Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 96
June 28, 2011
Kerana Aku Seperti Air
[image error]
Tahun 2000 adalah tahun kemuncak saya tersesat di dalam sunyi.
Saya hilang arah tuju, semasa menghitung suku abad yang berlalu daripada usia yang tidak tertentu.
Saya tidak faham apa yang berlaku, jauh sekali untuk memahamkan orang apa yang sedang saya lalui.
Terpinga-pinga terbuang di perantauan, tunang saya gelisah melihat keadaan diri. Emel dilayang bertanyakan khabar.
Saya membalasnya dengan puisi ini:
Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu sama seperti yang biasa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhenti
Melimpah, menyerap, menghakis, menembus
Memenuh setiap ruang yang kosong
Tanah tandus dan benih kering
Kucurahkan subur agar muncul tunas
Yang pucuknya nanti mahkota rendang
Tempat berteduh di dataran gersang
Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus gagah mengalir
Dari pancaran anak batu di hulu belantara
Meliku, melekok, membelah dada baruh dan darat, selatan dan utara
Lantas!
Si dahaga menghirup jernih teguk yang sejuk
Si lapar mengail isi subur khazanah dada yang kaya
Tebing menyambut perahu berlabuh
Menemukan rindu dengan yang ditunggu
Kerana aku seperti air
Aku boleh memilih untuk tiada tersirat di sebalik yang tersurat
Mengalir dangkal sejengkal dari pangkal
Lalu mudah ditafsir segera, sejurus sebelum kontang terserap ke udara
Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk menjadi lautan seribu tanda tanya
Bagi pelayar di permukaan seluas pandangan mata
Ketemulah ia ribut taufan puting beliung yang menggila.
Namun yang bestari ingin mencari makna
Akan menyelami sepi gelita dan bebal sekaki dua
Hingga sampai ke dasar selepas jerih payah dan sabar jiwa
Lantas bertemu keindahan makna, jawapan seribu satu rahsia
Riwayat aku seperti air
Di hari subur berbakti pada manusia dada tanah watan
Di hari gersang mikraj ke langit atas perintah Tuhan
Basah kering air, hanya kitaran pusingan nadi
Bumi dan langit, air terus maujud kekal menabur berbakti.
"Dan Allah menjadikan setiap haiwan itu dari air, maka ada sebahagiannya yang berjalan di atas perutnya, dan ada sebahagian yang berjalan di atas dua kaki dan sebahagian yang lain di atas empat (kaki). Allah menjadikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu" – An Nur : 45
Sweileh 15 Muharram 1421M / 19 April 2000
Related posts:Tekadkan Diri Seperti Mereka
Membeli Kerana Testimoni Atau Mengkaji?
Kerana Akhirnya, Kita Semua Adalah DA'I
June 27, 2011
Hari Jongkang Jongket
Hari ini sungguh jongkang jongket.
Saya memulakan hari dengan banyak berita sedih dan membimbangkan. Saya sekeluarga bakal terbang ke Bangkok selama 6 hari kerana isteri saya menyertai Pertandingan Kajian Perubatan Kecemasan di sana. Kami Insya Allah berlepas pada 2 haribulan Julai dan pulang pada 8 Julai.
6 Julai adalah hari ulangtahun kelahiran Saiful Islam.
Tetapi 3 Julai adalah Pilihanraya Umum Thailand! Negara yang banyak rampasan kuasa tentera itu. Pertempuran antara kumpulan Baju Kuning dan Baju Merah (seperti di Malaysia).
Saya sekeluarga bakal berada di Thailand pada waktu yang paling tidak patut. Doakan kami!
Kebimbangan itu ditokok dengan kesedihan apabila mendapat tahu isteri saya perlu menyambung 6 bulan lagi pengorbanannya kerana doktor berorientasikan klinikal itu tidak cukup 0.01% markah untuk lulus di bahagian teori. Jika selama ini saya sentiasa gagah menyokong isteri saya dalam perjalanannya menjadi doktor pakar, kali ini saya tidak dapat menahan air mata.
Terutamanya pada membayangkan wajah anak-anak kami yang mengorbankan seluruh usia kanak-kanak mereka 'melepaskan' Ummi berjuang demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Mari kita tabik hormat kepada semua anak doktor di seluruh negara. Mereka adalah hero yang tidak didendangkan.
Perjuangan diteruskan!
BERITA BAIK
Kesedihan dan kebimbangan diubat dengan beberapa berita baik. Setelah beberapa bulan tidak cukup tangan mengendalikan urusan kerja tanpa pembantu, hari ini saya diberikan rezeki mendapat seorang pembantu. Insya Allah pengalaman-pengalaman sebelum ini akan saya jadikan teladan dan sempadan agar beliau dapat bertugas dengan gembira, bangga dan lancar untuk kebaikan bersama.
Bukan mudah menjadi pembantu kepada saya (kata ramai orang). Asakan deringan telefonnya sahaja sudah boleh mendera jiwa dan raga. Moga Allah permudahkan segalanya dan merahmati sinergi kita.
"Bekerjalah bersama saya, bukan bekerja untuk saya" kata Pak Lah suatu ketika dahulu.
Kesedihan juga terubat apabila isteri saya yang teruk diserang asthma semenjak semalam berjaya dibawa ke hospital untuk mengambil nebulizer dan nampaknya beliau sudah beransur sembuh walaupun terpaksa mengambil MC.
Selesai semua itu, saya tambah gembira apabila kehadiran saya di Timeless Clinic menyaksikan sekurang-kurangnya 7 orang klien yang mahu melakukan transformasi diri agar lebih sihat. Walaupun saya perlu menunggu lebih satu jam sambil menaip artikel ini, saya gembira kerana ini satu perkembangan yang baik.
Kalau banyak rezeki tahun ini, mahu sahaja saya 'sponsor' seorang yang memerlukan rawatan ini sebagai tanda syukur.
Doakan saya. Hari ini adalah permulaan pusingan kedua saya dalam hCG Diet, dengan sasaran 20kg lagi untuk ditumpaskan.
Selesai semua urusan ini, saya akan ke pejabat di Bangi untuk urusan-urusan kerja.
Alhamdulilah Creative Caliph menawarkan projek membuat komik berbentuk ebook daripada kisah-kisah di blog saya. Mesyuarat petang ini mesti dijayakan Insya Allah.
Sesungguhnya benar sekali, "maka sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan. Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kemudahan"
Ameen ya Rabb.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Related posts:Meraikan Hari Kembali ke Realiti
Selamat Hari Raya… Taqabbalallah Minna wa Minkum!
Berlalunya Empat Puluh Hari
June 25, 2011
Antara Cita-cita dan Angan-angan
[image error]
Sebahagian peserta program motivasi pelajar anjuran Surau al-Muttaqin, Bandar Putra Bertam. Program dijalankan di Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas
"Percaya!"
"Berjaya!"
"Insya Allah!"
Bersemangat anak-anak semalam melaungkannya.
Saya mengendalikan sebuah program motivasi murid sekolah rendah anjuran Surau al-Muttaqin, Bandar Putra Bertam. Pesertanya terdiri daripada anak-anak penduduk tempatan, dengan sasaran murid UPSR tetapi ada juga semuda murid Tahun 2.
Seperti biasa, menjadikan Panda sebagai model transformasi Zero kepada Hero, banyak aspek yang berjaya dipermudahkan, terutamanya pada menimbulkan kesedaran terhadap lima perkara iaitu:
Menentukan cita-cita
Membezakan di antara cita-cita dan angan-angan
Mengenal pasti halangan untuk cita-cita itu dicapai
Meneliti potensi diri yang ada untuk mengatasi halangan tersebut
Pelan tindakan.
Bukan mudah.
Anak-anak ini mahu menyebut nama pun malu. Usahkan mahu berbincang. Apatah lagi bersama ahli kumpulan yang mereka tidak pernah kenal.
Pelbagai aktiviti saya usahakan untuk memecahkan kebuntuan berkenaan.
[image error]
Puan Norma, wakil MRSM Kepala Batas memberikan ucapan alu-aluan. Encik Fairul Mustafa, orang kuat Surau al-Muttaqin sedang on-call
Biar pun payah, namun akhirnya ia berbaloi.
Seorang murid tahun tiga menulis kenyataan berikut:
Nama Kumpulan = HAMZAH SINGA ALLAH
Cita-cita Pilihan Kumpulan = Doktor
Halangan Untuk Mencapai Cita-cita itu = Kos yang Mahal Untuk Belajar di Dalam Universiti
Potensi Diri Untuk Mengatasi Halangan Tersebut = Keyakinan Diri
Pelan Tindakan = Kita Perlu Mengumpul Duit Untuk Belajar di Dalam Universiti
Tidak pernah terfikir, beliau dan ahli kumpulannya akan berfikir tentang hal ini. Kumpulan tersebut bersetuju untuk tidak menyusahkan ibu bapa membeli jajan, aiskrim dan lain-lain yang tidak perlu. Kena rajin berjimat untuk memastikan cita-cita tidak berakhir dengan angan-angan iaitu impian yang kosong daripada perancangan dan tindakan.
Dek kepuasan berprogram, ditambah dengan sesi mencelup ukhuwwah sambil makan ikan bakar di Din Ikan Bakaq Kepala Batas, saya terlepas pesawat pulang ke Kuala Lumpur.
Jangan bimbang orang Bertam dan Sungai Nibong, segalanya berbaloi-baloi.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
facebook.com/hasrizalabduljamil
68000 AMPANG
Related posts:Agenda Tarbiyah vs. Cita-cita Siasah
Cita-cita Nuklear Malaysia: Sebuah Harapan
Bertepuk Sebelah Tangan Itu Angan-angan
June 24, 2011
Antara Cita-cita dan Angan-angan
[image error]
Sebahagian peserta program motivasi pelajar anjuran Surau al-Muttaqin, Bandar Putra Bertam. Program dijalankan di Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas
"Percaya!"
"Berjaya!"
"Insya Allah!"
Bersemangat anak-anak semalam melaungkannya.
Saya mengendalikan sebuah program motivasi murid sekolah rendah anjuran Surau al-Muttaqin, Bandar Putra Bertam. Pesertanya terdiri daripada anak-anak penduduk tempatan, dengan sasaran murid UPSR tetapi ada juga semuda murid Tahun 2.
Seperti biasa, menjadikan Panda sebagai model transformasi Zero kepada Hero, banyak aspek yang berjaya dipermudahkan, terutamanya pada menimbulkan kesedaran terhadap lima perkara iaitu:
Menentukan cita-cita
Membezakan di antara cita-cita dan angan-angan
Mengenal pasti halangan untuk cita-cita itu dicapai
Meneliti potensi diri yang ada untuk mengatasi halangan tersebut
Pelan tindakan.
Bukan mudah.
Anak-anak ini mahu menyebut nama pun malu. Usahkan mahu berbincang. Apatah lagi bersama ahli kumpulan yang mereka tidak pernah kenal.
Pelbagai aktiviti saya usahakan untuk memecahkan kebuntuan berkenaan.
[image error]
Puan Norma, wakil MRSM Kepala Batas memberikan ucapan alu-aluan. Encik Fairul Mustafa, orang kuat Surau al-Muttaqin sedang on-call
Biar pun payah, namun akhirnya ia berbaloi.
Seorang murid tahun tiga menulis kenyataan berikut:
Nama Kumpulan = HAMZAH SINGA ALLAH
Cita-cita Pilihan Kumpulan = Doktor
Halangan Untuk Mencapai Cita-cita itu = Kos yang Mahal Untuk Belajar di Dalam Universiti
Potensi Diri Untuk Mengatasi Halangan Tersebut = Keyakinan Diri
Pelan Tindakan = Kita Perlu Mengumpul Duit Untuk Belajar di Dalam Universiti
Tidak pernah terfikir, beliau dan ahli kumpulannya akan berfikir tentang hal ini. Kumpulan tersebut bersetuju untuk tidak menyusahkan ibu bapa membeli jajan, aiskrim dan lain-lain yang tidak perlu. Kena rajin berjimat untuk memastikan cita-cita tidak berakhir dengan angan-angan iaitu impian yang kosong daripada perancangan dan tindakan.
Dek kepuasan berprogram, ditambah dengan sesi mencelup ukhuwwah sambil makan ikan bakar di Din Ikan Bakaq Kepala Batas, saya terlepas pesawat pulang ke Kuala Lumpur.
Jangan bimbang orang Bertam dan Sungai Nibong, segalanya berbaloi-baloi.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
facebook.com/hasrizalabduljamil
68000 AMPANG
Related posts:Cita-cita Nuklear Malaysia: Sebuah Harapan
Agenda Tarbiyah vs. Cita-cita Siasah
Bertepuk Sebelah Tangan Itu Angan-angan
Video: Membentuk Manusia Berpandukan Modul Luqman al-Hakim (Siri 1)
Video ini adalah rakaman kuliah motivasi saya pada malam stokis di ANA EDAR, Taman Greenwood, Gombak.
Topik yang disentuh dalam siri pertama ini ialah "Membentuk Manusia Berpandukan Modul Luqman al-Hakim".
Berikut pula adalah salinan slaid pembentangan yang digunakan.
Membentuk Manusia Berpandukan Modul Luqman al-Hakim
More PowerPoint presentations from Hasrizal Abdul Jamil
Semoga bermanfaat.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
facebook.com/hasrizalabduljamil
68000 AMPANG
Related posts:Nota Pengenalan Kuliah Ibrah Daripada Kisah Luqman di Dalam al-Quran
Pengantar Sejarah Islam III
Wacana Bersiri "Apa Erti Saya Menjadi Muslim" di Khalifah Model School – Siri II
June 23, 2011
Saifulislam.Com Kembali Bersiaran
[image error]
Alhamdulillah.
Sebaik-baik kata pujian.
Setelah beberapa hari Saifulislam.Com terpaksa ditutup, kini ia kembali bersiaran.
Terima kasih kepada semua sahabat yang berkongsi nasihat, pandangan, idea malah sumbangan kewangan.
Terasa seperti baru membeli sebuah MYVI tatkala proses peningkatan kualiti server kali ini dibuat.
Terima kasih juga kepada semua kakitangan Hosting yang bekerja siang dan malam memindah dan mengemaskinikan data dengan segera.
Mudah-mudahan dengan server yang baru ini, Saifulislam.Com akan dapat dikembangkan ke tahap yang terbaik, pada merealisasikan keyakinan kita bahawa Erti Hidup Pada Memberi.
Alhamdulillah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
facebook.com/hasrizalabduljamil
68000 AMPANG
Related posts:Server Saifulislam.Com Kembali Bermasalah
Saifulislam.Com di Balik Tabir
Saifulislam.Com di RTM1 "Selamat Pagi Malaysia"
June 21, 2011
Selimut Pelangi
Antara sedih dan gembira.
Semalam saya terpaksa membeli seluar baru. Seluar yang sedia ada, sudah boleh dipakai berjemaah.
Saiz seluar baru sudah turun enam angka.
Bagaimana dengan baju-baju lama?
Sayangnya.
Ada antara baju lama itu saya terpaksa beli di Ebay dan dipos dari Amerika Syarikat. Saya membayangkan diri saya sebagai seorang Melayu yang terperangkap di dalam tubuh orang Arab atau Viking.
Sanggupkah saya melepaskan baju itu?
Oleh kerana ia masih elok, serta masih ramai orang Arab dan Viking di luar sana yang sulit mencari pakaian, saya salurkan sahaja baju-baju lama itu kepada mereka melalui Charity Shop.
Ada pun buat diri saya, dengan azam tidak mahu memakainya lagi, saya bayangkan baju-baju lama saya sebagai kain kafan paling ceria.
Selimut pelangi!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Related posts:Jangan Terlalu Formal, Hidup Itu Pelangi
Berlalunya Empat Puluh Hari
Perkembangan Terkini – I
Server Saifulislam.Com Kembali Bermasalah
[image error]
Jam 12:30 tengah hari tadi saya mengesan yang server Saifulislam.Com bermasalah.
Saya sendiri terputus hubungan dengan MySQL.
Sebentar tadi, sekali lagi saya dihubungi oleh syarikat yang menguruskan server blog kita ini dan menerima amaran tegas mereka.
Saya sudah pun melakukan tweaks lain dua minggu lalu iaitu dengan mengoptimumkan WP Super Cache untuk mengurangkan bebanan ke atas server tetapi nampaknya ia di luar kemampuan.
Berikut adalah cadangan syarikat berkenaan:
Please rectify the overloading caused by your site because it using too much resources and not suitable for normal shared hosting environment.
Failure to reduce the execution will cause your site to be suspended to prevent server overloading in the case to prevent server from being halted/jammed.
Our Mysql server keeps crashing and other clients complaint because their web site losing connection to MySQL.
Suggestions
Use clouldflare Content delivery service; or
Host Images to Image service – photobucket
Upgrade to Dedicated or VPS – We only offer dedicated
Core 2 Quad 4 Gig ECC 1 Mbps with Cpanel RM 650.00 monthly comes free with Management
Untuk VPS, saya perlu berpindah ke server lain kerana syarikat semasa hanya menawarkan shared dan dedicated server. Untuk mengambil dedicated server, saya perlu pastikan kemampuan saya membayar RM650 sebulan. Syarikat lain pun tidak banyak beza harga yang ditawarkan. Ini merupakan satu tanggungjawab yang berat. Ada pihak yang menawarkan bantuan sumbangan, tetapi komitmen tidak tetap secara bulanan membimbangkan saya.
Mohon idea sahabat-sahabat sekalian, apakah solusi terbaik untuk cabaran ini?
Berikut adalah laporan ALEXA tentang perkembangan blog Saifulislam.Com setakat ini:
Semakin rancak dakwah, semakin besar komitmen yang perlu didedikasikan. Itu sunnatullah.
Salam ukhuwwah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Related posts:Selamat Datang ke Server Baru
Bazar Saifulislam.Com
STC: Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Berganti
June 20, 2011
Berdiet Sebagai Ibadah
[image error]
"Tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia, kecuali untuk mereka memperhambakan diri kepada-Ku"
Demikian Allah berpesan di dalam al-Quran. Termaktub di dalam Surah al-Dzaariyaat ayat 56.
Tiada tujuan yang lain kecuali yang satu itu. Bahawa kita ini diciptakan oleh-Nya sebagai hamba, untuk memperhambakan diri. Bukan jadi tuan, jauh sekali menjadi tuhan. Berjayalah jika berjaya hidup sebagai hamba-Nya. Binasalah jika cuba melanggar batasan yang ditentukan.
Menjadi hamba itu ada kriterianya. Kehambaan pun ada modus operandinya.
Hamba tidak berpunya.
Segala yang ada diri hakikatnya adalah milik tuan. Milik Tuhan.
Tuan meminjamkan peralatan sesuai dengan tugasan yang dipersetujui bersama. Tukul untuk menukul, sarung tangan menjaga tangan. Makan tengah hari untuk pemulihan, Insentif untuk keperluan.
Lalu Allah berikan kita fizikal, intelektual dan emosional di sisi paksi kewujudan iaitu spiritual. Maka jangan dipisah-pisahkan ia. Apatah lagi merosakkannya. Fizikal itu amanah. Intelektual itu amanah. Emosional itu amanah. Spiritual itu penjaganya. Semua perlu diletakkan di posisi yang betul.
Dalam memenuhi perjalanan spiritual, fizikal adalah premis dan kenderaannya.
Intelektual pula menjadi stering mengendalikan pilihan.
Emosional menjadi bahan bakar. Tenaga untuk terus bergerak.
Spiritual menentukan arah perjalanan yang hendak dituju. Menentukan sikap semasa memandu kehidupan, menentukan perjalanan itu tidak terputus hubungan dengan menara kawalan.
Arah itu penting. Bahan bakar itu perlu. Kawalan dan kendalian pilihan itu utama. Namun semuanya berkehendakkan premis serta kenderaannya.
Jangan abaikan kesihatan fizikal.
Menjaganya sebahagian daripada tugasan hidup. Ia adalah ibadah.
SOLAT VS SIHAT
Sebelum solat, semasa solat, selepas solat.
Ketiga-tiga peringkat solat itu penting, biar pun semasa solat itulah sebenar-benarnya solat. Tetapi apa-apa yang berlaku sebelum solat, ada pengaruh kepada solat semasa ia dikerjakan. Apa-apa yang berlaku selepas solat, biar pun tidak menjejaskan fiqh solat yang telah dikerjakan. Namun kesan solat boleh berterusan atau musnah oleh aktiviti selepas solat kita. Malah ia memberikan indikasi sama ada solat kita itu baik atau sebaliknya.
Sebelum solat ada keperluan, ada halangan, ada ujian, ada keperluan persiapan, menuju solat.
Seeloknya, kita bersiap awal sedikit, duduk sejenak sebelum mendirikan solat. 'Jurang masa' itu meredakan pengaruh gangguan luar ke dalam solat. Jangan semasa solat, teringat kunci kereta, tersedar ada akaun syarikat yang belum ditutup, unfinished business semuanya diheret masuk ke dalam solat. Itu teknik yang dipesankan al-Ghazzali di dalam Kitab Ihya' beliau.
Semasa solat, ada fiqh dan intelektual yang perlu berfungsi lagi dipatuhi. Ada emosional yang perlu dikendali. Ia bukan hanya urusan spiritual, biar pun tanpa spiritual semua yang dilakukan itu tadi hilang makna. Kombinasi semua itu, menjadikan solat itu benar-benar hidup, dan menyiapkan diri untuk kehidupan di luar solat.
Selepas solat, jangan pula menghela nafas lega solat selesai.
"Pheww, lega! Habis dah solat hari ini. Boleh lepak. Tak payah fikir solat berikutnya. Lambat lagi. Subuh esok!"
Jika begitu perasaan dan fikiran selepas memberi salam, nyata sekali solat yang didirikan itu adalah paksaan. Fiqhnya ditunaikan, namun kesan Tarbiyahnya hilang. Isyak solat, Subuh mungkin terlepas. Qiyamullail usah cerita.
Naudhubillah!
Demikianlah halnya dengan ibadah-ibadah khusus yang lain.
Penjagaan kesihatan diri atau diet ini, andai ia diangkat sebagai ibadah, berdiri dengan kerangka yang sama.
Ada keperluan sebelum diet.
Ada keperluan semasa diet.
Ada keperluan selepas diet.
Semuanya itu adalah kesinambungan proses menjaga kesihatan diri yang bukan sekadar satu transformasi sementara. Ia juga perjuangan sepanjang hayat.
Biar pun diet itu lazimnya menjurus kepada subjek fizikal, sama seperti pencapaian-pencapaian kehidupan yang lain, fizikal itu memerlukan kombinasi intelektual, emosional dan spiritual. Malah, kerosakan fizikal dalam bentuk lebihan berat badan dan penyakit, menjadi simptom kepada adanya kerosakan intelektual, emosional dan fizikal.
Mungkin itulah yang membelenggu hidup saya selama ini. Kemerosotan kondisi fizikal cuba diatasi hanya dengan transformasi fizikal. Sedangkan intelektual tidak diberi nafkah ilmu pengetahuan dan teknik. Emosional tidak dibentuk agar nyalaannya menghasilkan bahan bakar mendorong semangat. Kesemuanya menyulitkan perjalanan mengaitkan fizikal dan spiritual.
DIARI SI BUDAK GEMUK, adalah sebuah buku pendorong positif yang mahu mengajak pembaca kepada transformasi diri yang holistik.
Ia bukan permulaan untuk menulis diari.
Ia adalah perjuangan untuk menutup diari.
Diari si gemuk ini.
Antara menutupnya dengan perubahan diri.
Atau menutupnya dengan mati.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Related posts:Memanfaatkan Teknologi FASTPENCIL.COM
Kurus Atau Gemuk, Bertandinglah Dengan Diri Sendiri
Sejenak di Nur Bukit Unggul
June 19, 2011
ME, A DAD
[image error]
I am so blessed to be a Dad, Alhamdulillah!
Father with four beautiful kids.
Indeed, my sincerest love and indebtedness for my lovely wife. She's there, with her full trust on this man, turned me from a tousled 'lone ranger' into an enthusiastic Hubby hence a teachable Dad.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Related posts:Buah Tangan Pesta Buku Antarabangsa KL 2010
BAPA Menceroboh Privasi Bapa
Saifulislam.Com di Balik Tabir