Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 138
July 1, 2009
Conteng Arang Ke Muka Orang Tua
[image error]
"Kenapa termenung?" saya bertanya kepada Adam.
"Seronok tengok emak ayah datang jumpa anak-anak. Keluarga saya jauh" balas Adam. Wajahnya sugul.
Sekolah Izzuddin Shah adalah sekolah Kerajaan Negeri Perak. Keutamaan diberikan kepada anak Perak. Namun daripada semasa ke semasa, ada beberapa orang pelajar dari luar negeri Perak yang bersekolah di SIS.
Mereka ini perantau pada usia yang sangat muda.
Cabarannya berganda.
Paling tidak, terkilan melihat ibu bapa berkunjung dengan segala macam juadah untuk a
June 30, 2009
Mendidik Anak Ilmu Kebal
[image error]
"Dalam banyak-banyak ilmu, rasa antalah, ilmu apa yang paling anta ambil berat untuk diajar kepada anak-anak?" tanya seorang sahabat.
Soalan itu adalah lanjutan daripada tanda-tanya beliau mengapa saya agak kurang menulis tentang keibubapaan kebelakangan ini. Saya sedang melalui saat-saat yang sukar untuk belajar dan mengajar, kerana cabaran anak-anak terus berubah dengan cepat dari semasa ke semasa.
"Ilmu kebal!" jawab saya.
"Ilmu kebal? Ilmu mandi minyak ke?" tanya beliau lagi.
"Bukan. Ilmu kebal
June 29, 2009
Hidup Diselubungi Ketakutan
[image error]
"Ahh… tak sabarnya nak Darjah 6," saya mengeluh di tepi lombong berhampiran Kampung Sri Kinta.
Mata saya masih terpaku melihat kepada beg sekolah yang rabak di tepi. Semuanya gara-gara Andrew, yang saya tidak faham mengapa beliau sangat suka mencari masalah dengan saya.
"Sebab badan kamu besar, dan Mr. Lim sukakan kamu," kata Rohaizad, teman berkayuh basikal saya ke sekolah.
Rohaizad faham benar akan masalah yang saya hadapi.
Mr. Lim, guru trumpet saya sangat gembira dengan perkembangan pembelajaran
June 28, 2009
Segalanya Tidak Disengajakan
[image error]
"S tu sombong. M tu Muslim" saya berleter di pintu belakang kelas.
"Habis, kami di kelas 1S ini bukan Muslim ke?" tanya rakan dari kelas sebelah.
"Muslim, tapi yang lebih menonjol ialah sombongnya!" saya membalas.
Inilah bahana cikgu tak masuk kelas. Khabarnya guru-guru bermesyuarat dan kami disuruh mengulangkaji pelajaran tanpa membuat bising. Saya yang berangka giliran 071/88 dimasukkan ke kelas 1M. Terima kasih abah kerana tiba lewat sedikit semasa hari pendaftaran sehingga saya masuk ke kelas 1
June 26, 2009
Langkah Satu Liku Kembaraku
[image error]
Dua dari kanan Mr. Leong Kok Seng, inilah gambar terakhir saya di sekolah rendah ketika itu
“Hasrizal, nanti bila ke sekolah menengah, janganlah pergi sekolah yang jauh-jauh. We need someone to teach the students playing trumpet!” kata Miss Cecilia, guru muzik saya.
Saya tersenyum.
Ada juga terdetik rasa sedih melepaskan trumpet Yamaha pemberian pihak sekolah kepada saya. Jika sesi latihan, kami semua menggunakan trumpet buatan China berharga RM30 sebuah, saya dihadiahkan dengan sebuah trumpet Yama
June 25, 2009
KHUTBAH: Beruntunglah Insan Yang Dagang
[image error]
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
[image error]
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145:]
Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila
June 23, 2009
Seni Kata Putus
[image error]
“Ustaz, ada perempuan minat dengan saya. Puas saya memberitahunya tetapi dia macam tidak faham-faham,” kata seorang anak muda kepada saya.
Kasihan.
Itulah nasibnya menjadi manusia ada rupa, barangkali.
“Anta cakap macam mana kepada perempuan itu?” saya menyoalnya.
“Saya beritahu dia yang saya belum bersedia untuk memikirkan hal ini. Saya baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti, tak mahulah pening-pening kepala fikir tentang cinta,” jawabnya. Sugul.
“Hah, rasanya ustaz boleh agak kenapa perempuan i
June 22, 2009
Changeling Dan Harapan Sharlinie
[image error]
Sudah lama Sharlinie sepi.
Wajahnya sudah lusuh di tempelan poster yang tersisa.
Sesekali langkah saya terhenti, menoleh ke wajah anak kecil itu. Tidak mampu memikirkan jawapan tentang persoalan yang sudah sekian lama tinggal tanda tanya.
Di mana Sharlinie?
Ingatan saya kembali menerjah fikiran dan perasaan, tatkala menonton sebuah filem berdasarkan kisah benar, bertajuk CHANGELING. Filem tahun 2008 arahan Clint Easterwood ini, dilakonkan dengan jayanya oleh Angelina Jolie yang memegang watak Christ
June 21, 2009
Selamat Datang ke Server Baru
Gambar Hiasan
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah perpindahan server yang menampung segala isi perut Saifulislam.Com yang sebelum ini dihoskan di USA telah selamat dipindahkan ke Malaysia.
Tujuan utama pemindahan dilakukan adalah untuk mengatasi masalah kesukaran akses khususnya bagi pengunjung utama Saifulislam.Com yang datang dari Malaysia, mewakili lebih 50% daripada trafik keseluruhan yang dicatatkan. Semoga dengan perubahan ini, para pengguna Streamyx, Celcom Broadband, Maxis Broadband, P1 W1MA
Petua Berjaya Yang Luar Biasa
[image error]
Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.
Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.
Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.
Pertandingan memanjat pokok pinang.
30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.
Sang murai menjer