Hilal Asyraf's Blog, page 157
July 31, 2010
Biar gambar bercerita.
.... ~ picture by littleblackumbrella of Deviant Art.
Aku biar gambar berbicara.
Biar insan interprestasi segala.
Walau mungkin mereka tidak mengetahui.
Cerita-cerita yang sebenarnya.
July 30, 2010
Motivasi: Menjemput kekuatan
Kekuatan, dari mana kau hendak mencapainya? ~ Picture by Bateri of Deviant Art.
Saya menulis artikel ini kala keletihan. Letih sangat-sangat. Eh, saya rasa macam badan saya nak break down la. Walaupun baru sahaja rehat di Johor, tapi tak macam rehat. Gerak hulu-hilir. Tulang belakang dah rasa lain macam. Dua bulan travel sana-sini ada efek jugak ya?
Entahlah. Kerja duk usung beg merah+hitam+kelabu trekking tu aja. Gaya macam nak naik gunung. Naik gunung la juga sebenarnya. Melawan arus...
July 29, 2010
Diari: Dengan dia.
Saya dan Hafiz Zainol Abidin.
"Masa ni la nak keluar-keluar dengan enta macam ni. Nanti lepas kita kahwin, dah susah macam ni" Angin menderu.
Ketuk kepala. "Weh, jangan cakap macam tu. Enta kahwin awal dari ana. Jangan enta lari plak"
"Haha. Ya la, lepas kahwin dah susah nak macam ni"
"Boleh insyaAllah."
Diam. Angin terus menderu.
"Hafiz"
"Ya"
"Nanti lepas kahwin, kita jangan la pisah. Selalu la datang rumah ana. Ana akan selalu datang rumah enta. Family kita buat dinner sama-sama ke, apa...
Motivasi: Melihat dia, aku malu sendiri.
Saya dan Ustaz Dahlan Mohd Zain. Gambar terbaru. Semoga Allah redha.
Saya selalu sahaja terasa hati. Saya pernah aja merasa penat. Kecewa juga sering menjengah sukma. Marah dan bengang selalu juga menyinggah jiwa.
Adakalanya, saya rasa hendak berhenti. Berurusan dengan manusia memang banyak menyakitkan hati. Semua minta dirinya difahami. Tetapi tidak pernah berusaha hendak memahami. Mereka lupa betapa mereka hidup dalam dunia mutualisme. Bukannya patut menjunjung sikap anani.
Tetapi...
July 28, 2010
Diari: Tak cute langsung.
Peduli apa aku cute tak cute. Janji aku naik tinggi. ~ Victorstd8 of Deviant Art.
"Kau ni kan, tak cute langsung lah"
"Eh? Kenapa plak?"
"Ya la. Merajuk, lepas tu cepat-cepat naik balik, ok macam tak ada apa-apa"
"Heh. So, kalau cute, merajuk lama-lama la? Kalau macam itu baik tak payah jadi cute."
"Haha. Kau perangai macam ni la Allah uji banyak."
"Haha. Oh, kalau kuat tahan ujian, lagi banyak Allah uji la? Kitab kuning mana la kau amik."
Geleng kepala. "Sudahlah. Dengan kau memang sampai...
Motivasi: Seka air matamu pejuang.
Seka air matamu wahai pejuang. Bukan kau bergerak dengan hitungan manusia. Bukan kau hidup untuk memenuhi kehendak mereka. ~ picture from http://www.lightning-strike.com
Pejuang.
Hidupmu dengan cabaran memang kembar yang takkan mampu dipisahkan. Kamu dengan dugaan adalah satu yang takkan mampu dipecahkan.
Maka jangan kamu menangis hiba. Jangan kamu tunduk mencuka.
Memang manusia-manusia tidak akan memahami kamu. Bahkan mereka kan sentiasa membebankanmu.
Maka jangan kamu meminta kepada mereka.
Diari: Merajuk.
Hati menangis. ~ picture by sentinelsmelody of deviant art
Sehari dua ni, saya merajuk. Dan saya still merajuk lagi hari ini.
Merajuk dengan menjeruk tu satu clan ke ha? Saya pun tak tahu. Tapi boleh kata saya ni merajuk plus menjeruk jiwa juga la.
Entahlah. Saya rasa sangat kurang stabil semenjak dua menjak ini.
Merajuk kenapa? Saya pun tak tahu nak cerita. Lebih kepada hal peribadi. Entahlah.
Nak marah, tak reti. Nak cakap, nanti terasa.
Saya merajuk kut. Menjeruk jiwa dengan pelbagai...
July 27, 2010
Motivasi: Tarbiyah kendiri.
Kita perlu gerakkan diri kita untuk menjadi hamba Ilahi, walaupun sendiri! ~ Picture by ocs of Deviant Art.
Pernah rasa keseorangan dalam usaha menjalankan tarbiyah(didikan) terhadap diri? Jauh dari rakan-rakan dan sahabat yang mampu membantu diri untuk menjadi hamba Ilahi?
Apakah kita apabila tercampak di mana-mana keseorangan, atau terputus hubungan dengan rakan-rakan yang berbuat kebaikan, maka kita tidak lagi perlu menggerakkan proses untuk membawa diri kita menjadi hamba yang Allah...
July 25, 2010
Diari: Sepatah dua kata
July 24, 2010
Motivasi: Ramadhan yang menghampir, jangan kita yang meminggir.
Ramadhan, menghampir dan menghampir. Moga Allah sampaikan kita kepadanya. ~ Picture by Bahiq8 of Deviant Art
Bulan ini bulan Sya'ban. Bila masuk Bulan Sya'ban, satu perkara yang terdetik di dalam hati adalah Ramadhan. Waah… Ramadhan semakin menghampiri. MasyaAllah. Pejam celik pejam celik, Allah telah menghampirkan kita kepada Ramadhan.
Belum pasti lagi mampu mengucupnya, belum pasti lagi kita akan menjejaknya, namun kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar Allah memberikan kita sekali lagi...