Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 143
April 28, 2009
Rakaman AL-BAYAN Untuk RTM1: Isu Kalimah ‘ALLAH’
[image error]
Tiba-tiba pula saya terheret ke televisyen beberapa kali secara mendadak.
Dua minggu sudah, saya berdiskusi dengan Ustaz Zabidi Mohamed tentang produksi drama 20 episod FITRAH untuk ASTRO OASIS Ramadhan akan datang.
Kemudian, saya menerima jemputan untuk menjadi tetamu di ASTRO AWANI bagi rancangan U-WARTAWAN.
Semalam saya membuat rakaman perbualan telefon untuk siri yang sama, bakal disiarkan malam ini (Selasa, 10 malam di ASTRO AWANI 501). Tajuk yang diperkatakan adalah berkaitan dengan KESAN FIL
April 26, 2009
Cenderamata dan Cenderahati
[image error]
Hadiah lagi!
“Laa… dapat jam lagi” kata isteri saya semasa membuka balutan hadiah.
Saya baru sahaja balik dari program ceramah yang dianjurkan oleh sebuah persatuan pelajar.
“Kat mana nak letak jam ni? Penuh dah rumah kita dengan jam” sambung isteri saya lagi.
“Abang pun hairan, kenapa mereka suka hadiahkan abang jam? Adakah kerana abang datang lewat ke ceramah, atau abang ceramah tak reti nak berhenti?” saya menyoal isteri untuk diri sendiri.
“Tak apa, kita balut semula elok-elok, kalau ada orang k
April 25, 2009
Cerita Pesta Buku Kali Ini
[image error]
Makin ramai yang beli buku, makin berat rasa beban di kepala dan jiwa.
Terasa makin besar tanggungjawab, kerana setiap sen yang dilaburkan pembeli, adalah dengan niat untuk mencari apa yang mereka cari. Ilmu, panduan, kebaikan, petunjuk, motivasi… semua yang diperlukan untuk hidup lebih baik daripada semalam.
Itu yang saya rasa.
Dalam tangkas dan pantas tangan menandatangani buku (tandatangan buku oleh penulis tidak wajib, ya! Bimbang ada yang salah sangka), pelbagai rasa menyelinap di celah-celah
April 23, 2009
Pengalaman Pertama di ASTRO AWANI
[image error]
Apabila artikel yang ditulis merayap di internet, macam-macam boleh berlaku.
Kuasa blog sungguh hebat.
Artikel saya bertajuk SUKARNYA MENJADI GENIUS yang ditulis pada 31 Mac 2008 telah menarik perhatian pihak Astro Awani. Saudara Bob Chairell Syafieq yang bertugas di situ bertemu dengan artikel ini dan terus menghubungi saya. Program kali ini akan memperkatakan tentang topik yang sama iaitu ANAK GENIUS.
Plan asal, mereka bercadang untuk menelefon saya semasa program ini berlangsung. Sejujurnya, say
April 22, 2009
Sukarnya Menjadi Genius
[image error]
Apabila artikel yang ditulis merayap di internet, macam-macam boleh berlaku.
Artikel saya bertajuk SUKARNYA MENJADI GENIUS yang ditulis pada 31 Mac 2008 telah menarik perhatian pihak Astro Awani. Saya menerima jemputan beberapa hari yang lalu untuk hadir ke studio di Bangunan Bursa Malaysia malam ini, sebagai tetamu untuk memperkatakan tentang topik yang sama iaitu ANAK GENIUS.
Saya mengalu-alukan para pembaca blog Saifulislam.Com untuk bersama kami secara langsung pada jam 10 malam ini di saluran