Harga Eco Shop Naik Lagi Mulai 1 Jun 2022
Eco Shop juga antara kedai yang akan menaikkan harga barangan.
Baca juga:
Amar Asyraf Kahwin Lagi Untuk Kali KetigaKongsi Biodata Diri Di Media Sosial , Khairul Aming Dikhabarkan Sedang Cari JodohHarga Naik Lagi:Eco Shop bakal menaikkan harga baharu RM2.40 di Semenanjung Malaysia, menerusi sekeping gambar yang tular di laman sosial yang berkongsi notis perubahan harga dipamerkan di salah sebuah cawangan di Subang Jaya.
Manakala bagi cawangan di Sarawak, harga akan dinaikkan dari RM2.40 kepada RM2.60 mulai tarikh yang sama.
“Kami memaklumkan bahawa mulai 1 Jun 2022, harga bagi setiap barangan di Eco-Shop akan ditukar daripada RM2.20 kepada RM2.40 disebabkan faktor peningkatan kos.
“Dengan itu, kerja-kerja perubahan harga di semua platform akan dilakukan secara berperingkat,” kata kenyataan dalam poster tersebut.
Pengguna Kecewa:Rata-rata pengguna berasa kecewa kerana walaupun hanya naik RM0.20 bagi setiap barang, namun kadar itu tetap dapat dirasakan terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.
Kali terakhir notis perubahan harga Kedai Eco diumumkan adalah pada 1 Disember 2021, di mana harga mengalami kenaikan dari RM2.10 kepada RM 2.20 di Semenanjung manakala RM2.30 kepada RM2.40 di Sabah dan Sarawak.
Jadi, bagi anda yang masih nak beli barang dalam masa terdekat, bolehlah rancang perbelanjaan dan mungkin boleh beli lebih awal sebelum tarikh yang dinyatakan iaitu 1 Jun 2022 ini ya!
Sumber: Facebook
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
