Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 203
May 2, 2022
Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kulai – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Negeri Johor di Majlis Perbandaran Kulai dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEGAWAI TADBIR
2. PEGAWAI PENGUATKUASA
3. PEGAWAI PENILAIAN
4. PEMBANTU KEMAHIRAN
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 1,377.00 – RM 9,547.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Perbandaran Kulai.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Negeri Pahang di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. JURUTERA GRED J41
2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,549.00 – RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00 – RM225.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/SPMV/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Baju Raya Sedondon Langsir Dan Cadar
Seorang pengguna TikTok, Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman memuat naik video sambutan hari raya keluarganya di aplikasi tersebut di akaun miliknya bernama @prince.syed.syahid.
Apa yang menariknya dia dan keluarga memakai persalinan raya yang dihasilkan daripada kain langsir dan cadar untuk Aidilfitri tahun ini.
Baju-baju raya itu semua dijahit sendiri oleh Syed Muhammad Shah Hasif bukan ditempah ataupun dibeli.
“Memandangkan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun ini maka saya sekeluarga mahu beraya sakan”
“Selain menjahit baju raya diri sendiri, isteri dan anak, saya turut siapkan persalinan untuk dipakai oleh emak, kakak serta tiga anak saudara pada hari raya pertama yang diperbuat daripada langsir”
“Manakala, baju raya diperbuat daripada cadar pula akan dipakai oleh saya, isteri dan anak pada hari raya kelima”
“Semua persalinan itu sendiri dijahit saya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Keluarga serahkan semuanya pada saya daripada segi pemilihan fabrik, warna hingga jahitan”
Menurutnya tidak ramai yang berani untuk menggunakan kain langsir ataupun cadar kerana material tersebut disangka panas dan tidak selesa. Namun sebenarnya pemilihan fabrik perlu dilakukan dengan lebih bijak.
Dia juga tidak kisah pandangan orang ramai tentang pemilihan pakaian sedondon tersebut asalkan dia dan keluarga sukakannya.
“Jadi, saya lakukan sehabis baik dan mungkin ramai tidak berani gunakan kain langsir dan cadar dijadikan baju kerana menyangka fabrik itu panas serta tidak selesa”
“Sedangkan, ia selesa saja jika kita bijak memilih jenis fabriknya malah saya tidak kisah apa pandangan orang kerana apa yang penting, keluarga sukakannya”
May 1, 2022
Rakyat Malaysia Raya Kelam-Kabut
Sejak pengumuman daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam pada malam tadi yang mengesahkan bahawa Hari Raya Aidilfitri disambut pada 2 Mei 2022.
Rata-rata rakyat Malaysia terkejut dengan pengumuman tersebut, kerana ramai yang beranggapan bahawa Hari Raya Aidilfitri disambut pada 3 Mei 2022.
Di media sosial ramai warganet mengeluh kerana keadaan huru-hara kerana tidak sempat membeli barang basah untuk membuat juadah dipagi Hari Raya.
Manakala mereka yang berada di rumah juga kalam kabut dengan pengumuman tersebut kerana mereka merancang untuk memasak juadah raya keesokan hari.
Bukan setakat itu sahaja mereka yang telah merancang perjalanan pada 2 Mei juga terpaksa menukar jadual perjalanan mereka disaat akhir kerana menyangka tiada perubahan yang berlaku. Mereka yang menaiki bas ada yang cuba menukar tiket di kuanter bas tetapi gagal berbuat demikian.
Rakyat Malaysia akan bersama-sama Indonesia, Thailand dan Arab merayakan Aidilfitri pada Isnin tetapi negara jiran Singapura mengumumkan republik itu akan menyambut 1 Syawal 1443H/2022 pada 3 Mei.
April 30, 2022
JDT Raya Awal, Cipta Sejarah Layak Ke Peringkat 16 Terbaik!
Tahniah JDT! Kami semua bangga sejarah baru tercipta. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah layak ke Pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 selepas berjaya menundukkan Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan I yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.
uara Piala AFC dan juara lapan kali Liga Super Malaysia secara berturut-turut itu juga menjadi kelab pertama dari negara ini untuk berbuat demikian. Keputusan yang dicatatkan itu menyaksikan skuad kendalian Benjamin Mora tersebut menamatkan kempen kali ini sebagai juara kumpulan I dengan mengumpul 13 mata.
JDT yang bermula garang mendapat peluang terbaik seawal minit kedua tetapi hantaran ‘cutback’ Arif Aiman Mohd Hanapi susulan gerakan lincah di sebelah kiri pintu gol lawan gagal disempurnakan dengan baik Bergson da Silva.
Namun kehampaan itu ditebus Leandro Velazquez berselang tiga minit kemudian selepas pemain import dari Argentina itu meledakkan sepakan percuma bertaraf dunia sekali gus berjaya membolosi gawang Ulsan Hyundai yang dikawal Jo Hyeon-woo.
Tetapi, kelebihan itu bagaimana pun hanya kekal selama seminit selepas kegagalan Matthew Davies mengeluarkan bola dengan kemas membolehkan rembatan Jun Amano terus menewaskan Farizal Marlias.
JDT hampir kembali di hadapan pada minit ke-25 namun Fernando Forestieri yang mudah menolak masuk bola hasil hantaran Afiq Fazail terlebih dahulu dikesan berada dalam kedudukan ofsaid. Keputusan yang boleh dikatakan agak kontroversi begitu tidak disenangi barisan pemain JDT.
Separuh masa kedua Amano sekali lagi memberikan masalah buat pertahanan JDT yang dikepalai Shahrul Mohd Saad dan Shane Lowry selepas beliau memiliki peluang dalam kawasan penalti. Bagaimanapun, rembatannya dinafikan dengan baik Farizal pada minit ke-53.
JDT yang dilihat lebih menguasai permainan pada babak kedua turut hampa pada minit ke-61 selepas rembatan kaki kiri Leandro susulan gerakan lincahnya di luar kawasan penalti hanya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Ulsan Hyundai.
Leandro turut mendapat umpanan cantik Ramadhan Saifullan Usman ketika permainan memasuki minit ke-89 tetapi tandukannya lemah untuk mudah ditangkap kemas Hyeon-woo.
JDT akhirnya menamatkan perlawanan dengan penuh dramatik apabila sepakan terakhir pemain muda, Arif Aiman dari sebelah sayap kanan gagal ditampan kemas pemain pertahanan Ulsan, Park Yong-Woo sebelum bola memasuki ke gawang sendiri untuk gol kemenangan JDT.
Perlawanan ini ternyata detik gembira dan detik paling bersejarah buat JDT yang terbukti usaha membina skuad yang mampu bersaing di peringkat ini bermula beberapa tahun yang lalu dan akhirnya berjaya sampai ketahap lebih tinggi.
Pochettino Dan Mbappe – Optimis Akan Terus Kekal Bersama PSG Pada Musim Hadapan!
Kekal atau Tidak? saksikan next season! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Jurulatih PSG, Mauricio Pochettino berkata beliau yakin akan kekal di PSG bersama penyerang sensasi, Kylian Mbappe pada musim hadapan.
Ada sumber melaporkan Pochettino berdepan dengan masa depan yang tidak menentu di PSG. Kontrak Mbappe juga akan tamat pada Jun ini dan pemain tersebut dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.
Selepas PSG merangkul gelaran juara liga Ligue 1 minggu lepas, rumor telah bertebaran bahawa tiada keharmonian diantara jurulatih dari Argentina itu dengan pengarah atasan kelab dengan Pochettino dan pengarah sukan, Leonardo berdepan dengan risiko dipecat.
Tetapi jurulatih tersebut yang dikaitkan dengan tawaran jawatan pengurus sekali lagi di Tottenham musim panas ini telah menyatakan kepada pihak media bahawa dia akan terus kekal di PSG.
Pochettino memberitahu media secara jujur mengumumkan bahawa tiada perbincangan terbaru mengenai masa depan beliau di kelab dan menyifatkan hubungan beliau bersama pengarah atasan adalah sangat baik.
“Tiada perbincangan yang konkrit tentang perancangan jangka panjang dengan apa yang kita telah lakukan sekarang. Kami ada hubungan yang baik dan berkomunikasi dengan bagus tentang berlainan topik.”
“Sudah tentu mereka berubah berdasarkan keadaan semasa tetapi hubungan kami dan komunikasi adalah sangat bagus. Kami terus berkerja keras tidak hanya pada masa sekarang tetapi mengambil tanggungjawab atas kerja yang memikirkan tentang masa depan dan itulah apa yang kami lakukan.”
“Itu adalah fakta tentang saya dan Mbappe serta apa yang saya rasakan hari ini. Itu adalah perkara yang saya boleh katakan pada awak hari ini,saya tidak boleh bercakap perkara lain. Itu sahaja apa yang saya rasakan sekarang.” ujar beliau kepada media Sky Sports.
Hari Raya Aidilfitri 2022 Isnin @ Selasa?
Arab Saudi dan beberapa negara lain baru sahaja melakukan proses melihat anak bulan Syawal pada petang 29 Ramadan tadi… Namun, tiada anak bulan Syawal dapat dikesan..
Esok akan genap 30 hari berpuasa di Arab Saudi dan beberapa negara lain akan sambut Aidilfitri pada Isnin 2 Mei..
Manakala di Malaysia, proses melihat anak bulan Syawal hanya akan dilakukan pada petang 1 Mei 2022 sepertimana yang dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Raja-Raja..
Mino Raiola – Super Agent Bola Sepak Meninggal Dunia!
Ramai pemain terkenal di bawa masuk! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Ejen terkenal pemain bolasepak bertaraf dunia, Mino Raiola dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 54 tahun akibat penyakit dialami.
Sebelum beliau meninggal dunia, “Kesihatan semasa saya untuk sesiapa yang tertanya-tanya, kecewa buat kali kedua dalam masa empat bulan telah membunuh saya. Namun ia seperti telah menghidupkan saya semula.” ciapan twitter dari ejen kelahiran Itali dan Belanda tersebut.
Kenyataan berita tersebut keluar apabila Dr Alberto Zangrillo dari hospital San Raffaele di Milan memberitahu agensi berita Ansa “Saya sangat marah dengan panggilan telefon dari wartawan yang membuat spekulasi ke atas seseorang yang sedang bertarung dengan sakit untuk terus hidup.” ujar beliau.
Akhir Super agent yang terkenal itu menghembuskan nafas terakhir pada hari ini. Mino Raiola yang tidak asing lagi dalam dunia bolasepak apabila menjadi ejen kepada klien pemain bolasepak terkenal seperti Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic dan Erling Haaland difahamkan telah bertarung dengan penyakit serius sejak Januari lepas.
Menerusi ciapan twitter beliau pada Januari lepas, Raiola mengatakan beliau sudah menjalani pemeriksaan perubatan dan memerlukan anaesthesia tetapi beliau tidak menjalani pembedahan kecemasan.
Raiola dilahirkan di Itali tetapi membesar di Belanda dan menjadi yang pertama menjejaki kaki kedunia agensi bolasepak menerusi perbincangan perjanjian kontrak yang mengambil penyerang Belanda Bryan Roy ke Foggia dari Ajax sebelum bertindak sebagai penterjemah bagi Dennis Bergkamp untuk berpindah dari Amsterdam ke Internazionale. Rest in peace, Mino.
Kemungkinan Isnin Raya – Dr. MAZA
Baru-baru ini Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di laman Twitter miliknya dilihat menjawab persoalan tentang perbezaan dalam perhitungan dan penentuan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dikatakan Hari Raya di Malaysia mungkin jatuh pada hari Selasa berbeza dengan kebanyakan negara Islam lain yang menyambutnya.
Beliau menambah, ini adalah kerana Malaysia menggunakan kriteria baru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (Mabims).
“Jika mengikut kriteria kebolehnampakan anak bulan yg digunakan sebelum ini, kemungkinan besar Isnin hari raya. Demikianlah kebanyakan negara Umat Islam”
“Jika pakai kriteria baru Jakim / Mabims, mungkin tak nampak. Maka, kita mungkin raya Selasa”
Menurut Dr. Asri, Beliau bukan mempertikai kaedah yang digunakan JAKIM. Beliau sekadar menjawab persoalan kenapa ada perbezaan dalam perhitungan.
“Saya tidak pertikai. Saya menjawab soalan tentang kenapa ada perbezaan dalam perhitungan”
“Perlis kita ikut keputusan bersama dalam menentukan hari raya”
Menurut beliau lagi, tidak ada yang boleh mengatakan antara kaedah lama dan baru yang mana patut dipakai melainkan penilaian oleh pakar falak sendiri. Namun pakar yang terlibat boleh meminta kerajaan untuk semak semula perkara ini.
“Tiada siapa boleh menyatakan kaedah lama atau baru yang lebih patut dipakai melainkan setelah dinilai oleh pakar falak”
“Perbezaan dari sudut kriteria darjah. Dari sudut ketinggian, jarak lengkung dan ketinggian”
“Pun begitu, para pakar mempunyai ruang menuntut kerajaan menyemak hal itu pada masa depan”
Resepi Ketupat Daun Pisang Yang Paling Mudah Dan Sedap
Bila tiba musim perayaan , ketupat adalah antara hidangan paling popular dan digemari ramai. Rasa tak meriah jika tiada menu ini. Bagi anda yang terasa nak makan ketupat atau mahu menjamu saudara mara dan sahabat handai yang datang beraya bole cuba hidangkan Ketupat Daun Pisang. Resepi ini antara yang paling mudah dan sedap yang boleh dicuba jadi tak perlu dah beli ketupat segera. Buat sendiri lebih puas hati dan sedap dengan aroma daun pisang.
RESIPI KETUPAT DAUN PISANG PALING MUDAH
4 cawan beras pulut2 biji kelapa (ambil santannya sahaja)1 helai daun pandan (dipintal)Garam secukup rasaDaun pisang segar (dilayur diatas api)Cara Penyediaan:
1. Basuh bersih beras pulut dan rendam selama 2 jam. Toskan hingga kering.
2. Kukus beras pulut bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam dan sehelai daun pandan. Kukus hingga masak atau separuh masak.
3. Biarkan pulut sejuk seketika sebelum dibalut dengan daun pisang supaya senang nak balut.
4. Bila dah siap balut, ikat dengan tali atau daun pandan. Lalu kukuskan sekali lagi selama 15 – 20 minit.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama dengan rendang, serunding atau sambal tumis. Pasti sedap dan puas hati. Kalau xhabis bole simpan di dalam peti ais dan kukus lagi bile nak makan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
