Hilal Asyraf's Blog, page 162
June 3, 2010
Pengumuman: Jadual Di Malaysia(versi terkini)
Akan terus menjadi hamba.
Segala syukur ke hadrat Allah SWT, akhirnya hari untuk pulang ke Malaysia sudah teramat hampir. Esok, Hari Jumaat, 4hb 6 2010, saya akan bertolak pulang ke Malaysia pada jam 4.00ptg waktu Jordan. InsyaAllah saya akan tiba di KLIA pada pukul 2.00ptg waktu Malaysia.
Yang saya ingin kongsikan di sini adalah jadual saya di Malaysia yang telah mengalami beberapa perubahan. Saya sertakan di sini jadual yang baru manakala post jadual saya yang lama telah saya padam. Ini...
June 2, 2010
Perkongsian: Perang Nafas Panjang
Siapa yang memandang semula kepada Islam, dia akan melihat jalan kemenangan. Semestinya bukan seperti gambar ini yang kita mahu terjadi pada anak-anak kita. Maka geraknya perlu bermula hari ini ~ Picture by Kika1983 of Deviant Art
Ledakan kesedaran apabila berlakunya serangan tentera Israel Zionis ke atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan Flotilla, Lifeline4Gaza saya pandang sebagai 'spark' apabila dua batu api dilagakan.
Tinggal sekarang, siapakah yang hendak menggunakan 'spark' yang wujud itu...
June 1, 2010
Perkongsian: 31 Mei 2010, apa yang Allah nak ajar kita?
Sungguh, kita adalah raja yang telah direndahkan martabatnya. Bukan kerana kuatnya musuh kita. Tetapi kerana lemahnya diri kita. ~ picture by screwbald of Deviant Art
Semalam masih menghantui saya hari ini. Malam tidur kurang lena. Termimpi-mimpi mereka yang ditawan di Israel sana. Seakan keluarga saya sendiri yang ditawan. Berdebar-debar menanti keadaan nasib mereka.
Hingga hari ini, update yang didapati adalah sangat kurang dan kebanyakannya masih tidak mampu dijelaskan kesahihannya.
May 31, 2010
Cerpen: Mana Tuhan Kamu?
Cerpen ini saya tulis khas untuk ummah.
Moga-moga manfaatnya besar.
Di manakah Tuhan Kamu? Dia ada di sisi aku. Siapakah yang percaya? ~ Picture by Kienzan of Deviant Art
Moga-moga kesannya mendalam.
Agar menyemarakkan api perubahan.
Dan memadamkan gelita kefasadan.
Terimalah. Cerpen: Mana Tuhan Kamu?
Bacalah dengan penuh penghayatan.
Cerpen: Mana Tuhan Kamu?
Tahun 837. Kota Amoria, Romawi. Seorang muslimah berjalan dengan tenang di tengah pasar. Membeli barangan untuk tuan yang memilikinya. Dia...
Semasa: Dunia, tidakkah kau melihat mereka?
Dunia, apakah kamu tidak melihat? ~ Picture by Delt4 of Deviant Art
Saya masih ingat saat-saat intifada Palestin kedua bermula pada September 2000, saat pejuang-pejuang Palestina memulakan serangan menggunakan bom manusia, ada suara-suara busuk yang berkata:
"Apa la mereka itu, Israel juga manusia"
"Pengganas. Tidak berbelas kasihan. Tak ada common sense"
"Mujahidin ni pelampau. Ada patut sampai nak bom Israel. Tak fikir ke itu negara orang?"
Hari ini, berita telah sampai kepada saya bahawa...
May 30, 2010
Motivasi: Cemburu dengan mereka
Sebelah kaki mereka sudah berada di dalam tamanan indah di syurga. Nyata saya cemburu dengan mereka. ~ picture by m-a-e-e of Deviant Art
Cemburu biasanya dikatakan sebagai perasaan yang negatif.
Tetapi saya ada membaca satu pepatah dalam sebuah website arab. Pepatah itu berbunyi: "Cemburu itu adalah cinta"
Saya tersenyum. Hakikatnya, cemburu adalah perasaan. Yang menjadikan cemburu itu negatif atau tidak adalah manusia itu sendiri. Sama ada cemburunya bertukar menjadi hasad, atau cemburunya...
Perkongsian: Bersedia menjadi isteri
Persediaannya perlulah ke arah yang Allah redhai! ~ picture by amliveco of Deviant Art
Tempoh hari, saya menulis berkenaan bersedia menjadi suami. Respon daripada itu, beberapa pembaca perempuan telah membuat request agar saya menulis berkenaan bbersedia menjadi isteri pula.
Sebenarnya, artikel bersedia menjadi suami itu untuk mengingatkan diri saya. Jadi rasa pelik pula bila nak tulis bersedia menjadi isteri. Sebab saya bukan perempuan. Tapi saya tulis juga. Penulisa kali ini lebih kepada...
May 29, 2010
Novel Takdir - Cheritera 9
Cheritera 9, membuka lebih banyak misteri.
Cheritera 9 yang dinanti akhirnya tiba mengisi Sabtu anda hari ini.
Peleraian dengan Lelaki Misteri.
Kegembiraan di sisi Ka'bah.
Pegerakan O Zero.
Permainan jiwa Izrayel.
Terus mengikutinya dengan penuh debaran!
Cheritera 9
Masyitah diam. Dari tadi dia memandang pemuda sederhana bernama Angkasa itu. Selama ini hanya dilihat di dalam mimpi dan tidak pernah...
May 28, 2010
Diari: Selepas ini semuanya terakhir.
Ternanti-nanti.
Hari ini hari Jumaat. 28hb Mei 2010.
Jumaat ini adalah Jumaat yang kedua terakhir buat saya sebelum pulang ke Malaysia. Kiranya, tinggal 7 hari lagi. Selepas ini, semuanya terakhir. Esok Sabtu terakhir, Ahad terakhir, Isnin terakhir, Selasa terakhir, Rabu terakhir, Khamis terakhir dan pada hari ketujuh, maka datanglah Jumaat terakhir, 4hb Jun 2010, tarikh pulang saya ke tanah ibunda Malaysia sana.
Semalam sakan berbelanja itu ini di kedai Al-Afghani, Amman. Siap telefon...
Diari: Kembali.
Ezio Auditore da Firenze sebagai Assassin dalam Assassin's Creed 2.
"Hilal pergi mana ya?"
"Kenapa lama tak dengar cerita?"
"Post baru mana?"
"Update,update,update"
Itu antara mesej yang saya dapat apabila saya membuka email hari ini.
Tiga hari itu lama juga rupanya ya? Mungkin kalau Langit Ilahi ini updatenya sekitar seminggu sekali, maka tiga hari bukanlah sesuatu yang menghairankan jika tiada update. Tetapi bila diupdate hari-hari, ketiadaan post untuk beberapa hari tanpa khabar bahawa...