Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 139
June 21, 2009
Petua Berjaya Yang Luar Biasa
[image error]
Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.
Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.
Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.
Pertandingan memanjat pokok pinang.
30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.
Sang murai menjer
June 18, 2009
Apakah Kemunafiqan Bukan Lagi Suatu Persoalan?
[image error]
Lama dahulu, saya menulis sebuah artikel bertajuk SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM?
Sepatutnya tidak perlu dibezakan di antara Islam dengan Muslim. Sesiapa sahaja yang menisbahkan Islam kepada dirinya dengan Syahadah adalah Muslim. Tetapi ada kalanya, Islam boleh berada di satu lembah dan Muslim berada di suatu lembah yang lain. Tatkala Muslim hanya memakai nama Islam tetapi membelakangkan prinsip Islam, Muslim itu Muslim, tetapi ada nama baru untuknya, iaitulah MUNAFIQ.
Munafiq tidak wujud di era Islam m
Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan
ISLAM memimpin perubahan.
Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut.
Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya.
Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan sebesar PAS di Malaysia. Dengan keahlian mencecah sejuta, sebahagiannya menyertai PAS dengan kefahaman Tarbiyah, manakala sebahagian yang lain menyertainya dengan kesedaran Siasah.
June 15, 2009
Penjenamaan Semula Dakwah dan Imarah Masjid
[image error]
Sesuatu yang dilakukan, hanya berbekas dan berkesan apabila ia sudah menjadi tabiat dan kebiasaan. Melaziminya dari semasa ke semasa.
Namun, tatkala sesuatu itu menjadi kebiasaan, timbul pula kesan sampingan yang baru. Kebiasaan dilakukan secara ritual hingga hilang serinya. Hilang sense of purpose pada melakukan perkara itu. Lihat sahaja nasib yang menimpa sekumpulan manusia yang kebingungan memikirkan belenggu The Ashram Cat.
Justeru, penjenamaan semula atau rebranding, bukanlah pada mendatangka
June 13, 2009
Usrah, Fathi Yakan Dan Perjuangan: Agar Jalan Itu Tidak Dialpakan
Menerajui BADAR pada tahun 1991
1990
“Hasrizal, bangun!” saya dikejutkan.
Allah… jam menunjukkan pukul 3 pagi. Siapa pula ini?
“Oh, abang. Baiklah saya bangun” saya terkejut melihat abang Zam berdiri di sisi katil. Seperti biasa di tangan kirinya ada sebatang kayu, teman berjalan malam.
Badan saya terasa amat sakit. Maklum sahaja siang tadi sekolah mengadakan sukan tahunan. Saya seperti biasa, mewakili ‘rumah hijau’ untuk acara tarik tali, dan lontar peluru. Sungguh memenatkan.
Tetapi, tidak pula sa
June 11, 2009
Jiwa Dai’e Otak Faqih
[image error]
Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?
Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum m
June 10, 2009
Mereka Kaum Yang Menghafal
[image error]
“Shh! Shh!” kedengaran satu suara dari belakang.
Kerusi saya ditendang-tendang perlahan.
“Shoo (apa hal)?” saya menoleh ke belakang.
“Soalan nombor dua, jawapannya di muka surat berapa?” tanya seorang pelajar.
Arab.
Mahu meniru rupanya.
“Nanti saya tanya pensyarah, boleh tak bagi jawapan pada kamu” saya memberitahunya.
“Jangan, jangan, jangan!” katanya sambil membetulkan tempat duduk.
Geli hati saya dibuatnya. Tetapi macam penghormatan pula jadinya apabila ada pelajar Arab mahu meniru pelajar Malaysia.
June 8, 2009
Hanya Itu Yang Kupinta
[image error]
Tiada nikmat hidup seindah peluk restu seorang ibu
Tiada nikmat hidup seindah azimat kata seorang bapa
Tiada nikmat hidup seindah setia seorang isteri
Tiada nikmat hidup seindah doa seorang anak
Aku tidak meminta dunia dari-Mu ya Allah.
Cukuplah sekadar nikmat-nikmat itu
Pelengkap nikmat beriman aku kepada-Mu
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
Hello world!
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!
June 7, 2009
Akademi Lakonan Muslim
[image error]
Saya tidak kecewa dengan komen-komen negatif berkaitan pembabitan saya dengan produksi drama CINTA SEMPURNA. Seperti kata orang sebelah sana, “when we sit to judge, we are being judged“.
Semua orang ada tanggungjawab yang ditanggung, akan disoal dan perlu dijawab nanti.
Hasrat saya untuk melihat drama dan filem Malaysia menerima angin tajdid, bukan angan-angan tetapi saya memaksudkannya. Cuma, dalam lingkungan pengaruh yang kecil, saya sedar batasan yang ada pada saya justeru saya bertindak sekada


