Yonnyboii Terkilan Isteri Dikecam Netizen

Penyanyi rap yang sedang mencipta nama persada tanah air, Yonnyboii baru – baru ini tampil membalas tindakan segelintir netizen yang melemparkan kecaman dan kata-kata negatif terhadap isterinya, Nik Nazira .

Yonny merasakan kata – kata hinaan dan kritikan yang dilemparkan oleh netizen sangat keterlaluan sehingga mengguris perasaannya dan isteri yang kini sudah tidak berhijab.

Yang mana pada mulanya , keputusan isteri kepada penyanyi tersebut untuk tidak lagi berhijab sejak Februari lalu sudah mengundang pelbagai reaksi netizen yang kebanyakkannya mengecam tindakan tersebut.

Malah Yonnyboii juga tidak menghalang keputusan isterinya itu dan berharap peminat agar tidak terkejut jika terserempak dengan isterinya Nik Nazira atau nama sebenarnya Nik Nazira Narriman tidak bertudung di tempat awam.

Dia juga mengakui isterinya itu sememangnya tidak bertudung sebelum ini dan masih dalam proses belajar untuk bertudung sepenuhnya selepas menikah dengannya .

Mendapat pelbagai hujatan daripda netizen yang tidak henti – henti memberikan komen negetif selepas perkongsian gambarnya bersama isterinya di Ig milik mereka , Yonny menghantar beberapa “story ig” dengan menghujat para netizen di Malaysia.

“Dunia seperti sudah terbalik. Mereka yang masih ‘couple’ disanjung manakala yang sudah berkahwin pula dihina. Zina memang dapat pahala ke bagaimana?,”

“Adakah hanya ada satu dosa saja yang tertulis dalam Al-Quran iaitu hanya tidak bertudung saja Bagaimana pula golongan yang bermulut celupar, memaki hamun sesama manusia?'”

“Adakah mereka secara automatik terus masuk Syurga? Anda perlu ingat yang dosa sesama manusia, harus meminta maaf.”

Malah menegaskan bahawa dosa antara manusia memerlukan kemaafan daripada empunya diri dan belum tentu diamaafkan jika tanpa keredhaannya selepas hatinya terguris dek kerana tohmohan yang menyakitkan hati.

Yonnyboii juga sempat berterima kasih kepada netizen yang tidak henti mengutuk dan menghina dirinya kerana sanggup bergadai diri hanya untuk mendapatkan dosa.

Nampaknya perkara ini bakal berlanjutan seperti artis lain yang pernah mengalami perkara yang sama , yanag mana netizen tidak henti-henti memberikan nasihat agar memakai tudung kerana ianya wajib bagi seorang wanita.

Namun perkara sebegitu tidak dapat dipaksa kerana setiap manusia mempunyai pilihannya sendiri dan sedia maklum tentang perkara tersebut tetapi masih lagi mahu melakukan perkara tersebut .

Terdahulu, Yonnyboii atau pemilik nama sebenar, Muhammad Nuriman Nor Azin,23, telah mendirikan rumah tangga dengan Nik Nazira pada 20 November tahun lalu selepas sebulan mengikat tali pertunangan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 24, 2022 21:10
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.