Hilal Asyraf's Blog, page 151

September 6, 2010

Gambar: Bukan sesempurna Muhammad

Tetapi hatimu takkan sekali dapat kupuaskan, kalau yang kau hajati adalah kemaksuman ~ picture by soulflamer of deviant art

Tetapi hatimu takkan sekali dapat kupuaskan, kalau yang kau hajati adalah kemaksuman ~ picture by soulflamer of deviant art

Kamu tahu aku bukan sesempurna Muhammad

Maka hentikan bicara laknat

Dan kebencian penuh kesumat

Kerna aku manusia,

Memang padaku wujud cacat


Kamu tahu aku bukan sesempurna Muhammad

Maka hentikan rasa jelek tanpa penamat

Sedang jiwa ini berharap hubungan aku dan kamu erat

Hilang rasa benci dan tidak berpuas hati

Berlapang dada dan saling senang menyenangi


Aku bukan sesempurna...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 06, 2010 22:53

Edisi Ramadhan 10: Kamu tidak layak untuk Aidilfitri

Dia belum pergi, kita telah meninggalkannya, untuk satu perayaan, yang belum tentu kita layak merayakannya ~ picture by twqee3 of deviant art

Dia belum pergi, kita telah meninggalkannya, untuk satu perayaan, yang belum tentu kita layak merayakannya ~ picture by twqee3 of deviant art

Aidilfitri sudah semakin hampir. Bagaimanakah keadaan kita? Ya, pastinya ramai yang bergembira, pastinya ramai yang bersukaria. Kadangkala, hingga kita terlupa bahawa Ramadhan hadiah Allah itu sudah hendak pergi meninggalkan kita. Kadangkala, hingga kita memberhentikan segala ibadah dan amalan kerana kononnya hendak fokus kepada Aidilfitri yang...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 06, 2010 09:02

September 5, 2010

Perkongsian: Allah yang sama, Allah yang sama juga 2.

Kalau tidak menurut perintahNya... ~ picture by thaess of deviant art

Kalau tidak menurut perintahNya... ~ picture by thaess of deviant art

Kita percaya bahawa Allah SWT adalah pencipta yang unggul. Tiada tandingan. Kehebatannya mencipta seluruh alam ini tidak akan mampu disangkal oleh mereka yang mahu menggunakan akal untuk berfikir.

Bagaimana Allah mencipta dengan teraturnya kejadian manusia, matanya, hidungnya, jari jemarinya, bentuk kakinya, sesuai dengan keperluan kehidupan seorang manusia. Belum dikira lagi betapa halusnya Allah menciptakan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2010 04:39

Gambar: Belum tiba lagi, Cintaku hendak pergi

Waktu semakin susut, sedang ramai terpedaya, untuk perayaan yang tidak layak buat mereka ~ picture by aghozali of deviant art

Waktu semakin susut, sedang ramai terpedaya, untuk perayaan yang tidak layak buat mereka ~ picture by aghozali of deviant art

Aidilfitri belum tiba lagi,
Tidak perlu ucapkan Selamat Hari Raya untukku tika ini,
Sedang Ramadhan kekasihku cintaku hendak bergerak pergi,
aku tidak berkenan merayakan apa-apa kini
waktu ini waktuku untuk waktunya sahaja.
Sekarang ini, aku hanya peduli Ramadhan dan Tuannya sahaja.
Aidilfitri belum tiba lagi, dan belum tentu aku layak merayakannya nanti


Kerna...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2010 02:11

September 4, 2010

Perkongsian: Allah yang sama, Allah yang sama juga 1.

Apakah anda tidak memerhatikan? ~ picture by gilad of deviant art

Apakah anda tidak memerhatikan? ~ picture by gilad of deviant art

Ramai orang sekarang telah menemui satu titik konklusi di mana alam ini pastinya mempunyai pencipta. Tinggal, ramai yang sukar hendak mencari siapakah pencipta kepada seluruh alam ini?

Saya baru-baru ini menjumpai jawapan yang memuaskan hati dan akal daripada soalan itu.

Saya suka kita memandang Al-Quran.

Oh, bukan memandang sekadar dalil-dalilnya.

Saya mahu kita memandang kepada kesempurnaan Al-Quran.

Kemudian lihat ya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2010 09:26

September 3, 2010

Edisi Ramadhan 9: Apakah Ramadhan ini akan sama?

Ramadhan sudah hampir tamat ~ picture by navidesign of deviant art

Ramadhan sudah hampir tamat ~ picture by navidesign of deviant art

Ramadhan sudah hampir berakhir.

Satu perkara yang saya takuti adalah, repetensi Ramadhan yang lepas. Apakah akan sama?

Apakah maksudnya sama?

Yakni kita keluar Ramadhan, tetapi tidak mengalami tranformasi yang sepatutnya.

Ramadhan kita hanya Ramadhan adat. Yang kita jalani sebulan semata-mata untuk sampai kepada Aidulfitri. Bukan Ramadhan untuk meningkatkan diri agar menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik pada 11 bulan yang...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 03, 2010 09:36

September 2, 2010

Istimewa: Selamat Hari Lahir adikku Hilmi.

[image error]

Hilmi Abd Razak. Selamat Hari Lahir.

3hb September 2010.

Adik kedua saya, Hilmi Abd Razak sudah berumur 20 tahun.

Pantas masa berlalu. Sekejap waktu berpapasan. Saya sudah besar, dia sudah besar.

Tidak mahu bercakap panjang. Sekadar mahu menghargainya, sambil mengimbas hari-hari lalu.

Alangkah bagus kalau waktu boleh diputar semula. Hu…

Selamat Hari Lahir Hilmi.

Hilal sayang pada awak.

Harap pelawat-pelawat Langit Ilahi turut mendoakannya apabila membaca post ini.

Semoga Allah redha pada...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 02, 2010 16:08

Gambar: Api di dalam hatiku


Apabila ada hubungan dengan Allah, maka api di dalam hati akan dapat dikawal ~ picture by kayleighloire of deviant art

Apabila ada hubungan dengan Allah, maka api di dalam hati akan dapat dikawal ~ picture by kayleighloire of deviant art



Api di dalam hatiku


Ingin membakar segala


Namun nanti bila hangus semua


Apakah aku mampu membinanya semula?







Api di dalam hatiku


Semarak menyala


Dari mewujudkan lebih banyak api


Bukankah lebih baik kugunakan untuk menerangi kehidupanku ini?







Malaikat tertawa


Dan syaitan pun menangis







~Hilal Asyraf~


020910


0827AM


MATRI, Perlis


Malaysia

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 02, 2010 00:44

Gambar: Memetik bunga di hujung sayap malaikat


Bukan mudah, perlukan mujahadah. ~ picture by M-a-e-e of Deviant Art

Bukan mudah, perlukan mujahadah. ~ picture by M-a-e-e of Deviant Art



Cinta atas kelurusan


Tak pernah terlihat juga tiada kedengaran


Di tengah jalan penuh penyeksaan


Mendengar syaitan ketawa


Dan diri sering tewas dengan tipu daya







Tetapi Cinta atas kelurusan


Aku tetap percaya dengannya tanpa wujud kelelahan


Tiada siapa mengetahui hakikat


Tinggal diriku perlu cekal dan kuat


Untuk memetik bunga di hujung sayap malaikat







~Hilal Asyraf~


020910


0807AM


MATRI, Perlis


Malaysia

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 02, 2010 00:35

September 1, 2010

Diari: Ah… Tinggal sebulan sahaja lagi.

[image error]

Semasa kali pertama menjejakkan kaki ke Malaysia untuk memulakan cuti tempoh hari.

Pejam celik pejam celik, eh dah tiga bulan cuti saya berlalu.

5hb Jun – 1hb September. Kurang 4 hari lagi nak genap tiga bulan la. Tapi kalau ikutkan tarikh penerbangan pulang, 1hb Oktober 2010, maka saya hanya tinggal sebulan sahaja lagi di bumi Malaysia ini.

Hem…

Jemputan untuk mengendalikan program itu dan ini masih lagi datang bagai tiada henti.

Tetapi maafkan saya.

Izinkan hari-hari akhir dalam sebulan ini...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 01, 2010 10:54