Laungan Minta Tolong
Rabu lalu, kita digemparkan dengan insiden letupan bom dan tembakan di pekan Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand.
Ia disifatkan ‘medan perang’ oleh penduduk di kawasan Pengkalan Kubor di sini.
Terdapat juga beberapa kenderaan orang awam mengalami kerosakan akibat letupan yang berlaku pada Rabu malam itu.
Baca juga:
Isu Video Panas Syafi Tee, Ridhuan Tee Anggap Ianya Satu UjianSuhaimi Saad Tak Mahu Anak Ada Sijil Degree, Master / PhDKejadian Cukup Dasyat:Seorang penduduk, Rozali Abdul Rahim, 57, berkata, kejadian itu disifatkan cukup dahsyat apabila letupan tersebut boleh didengari secara jelas walaupun rumahnya terletak kira-kira 500 meter dari Sungai Golok.
“Kejadian sekitar jam 9.45 malam itu berlaku ketika saya sedang menikmati makan malam. Letupan itu cukup menakutkan sehingga saya tidak sempat menghabiskan nasi yang dimakan kerana terlampau terkejut.
“Tanpa berlengah saya terus bergegas ke tepi Sungai Golok dan melihat orang ramai telah memenuhi kawasan tersebut untuk melihat lebih dekat kejadian yang berlaku tetapi tidak lama kerana selepas itu pihak polis meminta kami untuk bersurai demi keselamatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Jeritan Minta Tolong:Menurutnya, lebih mengejutkan lagi suara orang ramai menjerit dan meminta tolong kedengaran jelas dari Tak Bai.
Bagaimanapun katanya, penduduk di sekitar Pengkalan Kubor hanya mampu berdoa dari jauh dan menahan sebak memikirkan kejadian yang berlaku di sana.
Dia berkata, letupan bom serta bunyi berbalas tembakan berlaku lebih tiga jam sehinggakan semua penduduk sekitar berada dalam keadaan gelisah memikirkan keselamatan kerana jarak lokasi kejadian di Tak Bai dan Pengkalan Kubor tidak sampai 500 meter.
Che Su Ariffin, 50, dari Kampung Derdap, Simpangan berkata, letupan yang berlaku telah menyebabkan rumahnya bergegar sehingga tidur mereka sekeluarga terganggu.
Sumber: SINAR HARIAN
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
