Hilal Asyraf's Blog, page 160

July 7, 2010

Perkongsian: Qul InsyaAllah

Indah hidup kalau bergantung kepada Allah sepenuhnya. Jiwa tenang, hati lapang.

Indah hidup kalau bergantung kepada Allah sepenuhnya. Jiwa tenang, hati lapang.

Hari ini saya teringat dengan seorang pekedai di Jordan yang bernama Abu Muaz. Abu Muaz adalah pekedai alat tulis yang baik. Mesra orangnya. Sering tersenyum. Suka duduk di hadapan kedainya sambil memerhatikan orang yang lalu lalang, dan akan setiasa memberikan salam atau mengangkat tangan kepada sesiapa yang melalui kedainya.

Kenapa saya teringat akan dia? Kerana perkataan "InsyaAllah."

Saya selalu menyebut...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2010 23:20

July 6, 2010

Diari: Syazwan bin Abu Bakar. Satu kerinduan.

[image error]

nama dia Syazwan bin Abu Bakar. Ahli Private Rain.

Semalam, saya keluar dengan sahabat karib saya, merangkap sahabat serumah saya di Jordan. Rumah kami di Johor dekat-dekat aja. Cuma saya sibuk sangat sampai tak sempat nak lepak-lepak dengan dia. Akhirnya semalam, Allah bagi peluang. Saya, Usamah, dan dua lagi rakan di Johor: Ahmad Akif dan Abu Zarrin, keluar makan.

Kafeteria Noor di Taman Universiti menjadi tempat lepak utama. Tengah happy-happy makan sambil sembang itu ini, saya teringat...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 06, 2010 16:21

Perkongsian: Tamat satu lagi perjalanan.

[image error]

Menjejak di Langit tinggi sekalipun, Langit itu tetap milik Ilahi. Aku tunduk kepadaNya dan bersyukur dengan segala apa yang diberikanNya

Satu lagi perjalanan telah berakhir. Dari Johor ke Lanchang, Pahang. Dari Lanchang ke Kuantan Pahang. Dari Kuantan ke Shah Alam, Selangor. Dari Shah Alam ke Gombak, Kuala Lumpur. Dari Gombak ke Shah Alam semula. Dari Shah Alam ke Kota Damansara. Dari Kota Damansara ke Sungai Buloh. Dari Sungai Buloh ke Beseri Perlis. Dari Beseri Perlis ke Ayer Hitam...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 06, 2010 03:15

July 2, 2010

Perkongsian: Antara kebahagiaan saya.

[image error]

Saya dan para senior MATRI ketika saya Tingkatan Dua

Sekarang saya sedang melepak di rumah senior saya: Abu Ubaidah Amir. Dia salah seorang senior saya di MATRI, dan antara tuk guru saya dalam VT. Rancangannya, nak berjumpa dengan Faiz Abdul Aziz sekali, tapi nampaknya tak ada rezeki. Faiz tak dapat hadir.

Baru sampai ke KL selepas keluar daripada Rumah Aunty Meen di Kuantan, bertemu dengan senior, rasa macam mendapat kekuatan baru dalam hidup.

Saya boleh katakan tanpa ragu bahawa...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 02, 2010 09:39

Pengumuman: Bengkel Terakhir

[image error]

Poster Bengkel. Hanya tinggal satu sahaja lagi.

Bengkel saya pada 26hb&27hb Jun tempoh hari telah berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberikan peluang untuk saya berkongsi dengan orang lain apa yang saya ada. Lebih saya rasa syukur, perkongsian itu pula menambahkan pula apa yang ada pada diri saya selama ini.

Memang benar kata orang dahulu kala, ilmu itu bila dikongsi ia bukannya semakin berkurang, bahkan semakin bertambah.

Saya masih ada satu lagi bengkel...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 02, 2010 00:56

June 29, 2010

Pengumuman: Pembaca, jom jumpa.

[image error]

Jom jumpa wahai pembaca

Bila agaknya Hilal Asyraf boleh membuka dirinya untuk umum? Alang-alang dah balik Malaysia, takkan tak ada masa untuk pembaca-pembaca bukunya bertemu dengannya secara direct?

Itu bentuk soalan yang telah saya tulis semula dalam bentuk yang lebih umum berdasarkan banyak permintaan yang saya terima untuk saya muncul di mana-mana dan buka booth tandatangan dan sebagainya. Hem… tak fasal-fasal buka booth kan ke tak kena? Betul tak?

Tapi Allah itu Maha Penyayang. Sentiasa...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 29, 2010 13:07

Diari: Musafir panjang pertama yang usai

[image error]

Turunkan tandatangan juga adalah satu pengalaman yang indah. he3

Sebaik sahaja tiba di Malaysia pada 5hb Jun 2010 yang lalu, saya hanya mempunyai program berbentuk sebentar sahaja. Paling kuat pun memakan masa 3 hari. Kemudian saya akan pulang ke rumah. Kebanyakan program pula adalah dalam bentuk sehari, atau 2-3 jam dan kemudian saya boleh pulang ke rumah.

Namun baru-baru ini saya menurunkan layar dan meredah samudera sebuah permusafiran. Musafir kerja, juga musafir ziarah. Selama 9 hari...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 29, 2010 02:05

June 22, 2010

Perkongsian: 3 hari 2 malam di MATRI, dan apa yang aku dapati.

[image error]

Musolla MATRI. Masih teguh berdiri menampung manusia-manusia yang diproses untuk menjadi hamba Ilahi.

Hari ini, insyaAllah hari yang terakhir saya berada di MATRI untuk singgahan saya kali ini. MasyaAllah, seakan-akan jiwa ini tersiram kembali dengan satu energi yang membangkitkan kehidupan di dalam hati.

Walaupun nampak singkat, tetapi amat-amat bermakna.

Dan saya suka kongsikan apakah yang saya dapat daripada singgahan saya di MATRI kali ini.

Baik apa yang saya lihat, baik apa yang saya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 22, 2010 05:21

June 20, 2010

Dedikasi: Sir Yahya yang telah pergi.

[image error]

Sir Yahya bin Ismail. Takkan sekali ada ganti

Saya pernah menghadapi zaman-zaman kejatuhan sebelum menghadapi PMR. Daripada pelajar yang mendapat nombor 1 pada peperiksaan akhir tahun tingkatan dua, saya mendapat tempat ke-27 dari 30 orang pada peperiksaan pertengahan tahun tingkatan tiga. Dan PMR pula semakin menghampiri ketika itu.

Mulut-mulut mula berbicara menyatakan kesibukan saya di dalam bidang kokurikulum dan asrama adalah punca kejatuhan saya.

Dan saya masih ingat satu mulut yang...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2010 23:05

Perkongsian: Perkumpulan Yang Indah.

[image error]

Suasana dalam perkongsian.

Pada 19hb Jun 2010, Allah telah mengizinkan saya untuk menghadiri perkumpulan dengan penulis-penulis GISB. Sungguh, ianya adalah perkumpulan yang indah.

Saya tidak sedar betapa kami semuanya rapat dan seakan-akan satu tubuh yang kuat.

Saya, Ustaz Hasrizal, Ustaz Amal, Ustaz Abu Hassan Morad, Encik Wan Zayuhisham, Puan Norehan, Kak Nurul Hallawati, Kak Ummu Hani, dan ramai lagi penulis telah berkumpul dan bermesra sesama kami di samping diwujudkan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2010 00:00