Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 184

May 26, 2022

Kekasih Syafi Tee Dedah Dirinya Bukan Wanita Asli

Sebelum ini kecoh gosip melibatkan seorang pelakon Syafi Tee dan juga merupakan anak kepada Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dikatakan bercium dengan seorang wanita.

Video dan foto yang tersebar di media sosial itu kemudiannya menjadi tular sehingga Syafi dikecam netizen.

Baca juga:

Kaunter Rayuan BKM Fasa 2 Dibuka Sehingga 2 Jun 2022Laungan Minta TolongBukan Wanita Asli:

Hari ini, ‘viral’ pula di Twitter apabila ada individu telah mendedahkan bahawa wanita yang dirakam berpelukan dan bercium dengan Syafi sebenarnya bukan wanita ‘asli’, sebaliknya seorang trasngender.

Pada ruangan bio akaun tersebut, ‘wanita’ itu secara terang-terangan mengaku dan menyatakan dirinya seorang ‘mak nyah’ selain turut meletakkan bendera ‘pelangi’.

“Im not women Im transgender🏳️‍🌈🏳️‍⚧️

Meninjau ke posting milik ‘wanita’ terbabit, banyak foto dan video yang agak mencolok mata dan kurang sesuai untuk dilihat dalam kalangan netizen.

Tiada Sebarang Kenyataan Dikeluarkan:

Walau bagaimanapun sehingga kini, pelakon berusia 29 tahun itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi panas tersebut.

Semalam, bapanya pendakwah dan penceramah bebas Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengakui dirinya tidak sempurna dan sudah mendidik anak-anak dengan baik.

Malah tambah Ridhuan, dia berterima kasih kepada semua individu yang prihatin selain berharap ujian menimpanya dapat dijadikan pengajaran untuk semua pihak.

 

Sumber: TWITTER
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2022 22:05

Netizen Beri Kritikan Pedas Tengok Pakaian Anak Azhar Sulaiman

Kasih Iris Leona iaitu anak perempuan tunggal kepada pelakon kacak Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian dan kontoversi kerana penampilannya yang terkadang terlalu seksi sehingga membuatkan orang ramai kurang senang dengan pakaiannya.

Dalam pekonsian terbaru melalui akaun Tik Tok miliknya baru-baru ini , Leona sekali lagi tampil dengan imej seksi dan menjadi perhatian ramai apabila menari dengan pakaian separuh di tubunya.

Pakaian yang dipakainya berwarma merah jambu dan mendedahkan sebahagian tubuhnya yang putih malah temannya juga berpakaian seksi sama persis dengannya.

Perkongsian video itu mendapat telah pelbagai reaksi daripada netizen yang sedih dan mengucap panjang melihat penampilan anak pelakon berkenaan.

Malah ada juga yang mendoakan agar LEona berubah dan tampil lebih sopan meskipun tidak menutup aurat sepenuhnya.

Sebagai Azhar Sulaiman pernah menegaskan setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak namun ada dikalangan anak-anak ada perangai mereka sendiri.

Dia tidak mahu memaksa anaknya untuk memenuhi kehendaknya dan memberikan kebebasan anaknya kerana memikirkan anaknya sudah dewasa dan mempunyai pilihan sendiri.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2022 21:52

Kaunter Rayuan BKM Fasa 2 Dibuka Sehingga 2 Jun 2022

Kaunter bagi permohonan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 telah dibuka di mana-mana cawanagan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selama sebulan.

Kaunter permohonan rayuan dibuka bermula 9 Mei lalu sehingga 2 Jun 2022.

Imbas kembali, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan mengenai permohonan bantuan BKM Fasa 2 sebelum ini menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di laman sesawang LHDN pada 30 April lalu.

Baca juga:

Laungan Minta TolongVideo Tembakan Di Sempadan Thai TularKaunter Rayuan Dibuka:

Jelasnya dalam kenyataan tersebut, individu yang tidak lulus permohonan BKM Fasa 1 sebelum ini boleh membuat permohonan semula bermula 2 Mei hingga 2 Jun ini.

Difahamkan, hampir RM2 bilion bantuan Fasa 1 BKM telah disalurkan kepada kira-kira 9 juta penerima B40 seluruh negara pada Mac lalu, manakala RM1.1 bilion bagi Fasa 2 pula pada bulan Jun ini.

“Walau bagaimanapun, kerajaan sedar bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data kerajaan.

“Oleh itu, sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan bagi permohonan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini,” katanya.

Orang ramai boleh memohon pembukaan kaunter permohonan  itu di link yang telah disediakan https://bkm.hasil.gov.my/.

Permohonan Rayuan:

Sementara itu, dalam hantaran di laman Facebook, LHDN menerima persoalan daripada seorang netizen mengenai permohonan rayuan.

“Untuk makluman, tiada permohonan baharu BKM 2022 dibuka semasa tempoh rayuan.

“Permohonan baharu dan rayuan hanya dibuka setahun sekali pada tempoh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

“Tempoh permohonan baharu / kemaskini maklumat dibuka pada awal tahun (1 Januari 2022 – 31 Januari 2022) dan tempoh permohonan rayuan / kemaskini dibuka selepas keputusan kelulusan dikeluarkan ( 2 Mei 2022 – 2 Jun 2022),” jelas LHDN lagi.

Keputusan Rayuan:

Selain itu, tarikh semakan keputusan rayuan BKM 2022 belum dimaklumkan lagi oleh Kementerian Kewangan. Untuk makluman, tempoh rayuan BKM 2022 adalah sehingga 2 Jun 2022 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

“Sekiranya telah membuat permohonan rayuan BKM 2022, mohon abaikan kod tidak lulus tersebut,” maklum LHDN.

Pihaknya turut menjelaskan selepas beberapa soalan yang diajukan di ruangan komen Facebook.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang BKM atau hubungi di talian berikut:

Hotline BKM MOF : 03-8882 4565 / 4566.Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2022 21:06

Laungan Minta Tolong

Rabu lalu, kita digemparkan dengan insiden letupan bom dan tembakan di pekan Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand.

Ia disifatkan ‘medan perang’ oleh penduduk di kawasan Pengkalan Kubor di sini.

Terdapat juga beberapa kenderaan orang awam mengalami kerosakan akibat letupan yang berlaku pada Rabu malam itu.

Baca juga:

Isu Video Panas Syafi Tee, Ridhuan Tee Anggap Ianya Satu UjianSuhaimi Saad Tak Mahu Anak Ada Sijil Degree, Master / PhDKejadian Cukup Dasyat:

Seorang penduduk, Rozali Abdul Rahim, 57, berkata, kejadian itu disifatkan cukup dahsyat apabila letupan tersebut boleh didengari secara jelas walaupun rumahnya terletak kira-kira 500 meter dari Sungai Golok.

“Kejadian sekitar jam 9.45 malam itu berlaku ketika saya sedang menikmati makan malam. Letupan itu cukup menakutkan sehingga saya tidak sempat menghabiskan nasi yang dimakan kerana terlampau terkejut.

“Tanpa berlengah saya terus bergegas ke tepi Sungai Golok dan melihat orang ramai telah memenuhi kawasan tersebut untuk melihat lebih dekat kejadian yang berlaku tetapi tidak lama kerana selepas itu pihak polis meminta kami untuk bersurai demi keselamatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Jeritan Minta Tolong:

Menurutnya, lebih mengejutkan lagi suara orang ramai menjerit dan meminta tolong kedengaran jelas dari Tak Bai.

Bagaimanapun katanya, penduduk di sekitar Pengkalan Kubor hanya mampu berdoa dari jauh dan menahan sebak memikirkan kejadian yang berlaku di sana.

Dia berkata, letupan bom serta bunyi berbalas tembakan berlaku lebih tiga jam sehinggakan semua penduduk sekitar berada dalam keadaan gelisah memikirkan keselamatan kerana jarak lokasi kejadian di Tak Bai dan Pengkalan Kubor tidak sampai 500 meter.

Che Su Ariffin, 50, dari Kampung Derdap, Simpangan berkata, letupan yang berlaku telah menyebabkan rumahnya bergegar sehingga tidur mereka sekeluarga terganggu.

Sumber: SINAR HARIAN

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2022 20:31

Jawatan Kosong Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)

Jawatan Kosong Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)

Latar Belakang

Di Agrobank, misi kami adalah untuk menyediakan rangkaian holistik perkhidmatan kewangan dan kemudahan perbankan dengan tumpuan kepada sektor pertanian. Kami menumpukan keutamaan kami kepada keperluan pelanggan kami dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang menarik seperti aktiviti simpanan, perkhidmatan perbankan, takaful , pembiayaan dan khidmat nasihat

Agrobank adalah kesinambungan bekas Bank Pertanian Malaysia yang mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam perbankan pertanian dan rekod prestasi cemerlang dalam membentuk dan membangunkan usahawan yang berjaya. Dengan rangkaian cawangan yang luas di seluruh Malaysia, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua.

Agrobank ialah Bank milik Kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MFI). Pembiayaan bank bagi sektor pertanian didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Agrobank hari ini beroperasi melalui 190 cawangan di seluruh Malaysia, dan menggaji lebih 3,400 pekerja.

Baca Juga: Jawatan Kosong MY E.G. Services Berhad

Jawatan:

1. TEAM MEMBER, DIRECT SALES TEAM (NATIONWIDE)

2. EXECUTIVE, OPERATIONAL RISK REPORTING & POLICY

3. SECTION HEAD, PERFORMANCE MANAGEMENT

4. BRANCH MANAGER

5. EXECUTIVE, SUPPORTING & DEVELOPMENT (PAYMENTS)

6. CUSTOMER SERVICE EXECUTIVE (INBOUND)

Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh tutup permohonan : 18 June 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2022 19:45

Jawatan Kosong MY E.G. Services Berhad – Jom Mohon!

Jawatan Kosong MY E.G. Services Berhad

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di MY E.G. Services Berhad

Latar Belakang

MY E.G SERVICES BERHAD ialah syarikat berstatus MSC dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

Kami terlibat dalam pembangunan dan pelaksanaan perkhidmatan Kerajaan Elektronik, salah satu aplikasi utama di bawah projek MSC yang dimulakan oleh Kerajaan Malaysia. We provide services related to government agencies such as Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Insolvensi Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pendaftaran Negara, Immigration Department, Tenaga Nasional Berhad and Telekom Malaysia Berhad.

Baca Juga: Jawatan Kosong SIRIM QAS International Sdn Bhd

Jawatan:

1. SAP B1 FUNCTIONAL SUPPORT

2. JAVA DEVELOPER

3. CORPORATE SALES EXECUTIVE (SELANGOR, PENANG, JB)

Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh tutup permohonan : 18 June 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2022 18:43

Jawatan Kosong SIRIM QAS International Sdn Bhd – Gaji Minima RM1,800

Jawatan Kosong SIRIM QAS International Sdn Bhd

Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di SIRIM QAS International Sdn Bhd

Latar Belakang

SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ialah badan pensijilan, pemeriksaan dan ujian terkemuka Malaysia. Selepas lebih tiga dekad menyediakan perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan ujian di bawah SIRIM Berhad, SIRIM QAS International telah ditubuhkan sebagai anak syarikat milik penuh Kumpulan SIRIM pada Mac 1997. Hari ini, pelanggan tempatan dan antarabangsa dari pelbagai bahagian ekonomi telah menjadikan kami pilihan pilihan untuk keperluan pensijilan, pemeriksaan dan ujian mereka.

Syarikat yang ingin menunjukkan pematuhan mereka terhadap keperluan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa telah menemui penyelesaian ideal mereka dalam skim pensijilan SIRIM QAS International. Sebagai rakan kongsi Rangkaian Pensijilan Antarabangsa (IQNet), sijil sistem pengurusan kami diiktiraf secara meluas di seluruh dunia, menambah nilai kepada produk dan perkhidmatan anda dan memberi anda akses kepada pasaran dunia. Pelanggan juga boleh bergantung pada penyelesaian sehenti dan perkhidmatan berkualiti kami untuk menjaga kepentingan pelanggan mereka dan alam sekitar.

Baca Juga: Jawatan Kosong Federal Express Services (M) Sdn Bhd

Jawatan:

1. TEMPORARY TESTING EXECUTIVE JOHOR

2. SENIOR EXECUTIVE – SALES AND BUSINESS DEVELOPMENT (SBD)

3. SENIOR TESTING EXECUTIVE CPCT

Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh tutup permohonan : 18 June 2022

KLIK DISINI UNTUK MOHON

Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2022 18:22

Bantuan Yuran KAFA Untuk B40 2022

Belanjawan Selangor 2022, kerajaan negeri telah mengumumkan untuk meneruskan pemberan subsidi yuran Kelas al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (Kafa-i).

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan subsidi KAFA-i adalah sebanyak RM30 sebulan.

Baca Juga: Bantuan Ibu Bersalin

Syarat Kelayakan

Anda di dalam kategori B40.

Cara Pemberian Subsidi

Pemberian subsidi adalah secara terus kepada institusi KAFA yang didaftarkan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2022 17:00

Tawaran Pengajian PERDA-TECH Sesi Julai 2022

Tawaran kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Perda (PERDA-TECH) kini dibuka untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

PERDA-TECH merupakan institusi yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat Sijil dan Diploma di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang bertempat di Bukit Panchor, Nibong Tebal.

Institut PERDA-TECH menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar adalah seperti berikut:

Yuran pengajian adalah PERCUMA (ditanggung oleh Kerajaan)Elaun sara diri – RM250.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (kecuali peringkat diploma)Penginapan & pakaian kursus disediakan (kecuali peringkat diploma)

Baca juga:

Banjir Di Perak 226 Mangsa TerjejasVideo Tembakan Di Sempadan Thai TularTarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dibuat sebelum 30 Jun 2022.

Program Yang Ditawarkan:

Berikut adalah program-program yang ditawarkan:

i) Peringkat Diploma

Diploma Multimedia Kreatif (DCP)Diploma Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk Produk (DPD)Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU (DPM)Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Automotif) (DAT)Diploma Kemahiran Malaysia (Teknologi Kimpalan) (DKK)

ii) Peringkat Sijil

Sijil Teknologi Elektrik (CEE)Sijil Teknologi Kimpalan (CWE)Sijil Teknologi Automotif (CAT)Sijil Seni Reka Pakaian (CAD)Sijil Multimedia Kreatif (CCM)Sijil Kejuruteraan Pertanian (CAE)Sijil Kejuruteraan Mekanikal (CME)Sijil Kemahiran Khas Fabrikasi Logam (SWE)Sijil Kemahiran Khas Mekanik (Automotif) (SAT)Sijil Kemahiran Khas Jahitan dan Potongan Baju (SFD)Sijil Kemahiran Khas Elektrik (SEE)Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat permohonan:

Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah memiliki SPM atau setaraf.Pemohon mestilah lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.Pemohon mestilah lulus sejarah (bagi SPM 2013 dan ke atas).Pemohon mestilah berumur tidak kurang 18 tahun.Pemohon mestilah tidak mengalami masalah rabun warna.Pemohon mestilah mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

Langkah 1: Layari laman sesawang PERDA-TECH.

Langkah 2: Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar PERDA-TECH.

Langkah 3: Google form.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal PERDA-TECH atau hubungi di talian 04-599 1100/011-5675 0438.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2022 02:59

Isu Video Panas Syafi Tee, Ridhuan Tee Anggap Ianya Satu Ujian

Setelah isu mengenai Syafie Tee yang tular di media sosial dengan video aksi dirinya berpelukan dan mencium seorang wanita, kini ayahnya Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah  iaitu pendakwah bebas telah tampil memberikan penjelasan.

Dalam satu hantaran di media sosial milik Ridhuan Tee , dia menulis tentang apa yang berlaku adalah satu ujian buat dirinya dan anaknya yang baru menceburi diri dalam bidang seni.

 

 

Malah mengakui dirinya tidaklah sempurna sehingga tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam hidupnya dan mengiyakan pepatah bahawa iman tidak dapat diwarisi oeh sesiapa pun meskipun darah dagingnya sendiri.

“Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna,”

“Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina dina ini, tetapi saya telah melakukan yang terbaik, untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah…Saya pasrah…’

“Syafi Tee, anak kedua ini lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar. Sebagai bapa saya telah menasihatinya tentang dunia seni, yang telah saya ceburi semenjak memeluk Islam, lebih 30 tahun. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni artis hiburan,”

 

Ridhuan sentiasa mengambil inisiatif dalam menasihati anaknya itu agar menjaga diri dan perikajy kerana bimbang hanyut dalam dunia hiburan yang sememangnya mudah melalaikan .

“Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan bidang seni hiburan boleh membawa kita ke syurga. Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hambaNya yang kerdil ini,” tulisnya lagi.

Malah mengakui bahawa aapa yang berlaku tidak akan membutakan dirinya lemah dan akur dengan apa yang terjadi tetapi akan lebih bertanggunjawab untuk berdakwah dengan giat.

“Apa yang berlaku, tidak akan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan ini. Saya akan terus melaksanakan kewajipan saya sebagai seorang Muslim, menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, sama ada secara lisan mahupun tulisan,”

“Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, meskipun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini, terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan, meskipun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri. Ini suatu ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Ujian ini akan terus mematangkan kita,” tulis Ridhuan.

Ridhuan hanya menganggap bahawa perkara ini adalah satu ujian dalam hidupnya apabila anaknya seringkali membuta kontroversi berkenaan dirinya yang pada akhirnya membuatkan namanya tutur terpalit .

Tetapi dia tidak mahu menghalang perjalanan sini anaknya kerana itu adalah kehendaknya namun sentiasa menitipkan nasihat dan teguran terhadapa apa yang dilakukan oleh anaknya itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 26, 2022 02:50

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.