Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 196

May 12, 2022

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang – Jom Mohon!

Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang

Latar Belakang

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan ianya merupakan kampus ke-11 UiTM. Kampus sebenar UiTM Pulau Pinang ialah di Jalan Permatang Pauh dan mula diduduki dalam bulan Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar di UiTM Pulau Pinang dilaksanakan pada Julai 1996 dengan enrolmen seramai 230 orang pelajar.

Kumpulan pertama pelajar ini yang menamatkan pengajian di UiTM Pulau Pinang ialah pada Mei 1999. Staf permulaan di sini adalah seramai 40 orang termasuk 9 orang staf akademik. Tumpuan utama UiTM Pulau Pinang adalah kepada bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam di peringkat diploma. Kampus tetap telah dirancang pembinaannya sejak 1995 dengan kapasiti 10,000 enrolmen dengan kejuruteraan, pengurusan hotel dan pelancongan sebagai bidang-bidang utama.

Baca Juga: Jawatan Kosong Bank Simpanan Nasional (BSN)

Jawatan:

1. SENIOR EXECUTIVE, PERFORMANCE & REWARDS

2. BUSINESS ANALYST, IT (WITH FINANCE BACKGROUND)

3. EKSEKUTIF PENGURUSAN HARTA

4. EKSEKUTIF PENGURUSAN HARTA

5. TAKAFUL & WASIAT MARKETING OFFICER

6. TAKAFUL & WASIAT MARKETING OFFICER

Cara Mohon:

Tarikh tutup permohonan : 25 Mei 2022

KLIK UNTUK BORANG PERMOHONAN

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 12, 2022 18:32

May 11, 2022

Jawatan Kosong Di Sunway Medical Centre Sdn Bhd – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Swasta di Sunway Medical Centre Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Business Development Executive
2. ICT (EMR) Coordinator
3. Manager, Food & Beverage
4. Chef De Partie
5. Front Office Assistant

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Selangor
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/STPM/SPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Sunway Medical Centre Sdn Bhd.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2022 23:33

Rosnah Mat Aris Bahagia Walaupun Suami Lebih Muda

Pelakon veteren dan terkenal , Rosnah Mat Aris yang kini sudah bersusia 67 berkongsi pengalaman hidup apabila merasa bersyukur kerana memiliki suaminya, Tajul Efendie Isa, 41 sebagai pasanga hidup .

Tajul  atau lebih mesra disapa Blue lebih muda daripada Rosnah merasakan suaminya itu adalah hadiah paling istimewa dalam hidupnya kerana dia benar-benar merasa bahagia semenjak bersama suaminya itu.

Dia yang pernah menjanda selama 13 tahun selepas kegagalan dalam rumah tangga sebelumnya merasakan penantian itu tidak sia-sia apabila dikurniakan suami yang muda tetapi disifatkan lebih matang daripada usiannya.

“Perkahwinan saya bersama suami adalah hadiah daripada Allah. Saya tak cari pun dan tak pernah terfikir nak kahwin dengan dia masa itu. Tapi, Allah nak bagi ‘hadiah jodoh’ untuk saya.

“Di antara saya dan suami, perbezaan usia kami amat ketara iaitu 26 tahun. Tapi, alhamdulillah kini sudah 14 tahun kami hidup bersama dan tidak pernah juga bergaduh besar selama ini,”

Malah tidak kedekut berkongsi tip kerukunan rumah tangga diamalkan pasangan itu , yang mana mereka sangat berpegang teguh kepada tiga perkara utama yang sering diingatkan oleh suaminya iaitu jujur, ikhlas dan amanah dalam rumah tangga.

“Alhamdulillah, rezeki saya bertemu jodoh dengan lelaki muda tetapi lebih matang pemikiran daripada usianya. Dia (suami) juga hormatkan saya dan berjaya mengubah diri saya 360 darjah dari seorang yang kasar dan bising kepada wanita lebih sopan, menjaga bahasa dan lembut sekarang, ” katanya lagi.

“Saya amat bersyukur pada usia begini, Allah pertemukan jodoh dengan suami yang boleh menjaga saya dengan baik. Allah bagi saya ‘happy’ kerana kami berdua juga mempunyai banyak minat bersama seperti suka memancing, berjalan-jalan serta masuk ke hutan,” jelasnya.

Dia yang pernah diakatakan ‘sorok suami’ menjelaskan bahawa perkara itu hanyalah memenuhi permintaan sang suami yang tidak gemar ‘show off’ atau menunjukkan diri di khalayak ramai.

Malah suaminya itu lebih selesa menjalani kehidupan normal tanpa dianggap menumpang glamor atau populariti isteri sebagai selebriti yang popular di Malaysia.

Terdapat juga kenyataan berkenaan isu rumahatangga mereka yang mana , ada yang menuduh Rosnah menggunakan sihir bagi menundukkan dan mengawal suaminya itu.

Namun dia menepis dakwaan tersebut dan mengaku hanya berdoa dan berserah kepada Allah agar diberikan kebahagiaan dalam rumahtangga yang dibina bersama suami tercinta .

“Saya tak guna sihir. Saya banyak berdoa kepada Allah agar diberikan suami yang boleh menjaga dan membimbing saya. Alhamdulillah, Allah nak beri jodoh terbaik dan saya terima,” katanya.

Nama Rosnah Mat Aris mula menjadi bualan hangat apabila telah berjaya menempa nama dalam bidang lakonan sejak tahun 1980-an, cukup dikenali dengan watak Mak Limah dalam drama komedi bersiri, Rumah Kedai di TV3 dan sitkom Trio Santan Berlada di RTM.

Malah pernah memenangi trofi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian selama 4 tahun berturut-turut bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular dan juga merupakan satu-satunya artis komedi wanita yang paling banyak mendapat pencalonan menerusi kategori tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2022 23:15

Bantuan Kecemasan Dan Sara Diri Untuk Mahasiswa Negeri Perak

Kerajaan Negeri Perak kini menawarkan permohonan Bantuan Kecemasan dan Bantuan Sara Diri Mahasiswa.

Pelajar kelahiran Perak yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas talian.

Tujuan bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu pelajar dalam menampung perbelanjaan harian sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Baca juga:

Ketahui Lokasi Kamera AES Elak SamanBantuan Rawatan Jantung Percuma Khas Untuk Rakyat SelangorTarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan:

Bantuan Sara Diri:

1. Pemohon mestilah anak kelahiran Negeri Perak:

Pemohon dan ibu atau bapa lahir di negeri Perak.Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar negeri Perak tetapi telah bermastautin di negeri Perak lebih daripada 10 tahun.Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Pemohon mestilah sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Pemohon dari Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Pendapatan Isi rumah (Ibu dan Bapa) keluarga pemohon mestilah di bawah RM3,000 kebawah (gaji pokok).

6. Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.

7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.

8. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian. (Bantuan Sara Diri).

Bantuan Kecemasan:

1. Pemohon mestilah anak kelahiran Negeri Perak:

Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak.Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun.Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

2. Pemohon mestilah sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3.Pemohon dari  Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT pemohon.

5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga).

6. Bantuan Kecemasan Mahasiswa Negeri Perak (sepanjang tahun dan perlu dihantar dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian).

Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Pergi ke pautan di bawah mengikut kategori bantuan :

Mohon Bantuan Sara DiriMohon Bantuan Kecemasan

Langkah 2: Isikan borang online dengan teliti. Baca dan fahamkan syarat serta terma yang dinyatakan. Muat naik dokumen yang diperlukan selengkapnya

Langkah 3: Tunggu Emel Pengesahan yang akan dihantar kepada pemohon kepada pemohon yang berjaya memuatnaik Borang Online

Langkah 4: Jawapan bagi kelulusan permohonan akan diberikan kira-kira 14 hari untuk diproses.

Semakan Kelulusan:

Semakan status permohonan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal HESTECH atau hubungi di talian 05 253 8600 atau 05 209 5000.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2022 21:19

Ketahui Lokasi Kamera AES Elak Saman

Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) telah melengkapkan lebuh raya dengan teknologi kamera Automated Enforcement System (AES) bagi di beberapa lokasi di sepanjang lebuh raya.Ini bertujuan untuk mengekang peningkatan kemalangan jalan raya dengan mendisiplinkan pengguna jalan raya agar memandu pada had yang ditetapkan sahaja.

Pengguna jalan raya juga sudah tentu ingin elakkan saman yang begitu besar bagi kesalahan pemanduan melebihi had laju lebih-lebih lagi pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat.

Baca juga:

Terowong Menora Korbankan Lima PelajarJDT Meraih Kemenangan Dengan Penuh Dramatik Di Minit Akhir Permainan!Senarai Lokasi Kamera AES:

Berikut adalah senarai lokasi-lokasi pemasangan kamera AES di seluruh Malaysia:

Kamera Had Laju:KM 1 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 km/jKM 97.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 km/jKM 151.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 km/jKM 174 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J110 km/jKM 184.2 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 km/jKM 204.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J110 km/jKM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah utara) 110 KM/J110 km/jKM 299.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 km/jKM 301.6 Lebuhraya PLUS (Arah utara)90 KM/JKM 375.9 Lebuhraya PLUS (Arah utara)110 KM/JKM 1 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 KM/JKM 96.3 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 146.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 166 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 185 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 214.4 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 328.8 Lebuhraya PLUS (Arah selatan)110 km/jKM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Terengganu)110 km/jKM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (Arah Kuala Lumpur)110 km/jKM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah utara)110 km/jKM 18 Lebuhraya Guthrie (Arah selatan)110 km/jKM 28.4 Lebuhraya ELITE (Arah utara)110 km/jKM 17 Lebuhraya ELITE (Arah selatan) KM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah utara)110 km/jKM 21 Lebuhraya LEKAS (Arah selatan)110 km/jKM 6.6 Lebuhraya SKVE80 km/jKM 1.6 Lebuh Sentosa, WP Putrajaya70 km/jKM 17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai90 km/jKM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Sungkai)90 km/jKamera Lampu Isyarat

Lokasi :

Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.Jalan Pasir Putih, Ipoh.KM 36 Jalan Alor Setar – Butterworth.KM 4 Jalan Sitiawan – Lumut (Arah Lumut).KM 11 Jalan Sitiawan – Ipoh.KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur (Arah Ipoh).KM 116 Ipoh – Kuala Lumpur  (Arah Kuala Lumpur).KM 4 Jalan Setiawan – Lumut (Arah Setiawan).KM 54 Jalan Alor Setar – Butterworth.KM 1 Jalan Gurun – Sik (Arah Sik).KM 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar (Sungai Siput).KM 14 Jalan Ipoh – Pusing (Arah Sitiawan).KM 8 Jalan Teluk Intan – Hutan Melintang.KM 38 Jalan Ipoh – Kampar (Arah Ipoh).Maklumat Lanjut:

Semoga perkongsian bermanfaat dan dapat membantu anda untuk lebih berhati-hati di jalan raya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2022 20:37

Bantuan Rawatan Jantung Percuma Khas Untuk Rakyat Selangor

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan Skim Rawatan Jantung iaitu khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40.

Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Program ini telah dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang merupakan penyedia pelaksana program.

Sebagai penyedia pelaksana program, SELCARE juga bekerjasama dengan beberapa hospital panel yang dilantik yang terdiri daripada Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh dan Hospital Serdang dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang layak.

Baca juga:

Bantuan Bakul Prihatin Negara (JKM) Dibuka Untuk SemuaTerowong Menora Korbankan Lima PelajarSyarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan mengikut kreteria:

Nota: Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).

KATEGORI A : Ahli Iltizam Selangor Sihat.

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Selangor.Pendapatan isi rumah pemohon mestilah bawah RM3,000 sebulan.Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism).Klinik Panel Iltizam Selangor Sihat/SELCARE atau Hospital Kerajaan.Had pembiayaan :Saringan Jantung.Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1).Rawatan Susulan (maksimum 2 kali).Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja .

KATEGORI B : Bukan Ahli Iltizam Selangor Sihat dan Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Selangor.Pendapatan isi rumah pemohon mestilah bawah RM8,000 sebulan.Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism).Kelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor.Had pembiayaan :Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1)Rawatan Susulan (maksimum 2 kali)Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah permohonan mengikut kaedah:

KATEGORI A

Langkah 1: Pemohon merupakan ahli aktif berdaftar dibawah Skim Iltizam Selangor Sihat.

Langkah 2: Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel atau hospital kerajaan

Langkah 3: Permohonan boleh dihantar melalui emel ke gl@selcare.my dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A.

Langkah 4: Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 5: Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.

Langkah 6: Pesakit perlu membawa Kad penenalan bagi mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke Panel Hospital).

KATEGORI B

Langkah 1: Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang  https:// iltizamselangorsihat.com/cvs.htm 

Langkah 2: Permohonan boleh dihantar melalui emel ke SELCARE atau email ke gl@selcare.my dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI B.

Langkah 3: Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 4: Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.

Semakan Status Permohonan:

Semakan boleh dibuat dengan menghubungi SELCARE di talian 1-800-22-6600.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Portal Peduli Sihat atau hubungi di talian 601 9298 0785.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2022 20:15

Terowong Menora Korbankan Lima Pelajar

Kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora, Kuala Kangsar, tengah malam tadi mengorbankan lima mangsa.Lima individu rentung merupakan pelajar sebuah universiti swasta dinaungi kerajaan negeri di Kuala Kangsar.Baca juga:Skuad Futsal Malaysia Beraksi Hambar Pada Perlawanan Pembukaan Di Sukan Sea Hanoi!Skuad B-23 Malaysia Pamer Aksi Cemerlang Ketika Bertemu Laos!Lima Pelajar Rentung: Kereta yang dinaiki oleh kesemua mangsa terbakar dalam kemalangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 12.52 tengah malam.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kenderaan dinaiki mangsa dengan sebuah treler membawa muatan besi.

“Kereta dinaiki mangsa dan treler 20 tan itu masing-masing terbakar 90 peratus. Mangsa yang terperangkap di dalam kereta disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Pemandu Treler Selamat:

“Pemandu treler bagaimanapun terselamat dan operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap kini sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Operasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa turut dibantu BBP Meru Raya, BBP Ipoh dan BBP Kamunting.

Lebuhraya PLUS Sesak:

Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, tengah malam tadi mengakibtkan aliran trafik perlahan dan sesak sejauh 13 kilometer (KM).

PLUS Berhad memaklumkan menerusi akaun twitter mereka, setakat jam 7.41 pagi ini, lorong kanan menghala utara sudah dibuka manakala lorong kiri masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan.

“Trafik sesak 13KM arah utara dan trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif,” kata ciapan itu setakat jam 7.41 pagi tadi.

Terdahulu, ciapan @plustrafik setakat jam 7.04 pagi tadi memberitahu, semua lorong menghala utara dan lorong kanan menghala selatan masih terhalang, menjadikan semua lorong menghala ke utara ditutup kira-kira enam jam.

 

Sumber: Berita Harian, Kosmo

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2022 19:47

JDT Meraih Kemenangan Dengan Penuh Dramatik Di Minit Akhir Permainan!

Negeri Sembilan vs JDT. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Fernando Forestieri menjaringkan gol jarak jauh bertaraf dunia pada minit terakhir waktu kecederaan untuk memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.

Kemenangan itu turut memastikan JDT kembali memintas skuad Jang berkenaan di tangga teratas Liga Super dengan 15 mata, satu mata mengatasi pencabar terdekat itu biarpun Harimau Selatan memegang kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Penjaga gol Negeri Sembilan, Syihan Hazmi Mohamed beraksi cemerlang menafikan setiap percubaan yang dilakukan JDT sepanjang 90 minit tetapi tambahan masa 10 minit yang diberikan pengadil mengubah keseluruhan cerita di Paroi.

Dengan laungan semangat “Hobin Jang Hobin” dari segenap tempat duduk penyokong Negeri Sembilan beraksi dengan semangat luar biasa sejak dari awal permainan dan hampir memecahkan kebuntuan menerusi sentuhan Nasrullah Haniff Johan yang tersasar selepas menerima bola daripada sepakan sudut.

Rentak sama dibawa kedua-dua pasukan dalam babak kedua di mana Negeri Sembilan lebih memilih untuk bertahan dan menanti peluang serangan balas.

Ketika kedua-dua pasukan kelihatan akan berkongsi mata menjelang penghujung 90 minit waktu sebenar, pengadil Nazmi Nasaruddin, mengambil keputusan untuk melanjutkan perlawanan dengan 10 minit waktu kecederaan dan ia merupakan satu keputusan yang dilihat tidak disenangi oleh ketua jurulatih tuan rumah, K. Devan.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya JDT untuk memburu gol kemenangan dan Forestieri pada minit ke-101 melepaskan satu rembatan lambung yang menuju tepat ke penjuru kanan atas gawang Syihan Hazmi.

Kegembiraan pemain dan staff kejurulatihan JDT terpancar jelas apabila kesemuanya berlari meraikan jaringan serta kemenangan tersebut bersama para penyokong setia Harimau Selatan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2022 19:17

Jom Mohon Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022

Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Baca juga: Tuntut Pampasan Penerbangan Yang Ditunda & Dijadual Semula

Syarat Kelayakan Dan Kriteria

Terdapat dua kategori kriteria permohonan iaitu :

KATEGORI A :

Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).

Warganegara Malaysia ; Lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism).Klinik Panel Iltizam Selangor Sihat/SELCARE atau Hospital Kerajaan.Had pembiayaan :Saringan Jantung.Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1).Rawatan Susulan (maksimum 2 kali).Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja .

KATEGORI B :

Bukan Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat) dan Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.

Warganegara Malaysia ; Lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan.Mekanisme Rujukan Pesakit (Referral Mechanism).Kelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor.Had pembiayaan :Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1)Rawatan Susulan (maksimum 2 kali)Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja.Cara MohonKATEGORI APemohon merupakan ahli aktif berdaftar dibawah Skim Iltizam Selangor SihatPesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel atau hospital kerajaanPermohonan boleh dihantar melalui emel ke gl@selcare.my dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A.Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.Pesakit perlu membawa Kad penenalan bagi mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke Panel Hospital).KATEGORI BPemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang https:// iltizamselangorsihat.com/cvs.htmPermo... boleh dihantar melalui emel ke SELCARE atau email ke gl@selcare.my dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI B.Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefonCara Semak Status

Hubungi SELCARE di talian 1-800-22-6600.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Skim Rawatan Jantung Selangor 2022, sila hubungi ;

No Telefon : 1-800-22-6600No Faks : 03 – 5525 690Emel : info@pedulisihat.comWebsite : https://pedulisihat.com
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2022 19:00

Bantuan Bakul Prihatin Negara (JKM) Dibuka Untuk Semua

Bakul Prihatin Negara merupakan satu usaha Kerajaan dengan memperuntukkan sebanyak RM5 juta.

Bakul Prihatin Negara merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) serta Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Tujuannya adalah untuk memastikan rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dan meringankan beban masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19.

Baca juga:

Jom Tuntut Pampasan Penerbangan Yang Ditunda & Dijadual SemulaJom Mohon Bantuan Komputer Riba 2022 Untuk B40Bantuan Bakul Prihatin:

Berikut adalah antara barang-barang keperluan asas:

Beras (5 Kg).Gula (1 Kg).Tepung (2 Kg).Bihun (400 Gm).Kicap (650 Ml).Sardin (230 Gm).Biskut.Kopi.Syarat Kelayakan:

Permohonan boleh dibuat kepada semua rakyat yang terjejas akibat COVID-19.

Kaedah Permohonan:

Berikut adalah kaedah-kaedah untuk memohon:

Kaedah 1: Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara.

Kaedah 2: Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.

Kaedah 3: Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram/ KPWKM dan JKM).

Kaedah 4: Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Muat Turun Borang:

Lampiran ABorang Permohonan

Lampiran BAkuan Penerimaan Bakul Prihatin

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang JKM atau hubungi di talian 03 – 8000 8000.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2022 19:00

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.