Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 137
July 12, 2009
Kembara Satu Dalam Seribu
[image error]
"Sejuk betullah!" saya menggigil di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman.
"Di Turki, entahlah. Lebih sejuk pastinya," Nushi juga berpeluk tubuh sambil melangkah laju masuk ke dewan berlepas.
Perjalanan dari Amman ke Istanbul dengan penerbangan Royal Jordanian pagi itu sedikit terlewat. Seperti biasa. RJ yang kadang-kadang disebut sebagai ALIA, disinonimkan dengan slogan Always Late In Arrival!
Departure apatah lagi.
[image error]
Sayu hati saya melihat pesawat-pesawat Iraqi Airways yang tersadai di kir
Segalanya Bermula di Sini
[image error]
"Anta tak pergi umrah cuti ini?" tanya Jamnul Azmin, sahabat saya.
"Tak. Cuti lepas bukankah baru ke sana. Nanti pergi umrah macam pergi melancong pula. Suka-suka!" saya menjawab.
"Habis tu, cuti panjang ni, anta tu bukan jenis yang duduk rumah. Apa perancangannya?" soal beliau, faham dengan penyakit 'kaki bertahi lalat' saya.
"Belum pasti. Tapi mesti keluar," saya membalas.
Jordan adalah sebuah negara yang sangat menarik untuk dilawat. Kesan sejarah dan kesan geografinya sungguh menguja semua. Berm
July 10, 2009
Pulanglah Natrah
[image error]
Ia kebetulan yang menyedihkan.
Sebulan yang lalu, saya berceramah di Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa' mensyarahkan kitab Apa Erti Saya Menganut Islam dan sebahagian masa diperuntukkan untuk berbicara tentang Sheikh Fathi Yakan, penulis buku berkenaan.
Tiga hari selepas itu, beliau kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2009.
Sebulan selepas itu, saya kembali ke al-Nidaa' untuk melangsaikan kuliah terakhir di dalam siri syarahan kitab Apa Erti Saya Menganut Islam. Sejarah kemunculan gerakan Islam sedunia
July 9, 2009
Khutbah Jumaat: Impian Umar Terhadap Anakmu
[image error]
Sidang Jumaat rahimakumullaah,
Di dalam sebuah rumah di Madinah, 'Umar al-Khattab radhiyallaahu 'anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, "nyatakan harapan kamu!" Salah seorang daripada mereka berkata, "impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad."
Kemudian 'Umar berkata lagi, "nyatakan harapan kamu!" Seorang lagi sahabat berkata, "impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara
July 7, 2009
Manhaj Salaf Tidak Melurus Bendulkan Siasah
[image error]
Jika tidak banyak yang dapat saya belajar semasa menuntut ilmu di Bumi Syam, ada sesuatu yang sentiasa tersemat di dalam diri hasil sentuhan ilmuan dan pejuang Islam di sana.Manhaj Salaf tidak pernah mengajar kita menjadi manusia yang naif atau lurus bendul tentang Siasah.
Mungkin itulah satu kelebihan yang banyak ditawarkan oleh peluang pengajian di bumi Jordan.
Para Ulama' di sana ramai yang bermanhaj muhadditheen, ramai yang mendukung aliran Salaf dalam pendekatan mereka. Namun Ulama' yang meng
July 6, 2009
Nilai Dakwah di Dalam Syurga Cinta
[image error]
Jodoh ada tiga jenis jodoh.
Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.
Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.
Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.
Dialog di atas adalah kemuncak kepada perjalanan kisah yang dipaparkan oleh filem SYURGA CINTA arahan terkini Pengarah Ahmad Idham. Saya suka kepada
Dilema Fitnah di Hujung Lensa
[image error]
"Ustaaazzz, Assalamualaikum!" terdengar suara kuat bertempik dari anjung surau.
Saya terkejut.
Capati dilepaskan kembali ke pinggan.
"Err, wa 'alaikum al-Salaam" saya membalas salam beriringan dengan senyuman.
"Saya sudah lama mencari peluang mahu bertemu dengan ustaz. Nak minta tandatangan buku ni!" kata beliau.
Seorang anak gadis yang hadir bersama ke Kuliah Maghrib saya malam itu.
Pakcik-pakcik yang sedang menjamah hidangan ringan usai ceramah dan Solat Isyak itu nampak terkejut dengan keramahan an
Dari Lambor Kiri ke Gombak Untuk Memberi
[image error]
Saya jarang ke sekolah.
Puncanya mudah.
Semakin jauh jarak usia, semakin mencabar usaha untuk mencari ketepatan hikmah di dalam dakwah. Apa yang kita fikir, mungkin jauh daripada apa yang ada di benak fikiran, adik-adik yang terpisah oleh dua dekad usia.
Namun tatkala merenung usaha untuk mendidik anak sendiri, saya sedar akan kekurangan yang saya hadapi. Saya kekurangan banyak kemahiran untuk membantu anak sendiri yang sudah bukan anak kecil lagi, tetapi masih di usia yang jarang saya temui di dal
July 5, 2009
7 Tahun Kita Bersama
[image error]
7 tahun yang lalu… hari yang penuh debaran.
Jika dahulu, kami teruna dan dara, kemudian mengikat janji setia membina perkahwinan dan rumahtangga, subuh itu kami mendaki kehidupan yang seterusnya, untuk bergelar ibu dan bapa.
Muhammad Saiful Islam dilahirkan… ketika kami dagang di negeri orang.
Bumi Belfast yang jauh di hujung benua, menyambut tiba si cahaya mata. Dengan rasa syukur setinggi-tingginya, Alhamdulillah menyimpul kata.
Hari ini, 6 Julai datang lagi. Sebagai batu tanda tentang perjalanan
July 2, 2009
Forum Cabaran Remaja di ADDIN RTM1
[image error]Jumaat 3 Julai 2009
Forum ADDIN secara langsung daripada IBS Angkasapuri, disiarkan di RTM1 jam 3 petang
Moderator: Al-Fadhil Ustaz Hj. Ahmad Shukri Yusuff
Panelis:
Al-Fadhil Prof. Dr. Sidek Baba (UIAM)
Al-Fadhil Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.Com)
TAJUK:
CABARAN REMAJA
Siaran boleh ditonton dari pautan ini