Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 132
September 22, 2009
Petanda Kasih di Bulan Syawwal
"Bedah, abah dengan emak nak ke surau. Kalau hujan nanti, angkat jemuran ni ya. Jangan lupa!" jerit Haji Ahmad dari kereta.
Bedah mengangguk-angguk sambik tersenyum mengunci pagar.
Kilat berdentum di langit, tanda beratnya awan menanggung beban.
Selesai sahaja kuliah zohor dan solat berjemaah, Haji Ahmad dan isteri balik ke rumah semula.
"Hai, janganlah Bedah lupa pula ya. Lebat betul hujan tadi. Sampai nak dengar ceramah pun susah" kata Hajah Asma kepada suaminya. Haji Ahmad mengangguk setuju.
Se...
September 20, 2009
Kemeriahan Aidilfitri
[image error]
Power Rangers di pagi Syawwal
"Eh, yang tu Manchester ke, atau United?"
"Awak bertolak pukul berapa? Kita pukul 13, sebab itu kita sampai cepat!"
"Abi, nanti Yop masa cuti sekolah, Yop duduk rumah Haris 4 bulan boleh tak?"
"Hai, tok!"
Dialog-dialog di atas menceriakan suasana Aidilfitri kali ini.
Anak cucu berhimpun, riuh rendah jadinya. Semua petah bercakap tetapi entah apa yang dicakapkan. Kami yang ibu bapa ini hanya menahan ketawa melihat gelagat anak-anak buah yang pelbagai karenah.
Di satu...
September 18, 2009
Salam Aidilfitri 1430H
[image error]
Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…
Di kesempatan ini, saya bersama Ummu Saif, Yop Saif, Naurah, Imad dan Muiz mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Kullu 'Aam wa Antum bi Alf al-Khair…
Khusus buat warga pengunjung blog Saifulislam.Com.
Juga buat teman pembaca buku Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin.
Tidak dilupakan rakat peminat dan teman pengkritik teledrama Cinta Sempurna.
S...
September 16, 2009
Khutbah: Kemerdekaan Diri di Aidilfitri
[image error]
FORMAT PDF UNTUK CETAKAN KHATIB [image error]Allah Maha Besar, Allah Maha Agung, Allah Maha Segalanya. Allahu Akbar, Wa Lillaahil Hamd.
Sidang Jamaah Muslimin dan Muslimat, rahimakumullah,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang hadirin sekalian, agar TAQWA yang dijana di bulan Ramadhan, jangan disia-siakan. Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar TAQWA dan jangan sekali-kali mati, kecuali dalam keadaan dirimu Muslim kepada-Nya.
Hadirin sekalian, rahimakumullah,
Hari ini adalah hari perayaan. Hari...
September 15, 2009
Dilema Istiqamah Pasca Ramadhan
[image error]
"Hmm, buang masa sahaja kursus-kursus ni. Sedarnya seminggu dua sahaja, lepas itu balik jadi macam dulu-dulu juga!" keluh seorang pekerja yang pesimis dengan kursus yang dihadirinya.
Dia tidak sedar, bukan hanya kursus buatan manusia itu sahaja yang berdepan dengan masalah pi mai pi mai tang tu ini. Hatta yang pergi Haji, sejauh mana dia mampu mengekalkan status 'seperti bayi yang baru dilahirkan ibu' kesan Hajinya itu hingga ke mati?
Juga bagaimanakah pula dengan kursus intensif Ramadhan...
September 14, 2009
Selamat Berjuang Wahai Sahabatku
"Ustaz yakin ana boleh buat?" tanya Ridzuan.
"Keyakinan ana tak penting. Apa yang utama ialah keyakinan anta. Anta yakin?" saya membalas soalan beliau.
"Ana yakin!" jawabnya.
"Fatawakkal 'alallaah…" saya menyudahkan sebuah kesimpulan.
"Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya" [Aal 'Imraan 3: 159]
Ia bukan suatu keputusan yang mudah.
Tanpa bantuan kewangan ...
Facebook: Antara Pro dan Kontra
[image error]
"Ustaz, do you have any networking account?" tanya Saeb kepada saya.
"You mean, like Friendster and Myspace?" saya meminta kepastian.
"Yes. But in the States we don't use Friendster. We're more into Facebook," jelas Saeb kepada saya.
Beliau adalah anak kepada pensyarah saya, seorang warga Amerika Syarikat.
"Oh yeah. I have registered an account but completely forgot about it because there's no one there," saya memberitahu.
"Great. Probably Malaysians are still hanging around Friendster. But...
September 11, 2009
Larangan Bertudung: Lebih British Daripada Britain
[image error]
Gambar hiasan
"Ustaz, apakah boleh dikira darurat untuk kami hadir ke gereja bagi upacara menghormati mayat kegunaan kelas anatomi?" tanya sekumpulan pelajar NUI Galway.
"Dah jauh benar soalan itu pergi" saya membalas.
"Jauh macam mana ustaz?" salah seorang mereka meminta penjelasan.
"Tidak perlu sampai mahu menggunakan peruntukan darurat. Mungkin kehadiran antum ke majlis itu tidak perlu pun. Asalkan kalian ada keberanian membawa isu ini ke perbincangan," saya menjawab.
"Hmm!" keluh si anak...
Ramadhan Merawat Latah Pendakwah
[image error]
"Saya rasa serban yang dipakai itu hanya mengongkong pemikiran. Jumud!" kata seorang lelaki.
"You're Muslim, damn you must be the one from Osama Fan Club!", lagak seorang 'mat saleh' penuh angkuh.
"Ooi bodoh! Berapa kali aku nak panggil engkau. Sini la!" jerit seorang pelajar yang senior setahun.
Mustahil telinga tidak berdesing mendengar komen-komen di atas. Rasa terhiris dan mudah sahaja untuk bertindak balas. Kita ada seribu satu sebab untuk mengiyakan tindak balas kita… sama ada dengan maki ...
September 8, 2009
Ketidakpastian Yang Disengajakan
[image error]
Menanti sebuah malam.
Menanti atau mencari dan memburunya?
Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian.
Entahlah di malam 21, atau malam 23, atau malam-malam ganjil yang lain… Lailatul Qadar dianugerahkan. 9 Ramadhan yang ditempuh Rasulullah SAW di...