Penularan ‘Monkeypox’ Tidak Sahih
Dakwaan penularan cacar monyet atau dikenali sebagai Monkeypox melibatkan seorang kanak-kanak di Malaysia hangat diperkatakan hari ini adalah tidak sahih.
Semalam tular di media sosial Twitter mengenai satu hantaran foto yang memaparkan seorang kanak-kanak didakwa telah dijangkiti virus Monkeypox ataupun cacar monyet di Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan pada Selasa petang mengesahkan belum menerima sebarang notifikasi berhubung penularan virus tersebut.
Baca juga:
Nilai Ringgit Malaysia Kekal Tidak BerubahMiera Liyana Dituduh Jadi Punca Penceraian Suami dan Isteri PertamaPenularan foto tersebut ternyata telah menimbulkan perasaan cemas dalam kalangan netizen dan sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.
Menurut KKM, pihak mereka telah mengesahkan belum menerima sebarang notifikasi berhubung penularan virus tersebut.
Sehingga 24 Mei 2022 jam 5 petang, KKM tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes yang dijangkiti virus monkeypox atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus monkeypox seperti dalam mesej berserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.Segera Dapatkan Rawatan:Menurut KKM, waris kanak-kanak tersebut wajar mendapatkan rawatan segera jika benar apa yang didakwa dalam posting tersebut.
“Sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Henti Sebar Berita Tidak Sahih:KKM juga menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan atau menyebarkan berita tidak sahih atau yang belum pasti kerana boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat netizen.
“Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan,” ujar KKM lagi.
Sumber: Twitter
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
