Hilal Asyraf's Blog, page 161
June 18, 2010
Puisi: Di Bawah Hujan Peluru
Saya semasa sedang mendeklemasikan Di Bawah Hujan Peluru di Surau Mutiara Rini. Terima kasih kepada tuan punya kamera yang tangkap gambar ni. Thanks kepada Mashizaki Keikan yang tag saya.
Allah izin, kepulangan saya seriring dengan kepulangan relawan freedom flotilla lifeline4Gaza. Saya pulang pada 5hb Julai 2010, manakala para relawan tiba di Malaysia pada 6hb Julai 2010. Selepas itu saya dapat melihat program-program kesedaran Palestina telah diadakan di sana sini dengan penuh pesat, dan...
June 17, 2010
Perkongsian: Cahaya dalam perjalanan.
Ketika baru turun dari airport. Adik ni minta bergambar dengan saya.
Alhamdulillah. Allah izin, hari ini saya mempunyai kelapangan. Menyebabkan saya menggunakan waktu yang Allah berikan ini untuk menulis sesuatu buat warga Langit Ilahi.
Sungguh sayu hati saya apabila ramai yang tertanya-tanya bila website ini akan diupdate.
Sememangnya saya telah melihat hari-hari sempit seperti ini akan tiba. Sebab itu sebelum ini telah saya maklumkan akan perkara ini.
Syukur saya kepada Allah, kerana...
June 11, 2010
Diari: Saya minta maaf.
Saya tersepit. Maafkan saya.
Hari ini saya punya sedikit kesempatan untuk mengemas kini Langit Ilahi. Namun tiada apa yang mampu saya lakukan selain menulis post pendek ini. Masa untuk saya hampir sahaja tiada masa kosong yang boleh diberikan untuk perkara yang 'penting tapi kurang utama' seperti mengemas kini Website Langit Ilahi lagi.
Sekarang, semua perkara 'penting dan utama' telah memenuhi ruang kehidupan saya.
Saya rasa agak terkilan apabila melihat terlalu banyak komen telah diberikan...
June 9, 2010
Perkongsian: Belajar berbahasa pendek

Biarkan tangan kita yang berbicara ~ picture by xblackcrusadex of deviant art
Sebelum ini, saya banyak menulis. Panjang. Mungkin kerana di Jordan saya jarang sungguh kesempitan waktu.
Namun, baru-baru ini, saya perasan satu perkara.
Saya perlu belajar untuk berbahasa pendek.
Medan Menulis dan Medan Amal
Apabila pulang di Malaysia, masa sangat sedikit kerana banyaknya kerja. Baru saya sedar bahawa saya mencapai apa yang saya capai hari ini di Jordan, bukannya di Malaysia. Maka apabila...
June 8, 2010
Diari: Saya sudah sampai rumah.
Rumah kita yang sebenar adalah syurga. ~ picture by aparatka of deviant art
Syukur kepada Allah, setelah tiga hari di Gombak, akhirnya Allah izinkan saya untuk pulang ke rumah saya di Johor. Tiadalah kesyukuran yang lebih tinggi mampu saya panjatkan kepada-Nya apabila selamat menjejakkan kaki di hadapan rumah.
Hakikatnya, seorang manusia itu akan rindukan rumahnya yang sebenar. Walau cantik bagaimana pun rumah orang lain yang disinggahinya, walau hebat mana pun hotel yang diinapinya, tetap...
June 7, 2010
Motivasi: Kesempitan waktu yang menghidupkan.
Kesempitan waktu? Biarkan ianya bermakna. ~ Picture by cla22ire of Deviant Art.
Hari ke-3 di Malaysia. Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk bergerak di tanah ibunda ini dalam keadaan yang baik dan sihat. Syukur, saya dapat bertemu dengan ramai teman dan sahabat, juga dengan mereka yang saya cintai, dengan mata kepala saya sendiri, berpeluk dan bersilaturrahim kulit ke kulit, membuatkan jiwa saya rasa hidup apabila bertemu dengan mereka.
Nyata firman Allah SWT:
"Sesungguhnya, orang...
June 6, 2010
Diari: Saya sudah berada di Malaysia.
Assalamu'alaikum.
Tidak sempat saya hendak menulis panjang kali ini kerana saya tersangat sibuk. Namun saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang telah mendoakan perjalanan saya. Alhamdulillah, saya telah selamat sampai walaupun kapal terbang saya 'delayed' di Abu Dhabi. Allah izin, atas peristiwa itu, saya tidak mampu memenuhi jemputan sahabat saya, Zakiran Mahmud ke majlis perkahwinannya dengan Syarifah Nabihah, yang juga merupakan senior saya di MATRI.
Namun i...
June 4, 2010
Semasa: Perkongsian bersama Relawan LL4G yang baru dibebaskan 2.
Penyampaian perkongsian yang menghidupkan jiwa. Tinggal kita, apakah kita mengambil pengajaran daripadanya?
Allah izin, flight saya dari Abu Dhabi ke KLIA telah di'delay'kan.
Maka, saya terpusing-pusing di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi di Emeriah Arab Bersatu ini. Berjalan sana sini dengan Usamah dan Syazwan hingga kepenatan. Kapal Terbang yang sepatutnya berlepas pada pukul 2 pagi, kini dijangka hanya akan berlepas pada pukul 7.30 pagi. Lama kami menebeng sampai kini Usamah dah...
Diari: Pulang ke Malaysia.
Muka inilah yang nak balik Malaysia hari ini.
Akhirnya, 4hb 6 2010 telah sampai. Tidak tahu hendak kata apa. Macam tak percaya juga yang diri ini akan sampai pada tarikh ini.
Pulang ke Malaysia.
Pada pukul 4 petang, saya akan bertolak dari Lapangan Terbang Queen Alia, Amman, Jordan dengan menaiki Penerbangan Ittihad untuk pulang ke Malaysia. InsyaAllah saya akan tiba di Lapangan Terbang KLIA, Malaysia pada pukul 2 petang.
Rasa berdebar-debar.
Semoga Allah redha dengan kepulangan saya ke...
Semasa: Perkongsian bersama Relawan LL4G yang baru dibebaskan 1.
Sebahagian Pelajar Irbid bersama relawan Gaza. Ada ramai lagi yang menunggu giliran untuk bergambar di belakang kamera itu.
Alhamdulillah, semalam ada program bersama relawan Lifeline4Gaza yang baru sahaja dibebaskan. Perkongsian bersama pelajar-pelajar di Irbid. Saya rasa syukur kerana dapat bertemu dengan mereka dan melihat mereka dalam keadaan sihat.
Sungguh, hati kurang tenang apabila tidak melihat mereka secara berdepan-depan.
Syukur, mereka semua sihat walafiat dan ceria, bahkan...