Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 124
January 30, 2010
Motivasi Pagi MHI TV3: Erti Hidup Pada Memberi
[image error]
Rakaman segmen Motivasi Pagi TV3 bersama Ahmad Fedtri Yahya: Erti Hidup Pada Memberi
"Anta percaya tak kalau ana katakan bahawa 1 jam pertama setiap pagi, adalah penentu kepada keseluruhan hidup kita dalam sehari?" saya berbual dengan seorang teman.
"Percaya. Pengalaman kita semua ke arah itu. Jika mulakan pagi dengan tenang, tertib, elok Solat Subuhnya, elok mood, minda dan fizikal, maka Insya Allah eloklah keadaan diri sepanjang hari" katanya.
"Kalau mulakan hari dengan Subuh Gajah?" saya...
January 24, 2010
PERMAI 2010: Misi Memanggil Muslim Pulang
[image error]
Keluarga PERMAI 2010 Bandung, Indonesia
Alhamdulillah, PERMAI 2010 sudah melabuhkan tirainya.
Saya cuba memberikan yang terbaik. Apatah lagi apabila Tuan Pengarah menyatakan bahawa PERMAI ditangguhkan dari 2009 kepada 2010 semata-mata kerana mahu mengekalkan saya sebagai penceramah. Masuk sahaja Januari 2010, PERMAI berlangsung tidak tertangguh-tangguh lagi.
Lebih 200 orang mahasiswa dan mahasiswi Malaysia dari segenap Kepulauan Indonesia hadir.
Ada yang datang dari Makassar, Sulawesi. Ada juga...
January 20, 2010
PERMAI 2010: Misi Bandung Bermula
Setelah lebih setahun membuat perancangan, hari yang dinanti telah tiba.
Hari ini Insya Allah saya berangkat terbang ke Bandung di Indonesia untuk mengendalikan program anak Malaysia di seberang yang dikenali sebagai Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia atau lebih diwar-warkan sebagai PERMAI untuk tahun 2010.
Program ini merupakan kesinambungan kepada PERMAI 2008 yang telah diadakan di Jogjakarta pada bulan Mei 2008.
Biar pun tema PERMAI 2010 kali ini berkisar pada memperkatakan...
January 18, 2010
Anjakan Paradigma Huffaz al-Quran
[image error]
"Sungguh merisaukan apabila ada huffaz yang tidak tahu hendak ke mana" saya meluahkan pandangan.
"Itu sering berlaku, ustaz. Perasaan itulah yang banyak membelenggu pelajar semester akhir" jawab salah seorang sahabat.
Beliau turut gusar dengan perkara yang sama di kalangan rakannya.
Sudah lama saya menanti peluang ini.
Peluang untuk berwacana bersama pada Huffaz al-Quran.
Kelompok insan terpilih yang berpotensi tinggi, tetapi sebahagiannya dibelenggu oleh batasan-batasan yang dibina oleh persepsi ...
January 17, 2010
Jangan Jadi Lilin
"Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!" itulah ungkapan 'indah' yang sering disebut orang kita.
Guru umpama lilin.
Kekasih umpama lilin.
Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.
Simbol pengorbanan.
LIKU DAKWAH
Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan ...
January 15, 2010
Jangan, Monyet. Jangan!
[image error]
sumber: www.clickthecity.com
"Alhamdulillah. Pokok pisang aku sudah mula berputik," kata si kura-kura.
Tidak sia-sia usahanya berbakti kepada tanah.
Biar pun diketawakan orang kerana masih mahu menanam pisang ketika yang sedia di kedai boleh dibeli pada bila-bila masa, kura-kura yakin memakan hasil usaha tangan sendiri, kepuasannya tidak sama. Lagi pun sambil bertani badan pun sihat, cengkerang bersinar.
Lambat pun tidak mengapa.
Asalkan setiap hari ada pertambahan dan peningkatan.
Setiap hari...
January 13, 2010
Pecah Kaca Pecah Gelas, Rosak Bahasa Nak Baca Pun Malas
[image error]
"Ust, sy cdgkan spy ut tulis artikel ttg Badi'zman Said Annursi!" email seorang pembaca kepada saya.
"Sy harap ust dpt update blog ust dgn lbh krp lagi sbb hari2 sy buka n baca. Just 4 ur info!" tulis seorang pembaca di shoutbox blog saya.
Email dan komen di blog dengan bahasa (ejaan) sedemikian rupa semakin menjadi-jadi.
Malah ejaan cacat seperti itu juga diguna pakai di dalam video montaj program, pada kain rentang iklan, malah di televisyen juga! Saya terkasima melihat sebuah syarikat...
January 12, 2010
Belajar Hikmah Cara Socrates
[image error]
Saya menerima sebuah email berbunyi:
"Assalamualaikum ustaz. Saya nak minta pandangan ustaz tentang hasrat saya berhenti belajar. Saya sudah hilang minat dengan study saya sekarang. Untuk pengetahuan ustaz, saya sedang menuntut di sebuah IPT di dalam bidang kejuruteraan. Saya mahu belajar agama, supaya saya faham al-Quran dan al-Sunnah. Kalau boleh saya mahu jadi macam ustaz dan rasanya saya cemburu dengan ustaz. Saya bercadang untuk ke Negara Arab dan mohon ustaz tolong saya dapatkan fund...
January 10, 2010
Taubat Sang Pemalas
[image error]
"Terima kasih ustaz. Azam saya tahun ini, saya mahu hadir lebih kerap lagi ke majlis ilmu. Nak berubah!" kata seorang anak muda.
Beliau hadir ke salah satu program saya baru-baru ini.
"Alhamdulillah. Baguslah begitu. Semoga istiqamah," saya memberi semangat.
"Ustaz tahu kenapa saya nak berubah?" tanyanya kepada saya tanpa diminta.
"Kenapa?" saya tidak tahu apa yang saya tidak tahu.
"Saya kasihan tengok orang macam ustaz!" ujar beliau.
"Kasihan macam mana? Ustaz gembira sahaja. Berceramah sentiasa l...
January 9, 2010
Faith in the Job – An Interview with The Star Newspaper
By PRIYA KULASAGARAN
Religion plays an important role in society, but religious teachers do more than teach people to pray.
USTAZ Hasrizal Abdul Jamil's family was not amused when he spurned a scholarship in economics to pursue theology.
"Choosing to do Islamic Studies while having excellent academic results was not seen as a sensible option," says the 35-year-old.
"My idea was to overcome the stigma, because it's not right that this field is seen as a last resort."
After...


