapat sokongan daripada YB Menteri Kewangan II dan YAB Menteri Besar Kedah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. Mengutamakan pembangunan bersepadu melalui perancangan strategik, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, industri dan pemimpin masyarakat.

Baca Juga: Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) 

Jawatan:

1. PENOLONG EKSEKUTIF

Tarikh Tutup Permohonan : 17 Mei 2022 (Selasa)

2. PERSONEL MYSTEP GRED SETARA 19

3. PERSONEL MYSTEP GRED SETARA 29

Tarikh Tutup Permohonan : 05 Mei 2022 (Khamis)

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2022 19:24

Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) – Jom Mohon!

Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.

Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.

Baca juga: Jawatan Kosong Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad

Jawatan:

1. PEGAWAI EKSEKUTIF PERANCANGAN HARTANAH

Tarikh Tutup Permohonan : 29 April 2022 (Jumaat)

2. KETUA PEGAWAI REL SARJANA ATAU

3. PEGAWAI EKSEKUTIF UNDANG-UNDANG

Tarikh Tutup Permohonan : 06 Mei 2022 (Jumaat)Cara Mohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui capaian https://apps.rac.gov.my/ejawatan/.

Lokasi Pejabat:

Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor

Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8939 0200 atau emel ke hr@rac.gov.my

KLIK UNTUK BACA IKLAN JAWATAN

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2022 18:57

Jom Mohon Bantuan Beras Percuma Bantuan Kasih Johor

Bantuan Beras Bangsa Johor

Bantuan beras bangsa Johor merupakan salah satu inisiatif daripada Bantuan Kasih Johor yang di umumkan oleh Menteri Besar Johor pada 4 april yang lalu.

Syarat Kelayakan Dan Permohonan

Kerajaan Johor belum lagi memperincikan proses bantuan ini samaada perlu melalui satu proses permohonan atau diberikan terus berdasarkan data maklumat kerajaan negeri.

Oleh itu, cara permohonan dan syarat kelayakan dijangka akan dimaklumkan oleh Menteri Besar secara rasmi dalam pelancaran program Bantuan Beras Bangsa Johor pada 27 April 2022.

Senarai Bantuan Kasih Bangsa Johor

Terdapat 8 jenis bantuan kasih di bawah kategori KEMASYARAKATAN iaitu :

Bantuan Beras Bangsa JohorBantuan RM300 Kepada Pekerja Gig (Pemandu Teksi, E-Hailing, & Penghantar Makanan)Bantuan RM300 Kepada Pemandu Bas Awam dan Bas EkspressBantuan RM300 Kepada Nelayan Yang Berdaftar dengan Dabatan PerikananBantuan RM500 Kepada Imarah Masjid dan SurauBantuan RM500 Kepada Ketuan KampungBantuan Geran kepada Persatuan Vateran ATM Negeri JohorBantuan Geran Kepada Persatuan Pesara Polis Neger Johor

Bagi kategori KEBAJIKAN, terdapat 6 jenis bantuan iaitu :

Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Fakir MiskinBantuan Geran Kepada Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak YatimAnak Johor PrihatinProgram i-BerkatInsentif Mesa Program Perumahan Rakyat PPRInsentif Mesa Rumah Sewa Kerajaan (KSK)

ORANG MUDA JOHOR turut mendapat bantuan di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor seperti :

Bantuan RM1,000 kepada pasangan Raja SehariBantuan Geran Southern VolunteersBantuan Geran Majlis Belia JohorBantuan Geran Dewan Muda Johor

3 jenis bantuan di bawah kategori PENDIDIKAN adalah seperti berikut :

Bantuan Khas Persekolahan Sebanyak RM150 kepada pelajar sekolah rendahBantuan Mahasiswa IPTA/IPTSBiasiswa Bangsa Johor

Bagi kategori EKONOMI pula terdapat 7 jenis bantuan kasih seperti :

Insentif Sewa Mesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Insentif Lesen Mesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Bayaran RM2,000 kepada Operator Hotel BajetBantuan RM1,000 kepada Pemandu PelancongBantuan RM1,000 kepada Pengusaha HomestayBantuan RM1,000 Kepada Pengusaha Bot PelanconganBantuan RM2, 000 kepada Agensi Pelancongan

Baca Juga: Bantuan Suri Rumah

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang persoalan berhubung mengenai inisiatif ini, sila hubungi nombor telefon Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim ( 03-2666526 ) atau Pejabat Daerah

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2022 18:33

Majikan wajar pertimbang potong gaji pekerja yang bekerja dari rumah – MEF

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melihat kewajaran majikan memberikan gaji yang lebih kecil termasuk memotong elaun perjalanan jika pekerja memilih untuk bekerja dari rumah (BDR).

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, ada pekerja yang bersetuju dengan langkah berkenaan susulan bekerja dari rumah sudah menjimatkan kos pergi dan balik dari tempat kerja.

Baca Juga: Kategori Pemohon Terima Bayaran KWSP

“Sebenarnya ada berbagai-bagai pendapat mengenai sama ada wajar BDR itu dibayar lebih kecil tetapi banyak syarikat kata kalau ada pengurangan, ia tidak harus banyak iaitu antara 10 hingga 12 peratus.

“Ini dilakukan sebab faktor tertentu di mana kalau kita lihat ada sesetengah syarikat memberikan elaun pergi dan balik bekerja.

“Maknanya elaun perjalanan tidak harus diteruskan jika pekerja bekerja dari rumah. Ada pekerja memilih gaji kurang apabila dibanding dengan ulang alik tempat kerja dimana kos boleh dikurangkan, itu antara faktor diambil jika mereka boleh turunkan gaji pekerja dari rumah,” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada pihak melihat gaji pekerja BDR tidak wajar dikurangkan kerana mereka bekerja seperti biasa seperti yang berada di pejabat.

“Namun pada akhirnya, perkara itu bergantung kepada pilihan pekerja itu sendiri sama ada untuk menerima potongan elaun tertentu dan bekerja dari rumah atau memutuskan untuk mengeluarkan kos perjalanan dan bekerja di tempat kerja,” ujarnya lagi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2022 18:07

Hidung Lana Nodin Nampak Aneh Dan Pelik – Netizen

Kini Lana Nodin sudah mengembangkan sayapnya ke dunia perniagaan apabila sudah pulang ke Malaysia setelah bercuti ke Amerika Syarikat bersama keluarga suaminya yang tinggal disana.

Dia adalah salah satu artis yang pernah mencetuskan kontroversi gara-gara menolak untuk mengambil vaksin dan dikatakan berpindah ke AS kerana keenganan dirinya untuk mengambil vaksin.

Baru- baru ini Lana baru sahaja merasmikan kedai bakerinya pertamanya yang terletak di Kota Damansara dengan nama Lana’s Bakery Land.

Dalam satu perkongsian video ,Lana yang sedang mempromosikan kedai miliknya dan menjemput orang ramai untuk singgah di kedai miliknya kerana terdapat banyak promosi yang dijalankan .

 

 

Namun video ini telah menjadi perhatian ramai apabila hidungnya pula yang menjadi tumpuan netizen yang meninggalkan komen di video berkenaan.

Rata-rata netizen memberikan komen yang sama apabila merasa terkejut dan pelik dengan perubahan yang dilakukan Lana terdapat hidungnya itu.

Malah ada yang bertanyakan adakah dia menjalani pembedahan plastik di bahagian itu dan tersalah percaturan dan membuatkan hidungnya kelihatan senget dan pelik.

Tidak berdiam diri , Lana juga tampil membalas komen netizen dengan berselorah dan megiyakan kata-kata mereka.

Tidak kurang juga yang memuji dirinya kerana menjual barangan bakeri pada harga yang lebih murah  dengan harga  berpatutan .

Malah rakan artis dan peminat juga mengucapkan tahniah atas usaha yang dijalankan itu dan menyokong dirinya dalam perniagaan tersebut kerana rata-rata yang pernah mencuba kek buatannya mengakui kesedapan dan keenakkannya.

Lana yang sering berkongsi resepi pastri buatannya pada mulanya hanya melakukan perkara tersebut kerana mengisi masa lapang namun ianya mendapat sambutan hangat dan menggalakkan.

Dia merasa bersyukur kerana dapat mempelajari pengalaman baru dalam urusan perniagaan dan berhasrat untuk mengembangkan usahanya bagi membantu orang lain.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2022 15:57

Ridhuan Tee Kecewa Lagu Raya Baru Tak Sedap, Terjerit Macam Hilang Pedoman, Menari Dengan Bapok

Penceramah bebas Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee meluahkan rasa kecewa terhadap lagu-lagu raya baru yang dirasakan tidak sesuai didengar ketika sambutan Syawal..

Menyifatkan lagu-lagu raya baru seolah sudah hilang roh dan jati diri, Ridhuan berkata pemuzik tempatan terlalu mahukan inovasi sehingga jejaskan suasana hari raya..

“Saya teramat kecewa apabila lagu-lagu raya hari ini sudah hilang roh dan jati diri. Kenapa lagu-lagu hari ini tak sedap. Malah lebih teruk lagi terkinja-kinja, terjerit seperti orang hilang pedoman?

“Paling malang ia dianggap sebagai satu inovasi sedangkan lagu dan muzik itu terjerit-jerit dan terkinja-kinja. Bagaimana nak rasa suasana hari raya? Lebih malang lagi, ada pula menyanyikan lagu raya bersama-sama bapok, rosak lagu raya sampai mak sendiri tak sanggup nak tengok,” katanya..

Dalam pada itu, Ridhuan berkata inovasi dalam muzik yang diperjuangkan hanyalah pengaruh budaya barat bukannya satu pembaharuan…

“Jelas menunjukkan betapa barat telah berjaya ‘membasuh’ otak kita apabila irama muzik seperti rock, R&B dan rap diagungkan. Itu bukan satu inovasi tetapi meniru gaya barat, sedangkan yang menyanyi lagu tersebut berwajah Melayu.

“Ada penyanyi yang puji lagu mereka sendiri sedangkan yang mendengar adalah peminat. Jadi dengarlah suara hati pendengar,” katanya.

Sementara itu, Ridhuan turut berpendapat lagu nyanyian penyanyi lama seprto Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Datuk DJ Dave dan Datuk M Nasir dimana lagu mereka menyentuh perasaan..

“Lagu-lagu lama penuh jati diri walaup dinyanyikan oleh orang bukan Melayu seperti DJ Dave. Jika kita nyanyikan lagu-lagu terdahulu tanpa sedar boleh mengalirkan air mata..

“Cuba tanya pengkarya seperti M Nasir, saya tidak fikir dia akan tergamak untuk masukkan elemen rock atau R&B dalam lagu raya. Saya amat kenal orang seperti ini, jati dirinya amat kuat. Begitu juga Allahyarham P Ramlee, Saloma dan Sudirman jika masih hidup..

“Kepada pengkarya dan penyanyi hari ini, cuba dengar baik, tenung dan renungkan kenapa lagu raya 70an, 80an begitu menusuk,” katanya..

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2022 15:54

Bantuan i-Perantau Terengganu 2022 Sebanyak RM400 Sempena Aidilfitri

Berita baik puat anak jati Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi bantuan one-off i-Perantau kepada anak perantau yang layak.

Dianggarkan sebanyak 5000 ketua isi rumah mendapat manfaat dari bantuan ini.

Baca juga:

Kerajaan Galakkan Pengambilan Dos ‘Booster’ Kedua COVID-19SOP Pemakaian Pelitup Muka Akan Dilonggarkan Mulai Minggu HadapanJumlah Bantuan:

Berikut adalah jumlah bantuan i-Perantau:

Kategori A – RM400 (Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM 2,500).Kategori B – RM250 (Pendapatan Isi Rumah antara RM 2,501 – RM 5,000).Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

KATEGORI A: Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM 2,500:

Syarat 1: Pemohon mestilah PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Terengganu.

Syarat 2: Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan “ISI RUMAH” TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun).

Syarat 3: Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20).

Syarat 4: Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.

Syarat 5: Kontraktor berdaftar adalah TIDAK LAYAK memohon.

Syarat 6: Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan “ISI RUMAH” TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan dan disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.

Syarat 7: Pemohon yang tidak mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.

Syarat 8: Borang permohonan dan dokumen berkaitan hendaklah dimuat naik (upload) ke link permohonan yang disediakan:

Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya.Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan.Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon).

Syarat 9: Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.

Syarat 10: Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apaapa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

KATEGORI B: Pendapatan Isi Rumah antara RM 2,501 – RM 5,000:

Syarat 1: Pemohon mestilah PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Terengganu.

Syarat 2: Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan “ISI RUMAH” ANTARA RM2,501 HINGGA RM5,000 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun).

Syarat 3: Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20).

Syarat 4: Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.

Syarat 5: Kontraktor berdaftar adalah TIDAK LAYAK memohon.

Syarat 6: Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan “ISI RUMAH” ANTARA RM2,501 HINGGA RM5,000 sebulan dan di sahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.

Syarat 7: Pemohon yang tidak mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.

Syarat 8: Borang permohonan dan dokumen berkaitan hendaklah di muat naik (upload) ke link permohonan yang disediakan:

Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya.Salinan Slip gaji atau Slip pencen terkini atau Surat Akuan.Pendapatan yang disahkan.Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon).Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.

Syarat 9: Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apaapa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal i-Bantuan Terengganu.

Langkah 2: Pilih Daftar.

Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan.

Langkah 4: Tekan Periksa.

Langkah 5: Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.

Dokumen Sokongan:

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

1 Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya.1 Salinan Slip gaji atau Slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan.1 Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.1 Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon)Muat Turun Borang:

Berikut adalah borang-borang yang berkaitan:

Surat Akuan Pendapatan Isi Rumah

Surat Akuan Sebagai Penerima Bantuan

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal i-Bantuan Terengganu atau hubungi di talian 011- 517 54 924 / 969.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2022 01:11

Kerajaan Galakkan Pengambilan Dos ‘Booster’ Kedua COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengemas kini Garis Panduan Klinikal yang akan memperincikan perlaksanaan Dos Penggalak Kedua COVID-19 kepada golongan berisiko tinggi dan pengembara.

Booster dos kedua adalah pilihan individu dan tidak akan menjejaskan status vaksinasi lengkap individu berisiko tinggi yang tidak mengambil dos kedua tanpa arahan pengambilan wajib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baca juga:

Diskaun Dan Tol Percuma Sempena Aidilfitri 2022Rancang Waktu Perjalanan Balik Kampung Aidilfitri Dengan PLUSGolongan Yang Digalakkan Untuk Dapatkan Dos Penggalak Kedua:

Berikut adalah golongan-golongan yang digalakkan untuk mendapat dos penggalak.

1.Individu berumur 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi.

boleh diberikan dos booster kedua dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.

2. Individu ‘moderate or severe immunocompromised’ berumur 12 tahun dan ke atas.

boleh diberikan dos booster dengan selang masa sekurang-kurangnya 28 hari selepas tarikh dos kedua.Jenis Vaksin:

Vaksin mRNA Comirnaty (Pfizer-BioNTech) merupakan vaksin yang disyorkan bagi dos booster kedua buat masa ini.

Tempoh Masa Dos Penggalak Kedua:Bagi individu berumur 60 tahun dan ke atas yang telah lengkap mengambil suntikan penggalak dan didapati mengalami jangkitan COVID-19, layak menerima booster kedua, 3 bulan selepas pulih sepenuhnya.Individu yang ingin ke luar negara pula boleh diberikan dos penggalak kedua selepas selang masa sekurang-kurangnya 1 bulan daripada dos penggalak pertama bagi memenuhi keperluan ke luar negara.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau hubungi di talian  03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2022 00:17

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.