Hilal Asyraf's Blog, page 163
May 24, 2010
Perkongsian: Bersedia menjadi suami.
Sudahkah kamu berusaha untuk bersedia? ~ Picture by agmnhob of Deviant Art
Dua hari lepas, semasa makan-makan dengan ahli rumah, timbul perbincangan berkenaan bila dah jadi suami nanti. Biasanya, apabila disebut fasal perkahwinan, orang sibuk membicarakan perihal pasangan yang hendak dikahwininya. Tetapi yang terharunya saya dalam perbincangan tengah makan itu, kami membicarakan bagaimana keadaan diri kami untuk menjadi suami.
"Al-Quran pun tak banyak baca."
"Masjid pun tak istiqomah pergi"
May 22, 2010
Novel Takdir - Cheritera 8
Takdir, terus mendebarkan.
Kepada yang menanti-nanti, hajat anda saya penuhi hari ini juga.
Takdir Cheritera 8.
Pertarungan Aizan Fahmi dan Lelaki Misteri.
Identiti Lelaki Misteri.
Kaitannya dengan Angkasa Sakti.
Terus menggegar.
Takdir Ilahi tetap tiada yang mengetahui.
Cheritera 8
Kedua-dua pahlawan itu mendarat ke dalam kolam. Mereka tenggelam hingga ke paras lutut. Suasana bagi kedua-dua mereka...
Pengumuman: Takdir lewat hari ini
Assalamu'alaikum.
Kepada yang menunggu Novel Takdir, dukacita dimaklumkan, Takdir akan lewat hari ini. Ada juga kemungkinan Takdir hanya akan disiarkan esok atau lusa. Tengok keadaan macam mana.
Hal ini kerana, saya ada peperiksaan final hari ini dan esok. Hari ini Dakwah dan esok Tafsir Al-Quran.
Jadi, maafkan saya ya?
Namun saya akan usaha biar Takdir cheritera 8 dapat muncul hari ini juga. [image error]
Doa-doakan saya.
May 21, 2010
Satu Gambar Bicara Segala

Inilah dia suaranya. ~ Picture by protogeny of deviant art
Hari ini, biar gambar yang berbicara.
[image error]
May 20, 2010
Perkongsian: Sebab kamu jauh
Jangan menjauh daripada Allah. Itu punca kesakitan kamu. ~ Picture by Julian-Rassmann of Deviant Art
Ramai orang suka bertanya dengan saya akan kegundahan masalah mereka, rasa resah meraka akan perjalanan kehidupan mereka, dan rasa risau mereka berkenaan masa hadapan mereka. Kadangkala saya melihat seakan ada sekelompok manusia ini tersekat dalam satu penjara ghaib yang mengikat ketenangan hidup mereka.
Saya berfikir-fikir, saya kira saya juga pernah menjadi seperti mereka. Saya kira, anda...
May 19, 2010
Perkongsian: Menangkis riya', 'ujub, takabbur.
Tangkisinya... ~ Picture by LanWu of Deviant Art
Riya'. Berasal dari perkataan ru'yah yang membawa maksud lihat, maka riya' adalah satu perasaan ingin memperlihatkan amal kita. 'Ujub pula berasal dari perkataan 'ajaba, yakni boleh membawa maksud ajaib atau rasa terkejut, maka 'ujub bermaksud perasaan ajaib terhadap perbuatan diri sendiri. Takabbur pula asal perkataannya adalah kabir yang membawa maksud besar, maka takabbur adalah satu perasaan besar dan megah pada diri.
Ini antara...
May 18, 2010
Perkongsian: Menghidupkan jiwa
Jangan biarkan jiwa anda mati. ~ picture by solitarium of Deviant Art
Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana jiwa boleh mati. Jawapan saya sangatlah mudah. Jiwa boleh mati apabila berjauhan dengan Allah SWT. Mungkin jawapan ini akan kelihatan remeh, tetapi untuk manusia yang percaya bahawa akhirat adalah destinasi akhirnya, maka perkara ini akan kelihatan besar.
Dan hakikatnya, itu satu kebenaran. Jiwa semakin melemah, dan akhirnya mati, kerana ianya jauh dari Allah SWT. Akan ada lompong...
May 17, 2010
Perkongsian: Nanti orang kata kita sombong
Menjaga hubungan antara lelaki dan wanita, tidak sama dengan memutuskan hubungan ~ picture by kaziczek-wolf of deviant art
"Saya ni nak sangat jaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Tapi kan, bila jaga, nanti orang kata kita sombong la pulak sebab macam dah tak layan mereka"
"Saya ni nak berubah. Saya banyak buat benda tak baik. Saya selama ni tak jaga batas antara lelaki perempuan. Saya nak berubah, tapi setiap kali saya cuba berubah, kawan-kawan saya akan kata saya sombong sebab...
May 16, 2010
Perkongsian: Hubungan dengan guru.
Pernah fikirkah hubungan anda dengan sesiapa yang pernah mengajar anda? ~ picture by ProjektDREAM of Deviant Art
Sekarang ini musim Hari Guru. Saya perasan ramai orang post di blog, facebook, website mereka dengan post Hari Guru. Saya tahu Hari Guru, tapi saya dah terlupa tarikh tetapnya. Sebab di MATRI, tak terdidik pula Hari Guru itu hari apa. Hari-hari Hari Guru. Malah, majlis Hari Guru di MATRI berubah-ubah setiap tahun.
Bagi guru-guru saya, dari saya kecil hingga dewasa, saya ucapkan...
May 15, 2010
Pengumuman: Langit Ilahi TV Show
Terus melangkah lebih jauh insyaAllah. Doakan saya.
Saya ada idea untuk buat rancangan Langit Ilahi. Satu rancangan perkongsian motivasi santai berbentuk aktif. Jadi, untuk membumikan idea saya ini, saya kira saya akan siarkannya di alam maya.
Di sini, saya sertakan dua video pertama untuk anda tatapi. Dua video ini masih bukan Langit Ilahi TV Show yang Official. Hanya dikategorikan sebagai testing. Tetapi konsepnya lebih kurang macam yang ditayangkanlah.
Terdapat di dua link berikut.
1. Intro...