Hilal Asyraf's Blog, page 166
April 28, 2010
Diari: Kebahagiaan-kebahagiaan saya.
Saya gembira bila saya bahagia.
Bahagia itu indah. Dan tak semestinya bahagia itu datang dalam bentuk kesenangan semata. Ada kala, ketika susah juga manusia boleh mencari ruang untuk mengukir senyuman bermakna.
Saya juga ada bahagia. Dan hari ini, saya tergerak hendak mencoretnya.
Mungkin bukan semua.
Sebahagian sahaja. Fokus kebahagiaan saya kali ini adalah sahabat-sahabat.
Sekadar coretan. Kerana saya sekarang sedang bahagia.
Saya dan Hafiz Zainol Abidin.
Kebahagiaan saya 1: Hafiz Zainol...
Perkongsian: Alasan untuk berdosa
Hakikatnya, tiada alasan untuk kita berdosa. ~ picture by =pushOK-12 of Deviant Art
"Aku dah usaha tinggal dah, tapi tak mampu. Nak buat macam mana"
"Tak boleh bai, aku ni lemah dengan godaan. Nafsu kuat sangat. Tu yang tak boleh tinggal benda-benda ni"
"Allah dah takdirkan aku camni. Aku nak buat camna. Dah tertulis di lauh mahfuz aku ni buat maksiat-maksiat ni. Takdir aku memang begini"
Itulah dia antara alasan yang sering didengari. Mungkin kita tidak pernah mendengarnya daripada mulut...
April 26, 2010
Perkongsian: Allah tidak perlukan kamu.
Dan kamu itu kerdil lagi tidak punya apa-apa. Menunduklah. ~ picture by 'MichaelCh of Deviant Art
Sebahagian dari kita mungkin berfikir bahawa, seandainya dia tidak bersama-sama dengan kafilah yang menyebarkan kebaikan dan mencegah kejahatan, nescaya Islam itu akan rugi dan seakan-akan kekuasaan Allah itu berkurangan.
Mereka kadangkala melepaskan kegeraman atas kemalangan yang menimpa mereka dengan berhenti berdoa kepada Allah dan tidak lagi sujud kepada-Nya. Mereka mencaci maki Allah dan...
Perkongsian: Pesan-pesanan Ustaz Abdul Hadi kepada saya.
Nampak biasa, tetapi kekal berbisa. Ustaz Abdul Hadi.
Pagi tadi, Ustaz Abdul Hadi bertolak pulang ke Malaysia. Saya yang mempunyai kelas pada pukul 9.30 pagi dan peperiksaan pada pukul 11.00 pagi, hanya mampu menghantarnya dengan lambaian tangan apabila kereta yang dinaikinya bertolak tepat pukul 8.30 pagi dari Irbid.
Seakan satu juzuk dari hati saya tercabut, begitulah rasanya apabila berpisah dengan seorang guru yang sudah saya anggap macam ayah(kadangkala datuk) saya sendiri. Dalam...
April 25, 2010
Perkongsian: Yang saya belajar dari seorang duta dan seorang ustaz.
Belajar. Mengambil Pengajaran. ~ picture by marielliot of deviant art
Semalam, guru Al-Quran saya, Ustaz Abdul Hadi bin Othman datang ke Jordan. Memandangkan semua sahabat-sahabat mempunyai peperiksaan dan saya pula Allah izin tidak mempunyai peperiksaan, maka saya pergi mengambilnya di Lapangan Kapal Terbang Queen Alia, Amman, Jordan.
Ustaz Abdul Hadi mempunyai program dengan pelajar-pelajar lepasan MATRI di Syria dan Jordan. Beliau perlu ke Syria terlebih dahulu. Maka dari Amman, kereta...
April 24, 2010
Pengumuman: Jadual Saya Di Malaysia.
Saya dan Rockersz ketika majlis Sembang Santai bersama pelajar USIM.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, semalam pihak Syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd telah menyiapkan jadual saya. Maka barulah boleh saya war-warkan perjalanan saya semasa cuti nanti dengan lebih lengkap dan kemas kepada semua.
Dengan ini, kepada yang hendak menjemput saya, bolehlah memikirkan tarikh yang sesuai selain tarikh-tarikh yang telah dipenuhi dalam jadual saya ini.
Saya suka kalau kepulangan saya ke Malaysia bukan...
April 23, 2010
Novel Takdir - Cheritera 4
Takdir, semuanya di dalam rahsia-Nya.
Lelaki Misteri muncul di hadapan Puteri Masyitah, bersemuka pula dengan O Zero.
Angkasa pula bertemu dengan seorang tua di hujung perkampungan Dafas.
Sesuatu di luar dugaan berlaku.
Ke manakah cerita berjalan?
Cheritera 4
Aizan Fahmi naik ke atas benteng pertahanan Tanah Haraam dengan segera. Dadanya panas dengan amarah yang membuak-buak. Tidak tertanggung luka...
Hari Palestin: Mereka akan dibangkitkan bersama kita.
Mari bersama, melepaskan diri kita dari azab Allah...
Palestin adalah tanah kita. Sesiapa yang memandangnya sebagai tanah orang telah silap besar hakikatnya. Sesiapa yang merasakan perjuangan menentang Israel adalah satu bentuk terorisma telah tersilap hakikatnya.
Palestin adalah tanah kemuliaan kita. Yang dipijak oleh Rasulullah SAW yang mulia, bersama Jibril dan Buraq yang ditungganginya. Al-Quds dan tanah sekitarnya adalah yang diberkati oleh Allah SWT dan penuh dengan ayat-ayat...
April 22, 2010
Perkongsian: Doktor oh doktor, medanmu sangatlah luas.
Doktor, kamu diperlukan
Semalam saya dijemput memberikan sedikit sembang-sembang bersama dengan pelajar-pelajar Perubatan USIM yang datang melawat sambil belajar di Jordan ini. Mereka adalah pelajar-pelajar tahun 3 bagi tahun pengajian 2009/2010.
Sedikit segan pada awalnya, memandangkan saya berbicara dengan pelajar-pelajar PerubatanUSIM, tahun 3 pula tu, semestinya saya merasa rendah diri. Pelajar perubatan biasanya dipandang lebih tinggi dari pelajar agama di mata masyarakat.
Dan hari ini...
April 21, 2010
Internet Yang Terputus, Langit Ilahi Yang Tak Berutus

Langit Ilahi, insyaAllah akan terus bergerak lagi. ~ picture by fullbrainofart of deviant art
Dua hari lepas, Internet di rumah saya tiba-tiba terputus.
Rupa-rupanya, bil telefon dah lama tak bayar. Saya pun tak sempat nak inform.
Jadi, semalam tiadalah post di Langit Ilahi.
Justeru, saya meminta maaf kepada semua yang menanti artikel baru, pengisian baru di website ini.
InsyaAllah mulai esok, Langit Ilahi akan beroperasi seperti biasa.
Ah… malam ini saya ada perjumpaan dengan pelajar-pelajar USIM ...