Hilal Asyraf's Blog, page 159
July 16, 2010
July 15, 2010
Motivasi: Dia tanpa pengalaman. Dia bila berpengalaman.
Iblis itu tidak akan membiarkan kita bahagia. ~ Picture by Skie of Deviant Art.
Apabila Allah mengarahkannya sujud kepada Adam, Iblis dengan angkuh telah ingkar kepada Allah SWT. Maka Allah SWT telah mengeluarkannya daripada Syurga. Akhirnya lahirlah satu makhluk yang telah bersumpah untuk menyesatkan Adam dan seluruh keturunannya.
Ketika dikeluarkan itu, dia baru sahaja menjadi 'penghasut ke arah kejahatan'. Iblis masih kosong. Iblis masih tidak punya pengalaman menjadi penghasut. Dia tidak...
July 14, 2010
Motivasi: Perempuan.
Perempuan, kamu berharga dalam jiwa ini. ~ Picture by Healzo of Deviant Art
Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?
Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka...
July 13, 2010
Motivasi: Mati itu motivasi. Percaya?
Apabila nanti tiba masa kita melihat mereka yang hendak menanam kita ~ Picture by OrangUfan of Deviant Art
Kebelakangan ini, otak saya asyik memikirkan mati.
Sudah hampir ajal kah? Saya tak pernah percaya banyak mengingati mati itu tanda sudah hampir ajal. Sebab mengingati mati adalah digalakkan oleh Rasulullah SAW. Tambahan, umur adalah di dalam ilmu Allah. Cepat lambat itu urusannya.
Mengingati mati bukannya hendak mati cepat. Tetapi ia adalah persediaan.
Memikirkan kematian, membuatkan...
July 12, 2010
Istimewa: Reunion cinta.
Barisan Gener8 yang ada hingga akhir program. Saya dah balik sebab ada program lain di Putrajaya.
Gener8, itu adalah nama yang diberikan untuk batch yang segenerasi dengan saya di Sekolah Islam Hidayah, Johor. Dan buat pertama kalinya, selepas meninggalkan Hidayah Johor, kami semua berkumpul. Mungkin bukan semua dapat hadir. Namun sekitar 40 orang datang, lelaki dan perempuan.
Di Kem Sri Ar-Raudhah, Gombak, kami berkumpul pada 10hb Julai 2010.
Saya menghabiskan pelajaran saya di Hidayah...
July 10, 2010
Perkongsian: Penulis itu adalah…
Hasil penulisannya adalah peluru dan ubat.
Penulis adalah manusia. Itu memang benar. Tetapi pada saya, seorang penulis yang baik tidak akan semata-mata memandang dirinya sebagai manusia sahaja.
Dia perlu memandang dirinya sebagai manusia yang bertanggungjawab.
Maka, saya melihat bahawa penulis itu adalah dua perkara.
Apa dua perkara itu?
Penulis adalah pejuang
Pada mata saya, penuilis adalah doktor pejuang. Segala aksesori penulisannya seperti laptop, adalah senjata. Hasil karyanya, hasil...
Perkongsian: Pembaca, bukan peminat
Seorang hamba je dia ni. Hamba Ilahi.
"Wah, hebatlah enta ya. Sekarang dah ramai peminat"
"Macam mana peminat-peminat enta?"
"Ramai tak peminat minta tandatangan?"
Begitulah antara perbualan biasa yang didengari di sekeliling saya, lebih-lebih lagi apabila di penanya adalah sahabat lama yang baru bertemu semula dan dia pula mengikuti perkembangan saya.
Ya. Dengan keadaan saya sekarang, ramai sahaja yang menyatakan bahawa saya ada peminat. Em, tapi saya tak berpendapat sedemikian.
Pada saya...
July 9, 2010
Perkongsian: Jannah Sani dan Kejayaan Hakiki
Jannah Sani. Semoga Allah mengasihinya dan memasukkannya dalam kalangan orang yang beriman.
Mungkin kalau saya nak kata artikel ini adalah belasungkawa saya kepada junior saya yang bernama Jannah, yang telah Allah panggil pergi pada 3hb Jun 2010 tempoh hari, pastinya saya dikatakan terlewat. Ya. Terlewat.
Namun, saya tidak memandang artikel ini belasungkawa. Saya memandang artikel ini perkongsian.
Jannah Sani dan Kejayaan Hakiki. Satu perkara yang saya perolehi, tetapi belum punya masa untuk...
Perkongsian: MATRI dan seorang Hilal Asyraf
Tak mahu banyak cakap. Post ini nak kongsi satu video. Tempoh hari ada Pelancaran Buku-buku saya di MATRI pada Hari Ahad bersamaan 4 Julai 2010. Jadi sebelum itu, saya diinterview untuk dibuat satu video berbentuk ala-ala dokumentari fasal bagaimana Hilal Asyraf itu boleh terbentuk.
Maka, boleh tonton video ini dengan happy ya. [image error]
Moga-moga, apa-apa yang dikongsikan dalam video ini, memberikan manfaat kepada semua.
Semoga Allah redha dengan apa yang kita lakukan di atas jalanNya.
July 8, 2010
Diari: Masuk Surat Khabar.
Saya dan barisan penulis Galeri Ilmu Sdn Bhd. Semoga Allah redha dengan kami.
Hari ini, tengah sedap-sedap latyan roti canai bersama Hafiz Zainol Abidin dan Ahmad 'Akif, saya dapat SMS daripada Encik Zakaria Sungib. Dia kata ada berita fasal penulis GISB di Berita Harian. Lepas habis makan, segera mencari Berita Harian.
MasyaAllah, ada gambar saya dan penulis-penulis Galeri Ilmu. Teringat pula yang itu adalah gambar ketika Gathering Penulis-penulis Galeri Ilmu pada 19hb Jun 2010 tempoh hari...