Hilal Asyraf's Blog, page 150

September 16, 2010

Perkongsian: Manusia itu boleh berubah.

Perubahan itu akan berlaku. Tinggal kita hendak membiarkan diri kita berubah ke arah mana? ~ Picture by Gilad of deviant art

Perubahan itu akan berlaku. Tinggal kita hendak membiarkan diri kita berubah ke arah mana? ~ Picture by Gilad of deviant art

Satu perkara yang saya belajar dalam pengalaman 20 tahun kehidupan saya, adalah manusia itu boleh berubah.

Memang. Anda akan kata pada saya: "Memanglah. Manusia memang boleh berubah"

Ya. Kita memang tahu. Ini memang pengetahuan am. Tetapi siapakah yang merasai betapa besarnya satu-satu 'perubahan' itu?

Di dalam hidup ini, ada satu garisan yang membahagikan kita kepada...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2010 04:05

September 15, 2010

Gambar: Aku Yang Kau Panggil Darth Vader

[image error]

Aku = Darth Vader? ~ Picture by Itmon of Deviant Art

Aku yang kau panggil Darth Vader

Punya hati dan juga jiwa

Ada waktu mampu berdiri

Ada kalanya terasa juga


Kalau kau kata aku pembawa disaster

Yang kau ukur hanya dengan air matamu

Maka pernahkah kau melihat air mataku

Yang berjejeran kerana terseksa?


Mungkin di matamu aku Darth Vader,
Wajah pemusnah alam yang kau benci,
Tetapi pernahkah kau bertanya,
Menyelidiki atau meneliti
Akan kehidupanku yang hakiki

Akan perubahan yang telah aku lalui
Akan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2010 22:22

Perkongsian: Memandang masa hadapan.

Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai masa hadapannya, maka dia akan menjadi seorang yang hebat ~ picture by muslimultimedia of deviant art

Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai masa hadapannya, maka dia akan menjadi seorang yang hebat ~ picture by muslimultimedia of deviant art

Bila disebutkan berkenaan memandang masa hadapan, apakah yang kita nampak?

Mungkin kerjaya. Mungkin keluarga. Mungkin harta.

Nak kerja apa. Nak kahwin dengan siapa. Nak rumah@kereta macam mana.

Mungkin bagi pelajar sekolah rendah, dia akan fikir di mana dia nak sekolah menengah. Mungkin bagi pelajar sekolah menengah, dia akan fikir apakah bidang yang...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2010 01:06

September 14, 2010

Perkongsian: Yang kita perlu, dan yang kita nak.

Kadang-kadang, bukan semua benda yang kita nak tu, bagus buat kita. ~ picture by addy-ack of deviant art

Kadang-kadang, bukan semua benda yang kita nak tu, bagus buat kita. ~ picture by addy-ack of deviant art

Apa perbezaan perlu dan nak?

Nak itu datang dari kehendak diri kita. Sama ada benda itu kita perlu atau tidak, berguna buat kita atau tidak, apabila kita berkehendakkan sesuatu itu, maka kita akan berusaha ke arahnya.

Perlu pula berbeza. Perlu datang dengan kebaikan. Contoh: "Manusia perlu kepada oksigen"

Manusia boleh memilih untuk 'tak nak' kepada oksigen kerana oksigen bukan benda yang...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2010 02:07

September 13, 2010

Gambar: Kala Aku Tersenyum

[image error]

Senyumanku. Aku mencintainya.

Aku punya waktu

Waktu untuk tersenyum

Leretan itu menyerbu

Dan bunga ceriaku menguntum


Aku cinta bahagia

Senyumku tanda diri ini mempunyainya

Aku cinta pada yang memberi

Dan aku mati-matian tak melepaskannya pergi


Namun ada juga yang membenci

Hasad dan penuh dengki

Suka memadamkan senyumanku ini

Biar air mata yang mengganti

Biar durja mencuka yang menghadiri

Kenapa?

Aku tidak pernah mengerti


Tetapi Allah menghadiahkanku senyuman

Senyum baru selepas kesuraman

Aku melupakan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 13, 2010 13:20

Diari: Aidilfitri ini membahagiakan.

[image error]

Saya yang gembira+bahagia.

Alhamdulillah. Semalam saya telah pulang ke rumah dengan selamat. Walaupun jarak kedua-dua kampung saya dengan rumah tidaklah terlalu jauh, tetapi bukanlah kuasa kita hendak menentukan bahawa diri kita selamat dalam perjalanan atau tidak. Akhirnya, kepada Allah jugalah kita bergantung harap. Alhamdulillah.

Syukur juga kerana Aidilfitri kali ini teramatlah indah. Mungkin kerana dua tahun beraya di perantauan. Jadi manisnya itu terasa sehingga ke pangkal jantung.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 13, 2010 06:11

September 9, 2010

Istimewa: "Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan"

Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan ~ picture by Razangraphics of deviant art

"Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan" ~ picture by Razangraphics of deviant art

"Kullu 'am, wa antum bi khair"

Ucapan yang menyejukkan lubang telinga saya, ketika berada di Masjid University of Yarmouk, untuk Aidilfitri tahun 2008 dan 2009.

Jarang saya dengar kalam-kalam yang membawa kepada maksud "Selamat Hari Raya," atau "Salam Aidilfitri" dan sebagainya daripada mulut guru-guru saya.

Tetapi ucapan "Kullu 'am, wa antum bi khair" sering melantun-lantun. Bahkan pada banner...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2010 01:30

September 8, 2010

Motivasi: Aku malu denganNya.

Maka ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang. Surah Ar-Rad ayat 28. ~picture by Ashitaka-moon of deviant art

Maka ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang. Surah Ar-Ra'd ayat 28. ~picture by Ashitaka-moon of deviant art

Hidup ini penuh dengan asakan. Aku tahu yang itu. Aku juga diuji dengan 1001 mehnah dan tribulasi. Kadangkala rasa macam hendak mengalah, kadangkala rasa suka untuk berhenti. Tetapi setiap kali aku ingin mengibar bendera putih, sesuatu muncul di dalam hati.

Rasa malu.

Malu dengan siapa?

Dengan Allah.

Kenapa?

Di sini aku hendak bercerita.


Kala aku...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 08, 2010 02:43

September 7, 2010

Gambar: Namaku Hilal

Namaku Hilal. Hilal Asyraf. Anak Bulan Yang Paling Mulia! ~ picture by Nevcivan of deviant art.

Namaku Hilal. Hilal Asyraf. Anak Bulan Yang Paling Mulia! ~ picture by Nevcivan of deviant art.

Namaku Hilal

Bulan sabit, anak bulan, bulan baru

Di langit penentu akhir dan mula

Mungkin aku juga sama dengan Hilal di langit sana


Namaku Hilal

Paling popular saat Ramadhan dan Syawal

Dicari-cari, diintai-intai

Ada yang menyenangi, dan yang membenci

Nak Raya cepat, nak Ramadhan lagi

Mungkin diriku juga tersekat atas badi ini


Namaku Hilal

Ayahku yang memberi

Katanya pengajaran agar aku melihat manusia...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 07, 2010 14:52

Perkongsian: Tiada cinta sebelum nikah?

Kamu, kamu dan kamu. Jangan rosakkan cinta. ~ picture by Jules1983 of Deviant Art

Kamu, kamu dan kamu. Jangan rosakkan cinta. ~ picture by Jules1983 of Deviant Art

Tiada cinta sebelum nikah.

No love before akad.

Cinta hanya selepas kahwin.

Dan bla bla bla bla bla….

Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.

Tetapi, aku tak pernah sama sekali setuju dengannya.

Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.

Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan intim seperti suami isteri. Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang sepatutnya perlu...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 07, 2010 01:08