Masih Belum ‘Move On’ Shuib Tak Kisah Dikritik Netizen

Walaupun sudah sembilan bulan pemergian isterinya, Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib masih lagi bersedih dan meratap pemergian itu. Dia tidak mahu ambil peduli walaupun mendapat kritikan dari netizen bahawa dirinya masih belum ‘move on’.

Isterinya, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat dijangkiti virus Covid-19 selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan.

Menurut Shuib, perkara tersebut dia sendiri yang lalui serta jalani bersama anak-anak. Jika dia menangis tertonggeng di rumah sekalipun tidak ada yang datang untuk menjenguk terutama sekali netizen.

“Saya tak kisah pun orang cakap apa, daripada dulu saya lalu macam-macam. Asalkan apa yang kita pegang, tahu, rasa itu, kita jalan sajalah”

“Kalau nak memikirkan orang, apa pun saya tak boleh. Kalau saya tertonggeng di rumah menangis dengan anak-anak, netizen tak datang ketuk pintu saya”

Apa yang dia lihat, netizen sekadar mampu memberi sokongan di media sosial namun realitinya semuanya dia ikhtiar sendiri. Dia juga mengakui terbawa-bawa dengan kerinduan terhadap isterinya tetapi dia masih memikirkan tanggungjawab yang besar terhadap anak-anak.

“Mereka hanya boleh sokong mungkin di Instagram apa yang mereka terlintas. Tapi secara dalam realiti, belum ada lagi yang buat kaunseling percuma untuk saya,”

“Ikhtiar sendiri juga untuk lalui semua ini. Memang saya akui terbawa-bawa, takut terlarut dalam rindu… sedangkan perjalanan anak-anak masih jauh. Tanggungjawab saya pada mereka besar”

Menurut Shuib lagi, ada baiknya dia tidak terus melayan perasaan dan fokus sepenuhnya kepada anak-anak. Namun begitu dia masih lagi tidak menafikan kenangan dan kemanisan sebuah pertemuan itu masih mengusik jiwanya.

Kini dia hanya mampu bersabar dan biarkan masa itu berlalu perlahan-lahan mengubat luka rindunya.

“Jadi, bagi saya, baik saya tidak terus layan perasaan dan beri perhatian penuh pada anak-anak. Tapi sebenarnya terfikir indah juga sebab rindu cara lain ini lain macam. Kita pula ada perasaan, wallahualam, kalau Allah izinkan mungkin saja akan jumpa dia balik”

“Kalau dapat jumpa balik itu, manis kan. Orang yang kita pernah jumpa, kenal, dahsyat itu. Berpegang dan merasakan untuk itu pun sudah ‘best’. Cuma masa sajalah, lalu perlahan-lahan, insya-Allah sabar”

 

Apabila bercakap tentang perancangan untuk hari raya, dia seakan sudah tidak begitu teruja. Dia sekadar merancang untuk pulang dan tinggal di kampung lebih lama agar anak-anaknya dapat lupakan sedikit kesedihan mereka.

“Saya nak bagi mereka lupa sedikit kesedihan itu. Jadi mungkin ada perancangan nak balik kampung dan duduk lama sedikit di kampung serta bawa mereka bercuti. Mungkin raya kali ini tiadalah di rumah”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2022 23:04
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.