Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 189

May 21, 2022

Lia Aziz Akui Sedang Dilamun Cinta

Lia Aziz  yang merupakan seorang penyanyi wanita dan memulakan kerjaya awalnya di media sosial apabila penghargaan meluas menerusi single sulungnya, “Kucu Kuca” yang mana lagunya telah dipilih sebagai lagu tema drama  Rindu Awak Separuh Nyawa.

Dalam satu kenytaaan daripada tuan empunya badan mengakui dirinya sedang dilamun cinta namun enngan mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya itu.

Dia dikatakan sedang berkawan rapat dengan Arash iaitu pemain drum kumpulan Tree Hill yang banyak berkongsi tentang gambar dan hubungan mereka di media sisoal miliknya.

Tidak mahu memanjangkan perkara tersbut  , Lia lebih senang jika peminat hanya melihat dan mengikuti akaun Instagram miliknya untuk mengetahui  tentang kehidupan peribadinya.

 

Ditanya tentang populariti yang semakin menaik dan dikenali kerana berduet bersama penyanyi lelaki terkenal tanah air , Khai Bhar , dia sempat menafikan menumpang populariti penyanyi tersebut.

Malah mengakui dirinya te;ah menerima tawaran untuk menyanyikan lagu tersebut sebelum menyertai program Big Stage lagi dan pemilihan juga telah dilakukan oleh penerbit drama itu sndiri.

Lia yang sememangnya sangat terkenal selepas lagunya menjadi trending malah berpewatan menarik merasa bersyukur kerana lagu Kaulah Syurga mendapat tempat dihati peminat.

Malah berharap agar peminat memberi peluang kepadanya kerana dikatakan tidak mampu menyanyi dengan baik secara live apabila telag tersingkir pada peringkat awal program Big Stage 2022.

Setelah lagu terbaru ini meeletup gara-gara drama tersebut , Lia lebih terbuka untuk menerima teguran dan akan lebih berusaha dengan lebih baik untuk memperbaiki vokalnya pada masa akan datang.

Tidak pernah bergantung kepada orang lain , Lia lebih senang mengambil inisistif untuk mempelbagaikan strategi untuk membuatkan dirinya lebih dikenali dan popular.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 21, 2022 23:49

“Adalah juga rasa malu “,- Normah Damanhuri

Nama yang Normah Damanhuri sememangnya popular kerana bakat lakonan yang menjadi dalam setiap watak yang dibawakan malah tersenarai antara 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

Kehebatan dirinya membawakan pelbagai jenis watak terutamanya watak yang mempunyai jalan cerita yang berat pasti tidak akan mengecewakan para penonton dan rakan artis yang berkerjasama.

Walaupun usia sudah mencecah 70 tahun, Normah masih lagi tampil dengan gaya anggun meskipun sudah bertudung dan masih aktif dalam dunia seni.

Dalam filem terbaru lakonannya , dia telah menyahut cabaran berat dengan memegang watak komedi sebagai Rohayu iaitu eorang janda yang juga peniaga kedai runcit yang sentiasa bergaya dengan kebaya pendek dalam filem terbaharunya, Tiga Janda Melawan Dunia.

Rohayu yang bermulut becok dianggap bernasib malang dalam perkahwinannya ketika muda apabila semua suaminya meninggal dunia serta-merta selepas mereka bernikah.

Dia juga mempunyai dua sahabat baik iaitu Midah dan Noraini yang sentiasa bersama malah sentiasa menemaninya dan mempertahankannya dalam apa juga keadaan yang mereka hadapi.

Ditanya mengenai lakonannya dalam filem tersebut , Normah mengakui dirinya ada rasa segan dan malu ketika melakonkan watak Rohayu itu kerana perlu menjadi gedik dan mengada demi watak yang dibawanya.

Merasakan ianya satu cabaran dalam dunia lakonan yang diceburinya , dia tidak kisah dan sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk membawakan watak tersebut walaupun sudah berusia.

“Kalau nak kata perasaan saya, adalah juga rasa malu dan terfikir-fikir sama ada boleh atau tidak watak itu. Ditambah lagi, kena ‘gedik’ sikit-sikit dan ia sebenarnya tidak mudah,”

“Namun, saya bernasib baik ada kawan seperti Khatijah Tan dan Raja Azura yang suka membantu. Mereka akan beri semangat dan galakan untuk saya cuba buat dengan sebaik mungkin. Sebab itu, nampaklah juga menjadinya,” jelasnya.

Normah yang banyak mendapat kepercayaan melakonkan watak berat dan bermain emosi juga mengakui dirinya tidak biasa melakonkan watak lucu yang memerlukan dia berjenaka.

“Bolehlah dikatakan, saya tak biasa berlakon komedi. Mula-mula itu, berat juga nak terima tawaran berlakon filem Tiga Janda Melawan Dunia ini sebabnya tak biasa buat kelakar. Saya jadi bimbang dibuatnya kerana sudah biasa berlakon watak dalam cerita yang berat.

“Apatah lagi, saya berasakan macam cepatlah benda ini berlaku (dapat tawaran watak). Ia datang secara tiba-tiba. Malah, ketika saya membaca skrip awal, memang tak faham jalan ceritanya dan terpaksa hubungi pengarah, Hyrul Anuar semula untuk penerangan lanjut,” katanya.

 

 

Dalam pada itu , Norma sempat memberitahu bahawa dirinya merasa kagum dengan sikap Hyrul itu yang rajin dan sentiasa bersedia untuk membantu dirinya dalam memberikan penerangan cerita kepada pelakon dipilih.

“Melakonkan watak Rohayu ini boleh dikata sangat memenatkan sebab ‘shooting’ (penggambaran) sampai pagi, tapi hasilnya kami semua seronok sangat kerana berjaya buat penonton terhibur ,”

“Sepanjang bekerja dengan Hyrul juga ‘happy’ sebab sentiasa boleh berbincang dengannya. Malah, kalau ada peluang bekerja lagi dengan Hyrul selepas ini, saya tidak akan tolak. Senang sangat bekerja dengan dia sebab tak beri tekanan langsung kepada pelakon. Walaupun penat, tapi kami semua tidak merungut kerana yakin dengan arahannya,” katanya.

Ditanya berkenaan isu bertudung , Normah mengakui dirinya tidak selesa jika membuka tudung untuk watak tersenut dan disebabkan itulah dia memakai rambut palsu .

Kenyataan itu telah mendapat kecamam daripada netizen yang tidak senang dengan tindakan pelakon veteran tersebut dan dia hanya memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu berdebat dengan netizen.

Filem Tiga Janda Melawan Dunia mula menemui penonton di pawagam seluruh negara sejak Khamis lalu.

Manakala terdapat pelakon hebat lain yang bekerjasama selain Normah iaitu Khatijah dan Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 21, 2022 21:59

Bangkitlah Harimau Muda Demi Maruah!

Sukan Sea Hanoi. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Demi maruah negara bak kata Brad Maloney kepada para pemainnya. Itu adalah mesej yang disampaikan jurulatih tersebut apabila menuntut pemainnya untuk bangkit menentang Indonesia.

Perlawanan menentang Indonesia ini begitu penting bagi merebut pingat gangsa serta untuk menebus kekecewaan selepas kekalahan terhadap Vietnam di Sukan Sea Hanoi beberapa hari lepas.

Perlawanan yang berlangsung petang ini dijangka sengit apabila perseteruan dua negara ini yang diklasifikasikan sebagai “Derbi Nusantara” sudah lama bermusuh antara satu sama lain.

Jika kemenangan diraih ia dapat memastikan skuad Harimau Malaya B-23 mampu membawa pulang pingat ke tanah air bagi mengubat kedukaan dalam kempen di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam.

“Pertemuan kedua-dua ini sentiasa menyajikan perseteruan sengit, bagus untuk permainan dan sukan ini. Tetapi pemain saya mempunyai motivasi tambahan untuk berdepan perlawanan esok bagi dapatkan gangsa.”

“Malah dalam perlawanan separuh akhir menentang Vietnam, saya tidak pernah melihat sebuah pasukan yang bersemangat begitu tinggi untuk capai sesuatu buat negara. “Esok tiada bezanya.” kata pengendali kelahiran Australia itu kepada sidang media.

Malaysia akan beraksi pada pukul 5 petang ini bagi penentuaan nombor tiga dan empat serta pada sebelah malam akan berlangsung pertembungan pingat emas diantara Vietnam melawan Thailand pada pukul 8 malam.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 21, 2022 12:27

Jasmin Hamid Mohon Netizen Jaga Adab Dan Lisan

Setelah enam bulan mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera rumahtangga , baru – baru ini pelakon jelita dan terkenal Jasmin Hamid menceritakan tenatng kekesalannya di media kerana sering diberikan kritikan dengan kata-kata yang tidak baik terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahman

Terdapat satu perkongsian di Instagram miliknya ,  Jasmin memohon agar para netizen agar menjaga adab apabila memberikan kririkan berkenaan dirinya dan suami kerana seringkali pasangan ini disamakan dengan pasangan  ibu dan anak.

Dia mengakui terkilan apabila sering diberikan kritkikan seperti itu dan tidak menerima apabila sering di perolokkan netizen walaupun sudah tahu kebenaran bahawasanya lelaki disampingnya itu adalah suaminya yang sah.

Namun netizen masih sengaja memberikan komen seperti itu dan nampaknya dengan sengaja mahu menyakitkan hatinya dan pasangannya itu.

Pasangan Jasmin dan Nazmir Abd Rahman yang juga merupakan pengurusnya telah bernikah pada November tahun lalu selepas beberapa tahun menjanda dan kelihatan kebahagiaan milik mereka .

JAsmin yang sering ditemani suami tercinta saat menjalani penggambaran serta apa saja aktiviti yang dilakukan malah sering berkongsi moment bahagia di media sosial miliknya.

Tidak terima diperlakukan seperti itu , Jasmin juga memohon agar para netizen menerima dan percaya bahawa ajal dan jodoh adalah rahsia Allah yang mana sudah tertulis bahawa suaminya lebih muda beberapa tahun daripadanya.

“Mohon jaga adab dan lisan. Ini suami saya,bukan anak saya. Rezeki dan jodoh saya bersuamikan lelaki muda. Semuanya adalah perancangan Allah.”

“Sebagai hambaNya yang beriman, kita wajib percaya dengan jodoh, rezeki, ajal, maut, semuanya rahsia Allah. Adakah ada masalah penyakit ain?” tulisnya lagi.

Melalui perkongsian tersebut , ramai yang menasihati agar pasangan ini lebih tabah menempuhi liku hidup dalam berpasangan dan tidak mengendahkan kata- kata negetif daripada netizen.

Malah mengakui sikap buruk netizen yang suka menyakiti perasaaan orang lain tanpa ada rasa simpati dan tidak berfikir sebelum menaip sesuatu di media sosial.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 21, 2022 04:51

May 20, 2022

Kongsi Video Menari , Netizen Suruh Nora Danish Tutup “Susu”

Nora Danish yang sering sudah mendapat kritikan daripada netizen kerana dikatakan terlalu seksi dan sengaja memancing kritikan daripada netizen.

Dia yang sememangnya suka berkongsi vidoe Tik TIk dengan tarian yang viral sebelumnya tidak berpakaian seksi dan disukai ramai orang kerana kecomelannya.

MAlah sering berkongsi tentang aktiviti seni dan juga keluarga bersama orang ramai dan mendapat banyak pujian kerana kecantikannnya.

Wajah yang sentiasa muda dan tidak dimakan usia menjadi kegemaran para peminat kepada pelakon terkenal ini namun baru – baru ini Nora telah berkongsi video menari yang menampakkan lurah dadanya.

Mengenkan pakaian berwarna hitam yang nampak menawan dan elegent tetapi tetap mendapat kritikan apabila bahagian atas pakaian tersebut kelihatan terdedah dan dikatakan tidak manis dipakai kepada umum.

Nora yang berkongsi tarian bersama sahabatnya yang datang menjenguknya dan tidak melepaskan peluang untuk  menari bersama.

 

https://www.portalmalaysia.com/wp-content/uploads/2022/05/281309567_480659683818184_3751748578939968629_n.mp4

Ini membuatkan netizen berpusu – pusu memberi komen dan mengkritik pakaian pelakon drama bersiri Puteri dan nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dengan perkongsian tersebut

Malah ada juga netizen yang mengecam dengan menagatakan Nora seperti tidak sedar diri apabila menari terkinja-kinja sedangkan sudah berusia 40 tahun .

 

 

Walaupun awet muda tetapi haruslah menjaga peribadi kerana dirinya adalah seorang pelakon popular bukanlah pelakon baru atau pelaon suam – suam kuku.

Dakam kritikan daripada netizen itu , terselit juga pujian yang memuji kecantikkan Nora yang sentiasa tersenyum manis .

Tidak kurang juga netizen yang berbalas komen kerana tidak berpuas hati dengan komen yang memburukkan Nora dan tidak suka artis kesayangnnya itu diperkatakan dan dihina.

Malah terdapat segelintir netizen mendoakan agar Nora diberikan hidayah untuk berpakaian lebih sopan dan  mengikut syariat kerana Nora sememangnya cantik walaupun tidak berpakaian seksi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 20, 2022 21:28

Tiada Kontrak Baru, “Pogback” Kembali Semula Ke Juventus?

Pulang kembali ke Juventus atau sebaliknya. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Paul Pogba bersedia untuk meninggalkan Man United dan kelab-kelab gergasi seperti Real Madrid, Manchester City, PSG dan Juventus adalah antara kelab yang dikatakan mengintai khidmat Pogba.

Pemain berusia 29 tahun itu bakal meninggalkan United apabila kontraknya tamat bulan depan dan dia tidak boleh berunding secara rasmi dengan mana-mana kelab Inggeris dan itu menjadikannya semakin berkemungkinan untuk berpindah ke luar negara.

Namun kelab yang mencuri tumpuan Pogba adalah Juventus dimana kelab tersebut yang telah menggilap bakat sebenar beliau sebelum beliau kembali ke pangkuan United. Juventus hari ini telah membuat langkah pertama dengan menjemput ejennya Rafaela Pimenta untuk berbincang di Turin.

Pimenta salah seorang peguam Brazil yangkini menjaga kepentingan Pogba selepas bekas ejennya Mino Raiola meninggal dunia pada April lalu. Selain Juventus, wakil Pogba kekal berdialog dengan Real Madrid dan Paris Saint-Germain. Potensi kekal dalam Liga Perdana juga tidak diketepikan.

Menariknya, satu sumber memberitahu Sky Sports News bahawa Pogba akan mengalu-alukan peluang untuk bercakap dengan Erik ten Hag sebelum membuat keputusan muktamad mengenai masa depannya. Tiada tawaran kontrak baharu daripada United sejak musim panas lalu.

Pemain antarabangsa Perancis itu akan terbuka untuk kembali ke Turin di mana dia bermain diantara tahun 2012 sehingga 2016 dan bakal bersatu semula dengan bekas pengurusnya iaitu Max Allegri.

Juventus tidak akan dapat menawarkan Pogba pakej kewangan yang lebih baik daripada pesaing mereka tetapi mengetahui bahawa dia akan membuat keputusan demi masa depan bola sepak dan berharap dia akan memilih projek mereka.

Sekiranya perpindahan berlaku, ia adalah kali kedua gergasi Itali itu menandatangani Pogba secara percuma daripada United.

Pada tahun 2012, Juventus menandatangani pemain berusia 19 tahun itu dan menjualnya kembali kepada United dengan harga £94.5 juta pada 2016 selepas dia berkembang menjadi salah seorang bintang muda terbaik Eropah.

Pogba mencatatkan satu gol dan sembilan bantuan gol untuk United dalam musim yang bermasalah dan dibelenggu dengan kecederaan ketika dia terus berjuang untuk kekal cergas untuk perlawanan terakhir mereka musim ini di Crystal Palace pada hari Ahad nanti.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 20, 2022 11:26

Jawatan Kosong Di Tekun Nasional – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Tekun Nasional dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEMBANTU PEGAWAI KUTIPAN (Caw. Ampang/Puchong/Kuala Selangor)
2. PEGAWAI IR
3. SOUNDMAN

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 28 Mei/9 Jun 2022
Lokasi : Selangor/Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/STPM/SPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Tekun Nasional.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 20, 2022 05:25

Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda – Minima PT3/PMR

Permohonan Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
2. SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29
3. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19
5. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 31 Mei 2022 (Selasa)
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,218.00 – RM5,674.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : TetapCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 20, 2022 05:15

Harga Barang Dijangka Meningkat Jun Ini

Pada awal bulan Jun ini, harga barang diramal akan mengalami peningkatan sekitar 50% hingga 60% susulan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500.

Harga barangan keperluan asas seperti ayam, daging dan hampir semua sayur mendadak naik harga sebelum aidifitri baru-baru ini.

Baca juga:

Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu Sehingga RM1,000Tahap Kesihatan Kembali Merosot, Fungsi Jantung Tinggal 10 PeratusPeningkatan Harga Barang:

Kesan daripada peningkatan harga barang keperluan ini , kedai makan dan restoran turut terpaksa meningkatkan perkhidmatan mereka.

Meskipun gaji minimum dinaikkan tapi jika kos kehidupan juga menaik, tak ada faedahnya usaha kerajaan itu dilaksanakan.

Umpama tiada apa yang berlaku. Seolah olah keadaan seperti normal. Sudahlah sebelum gaji dinaikkan pun, kenaikan harga barang tak sepadan dengan penambahan pendapatan.

Tindakan kerajaan untuk menambah pendapatan golongan b40 adalah sangat bagus dan diterima rakyat. Namun, jika pihak kerajaan tidak berbuat sesuatu terhadap kos pembelanjaan yang perlu ditanggung seluruh rakyat menjejaskan faedah penetapan gaji baru itu.

Hak Pembeli:

Sebagai rakyat juga kita tak boleh sewenang wenangnya membeli barang tanpa berfikir. Laporkan jika barangan yang dijual mahal. Bertindak agresif dalam transaksi jual beli kerana hak melaporkan tentang penjual yang tamak adalah hak kita sebagai penguna. Jangan benarkan mereka bermaharajalela.

Bahkan, ini masanya untuk guna kuasa kita sebagai penguna untuk memboikot peniaga yang menjual barang yang dijual dengan harga tak munasabah. Kita haruslah sepakat agar tidak beli disana.

Sumber: Awani

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 20, 2022 02:11

Jawatan Kosong Di Institut Koperasi Malaysia – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Institut Koperasi Malaysia dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 26 Mei 2022 (Khamis)
Lokasi : Selangor
Sektor : KerajaanKelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/STPM/SPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Institut Koperasi Malaysia.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 20, 2022 00:59

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.