Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 128

November 27, 2009

Nostalgia Tanah Suci

Ibadah Haji itu penuh simbolik.

Merenung dan mencari maksud di sebalik ibadah Haji, memerlukan manusia mencelikkan mata hati serta melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Ada cerita di sebalik setiap satu perbuatan.

Ada hikmah di sebalik setiap satu tindakan.

Haji mencelikkan mata hati agar manusia pergi jauh meninggalkan apa yang sekadar terlihat di mata, kepada apa yang lebih menjejak makna.

Nostalgia Tanah Suci adalah nasyid pertama yang saya hasilkan ketika bergelar mahasiswa di...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2009 08:38

November 26, 2009

Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan

[image error]

Semuanya tiada.

Tiada Jualan Murah.

Tiada Lagu Raya.

Tiada rancangan khas di televisyen.

Tiada mercun dan panjut menghias malam.

Segalanya tiada.

Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?

Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2009 08:10

Salam Aidiladha: Sekeping Hati Milik Ibrahim

[image error]

"Selawat Allah ke atas junjungan Muhammad, dan keluarga Muhammad, sebagaimana selawat-Mu ya Allah ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim," bicara tasyahhud kita saban masa.

"Kami berpagi-pagian di atas fitrah al-Islam, dan kalimah al-Ikhlas, dan agama Nabi kami Muhammad sallallaahu 'alayhi wa sallam, dan di atas jalan agama Ibrahim yang Haneef, tidak sekali-kali baginda itu dari kalangan manusia yang menyekutukan-Mu" zikir kita mengiring terbitnya fajar pagi.

Ibrahim bapa sekalian Anbiya'.

Aidilad...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2009 02:50

November 24, 2009

Jangan Bakar Buku!

[image error]

"Boleh saya tengok buku tu?" pinta Yusuf.

"Silakan," saya mengajukan naskhah yang ada di tangan.

Yusuf berkerut dahi. Membelek-belek buku tersebut dan menyelak beberapa lembaran yang kelihatannya bersifat selektif.

"Kenapa buku ini? beliau menyoal.

"Kenapa tidak?' saya agak tidak selesa dengan cara beliau bertanya.

"Imam tidak kenal dengan penulisnya?" soal beliau lagi.

"Oh, itukah isunya. Maksud awak, penterjemahnya atau penulisnya?" saya baru menangkap maksud soalan Yusuf.

"Ya, saya maksudkan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 24, 2009 07:58

November 22, 2009

Imej Baru: Melakar Semangat Remaja Islam


Melihat remaja di usia ini adalah seperti melihat diri sendiri 10 tahun yang lalu, serta melihat anak-anak sendiri, 10 tahun yang akan datang.

Besar kenangan, sebesar harapan.

Kem Hijrah Remaja Islam (KEM HIJRI) lahir daripada keduanya.

Segalanya dihimpun dalam catatan saya tentang realiti dan harapan seorang anak muda yang dilakar 15 tahun yang lalu.

Imej Baru, demikianlah tajuk nasyid yang saya karang serta persembahkan bersama Usrah al–Firdaus 15 tahun yang lalu di bumi Jordan. Tatkala...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 22, 2009 14:04

November 21, 2009

Forum Cabaran Mendidik Generasi-Y

[image error]

"Sebaik-baik kamu ialah kamu yang apa?" mungkin terlontar soalan seperti ini.

"Kamu yang solat Subuh berjemaah setiap pagi?" satu jawapan cadangan.

"Kamu yang berumrah di Mekah setiap Ramadhan?" boleh jadi juga.

"Kamu yang hafiz al-Quran?" mungkin dan barangkali.

Semua amalan di atas amat tinggi nilainya. Namun kesemuanya masih sebuah proses. Bukan itu matlamat akhir dalam beragamanya kita dengan Islam. Setiap proses itu perlu dibuktikan keberkesanannya dengan hasil.

Salah satu hasilnya ialah:

...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 21, 2009 07:10

November 18, 2009

Kuasa Simplisiti: Al-Ghazzali Oleh Deden Himawan

[image error]

Saya sangat percaya dengan kuasa simplisiti.

Keberkesanan pada menyampaikan maksud, apabila sesuatu yang rumit dan membingungkan berjaya diringkaskan dengan rumusan yang komprehensif.

Tidak dinafikan, di dalam sejarah memang ada sesetengah ilmuan yang mahu ilmu dijaga nilai eksklusifnya, justeru persembahan ilmu wajar 'disusah-susahkan'.

KAMUS ARAB

Lihat sahaja pada jenis-jenis kamus di dalam Bahasa Arab. Jika ada kamus yang menyenaraikan perkataan ISTIQAMAH di dalam Bab Alif dan bukannya Qaf...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2009 10:04

Petua Mengajak Anak ke KEM HIJRI

[image error]

"Adam nak pergi kem motivasi?" tanya seorang ibu kepada si anak.

"Brrr!!!" jawab si anak.

Tidak perlu menyusun ayat. Getar bibir itu sudah menceritakan segala-galanya.

"Kenapa tak nak pergi?" tanya si ibu lagi.

"Boring!" Adam jujur menjawab.

Susah untuk menidakkan pandangan anak-anak tentang kem motivasi.

Membosankan, tiada televisyen, tidak boleh guna telefon bimbit, tiada air-conditioner, cari salah kita orang, suruh insaf dan bertaubat dan kena menangis sebab berdosa dengan ibu bapa, kemudian...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2009 06:54

November 17, 2009

KEM HIJRI 1431 DATANG LAGI

[image error]

PENDAFTARAN DITUTUP


[image error]

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) merupakan sebuah kem percutian yang diadakan khusus untuk musim cuti sekolah dan pasca peperiksaan, bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431. Program ini dibentuk khusus untuk mengisi keperluan remaja semasa yang berdepan dengan pelbagai cabaran, sebahagiannya sulit untuk difahami oleh generasi ibu bapa. Kecelaruan membabitkan persoalan pandangan hidup (worldview), agama, nilai, emosi, cinta, akademik dan kerjaya masa depan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2009 05:00

KEM HIJRI 1431 DATANG LAGI – Pendaftaran Dibuka

[image error]


[image error]

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) merupakan sebuah kem percutian yang diadakan khusus untuk musim cuti sekolah dan pasca peperiksaan, bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431. Program ini dibentuk khusus untuk mengisi keperluan remaja semasa yang berdepan dengan pelbagai cabaran, sebahagiannya sulit untuk difahami oleh generasi ibu bapa. Kecelaruan membabitkan persoalan pandangan hidup (worldview), agama, nilai, emosi, cinta, akademik dan kerjaya masa depan. Kepercayaan bahawa...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2009 05:00