Hilal Asyraf's Blog, page 156
August 7, 2010
Perkongsian: Menghadap Ramadhan.
Ramadhan Kareem. Namun siapakah yang memahami kemuliaannya? ~ Picture by Rafei3 of Deviant Art
Baik. Dia sudah di hadapan. Hampir. Walaupun belum lagi kita melangkah ke dalamnya, namun ia sudah semakin semakin hampir. Sangat-sangat hampir. Dekat.
Memandang. Gerbangnya besar. Gedungnya pasti luas. Ramadhan. Namanya disebut-sebut sepanjang zaman. Saban tahun pasti berjumpa. Tinggal umur sahaja tidak pasti sampai bila.
Diizinkan kah diri ini memasukinya?
Tiada siapa mengetahui. Sedang Ustaz...
Promosi: Buku Motivasi Langit Ilahi 3 - Fanzuru
Buku Motivasi Langit Ilahi 3: Fanzuru
Buku ini sedang dalam proses percetakan.
Akan diterbitkan di pertengahan bulan Ramadhan ini.
Mungkin akan berada di tengah pasaran semasa Aidilfitri.
Nantikan.
Buku terbaru daripada saya.
Buah tangan peningkatan diri buat kita semua.
August 6, 2010
Gambar ceritakan rasa ~ I Love You
Cinta bukan mainan untuk aku. ~ Picture by sting1 of deviant art
Aku hanya mereka cerita di dalam novel sahaja
Aku tidak mereka-reka apabila bercinta
Aku hanya bermain dengan seni penulisan sahaja
Aku tidak pernah bermain-main dengan cinta
Perkongsian: Musuh kita yang sebenarnya.
Kenapa kena faham bahawa syaitan adalah musuh kita? ~ Picture by Uribaani of Deviant Art
Siapakah?
Manusia yang mengutuk-kutuk kita? Manusia yang mengeji kita? Manusia yang menganiayai kita? Manusia yang tikam belakang kita? Mereka yang buat jahat kepada kita?
Kalaulah kita duduk sebentar, dan bermuhasabah kembali, mereka itu bukanlah musuh kita yang sebenarnya.
Siapakah musuh kita yang sebenarnya?
Syaitan.
Ya. Itulah musuh kita yang sebenarnya.
Mungkin pada sebahagian orang, perkara ini...
August 5, 2010
Perkongsian: Cita & harapan saya.
Hendak melakukan sesuatu yang besar. Hendak menumbangkan jahiliyyah dan menjemput redhaNya ~ picture by prasa of deviant art.
Umur dah 21 tahun, 7 bulan, 20 hari. Ada orang kata masih muda. Tetapi entah mengapa saya tidak rasa sedemikian pula.
Ya, memang umur baru 21. Tapi kan, dalam masa lima tahun, saya akan jadi 26 tahun. Apakah saya telah bersedia untuk menjadi seorang lelaki, berumur 26 tahun, kemungkinan telah berkeluarga, dengan mempunyai tanggungjawab kerja, masyarakat, dan sebagai...
August 4, 2010
Pengumuman: Akaun Facebook yang ke-2
Facebook. Kalau bukan tak ada manfaat, takkan kuguna kamu. ~ picture by hequalstohenry of Deviant Art
Isu Akaun Facebook saya yang personal penuh telah berlarutan agak lama semenjak pertengahan tahun ini. Saya fikir punya fikir macam mana la nak jaga hati semua orang, akhirnya sahabat saya Syazwan Abu Bakar buatkan Fan Page. Tetapi nampaknya, orang ramai tak puas juga dengan Fan Page. Mungkin rasa nak jadi 'friends' itu tinggi.
Maka setelah berfikir panjang, saya buat satu lagi akaun...
Gambar cerminan hati.
Ada kala, kita biar manusia belajar menginterprestasi jiwa ~ Picture by maskqueraide of Deviaant Art
Tali-temali itu kupetik
bunyi indah keluar berdetik
apa yang sembunyi di dalam jiwa
bunyi itu menterjemahkan segala
August 3, 2010
Motivasi: Pujuklah diri sendiri
Belajar pujuk diri. Stay Strong! ~ Picture by pinkxfuzziexkitties of Deviant Art.
Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.
Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.
Saya bercakap dalam konteks manusia. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga...
August 2, 2010
Motivasi: Tenanglah jiwa, damailah hati.
Sudahlah. Jangan bersedih. Allah ada. Walaupun seluruh manusia meninggalkan kita. ~ Picture by minties of deviant art.
Diasak dan diasak. Itulah dia keadaan manusia dalam mengharungi kehidupan. Diasak dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi. Lain manusia lain halangannya. Masing-masing menghadapinya dan ada yang berjaya melepasinya. Tetapi tidak kurang juga yang tersungkur selepas kesukaran menghentamnya.
Tekanan dihadapi dari pelbagai arah. Mula dengan menyerabutkan kepala, kemudian...
August 1, 2010
Motivasi: Bukan semua yang kita nak, kita dapat.
Kita hajat. Kita usaha. Tapi kadang-kadang ada benda kita tak dapat capai. Ada sebabnya. Dan Allah mengetahui segala ~ Picture by jevigar of deviant art
Dalam dunia ni, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara, dalam pelbagai situasi, kita tidak mendapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala telah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap tidak berjaya kita mendapatkannya.
Hakikatnya itulah lumrah.