Hilal Asyraf's Blog, page 155
August 15, 2010
Makna mendalam

Apakah maknanya? ~ Picture by notyourbabydoll of deviant art.
Ada hari sekadar gambar.
Untuk tidak mengikat pembaca dengan fikiranku.
Membiar mereka bebas dengan pandangan mereka.
Agar mereka tahu aku bukan jenis memaksa.
August 14, 2010
Edisi Ramadhan 1: Ramadhan adat, Ramadhan ibadat.
Adat atau ibadat? ~ picture by chalidpix of deviant art
Ramadhan. Ramadhan. Ramadhan.
Kita melihatnya bagaimana?
Adat atau ibadat?
Adakah kita melalaui Ramadhan sekadar untuk merasai kemanisan berhari raya, atau kita melaluinya kerana memahami bahawa Ramadhan adalah mekanisme untuk mempertingkatkan diri menjadi hamba Ilahi?
Hakikatnya, silap melihat Ramadhan, merupakan satu fatal kepada perjalanan diri menjadi hamba.
Hal ini kerana, Ramadhan disediakan, bermatlamatkan bantuan kepada manusia...
Perkongsian: Saya Perlukan Teman Wanita
Perlukan teman? Sudah bersedia menampungnya ke syurga? Sudah berusaha untuk bersamanya membina dunia? ~ picture by aglayan-agac of Deviant Art
Saya terfikir sesuatu.
Ini boleh dikatakan idea lama yang saya baharukan.
Sengaja mencari kelainan.
Bagaimana agaknya kalau jiwa meronta mencari teman? Namun sejauh manakah dia meletakkan akalnya di atas neraca keimanan di tengah kegelisahan?
Satu perkara menarik, untuk diberikan pandangan.
Saya perlukan teman wanita, maka di manakah penyelesaian?
August 13, 2010
Perkongsian: Menjadi baik.
Kita mahu menjadi 'baik'. Seindah mutiara. ~ picture by Callu of Deviant Art
Apakah definisi 'baik'?
Mungkin kalau kita lihat kamus dewan bahasa dan pustaka, pasti wujud maknanya yang tersendiri. Namun, untuk saya, 'baik' itu adalah apabila kita beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar keimanan.
Mengambil Islam secara menyeluruh, maka itulah dia 'baik'.
Pakai tudung, tapi tak solat, maka itu belum dikatakan baik. Solat pergi masjid, tapi mulut masih mengutuk-mengeji orang, maka itu...
August 12, 2010
Motivasi: Menjadi Ghuraba'
Jangan malu bawa Islam. Berani menjadi Ghuraba'! ~ Picture by light-from-emirates of deviant art
Ramai yang menyatakan kesukaran membawa Islam yang sebenar di dalam kehidupan hari ini. Dipandang serong bahkan dijauhi. Ini kerana, apabila kita mengambil Islam secara menyeluruh tanpa separuh-separuh, kita hakikatnya melawan arus.
Ibarat kita sedang mendaki gunung, sedang ramai pula yang bergerak turun.
Kelihatan pelik, asing.
Bila tak ada girlfriend, dikatakan gay. Bila tak ada boyfriend...
August 11, 2010
Perkongsian: Oh pemuda pemudi, ini untuk kamu.
ertikan masa mudamu ~ Picture by fmuller of deviant art
Saya duduk dan memandang. Memandang satu pandangan masa hadapan. Mengira dan menghitung umur. Oh, telah 21 tahun. Muda? Masih mudakah?
Saya akan cakap betapa saya merasakan saya sudah tua. Tua untuk bermain-main. Tua untuk tidak serius. Tua untuk sekadar bermain di medan teori. Tua untuk buat tidak kisah.
Artikel ini lebih untuk diri. Mengingatkan akan tanggungjawab hakiki.
Saya cuma membayangkan bebanan yang akan saya pikul beberapa...
Pengumuman: Langit Ilahi dan Ramadhan.
Ramadhan datang lagi. Warga Langit Ilahi bergembira lagi. ~ Picture by starmat of deviant art
1 Ramadhan. Alhamdulillah. Allah SWT mengizinkan kita untuk berada di dalam bulan yang amat mulia ini akhirnya. Tinggal kita ini bersyukur atau tidak sahaja. Bagaimanakah bersyukur dengan pemberian Ramadhan daripada Allah ini? Dengan mengucap Alhamdulillah sahajakah?
Bukan.
Tetapi dengan mengaut segala peluang yang wujud di dalam Ramadhan. Itu baru namanya bersyukur.
Justeru, Langit Ilahi insyaAllah...
August 10, 2010
Perkongsian: Aku masih mahu hidup.
Kita cinta dunia, takut mati. Kerana kita letak dunia di hati. ~ Picture by trixypixie of deviant art
Semalam, seorang anak guru saya meninggal dunia. Nurul Izzah namanya. Umurnya masih muda. Sama seperti saya. 21 tahun. Dahulu bersekolah di MATRI juga.
Semalam, seorang junior saya juga jatuh sakit. Sampai masuk ke kawasan kecemasan.
Semalam juga, Mudir MATRI, Ustaz Dahlan Mohd Zain jatuh sakit teruk.
Semalam, sebelum tidur, saya berfikir sebentar.
MATI. Ironiknya, MATRI sekiranya dibuang R...
August 9, 2010
Doakan dia.
Saya dan Ustaz Dahlan ketika menziarahi beliau baru-baru ini.
Dahulu, di dalam tahun 2009, sekitar bulan November, saya ada menyatakan bahawa Ustaz Dahlan Mohd Zain, Mudir MATRI, jatuh sakit. Kemudian beliau sudah kembali sihat walaupun keadaan kekal uzur.
Tadi, tepat pukul 1 pagi, beliau mengalami sesak nafas dan jatuh sakit dengan kritikal. Segera beliau dibawa ke CCU di Hospital Tunku Faizah Kangar.
Mengejutkan.
Keadaan terkini
Dari pukul 10.00 pagi, saya berada di Hospital sehingga ke...
Perkongsian: Yang kita mahu dalam hidup
Kita memilih untuk bahagia, sebab itu kita memilih Islam. ~ picture by adila of deviant art.
Apa yang kita mahu di dalam hidup?
Mungkin banyak jawapan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bercita-cita. Rumah besar, kereta besar, isteri cantik, pakaian lawa, suami penyayang, harta banyak, peperiksaan cemerlang dan sebagainya.
Tetapi apabila kita duduk sebentar, berfikir dan meneliti kembali, kita akan melihat betapa keinginan-keinginan tadi hanyalah satu ilusi yang mengabui keinginan sebenar...