Hilal Asyraf's Blog, page 164
May 15, 2010
Novel Takdir - Cheritera 7
Cheritera 7, hendak merungkai misteri, semakin misteri.
Angkasa.Puteri Masyitah.
Akhirnya bertemu.
Ruh Faizan.Rib'i Amir.
Muncul kekuatan baru.
O Zero.Leonardo Rafael.Long Berk.Valdis Zarara.End Less
Lima Jeneral Utopia.
Izrayel.
Misteri yang baru muncul atas cerita.
Fathan Adi.Ezakiel Erik.Arnav Satyankar.Ashoka Valavan.Mughirah Syu'bah.
Bertemu akhirnya.
Aizan Fahmi.Lelaki Misteri.
Bersabung nyawa.
Takdir-Nya, memang tidak terjangka.
Cheritera 7
span
Semasa: Wahai kamu yang menjadi pemimpin saya.
Judi. Apa bentuk pun adalah haram ~ picture by ploophya of Deviant Art
Malaysia gempar dengan penghalalan judi oleh kerajaan. Saya pula terluka dengan apa yang berlaku. Saya tidak mahu cakap banyak. Sekadar ingin menyentuh apa yang perlu. Saya berikan peringatan bahawa post ini bukan post politik. Ini hanya post seorang rakyat kepada pemimpinnya.
Oh ya. Untuk post ini, kalau sesiapa memberikan komen mengutuk-kutuk pemimpin saya, saya akan delete dengan tegasnya. Ketahuilah, teguran itu tidak...
May 14, 2010
Istimewa: 14 Mei dan Ummi Halimaton.
Nisan Ummi Halimaton. Semoga Allah meredhai Ummi.
Pada tahun lepas, 14 Mei jatuh pada hari Khamis. Saya masih ingat, pada pagi itu saya mendapat SMS bahawa Ummi Halimaton, atau nama sebenarnya Halimaton binti Hussin, sedang sakit tenat. Bertalu-talu SMS pada hari itu meminta agar semua orang mendoakan Ummi. Saya masih ingat, saya pantas menulis post di Langit Ilahi agar semua orang mendoakan Ummi.
Tengahari itu, saya rasa sangat letih. Saya tertidur. Namun, sebelum saya tidur, saya dapat...
May 13, 2010
Motivasi: Sebab Allah yang nak hitung. Bukan yang lain.
Kenapa kita beramal sebegitu rupa? Kerana Allah adalah penghitungnya. ~ picture by reactivatezul of Deviant Art
Kadangkala, ada orang mempersoalkan mengapa kita perlu ikhlas. Kenapa tak boleh berbangga-bangga dengan kejayaan. Kenapa tidak boleh mendabik dada. Ada pula yang mempersoalkan, mengapa kita tidak boleh sekadar baik di hadapan orang, di belakang kita buat hal yang kita suka. Ada pula yang mempersoalkan mengapa kita perlu bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja. Ada yang...
May 12, 2010
Perkongsian: Sangka-sangka itu bukan buah semangka.
Jangan main sangka-sangka. Nanti di dunia terbakar, akhirat pun terbakar juga. ~ picture by RobbyP of Deviant Art
Pernah dengar Buah Semangka? Dalam hidup saya, semangka itu adalah nama lain bagi buah tembikai. Kalau di tanah arab ini, musim panas adalah musim buah semangka. Besar-besar saiznya. Sedap-sedap pula rasanya. Bila dimakan pada waktu tengahari musim panas selepas disejukkan, memang tak ternilai nikmatnya.
Tetapi sangka-sangka adalah satu hal lain yang sangat berbeza.
Kalau buah...
May 11, 2010
Perkongsian: Melepaskan diri dari cengkaman Onani
Dosa memang akan memerangkap kita. Tapi tiada siapa kata kita tidak boleh memecahkannya ~ picture by togatsuko of Deviant Art
Semalam, buat kali entah yang ke berapa, ada lagi orang mengadu kepada saya berkenaan dirinya yang terjerumus ke dalam perbuatan onani. Kebanyakan yang mengadu kepada saya akan hal ini, menyatakan buntunya mereka untuk keluar dari dosa yang 'menyeronokkan' dan menimbulkan 'keinginan hendak melakukannya lagi' ini.
Lebih memburukkan keadaan, onani adalah 'dosa...
May 10, 2010
Perkongsian: Filem Yip Man yang menakjubkan.
Poster filem Yip Man.
Semasa awal-awal saya menonton filem Yip Man(atau selalunya ditulis sebagai Ip Man) yang pertama, saya hanya mampu terlopong sahaja. Bahkan, kalau mampu, saya tak akan mengkerdipkan mata sepanjang menonton ceritanya.
Pendek kata – Sangat menakjubkan.
Hari ini, selepas pulang dari kelas, saya mendapat peluang pula menonton Yip Man 2. Dan sesungguhnya, Filem Yip Man tidak pernah mengecewakan. Tidak banyak cakap, banyak aksi yang mendebarkan dan penuh dengan pengajaran...
Post Pendek: Beberapa soalan
Adakah kita benar-benar membumikannya? ~ picture by =issam-zerr
Hari ini saya tidak mahu berkata panjang. Saya tidak mahu menulis post berjela. Saya tidak mahu menambah apa-apa.
Cuma beberapa soalan saya suka untuk utarakan.
Kepada diri anda dan diri saya.
Sepanjang kita berkongsi di Langit Ilahi ini, adakah kita telah membumikan apa yang kita dapat?
Adakah kita memanifestasikannya dalam bentuk amalan dalam kehidupan?
Adakah kita benar-benar melaksanakannya?
Atau kita sekadar berseronok: "Post baru...
May 9, 2010
Perkongsian: Proses Yang Mencipta Keajaiban.
Hendak menadi hebat, ada tangga-tangganya. ~ Picture by complejo of Deviant Art
Abu Bakr RA pada satu hari telah menginfakkan seluruh hartanya di jalan Allah SWT. Rasulullah SAW bertanya dengan sabda baginda: "Maka, apakah yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?" Abu Bakr RA tanpa ragu menjawab: "Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan rasul-Nya"
Suhaib Ar-Rumy RA ketika ditahan di sempadan Makkah semasa hijrah, sudi mengorbankan seluruh hartanya, dengan meninggalkan kesemuanya kepada orang...
May 8, 2010
Novel Takdir - Cheritera 6
Cheritera 6, mendebarkan!
Keteguhan hati dan keimanan diri
Ruh Faizan.Rib'i Amir
Misteri dan terus misteri
Puteri Masyitah. Lelaki Misteri
Hal aura terungkai
Angkasa.Tuk Fathan.Ezakiel
Pencarian mula membuahkan hasil
Aizan Fahmi.Mughirah Syu'bah.Arnav Satyankar.Ashoka Valavan
Takdir terus misteri dan memberikan kejutan!
Cheritera 6
Ruh Faizan termenung panjang di jendela. Memandang kepada rumah hitam...