Hilal Asyraf's Blog, page 165
May 7, 2010
Hari Palestin: Perhimpunan Perdana Palestin Malaysia, JD10 Dari Irbid Untuk Gaza
Membiarkan Gaza, apakah itu satu kebenaran? ~ Picture by sorcererssmyr of Deviant Art
Gaza semakin hari semakin berdarah. Ummat pula semakin hari semakin parah. Orang bising kenapa tiada yang fokus kepada saudara-saudara seislam di Chechya, sempadan Thailand dan sebagainya. Namun apakah jika Tanah Suci Ummat Islam dirogol dan dicabul, dan ummat Islam tidak mampu bertindak dan bergerak menyelamatkan Tanah Suci itu, maka mereka akan memikirkan tempat-tempat lain?
Di sini kita boleh mengukur...
May 6, 2010
Motivasi: Perniagaan dengan Allah.
Mari jalankan perniagaan dengan Allah! ~ Picture by =Nour-K of deviant art
Tempoh hari, saya dijemput untuk memberikan penyampaian melalui saluran bernama Light of Faith yang diuruskan oleh beberapa orang pelajar melayu di UK. Alhamdulillah, siaran Light of Faith rupanya diikuti oleh ramai orang. Pada saya, krew-krew Light Of Faith berjaya membawa satu pembaharuan dalam medan dakwah dan tarbiyah insyaAllah.
Saya memberikan penyampaian berkenaan perniagaan dengan Allah.
Ya. Perniagaan.
Adakah...
May 5, 2010
Semasa: Si Bangga menjadi kafir.
Saya Bangga Menjadi Islam. Come on, boleh ukurlah benda ni.
Saya terdiam seketika bila mendengar berita ini. Ada orang melayu, asalnya Islam, menyatakan bahawa dirinya berbangga menjadi kafir. Dia ini, boleh dijumpai di laman Facebook. Saya tak dapat nak lihat pegerakan dia di Facebook memandangkan Id Facebook saya telah penuh. Saya tahu fasal dia pun, daripada rakan-rakan Facebook saya, yang merasakan bahawa kewujudan manusia seperti itu adalah bahaya.
Bahaya? Mungkin. Untuk masyarakat...
May 4, 2010
Pengumuman: Maklumat Bengkel Penulisan Saya di Malaysia.
Jom berbengkel dengan saya. :-)
Semasa saya pulang ke Malaysia untuk cuti musim panas(4hb Jun 2010 – 1hb Oktober 2010), Syarikat Galeri Ilmu Sdn Bhd(GISB) akan menganjurkan tiga bengkel penulisan yang dikendalikan oleh saya.
Satu bengkel ekspress(Bengkel 1 hari) dan 2 bengkel Penuh(2 hari satu malam).
Jadi kepada yang berminat untuk menjalani perkongsian dengan saya dalam medan penulisan ini, bolehlah menyertai bengkel-bengkel ini. Tempat adalah terhad.
Justeru, di dalam post ini, saya...
Perkongsian: Berhala-berhala di dalam jiwa.
Bebaskanlah diri dari perhambaan terhadap selain Allah SWT ~ Picture by anaklangit of Deviant Art
Berhala biasanya ditafsirkan sebagai patung, objek yang disembah, dipuja, diagung-agungkan. Tetapi untuk makna yang lebih luas, berhala juga boleh membawa maksud apa-apa yang disembah selain Allah SWT. Tidak semestinya dalam bentuk objek, bahkan mungkin juga dalam bentuk ism atau perkara.
Persoalan terpenting untuk diri kita, apakah wujud berhala di dalam hati kita?
Di dalam hati wujud berhala?
May 3, 2010
Perkongsian: Berikanlah alasanmu itu kepada Allah
Serahkan alasan itu kepada Allah. Agak-agak Allah nak terima? ~ picture by childofdarkness72 of deviant art
Alasan. Kita suka memberikan alasan. Atas kelalaian kita, atas kecuaian kita, atas kesilapan kita, atas kesalahan kita, atas segala apa yang berlaku dan menghasilkan ketidak senangan, maka kita akan memberikan alasan.
Kenapa fail exam? Sebab soalan doktor yang susah. Saya dah studi rajin-rajin dah.
Kenapa solat lewat? Tadi air sejuk sangat. Badan tak tahan.
Kenapa couple? Nak rapatkan...
May 2, 2010
Motivasi: Mengapa tidak mampu keluar dari lubang dosa?
Hendak meninggalkan dosa, perlulah diusahakan dengan mendekati kebaikan ~ Picture by Idinam7e of Deviant Art
"Saya dah berdoa, solat taubat, mohon pada Allah sungguh-sungguh, tapi akhirnya saya kembali melakukan dosa-dosa itu"
Pengaduan yang biasa saya dengar. Yang bertanya kelihatan runsing. Saya risau di dalam hatinya, dia berfikir bahawa dia memang ditakdirkan untuk sedemikian selama-lamanya.
"Usaha tinggalkan dosa tak? Kalau mohon sahaja, tak guna juga" Saya bertanya.
"Usaha. Saya cuba...
May 1, 2010
Novel Takdir - Cheritera 5
Takdir. Tiada siapa yang mengtahui rancangan Ilahi.
Takdir muncul. Semakin hangat. Semakin menarik.
Angkasa.Tuk Fathan.Ezakiel.
Aizan Fahmi.Mughirah Syu'bah.Arnav Satyankar.Ashoka Valavan.
Puteri Masyitah.Lelaki Misteri.
Hutan besar muncul tiba-tiba di padang pasir.
Takdir terus misteri.
Cheritera 5
Mata mereka bertentang. Tangan Tuk Fathan memegang hulu pedang, manakala Angkasa pula pada sarungnya...
April 30, 2010
Hari Palestin: Mujahidin itu pengganas?
Adakah tangan-tangan kita ini yang membantu mereka, atau yang bersekongkol menyeksa mereka? ~ picture by Alnour-Design of Deviant Art
Saya pernah mendengar tomahan-tomahan orang, yang menyatakan bahawa Hamas adalah teroris, dan pejuang-pejuang Palestin itu adalah kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Pernah juga menggetarkan gegendang telinga saya, kata-kata bahawa Israel itu juga manusia dan berhak diberikan hak asasi mereka untuk hidup.
Dan yang berkata sedemikian adalah orang Islam. Lebih...
April 29, 2010
Pengumuman: Buku-buku saya yang bakal terbit untuk sesi 10/11.
Menulis dan terus menulis. Semoga Allah redha. ~ picture by Zebas of Deviant Art
Dengan izin dan rezeki daripada Allah SWT, setakat ini, saya telah berjaya mempunyai 7 buah buku di Pasaran. Selepas setahun menjad penulis, memang kehidupan banyak berubah dan pengalaman juga bertambah. Alhamdulillah, selepas beberapa siri tunggang terbalik yang saya hadapi dalam setahun ini, kini kehidupan mula stabil.
Bukan mudah untuk kekal tenang sebagai pelajar, penulis, pengurus website harian. Pada masa...