Hilal Asyraf's Blog, page 167
April 19, 2010
Motivasi: Motivasi dalam kehidupan.
Life is wonderful with HIM ~ picture by =iNeddChemicalX of Deviant Art
Kehidupan di dunia ini, tidak dapat tidak akan wujud dugaan-dugaan dan cabaran. Ibarat menongkah di tengah lautan, yang gelombangnya tidak dapat dijangka atau diteka.
Maka sebagai pelayar samudera yang penghujungnya tak terlihat ini,kita memerlukan bekalan semangat dan kekuatan untuk mengharungi badai cabaran dan dugaan.
Dan saya tidak nampak, apa motivasi yang terbaik dalam samudera kehidupan ini, selain merapat kepada...
April 18, 2010
Pengumuman: Blog Angkasa Sakti. Akhirnya dia hendak bersuara
Terus menebas jahiliyyah dengan senjatanya ~ picture by viviphyd of deviant art
Satu kejutan buat saya, Angkasa menyatakan bahawa dia hendak mempunyai lamannya sendiri.
Saya kira, itu satu perkara yang baik. Angkasa terlalu lama memerapkan diri di balik bayang. Keluar menjengah mentari bukanlah sesuatu yang buruk saya rasa.
Personaliti Angkasa nyata berbeza. Dia sedikit dingin. Tidak pandai berbicara manis. Kalau mendekatinya, macam terperosok ke dalam lubang hitam. Tapi sepanjang dia wujud...
April 17, 2010
Perkongsian: Wahai Lelaki, pandanglah kepada Yusuf itu.
Boleh lihat juga kepada Sami Yusuf kalau mahu... ~ picture by www.samiyusufofficial.com
Di dalam kehidupan yang penuh pancaroba, antara ujian yang terhebat bagi seorang lelaki adalah wanita. Dan kadangkala, sampai satu tahap, lelaki akan menyalahkan wanita kerana kejatuhannya.
"Dah diorang pakai seksi sangat, aku pun tak tahan la"
"Suara dia kalau cakap dengan aku, lemah gemalai, aku cair la"
Dan pelbagai lagi perkara. Maka ditekan-tekan wanita agar tidak menggoda lelaki dan sebagainya...
Puisi: Luka-luka jiwaku
Kalau kamu pandang aku sebagai manusia, maka aku akan gembira ~ picture by colorsofspring of deviant art
Sampai satu tahap dalam kehidupan saya, saya benar-benar inginkan orang memandang saya sebagai manusia. Kalau mereka memandang saya selain dengan pandangan bahawa saya insan biasa, saya hanya akan terluka.
Dan lukanya di jiwa.
Lutsinar dari pandangan mata.
Puisi terbaru: Luka-luka jiwaku.
Enjoy!
Luka-luka jiwaku
Gerimis tangis menitis
lutsinar dari penglihatan
wujudnya pada hati dari perasaan
hanya...
Novel Takdir - Cheritera 3
Tiada siapa tahu ke mana Takdir membawa kita. Sebab itu manusia perlu berusaha sambil yakin kepada-Nya.
Ha… siapa tunggu Takdir?
Ini dia. Cheritera 3.
Kisah di Sempadan Tanah Haraam semakin panas dan genting. Ada perkara luar jangkaan yang terjadi.
Angkasa pula bertempur dengan sengit.
Ke manakah Takdir bergerak?
Baca, jangan tak baca.
Cheritera 3
Suasana menjadi hening seketika. Hanya dengan...
April 16, 2010
Cerpen: Bulan
Kita ini hakikatnya buruk, dengan Islam kita bersinar unggul ~ picture by tenofSword of deviant art
Yeah. Kepada yang ternanti-nanti cerpen baru daripada saya, nah, ini hadiahnya.
Cerpen Bulan. Tajuk macam ayu, tapi jangan tertipu ya. Di dalamnya ada aksi yang menggegarkan.
Cerita seorang cikgu yang best lagi mantap.
Belum ada lagi cikgu cam ni di Malaysia.
Jom baca!
honourable actor: Basyir, Syuaib, Fathi dan Hilmi.(ni kira upah r sebab selalu menebeng kat rumah korang.. ha3)
April 15, 2010
Hari Palestin: Mereka adalah amanah kita!
Mereka memanggil-manggil kita! ~ picture by AzPhotographer of Deviant Art
Barangsiapa yang melihat masalah Palestin sebagai masalah kenegaraan, masalah bangsa, masalah kumpulan-kumpulan, masalah perbezaan kefahaman dan sebagainya, maka sesungguhnya mereka telah berada dalam kesilapan yang nyata.
Hakikatnya, Palestin adalah masalah Aqidah, masalah Islam itu sendiri. Membiarkan Palestin berada dalam sengsara menandakan kelemahan keimanan kita sendiri. Penjajahan ke atas Palestin itu adalah...
Motivasi: Kamu lupa asah kapak.
Jangan lupa asah ~ picture by Aliisza of Deviant Art
Sampai satu tahap dalam kehidupan, selepas kita mengharunginya dengan penuh kesungguhan dan kegigihan, kita akan melanggar dinding kepenatan.
Kita rasa seakan keletihan. Tiba-tiba rasa lemah. Tiba-tiba hilang kekuatan. Kita lihat prestasi kita menurun. Kita nampak kualiti kita merendah. Tertanya-tanya kita akan sebabnya. Lantas kita usaha melipat gandakan usaha, menambah amal, tetapi apa yang terjadi adalah penurunan.
Turun dan semakin...
April 14, 2010
Puisi - Melemah
Memintas waktu-waktu hidup, yang kian tua.
Bagaimana agaknya bila di pinggiran?
Puisi - Melemah
Enjoy it!
- Hari ini, puisi ini sahaja mungkin. Saya kurang sihat hari ini -
Melemah
Hayatku semakin pendek
musik-musik itu bermain
masanya mungkin telah hampir
waktu dipanggil pulang itu semakin mampir
tenaga...
April 13, 2010
Perkongsian: Wahai Perempuan, lihatlah Anak Syu'aib itu.

Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS ~ Picture by yip87
Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu'aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimanan sifat malu yang wujud pada Anak Syu'aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu'aib.
Katakanlah amin.
Saya kagum dengan sifat malu yang wujud pada Anak perempuan Nabi Syu'aib...