Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 125
January 6, 2010
Soalnya Siapa Kamu
[image error]
"Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Alhamdulillah, Turki tu bumi berkat. Banyak makam sahabat dan orang soleh di sana" kata seorang kenalan.
"Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Mesti best, Turki tu cantik. Pemandangannya indah tak terkata" komen seorang kenalan lagi.
"Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Bagus tu, Turki ni banyak peluang perniagaan. Boleh pertimbangkan bisnes kain lace, barang kulit, tudung sutera dan kristal" aju seorang lagi kawan.
"Oh, ustaz biasa pergi Turki ya? Hehe… Turki tu...
January 5, 2010
Di Jalan Pegangan Yang Masih Gelap Itu
"Setiap tahun masjid saya berdepan dengan masalah yang sama. Jemaah berbalah tentang kaedah terbaik menyelesaikan masalah mengerjakan solat Isyak pada musim panas di Belfast," saya memulakan bicara.
Saya merujuk kepada Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi tentang krisis yang tidak berkesudahan di Belfast.
Setiap tahun, apabila tiba musim panas akan ada satu tempoh yang tiada waktu Isyak memandangkan kepada kedudukan Belfast yang jauh ke Hemisfera Utara. Ia situasi yang penyelesaiannya berada d...
Seruan Sebelum Bertindak Diam
[image error]
Semasa berkuliah di Surau al-Naim Wangsa Maju tempoh hari, saya telah menyentuh sedikit berkenaan dengan hal ini dalam suasana kita membincangkan Surah al-Kahf sebagai benteng penyelamat dalam konflik di antara Iman dan Materialisma (fitnah intelektual Dajjal).
Isunya ialah, keperluan kita untuk melihat isu penggunaan kalimah Allah di dalam The Herald secara yang lebih tersirat berbanding dengan hanya menghukum pada yang tersurat. Itu kehendak Surah al-Kahfi, yakni Muslim mesti menjadi good...
January 4, 2010
Bekalan Titik Mula
[image error]
"Sabarlah emak, Ina nak ke Shah Alam bekerja kilang ini sebab emak. Nak tolong emak. Dah lama emak susah" Ina teresak-esak menahan rasa.
Memeluk emak yang kesedihan mahu melepaskan anak.
Suasana di perhentian bas di tepi jalan berhampiran Sekinchan itu sungguh hiba dan pilu.
Drama ibu dan anak.
Setibanya Ina di rumah sewanya di Shah Alam, hampir 30 kali sehari beliau menghantar sms kepada emak di kampung.
"Mak, Ina dah makan. Mak dah makan?"
"Mak, tadi Ina beli sikat baru!"
"Mak, Ina nak tidur ni."
D...
January 2, 2010
Metod Khalifah Adalah Laskar Pelangiku
"Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?" saya melontarkan soalan kepada seorang teman.
Wajahnya berubah sedikit.
Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj.
Fitnah Dajjal adalah fitnah intelektual. Sesuatu yang sangat abstrak pada menukar baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik.
Daripada...
Metod Khalifah Menangkis Fitnah Dajjal
"Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?" saya melontarkan soalan kepada seorang teman.
Wajahnya berubah sedikit.
Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj.
Fitnah Dajjal adalah fitnah intelektual. Sesuatu yang sangat abstrak pada menukar baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik.
ANTARA...
January 1, 2010
Memberi Menambah Kelebihan Diri
source: www.earthmothercrafts.com
"Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara" kata seorang tukang kayu.
Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.
Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.
Pergi bercuti sepuas hati.
Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.
"Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku...
Memberi Akhirnya Kepada Diri

December 29, 2009
Resepi Lawan Menjadi Kawan
Ilmam, Wali, Zul dan Ashraf, antara tenaga pasukan KEM HIJRI 1431
"Kenapa dalam program anjuran pelajar universiti, kita perlukan ramai fasilitator hingga ada program yang ahli jawatankuasanya lebih ramai daripada peserta, sedangkan dalam program kendalian syarikat jururunding latihan, kita boleh kurangkan jumlah fasilitator ke tahap minima?" saya bertanya.
Kami baru sahaja selesai menutup KEM HIJRI.
Setelah semua peserta dan ibu bapa beredar, kami bertungkus lumus mengemaskan lokasi dan...
December 26, 2009
Lebih Sabar Daripada Gunung
[image error]
"Ustaz, cepat. Ada kes buli!" panggil penghulu.
Panik kami dibuatnya.
Ada kes buli pula. Sungguh mencabar apabila berpuluh-puluh remaja yang saling tidak mengenali dihimpunkan di satu tempat.
"Tapi ustaz jangan cakap kata saya report!" pinta peserta tersebut.
Beliau dilantik menjadi penghulu juga kerana 'dibuli' oleh peserta lain. Maklum sahaja, bagaimanakah seorang pelajar tingkatan 1 boleh menjadi penghulu kepada pelajar yang lebih tua? Tetapi malam itu beliau bertindak bijak. Lewat tengah...