Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 119
April 12, 2010
14 April 2009: Mengimbas Sebuah Perjalanan
[image error]
Bersama sepupuku Kak Junita seawal usiaku satu tahun (1975). Lahir di Hospital Besar Ipoh pada 14 April 1975
[image error]
Ketika berusia 5 tahun. Yang tinggi itu adalah abangku Hasnizul. Si montel di hujung kiriku ialah Hasli Izwan Amir Hamzah, jiran sebelah rumahku yang kini merupakan salah seorang athlet penembak negara
[image error]
Gambar raya pada Julai 1983, semasa berusia 8 tahun (sudah bercermin mata)
[image error]
Mewakili sekolah di dalam acara Hafalan al-Quran, Julai 1986 ketika di Darjah 5
[image error]
Berbakat juga di dalam koir...
Antara Optimis Dan Pesimis
[image error]
"Senyum!" saya memfokuskan kamera.
"Hahaha!" kami semua ketawa.
Saiful Islam semakin kehilangan gigi susunya. Satu demi satu gigi tercabut. Ada yang dicabut di klinik gigi, ada yang main cabut sendiri. Maka jadilah senyumannya demikian.
Demikian yang bagaimana?
Antara optimis dan pesimis… nampak apa?
Gigi yang tiada, atau gigi yang masih ada, atau gigi yang bakal ada?
CARA MEMANDANG
Seorang yang pesimistik dalam pemikiran, berkecenderungan untuk melihat sisi gelap terhadap segala sesuatu. Sentiasa...
April 9, 2010
Lahabib: Antara Nilai Islam dan Muslim
[image error]
Belfast itu memang sebuah MEDAN
"Imam diminta pergi ke B&B di Jalan Universiti. Ada seorang anak yatim yang ingin kami temukan dengan Imam" kata pegawai kebajikan tersebut.
Saya mengangguk.
Menjadi seorang Imam dan pendakwah, oncall bukan mengikut jadual persis seorang doktor. Sentiasa bersedia untuk apa sahaja.
"Apa latar belakangnya?" saya bertanya kepada pegawai tersebut.
"Kami menemuinya merayau-rayau kebingungan di bandar. Apabila ditanya, beliau pula mempunyai masalah bahasa. Apa yang saya...
April 8, 2010
ATN Drama vs Buku: Tajuk Serupa Tetapi Tidak Sama
[image error]
Semenjak sebulan dua yang lalu, saya semakin kerap diajukan soalan yang bertanyakan tentang sebuah drama bersiri bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA di ASTRO PRIMA 105.
Apakah drama tersebut berdasarkan buku saya yang mempunyai tajuk yang sama, AKU TERIMA NIKAHNYA?
Drama Aku Terima Nikahnya yang diarahkan oleh Saudara Saipul Bahari Othman, diterbitkan oleh Layar Consult Sdn. Bhd. Skripnya ditulis oleh guru skrip saya, Ustaz Zabidi Mohamed. Drama komedi 13 episod ini sudah beberapa kali ditukar...
April 5, 2010
Kelahiran di Sebalik Kematian
[image error]
"Kami mahu menjemput Imam untuk solat jenazah di Funeral Home!" kata pegawai polis tersebut.
Bingung.
Solat jenazah.
Di Funeral Home?
Saya kehairanan.
"Siapa yang meninggal dunia?" saya bertanya.
"Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun" jawab pegawai polis itu.
"Baiklah. Saya panggil beberapa orang lagi dan kita berangkat 10 minit lagi" saya bersetuju.
Tengah hari itu saya berjaya mengumpulkan kira-kira 7 orang jemaah masjid. Kami bertolak ke Funeral Home itu dengan sebuah kereta limosin ...
April 3, 2010
Ke Gereja Untuk ke Masjid
[image error]
"Asyhadu an Laa Ilaaha IllaLlaah. Wa Asyhadu anna Muhammadan Rasoolullaah!" saya melafazkan syahadah.
Laura mengulang bilah-bilah kesaksian itu dengan penuh kesungguhan.
"Alhamdulillah. Welcome back, sister!", saya menadah tangan mengucap syukur.
Laura menangis.
Bukan sedih.
Tetapi riak wajahnya menampaknya suatu kelegaan yang besar.
Pagi itu Laura telah mengisytiharkan keIslamannya di hadapan saya dan beberapa warga masjid, termasuk beberapa muslimat yang saya jemput untuk meraikan Laura.
"Thank...
Tazkirah Dari Kembara Gilgamesh
[image error]
Mesopotamia
Bagi seorang Muslim yang mengkaji Tamadun, langkahnya pasti diringi dengan usaha mengesan Tauhid dan Taqwa pada perjalanan jatuh bangun kehidupan manusia.
Walaupun sukar untuk diputuskan secara yakin bahawa tamadun-tamadun seperti Mesopotamia itu menerima utusan Rasul yang kita ketahui, namun galian-galian arkeologi dan kajian terhadap seni bina bandar-bandar seperti Ur, menampakkan kesan agama yang tinggi. Agama itu pula mesti agama yang menjunjung Tauhid. Hanya Tauhid yang...
April 2, 2010
Berkata Yang Baik-baik, Atau Diam Sahaja
[image error]
Seminggu dua ini, saya menjadi tidak cukup tangan untuk menyelesaikan pelbagai write up untuk pelbagai pihak. Dan saya menjangkakan ia akan berterusan untuk seminggu dua lagi kerana jadual bulan April saya yang padat.
Saya cuba menulis satu dua artikel, tetapi nyata sekali menulis tanpa HATI dan perHATIan, sukar sekali. Maka ada baiknya saya praktikkan ingatan Nabi Sallallaahu 'alayhi wa sallam:
[image error]
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu 'alayhi wa sallam telah...
April 1, 2010
April Fool: Antara Barat dan Keparat
[image error]
"Kawan saya ni memang hidup cara Barat. Biar pun baik hatinya, tapi akhirnya bercerai juga dengan isteri. Apa nasihat yang patut diberi kepada orang macam ni, ustaz?" tanya salah seorang hadirin dalam program ceramah saya.
"Hidup cara Barat itu tidak menjadi punca masalah, jika yang dimaksudkan itu ialah bercakap bahasa Inggeris, makan makanan Eropah atau berpakaian mengikut format orang sana," saya cuba menyuluh perspektif.
Di Barat sendiri, jumlah mereka yang memeluk Islam cukup tinggi...
March 31, 2010
Hempedu Simpati Dalam Persahabatan
[image error]
Pahit bagai hempedu!
"Sabarlah… kawan aku dahulu sakit macam ini juga. Walaupun dia meninggal dunia, aku yakin engkau mampu mengatasinya!" seorang teman yang baik hati memberi nasihat.
Hatinya baik.
Tetapi hati yang tidak dipandu akal, menyebabkan mulut ditimpa bebal. Bercakap sesuatu dengan maksud yang baik, tetapi salah memilih perkataan.
Dia menyangka perkataannya bisa mengurangkan penderitaan teman yang diziarahi. Hakikatnya, perkataan simpati yang dilontar itu sungguh pedih dan membunuh...