Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) – Jom Mohon!
Jawatan Kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC)
Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)
Latar BelakangPerbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.
Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.
Baca juga: Jawatan Kosong Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad
Jawatan:1. PEGAWAI EKSEKUTIF PERANCANGAN HARTANAH
Tarikh Tutup Permohonan : 29 April 2022 (Jumaat)2. KETUA PEGAWAI REL SARJANA ATAU
3. PEGAWAI EKSEKUTIF UNDANG-UNDANG
Tarikh Tutup Permohonan : 06 Mei 2022 (Jumaat)Cara Mohon:Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui capaian https://apps.rac.gov.my/ejawatan/.
Lokasi Pejabat:
Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor
Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8939 0200 atau emel ke hr@rac.gov.my
Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
