Hilal Asyraf's Blog, page 154
August 21, 2010
Edisi Ramadhan 4: Apakah yang telah kamu lakukan?
Bagaimanakah kita melayaninya? ~ picture by whatshername13 of deviant art
Ramadhan sudah mula masuk ke belasan.
Rasa sekejap waktu berpapasan.
Atas kepantasan waktu ini saya teringat akan satu ucapan. Ucapan Sheikh Muhammad Audeh Al-Hawari, pakar bidang Hadith di Yarmouk yang menjadi khatib pada hari ke-7 Ramadhan tahun lepas.
Saya masih ingat bagaimana bulu roma saya menegak ketika itu memikirkan ucapannya.
Seakan-akan bicaranya adalah jarum-jarum yang ditembak menusuk jiwa.
"7 hari telah...
August 20, 2010
Perkongsian: Allah tidak perlu dibela?
Duduk diam, apakah itu jawapannya? ~ Picture by magzed of deviant art
Ada manusia mempersoalkan mengapa Allah itu perlu dibela. Hal ini kerana, hujah mereka menyatakan bahawa sekirana Allah itu benar Maha Hebat, Maha Berkuasa, Pencipta kepada segalaNya dan menguasai seluruh semesta, maka mengapakah Allah itu perlu dibela?
Mengapa perlu dihukum mereka yang tidak mengikut perintahNya? Dan mengapa pula perlu diperangi manusia yang memerangiNya?
Allah adalah Tuhan, mengapa manusia perlu sibuk...
Edisi Ramadhan 3: Dan berkira-kira…
Bagaimanakah layanan kita terhadapnya? ~ picture by mh2aa of deviant art
Ramadhan hakikatnya adalah ibarat tetamu. Resmi tetamu adalah dilayan. Tambahan, Ramadhan bukan sebarang tetamu. Ramadhan adalah tetamu yang membawa pelbagai hadiah yang mahal dan berharga.
Persoalannya, bagaimanakah layanan kita terhadap Ramadhan?
Apakah kita telah bersungguh-sungguh?
Di sinila kita perlu melihat akan seruan Rasulullah SAW, yang hakikatnya sering kita ulang apabila Ramadhan menjengah.
"Barangsiapa yang...
August 19, 2010
Jadikan aku yang terbaik.
Kepada Allah jugalah aku meminta. ~ Picture by h4nd of Deviant Art
Apa hajat saya apabila berada di atas dunia ini?
Banyak hajat.
Tetapi salah satu hajat saya adalah menjadi yang terbaik.
Ya, terbaik. Bukan untuk diri sendiri. Harapnya terbaik untuk yang lain.
Kadangkala, terfikir betapa saya merasa diri saya wujud, adalah dengan kehadiran orang lain di dalam kehidupan saya.
Moga Allah izinkan saya menjadi yang terbaik, agar hidup saya bermakna.
Ya Allah, jadikanlah aku yang terbaik.
Dalam...
Perkongsian: Ketakutan yang istimewa
Takut? Pada siapa? ~ Picture by nanath of deviant art
Antara fitrah manusia adalah ketakutan. Takut membuatkan manusia lebih berjaga-jaga.
Takut gagal periksa, manusia belajar. Takut gemuk, manusia diet. Takut tak sihat, manusia riadhah. Takut kena langgar kereta, manusia lintas jalan tengok kiri kanan. Takut anak kena culik, manusia tak lepaskan anak gitu aja.
Dan begitulah sedikit 'ketakutan' yang wujud, dari ribuan ketakutan yang wujud di dalam kehidupan kita.
Takut menghasilkan amal...
August 18, 2010
Perkongsian: Mengapa aku disusahkan?
kadangkala kita rasa disusahkan, hingga merasakan diri ini sendirian ~ picture by metson of deviant art
Hidup terasa payah? Hidup terasa sesak?
Ada waktu kita rasa demikian. Kadangkala apa yang kita usahakan seakan tidak membuahkan hasil. Bahkan lebih teruk lagi, usaha kita menghala ke arah lain yang kelihatannya lebih memberikan keburukan kepada kita.
Kadangkala kita memandang ke langit dan menjerit: "Ya Allah, kenapa hidup aku begini?"
Tertanya-tanya. Rasa seperti hendak menyalahkanNya.
August 17, 2010
Gambar: Darth Vader
Dinobatkan kepada diri. Haila... ~ picture by blasterkid of deviant art
Kebelakangan ini
title Darth Vader telah dinobatkan pada diri
manusia tak mahu tanya aku kenapa jadi begini
adakah mereka tidak tahu di dunia ini ada penyusunan sendiri oleh Ilahi?
Ps: Post-post macam ini, mulai post ini dan lepas ini, titlenya adalah GAMBAR.
Edisi Ramadhan 2: Ramadhan manifestasi keimanan
Keindahan dalam beriman, siapakah yang menghayatinya ~ picture by light from emirates of deviant art
Puasa adalah ibadah yang unik. Berbanding ibadah lain, puasa mempunyai similariti paling hampir dengan keimanan.
Siapa yang boleh melihat puasa?
Tiada. Kalau kita tak puasa, tak ada siapa yang tahu. Sebab puasa tak boleh nampak.
Itulah dia keimanan.
Tidak terlihat.
Maka siapakah yang memandang Ramadhan ini sebagai latihannya memperkasakan perkara 'lutsinar' di dalam dirinya?
Pengkhususan...
August 16, 2010
Perkongsian: Tiada Salahuddin yang kedua
Takkan ada Salahuddin yang ke-2. Yang ada hanyalah kita ~ picture by reldur2 of Deviant Art
Apabila membincangkan isu menyelamatkan ummah, pasti akan kedengaran satu gelaran yang dilaung-laungkan.
Itulah dia Salahuddin ke-2. Saya biasa mendengar orang melaung begini:
"Bilakah agaknya Salahuddin yang kedua hendak tiba membawa keamanan?"
"Nanti bila tiba Salahuddin yang kedua, maka akan terbebaslah Al-Aqsa"
Dan begitulah.
Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa Salahuddin ke-2 itu tidak wujud...
August 15, 2010
Gambar: Makna mendalam

Apakah maknanya? ~ Picture by notyourbabydoll of deviant art.
Ada hari sekadar gambar.
Untuk tidak mengikat pembaca dengan fikiranku.
Membiar mereka bebas dengan pandangan mereka.
Agar mereka tahu aku bukan jenis memaksa.