Hilal Asyraf's Blog, page 153
August 27, 2010
Gambar: Kuda
Jika ia tidak memberikan makna, maka Allah tidak akan menyebutnya ~ picture by lamsquaw of deviant art
"Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya, hingga mencetuskan api dari telapak kakinya dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh, sehingga menghamburkan debu pada waktu itu, lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;" Surah Al-'Adiyat ayat 1-5.
Apakah yang anda dapat daripada seekor kuda? Terutama kuda perang?
Sila berikan pandangan, dan saya...
Perkongsian: Memerdekakan diri secara hakiki.
Apa khabar kemerdekaan kita? ~ Picture by gla-la-lam of deviant art
31 Ogos semakin hampir. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tetapi persoalan yang paling perlu kita tanyakan semula kepada diri kita adalah, apakah kita telah merdeka secara hakiki?
Apakah erti merdeka? Bebas, tidak terkongkong, boleh membuat keputusan tanpa dikawal oleh orang lain. Ya, mungkin itu definisi kemerdekaan pada sesetngah pihak.
Tetapi untuk saya, merdeka itu adalah apabila kita berjaya melepaskan diri dari apa yang Allah...
August 25, 2010
Perkongsian: Teori dan praktis
Yang tak mengayuh basikal, takkan tahu apa feelnya. ~ picture by ciombeenk of deviant art
Setiap perkara ada dua situasi.
Teori dan praktis.
Setiap sesuatu ada dua definisi.
Teori dan praktis.
Teori dan praktis ibarat dua alam yang berbeza. Sebagai contoh, belajar melaksanakan Haji secara teori, dengan melaksanakan Haji secara praktis di Makkah. Ia adalah dua perkara yang berbeza. Begitu jugalah dalam banyak perkara seperti sabar, ikhlas, istiqomah dan sebagainya.
Di dalam teori, mungkin...
Gambar: Unta
Unta, padanya wujud pengajaran, bagi mereka yang mahu memerhatikan. ~ picture by alkhalaf of deviant art
"Maka apakah mereka tidak memperhatikan kepada unta, bagaimana dia diciptakan?" Surah Al-Ghasyiah ayat 17.
Apakah pengajaran yang terdapat pada unta?
Pop kuiz mewujudkan perkongsian.
Sekali sekala tidak perlu saya yang berbicara.
Kalian yang perlu bersuara. Saya pula ingin membaca. [image error]
August 24, 2010
Edisi Ramadhan 5: Ramadhan itu Kem.
Persoalannya, siapakah yang merasai? ~ Picture by ppaszczak of deviant art
Edisi Ramadhan kali ini sekadar membawa satu analogi untuk menambah kesedaran. Sudah masuk hari ke-14, hampir separuh Ramadhan telah berlalu dan kita sepatutnya menggembleng lebih banyak tenaga untuk mencapai apa yang patut dicapai oleh kita di bulan yang mulia ini.
Maka di sini ada satu analogi untuk kita sama-sama perhatikan.
Ramadhan itu sama dengan kem.
Mungkin kita boleh ambil Kem Ibadah@Kem Jati Diri yang...
Gambar: Simfoni Cinta
Yang selama ini kita simpan, kita lepaskan keluar ~ picture by paulie-nka of deviant art
Sudah lama terbuku untuk melakukan ini.
Baru terwujud peluang pada hari ini.
Satu simfoni cinta.
Untuk menjelaskan rasa jiwa yang sebenarnya.
Simfoni Cinta

Picture by sting1 of deviant art
Aku cintakanmu
Ayat keramat daripadaku yang bukan tipu
Aku memang tidak menyimpan rasaku
Kalau 999 kali rasanya begitu
Maka sebanyak itu jugalah akan kuluahkan kepadamu
picture by alephunky of deviant art
Aku cintakanmu
Diari: Langit Ilahi ini adalah untuk melihat diri
Allah yang mengizinkan kita berkumpul di sini. Maka marilah kita berkumpul dalam keadaan perkumpulan yang terbaik ~ picture by sys32r of deviant art
Langit Ilahi biasa membicarakan perihal keimanan. Langit Ilahi biasa membicarakan perihal hubungan dengan Allah. Langit Ilahi biasa membicarakan perihal pegangan dan perbuatan.
Kadangkala di dalam Langit Ilahi ada kritikan-kritikan. Kadangkala di dalam Langit Ilahi ada sindiran-sindiran.
Di samping nasihat-nasihat dan peringatan, kadangkala...
August 22, 2010
Gambar: Love
Cinta. Buat saya gembira. ~ picture by hanskinsj of deviant art
Cinta.
Sub-course yang saya study sendiri walaupun tak ada dalam silibus Usuluddin saya.
Seronok mengaji cinta ni.
Buat diri rasa happy dan bahagia.
Sebab tahu bahawa mustahil diri ini tidak dicinta.
Sekurang-kurangnya oleh Yang Maha Esa.
Walau seluruh manusia tidak memperdulikan saya.
Perkongsian: Memaknakan kehidupan
Hidup ini, hendak terbang ke mana? Jawapan itu, di situlah wujudnya makna. ~ picture by Tengku Muhammad Fahmi
Bagaimanakah untuk menadikan kehidupan kita sebagai kehidupan yang bermakna?
Pasti ramai yang terfikir. Melihat betapa hujung kehidupan seakan satu lubang hitam yang tidak diketahui, membuatkan kehidupan menjadi hambar dan dihurung keresahan.
Apabila kita melalui hari-hari dengan merasakan bahawa kehidupan kita tidak mempunyai makna yang signifikan, kita akan rasa lemah hendak...
August 21, 2010
Perkongsian: Orang yang teliti
Apakah kita seorang yang teliti dalam menjadi hamba Allah? ~ picture by aimee oz of deviant art
Manusia sering menimbulkan persoalan berkenaan kemampuan diri untuk kekal istiqomah dalam melakukan kebaikan.
"Takut tak konsisten la bila buat baik ni"
Sememangnya, untuk mencapai konsistensi 100% adalah mustahil. Hal ini kerana iman itu sifatnya naik dan turun. Namun ada caranya untuk kita mencapai satu tahap yang cemerlang dalam konsistensi melaksanakan kebaikan.
Bahkan, cara ini membuatkan...