Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 142

May 7, 2009

Nasib Pencacai Ashaab al-Ukhdood

[image error]

“Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya.

Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan raja yang zalim itu sudah bersedia untuk melaksanakan arahan.

[image error]

“Ya Allah, percukupkan aku daripada kejahatan mereka dengan apa-apa sahaja cara yang Engkau kehendaki!” do

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 07, 2009 21:30

Ba Alif Ba Ya Di Sana Sini

[image error]

“Imam Saab, bolehkah kami pergi ke sana?” tanya sekumpulan anak murid saya.

“Boleh. Tapi biarlah kita pergi bersama. Perlahan-lahan” saya memujuk.

Murid-murid saya kegirangan. Mereka mengikut sahaja arahan yang diberi. Lawatan Belfast Islamic School ke Belfast Zoo berjalan lancar seperti yang dirancang. Summer School memang penuh dengan aktiviti luar kerana meraikan kemunculan matahari yang dirindu.

Saya sebenarnya masih terganggu di kepala, kerana sebentar tadi anak murid saya memanggil saya ke ka

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 07, 2009 07:06

May 5, 2009

RALAT BUKU BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

[image error]

KENYATAAN PENERBIT, GALERI ILMU SDN. BHD.

Kami memohon berbanyak maaf kepada para pembeli buku terbaru nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Ke Syurga yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB), kerana terdapat kesilapan teknikal yang tidak disengajakan pada buku tersebut.

Kesilapan itu dikesan pada halaman 61 di mana terdapat ayat dan paragraf yang hilang (tidak tercetak). Kesilapan berlaku sewaktu proses akhir pembetulan di bahagian rekaletak sebelum di

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 05, 2009 20:11

Mempertahankan Maruah Itu Perjuangan

“Pelajar-pelajar sekolah agama, jangan ingat dengan hanya sekolah agama kamu sudah terjamin masuk ke syurga!” bebel penceramah itu.

Saya pun tidak tahu apa motifnya.

Apa yang pasti, telinga saya sudah panas dan darah sudah hampir mendidih.

Kebetulan pula saya duduk di barisan hadapan sekali. Betul-betul di depan muka penceramah itu.

[image error]

Gambar semasa kursus berkenaan. Saya menutup muka dengan fail kerana kemarahan

“Saya pernah jumpa pelajar Sekolah Izzuddin, minum arak, tak mabuk. Minum air sejuk, mabuk!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 05, 2009 19:43

May 4, 2009

Nasib Nelayan Perahu Kecil

[image error]

Sesekali saya terpaksa keluar dari genre biasa artikel-artikel di saifulislam.com.

Sesetengah artikel itu, sembilunya bernama politik. Ada kalanya miang buluh bernama akademik. Justeru mereka yang membacanya mungkin jadi kucar kacir kerana tidak bersedia.

Tetapi itulah harga yang perlu dibayar, apabila tulisan dan ceramah yang disampaikan berkompaskan APA YANG MASYARAKAT PERLU dan bukannya APA YANG PENDAKWAH TAHU. Keperluan itu sering menyebabkan kita berperahu di gigi pantai, namun bila besar kep

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 04, 2009 12:11

May 3, 2009

Konsep Ulama dan Kepimpinannya

[image error]

“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.

“Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.

Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria sepe

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2009 22:53

May 2, 2009

Kepimpinan Ulama di Bawah Suluhan Sejarah

[image error]

Ulama’ atau bukan Ulama’?

Sehari dua ini, persoalan kualiti dan daya kepimpinan Ulama’ kembali diperkatakan. Biar pun kedudukan ulama’ seperti keterangan al-Quran dan al-Sunnah itu jelas, namun memposisikan mereka dalam kepimpinan Ummah mengalami pelbagai bentuk pengubahsuaian.

Ubah suai itu tidaklah menjejaskan kedudukan Ulama’ kerana apa yang dijadikan keutamaan tertinggi adalah maslahah awam yang terpelihara dengan berlangsungnya hukum dan peraturan-peraturan Allah Subhanahu wa Ta’aala dalam ke

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2009 02:03

May 1, 2009

Rumah dan Pejabat Politik di Internet

FACEBOOK STATUS:


Hasrizal Abdul Jamil feels that all those public figures including politicians who never update their blogs neither their facebook should stay offline. You are fooling the people, including yourselves


Ya, kasar bunyinya. Tetapi saya memang memaksudkannya.

Apa rasa anda, kalau melihat rumah-rumah yang terbengkalai, dinaiki lalang, penuh semak dan sesekali keluar haiwan-haiwan daripadanya, ala-ala zoo di Kemensah sana?

Serabut.

Begitu juga dengan blog yang tidak dikemas kini. Membuka

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 01, 2009 03:29

April 29, 2009

Tidurlah Sayang

[image error]

“Tadi masa Abi dengan Ummi balik dari kedai, kami nampak biawak melintas jalan” saya mengomel.

“Biawak itu apa?” tanya Naurah.

“Biawak itu macam cicak tetapi lebih besar. Macam buaya tetapi badan lebih licin” jawab saya.

“Eee, gelinya” kata Naurah lagi.

“Biawak suka makan apa?” saya menambah soalan.

“Makan apa, Abi?” Saiful Islam bertanya.

“Makan ayamlah. Biawak suka makan ayam. Kalau ayam hilang, sama ada biawak atau pun ular sawa yang makan” saya menambah lagi.

“Tapi Yop pun suka makan ayam!” kata Sa

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 29, 2009 21:03

April 28, 2009

Lambakan Genre Seram Yang Kelam

“Ana sampai jadi letih menapis skrip-skrip yang dihantar. Malah ada sesetengah skrip yang terpaksa ditolak atau diubah hampir 100% untuk menyelamatkan ‘maruah’ tokoh tertentu,” kata Encik Zabidi Mohamed kepada saya.

Cuaca redup di petang ini selesa sekali menemani perbualan kami.

“Tapi, nak salahkan penerbit pun tak boleh juga. Mereka diminta menghasilkan drama keagamaan dan itulah yang mereka faham tentang agama!” sambungnya lagi.

Saya tekun mendengar cerita beliau.

Zabidi Mohamed adalah tenaga pen

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 28, 2009 20:52