Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 134

August 23, 2009

Nota Ringkas: Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan?

[image error]

"Mengapa Ramadhan tidak berkesan?" soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya.

Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.

Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.

Mengapa?

[image error]

Allah Subhanahu wa Ta'aala sudah memberikan friendly reminder, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses y

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 23, 2009 16:30

August 22, 2009

Ngomelan Satu Ramadhan

[image error]

Penatnya 'puasa'!!!

Hari pertama Ramadhan sungguh dingin.

Hujan turun mencurah-curah semenjak terbenamnya suria Syaaban petang semalam.

Cuaca sebegini menimbulkan pula rasa sayu di hati menyambut kedatangan bulan Ramadhan kali ini. Namun terselit juga rasa syukur dan gembira kerana Ramadhan kali ini kami sudah berenam. Ia Ramadhan pertama Ahmad Muizzuddin bersama kami sekeluarga.

TARAWIH PERTAMA

Semalam, saya membawa Saiful Islam bertarawih di Masjid Fatimah al-Zahra' di Taman KOSAS. Saya memilih mas

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 22, 2009 00:42

August 21, 2009

Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan

[image error]

Sirna mentari di ufuk Syaaban

Tiba malam yang penuh erti

Dalam kelam bersinar keindahan

Ramadhan tiba sekali lagi

Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan buat seluruh pengunjung teratak Saifulislam.Com.

Semoga kedatangan Ramadhan ini disambut dengan kesihatan tubuh badan, keringanan beramal kebaikan, kesungguhan memperbaiki kekurangan, kemaafan melapangkan jalan kebahagiaan.

Suburkan siang dengan hablun minannaas.

Suburkan malam dengan hablun minallaah.

Seeru 'alaa barakatillaah.

Abu Saif Hasrizal A

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 21, 2009 04:28

August 20, 2009

Khutbah Jumaat: Ramadhan Menamatkan Perhambaan Diri

[image error]

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Malam ini kita akan menerima kunjungan bulan Ramadhan yang dinanti-nanti. Bulan yang menyediakan segala kebaikan, dilimpahi dengan segala kemuliaan, dihiasi dengan segala ketaatan, bulan manusia membangunkan diri mereka demi mengejar nilai TAQWA, sebagaimana yang dipesankan saban minggu di atas mimbar Jumaat ini.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183:

[image error]

"Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas dirimu, sebagaimana ia telah diwaj

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 20, 2009 20:46

August 19, 2009

Hos Geldin Ramazan

[image error]

"Bunyi apa tu Fatih?" saya terkejut.

"Bunyi apa?" Fatih bertanya kembali kepada saya.

"Itu! Bunyi seperti orang mengetuk gendang" saya kehairanan bagaimana Fatih boleh tidak perasan. 

"Oh, itu bunyi gendang sahur. Di tempat agabeycim tidak adakah benda begitu?" Fatih bertanya.

Tidak pernah pula saya mendengar ada amalan mengetuk gendang membangunkan orang untuk bersahur di Malaysia. Kalau ada pun, sekadar kerantung. Ada sesetengah kampung, mereka membaca al-Quran dan ada juga yang membaca Tarhim.

"Ka

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 19, 2009 10:10

August 18, 2009

Koleksi Artikel Persiapan Menjelang Ramadhan

[image error]

"What you see is what you get," tidak jemu-jemu kita menyebut ungkapan ini.

Justeru Ramadhan juga demikian kisahnya. Cara seseorang melihat Ramadhan, banyak menentukan hasil yang bakal diperolehinya.

Semoga artikel-artikel ini dapat menyuntik sesuatu sebagai bekalan diri mempersiapkan diri menjelang kedatangan Ramadhan kali ini.

Pemikiran Skeptik Yang Menyakitkan UmatAidilfitri Mengekori KrismasKemaafan Yang KudambakanPetanda Sayang di Bulan SyawwalSelamat Hari Raya Aidilfitri 1429HPerpisahan Ram

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 18, 2009 22:51

August 16, 2009

Pemikiran Skeptik Yang Menyakitkan Umat

[image error]

Habib Bourguiba

"Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?" seorang hadirin ceramah mengkritik.

"Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?" tambah seorang lagi.

Semua naik angin.

Marah dengan Habib Bourguiba.

Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987.  Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.

Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengel

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 16, 2009 22:38

August 15, 2009

Muiz Sudah Sebulan

[image error]

Jarum jam berputar-putar.

Saya juga masih berkejar-kejar.

Tanpa sedar, Ahmad Muizzuddin sudah pun sebulan mencecah usia.

Hari ini tiba-tiba saya terasa yang Muiz sudah tembam. Ada juga rasa terkilan di dalam diri sebab kesibukan kerja menjadikan saya kurang menghayati setiap perkembangan Muiz. Sedar-sedar, sebulan berlalu dan keluarga ini sudah berenam.

Apa yang pasti, Muiz sangat tenang dan tidak banyak ragam. Rasanya, boleh dikategorikan sebagai bayi yang kuat tidur. Masakan tidak, semasa dimandik

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 15, 2009 08:35

August 13, 2009

Kenangan Terhalal

[image error]

"Ustaz tidak pernah bergaduh dengan isteri?" tanya sahabat saya.

"Bergaduh yang macam mana?" saya menoleh kepadanya.

Perjalanan ke lokasi program masih jauh. Masih banyak masa untuk berbual dan bertukar kisah. Kalau boleh, biarlah kisah yang boleh mencelikkan mata.

"Bergaduh. Bertengkar atau salah faham. Tak semestinya sampai baling-baling senduk dan tudung periuk," jelas beliau.

"Tak ingat kata P. Ramlee?" saya bertanya kepadanya pula.

"Kata-kata yang mana tu, ustaz?" soal beliau. Matanya masih teku

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 13, 2009 13:16

August 12, 2009

Pergi Tak Kembali

[image error]

Sungguh mengejutkan.

Saya menerima sms daripada Ustaz Zabidi Mohamed kira-kira jam 11:40 pagi tadi.

Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan nasyid nombor satu negara, Rabbani, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi. Beliau yang sedang menjalani rakaman program Syahadah di RTM, rebah, dipercayai akibat serangan jantung. Ustaz Asri Ibrahim dibawa ke Hospital Pantai dan diisytiharkan meninggal dunia di situ.

Kehilangan Ustaz Asri Ibrahim amat dirasa kerana beliau dan nasyid

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 12, 2009 21:20