Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 120
March 31, 2010
Hempedu Persahabatan
[image error]
Pahit bagai hempedu!
"Sabarlah… kawan aku dahulu sakit macam ini juga. Walaupun dia meninggal dunia, aku yakin engkau mampu mengatasinya!" seorang teman yang baik hati memberi nasihat.
Hatinya baik.
Tetapi hati yang tidak dipandu akal, menyebabkan mulut ditimpa bebal. Bercakap sesuatu dengan maksud yang baik, tetapi salah memilih perkataan. Dia menyangka perkataannya bisa mengurangkan penderitaan teman yang diziarahi. Hakikatnya, perkataan simpati yang dilontar itu sungguh pedih dan membunuh...
March 29, 2010
Bintang Ramadhan di Tanah Kepulangan
[image error]
"Mr. Imam, bolehkah awak bacakan saya mana-mana kenyataan al-Quran yang bercakap tentang Mary?" Anthony bertanya kepada saya.
"Boleh. Sebentar ya. Saya ambilkan terjemahan al-Quran di situ" saya menyambut permintaannya.
Pagi itu saya menerima kunjungan Anthony, seorang pemuda Katholik.
Beliau menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Saya berbesar hati menerimanya, apatah lagi Anthony bermazhab Katholik. Amat sukar untuk bertemu dengan seorang Katholik yang memeluk Islam di Belfast.
Pagi...
Wacana Nikah dan Talaq di Facebook
[image error]
Facebook mempunyai coraknya yang tersendiri.
Banyak perkara yang dilakukan oleh blog, tidak mampu dilakukan oleh Facebook.
Dalam masa yang sama, ada juga perkara yang boleh dilakukan oleh Facebook, tidak mampu dilakukan oleh blog.
Untuk sebuah artikel ditulis di blog, saya meluangkan masa sekitar satu ke dua jam untuk menyiapkannya. Sedaya upaya, saya cuba membaca kembali apa yang telah saya tulis sebelum menyiarkannya. Pemilihan perkataan yang betul, diusahakan sebaik mungkin agar tidak...
Harga Sebuah Tandatangan
[image error]
"Tunggu laaa!" kata seorang pelajar sekolah kepada kumpulan kawannya.
Seorang pelajar sekolah menyertai barisan pembeli buku saya yang menunggu giliran untuk buku mereka saya tandatangani. Beliau kelihatan gelisah. Mungkin kerana takut terpisah daripada kelompok kawannya yang lain.
Saya memerhatikan pelajar itu sambil melayan tetamu di gerai Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Di tangan pelajar itu adalah salah sebuah buku Macam-macam Syaitan hasil nukilan Pakcik Bad. Di hati saya ada andaian bahawa...
March 28, 2010
Pesta Membaca Buku Bermula!
[image error]
Dengan lafaz Bismillaah al-Rahmaan al-Raheem, saya merasmikan Pesta Membaca Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.
Bacalah.
Buku sudah dibeli.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 telah selamat melabuhkan tirainya.
Pesta Buku kali ini meriah.
Tetapi di dalam kemeriahan itu, hampir tidak ada MENTERI KABINET yang datang berkunjung. Hampir tidak ada ARTIS BUKAN NASYID yang datang bertandang.
Apakah politik kita diterajui oleh kelompok bukan pembaca buku? Seserius itukah artis-artis kita bukan...
March 22, 2010
Buku: Antara Berat dan Ringan
[image error]
Mesej ini disampaikan semasa PERTAMA berlangsung di Jordan baru-baru ini
"Saya sangat berminat membaca buku-buku sejarah tentang kepahlawanan tokoh Islam dan kejayaan-kejayaan silam. Apa saranan ustaz tentang hal ini?" tanya seorang rakan.
Beliau baru sahaja memulakan langkah kembara ilmunya di Dataran Syam.
Email yang beliau hantar sejurus sebelum saya berlepas ke Jordan untuk menghadiri PERTAMA Kali ke-4 di Universiti Mu'tah, membawa mesej yang bercampur baur. Semacam ada kesinambungan...
March 21, 2010
Seputar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
[image error]
Alhamdulillah…
Sabtu dan Ahad pertama untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ini berlalu dengan cemerlang.
Pertambahan 200 gerai berbanding tahun lepas juga menjadi penanda aras kemajuan industri buku dan budaya membaca di dalam masyarakat kita. Malah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said turut menyanggah sangkaan sesetengah kuasawan yang memandang rendah kepada perkembangan industri buku, khususnya buku berbahasa Melayu dan membawa sari pati Islam sebagai mesejnya.
Datuk A...
March 17, 2010
Memperkenalkan Seorang Rasul Kepada Anak-anak
The Opposite Game!
"Susah betul. Macam mana nak buat ni?" saya termenung di hadapan skrin.
Kebingungan.
Berhadapan dengan pelbagai latar belakang peserta dan hadirin di dalam bermacam-macam bentuk majlis dengan seribu satu jenis topik, tidak ada yang sesusah program yang bakal berlangsung Jumaat itu.
Saya menerima jemputan untuk berceramah Maulid al-Rasul. Topiknya biasa. Tetapi pesertanya luar biasa. Ceramah itu bakal disampaikan kepada murid-murid Khalifah Model School (KMS). Medium...
March 16, 2010
Ceria Dalam Memberi
[image error]
Makan seorang sahaja?
Apakah saya seorang bapa yang menghiburkan?
Bagaimanakah perasaan anak-anak setiap kali mereka melihat muka saya?
Pulang dari kerja.
Bangun setiap pagi.
Adakah saya bapa yang menyumbang ceria dan bahagia anak-anak?
Atau saya bapa yang merunsingkan?
Menakutkan?
Menggerunkan?
Membosankan?
Terima kasih kepada percutian ke Melaka baru-baru ini.
Tiada ASTRO, tiada taman tema. Tiada sumber-sumber kegembiraan yang lain. Hanya saya sebagai bapa. Menguji kebapaan saya. Adakah saya mampu...
March 14, 2010
Buang Bayi: Kejutan Budaya di Tanah Air Sendiri
"Rizal, hati-hati di luar negara nanti. Takut terkena kejutan budaya!" kata emak.
Kami berpelukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz, Subang, malam September 1993.
Bukan emak sahaja. Saudara mara, pegawai penaja, kawan-kawan, semua berpesan dengan pesanan yang sama.
"Hati-hati dengan kejutan budaya"
Tetapi setibanya saya di Jordan, saya tidak mengalami apa yang dinamakan sebagai kejutan budaya. Malah selepas tamat pengajian dan berhijrah ke Eropah, saya tidak mengalaminya...