Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 118
April 28, 2010
Gurindam Jiwa Menjadi Garam
[image error]
Fikiran saya buntu.
Jari saya lumpuh untuk menulis. Akal pula kelam memikir. Sukar sekali untuk saya coretkan sesuatu, sedangkan jiwa ini bergelora dengan sejumlah bimbang dan resah yang parah. Lazimnya gelisah ini reda dengan menulis. Tetapi kali ini resah itu pula yang melumpuhkan upaya saya untuk menulis dan berkata-kata.
Segalanya bagai tiada hujung pangkal. Semuanya kelam dan tiada kepastian asal usulnya.
Jalan tidak berpijak, terbang tidak melayang. Fikir tidak berhasil, menung tidak...
April 25, 2010
Kalaulah Tidak Kerana Syurga
[image error]
Terima kasih kepada budak nakal di sebelah itu yang mengejutkan saya sehingga dia tertidur. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam membenci tidur meniarap. Namun yang ini ialah TERTIDUR, bukan tidur.
Hujung minggu baru-baru ini adalah sebuah jihad.
JUMAAT
Saya memulakan pagi Jumaat dengan ceramah Pengurusan Stres di Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan UKM. Sudah tentu pendekatannya sedikit berlainan daripada modul-modul pengurusan stres yang sedia ada di dalam bank modul saya memandangkan...
April 22, 2010
Memperkenalkan Pasukan STC
[image error]
HALAMAN WEB SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY
WWW.STC.MY
Saya banyak menerima email yang dihantar bertanyakan peluang bekerja dengan saya.
Semua email itu saya simpan.
Jauh di sudut hati, timbul pula keresahan.
Saya sudah tidak mampu bergerak sendiri, malah tidak mahu untuk terus bergerak sendiri. Saya perlukan sebuah pasukan, sebagai memenuhi Sunnatullah dalam kehidupan. Tetapi saya khuatir. Email-email yang pernah saya terima, datang daripada orang yang kelihatannya 'memuja' atau...
April 20, 2010
Perkahwinan Jarak Jauh: Bual Pagi di FB
April 17, 2010
Diam Dengan Nama Allah
[image error]
Air tenang jangan disangka tiada buaya
"Imam, saya mahu dapatkan penjelasan awak" kata Ali.
"Silakan" saya mengajak beliau duduk di kerusi.
"Tak apa. Tak payah duduk. Saya minta Imam bukan Quran terjemahan itu!" tegas Ali.
Saya kaget.
Mengapa begitu tegang intonasi Ali?
Saya mencapai naskhah terjemahan al-Quran di dalam Bahasa Inggeris yang berada di pejabat. Terjemahan versi Dr. Muhammad Taqiuddin Al-Hilali dan Dr. Muhammad Muhsin Khan.
"Buka surah al-Ikhlas" Ali memberikan 'arahan'.
Saya patuh.
"Cub...
April 16, 2010
Bawalah Hatimu Pulang Ke Asalnya
[image error]
Sepetang di Antrim
"Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan Imam" Abdellah menahan saya di pintu masjid selepas Solat Asar.
"Waalaikummussalaam. Insya Allah semampu yang mungkin, saya cuba membantu. Apa masalahnya, brother?" saya berhenti sambil merenung langit yang gelap dipintas awan mendung.
"Saya mahu mengajak Imam ke rumah saya. Saya harap Imam dapat membantu abang saya" jawab Abdellah.
Beliau merupakan salah seorang jamaah yang bersolat di masjid kami.
"Eh saya tak pernah tahu pun yang...
April 14, 2010
Menolak Zina Dengan Mujahadah, Bukan Karamah!
[image error]
"Saya rasa ustaz berfikiran begini kerana ustaz sendiri tidak kahwin semasa belajar. Maka ustaz tidak faham keperluan berkahwin semasa belajar itu. Ustaz tidak dapat memberi pendapat di sini!" tegas Aliyyah, seorang mahasiswi.
Komennya tajam.
Saya pula, bukanlah berbicara tentang kahwin semasa belajar.
Apa yang saya bincangkan adalah soal kahwin tergesa-gesa tanpa pertimbangan yang lunas.
Tetapi kerangka fikir mahasiswi itu menarik untuk diberi perhatian.
SULUHAN KISAH YUSUF 'ALAYHI AL-SALAAM
Ia ...
English Ustaz, English!
[image error]
Rombongan dari sebuah sekolah Katholik di Belfast ke masjid kami
"Imam, can I suggest you something?" Bilal memanggil saya.
"Yes, please. Like always!" tersenyum.
"The word etiquette should be pronounced as et-i-kit" Bilal membetulkan sebutan saya.
"Et-i-kit… hmm ok. How bad did I pronounce it just now?" saya pun tidak pasti bagaimana kesilapan saya sebentar tadi.
Bilal ketawa.
Beliau menyuruh saya melupakan sahaja kesilapan tersebut.
Apa yang penting, sebutannya telah dibetulkan.
Beberapa bulan...
Jangan Mangsakan Anak Muridku
[image error]
Bersama pelajar-pelajar Malaysia dan Singapura yang setia membantu saya menjalankan tugas sebagai Imam. Gambar ini diambil selepas persembahan nasyid semasa Belfast Islam Centre mengadakan pameran di Newtownard Community Hall, Belfast
Keliru.
Adakah saya gembira dengan tugasan saya menjadi Imam di Belfast?
Ada masanya, saya sakit rindu. Saya akan menatap gambar-gambar lama, membaca kembali salinan-salinan khutbah Jumaat yang pernah saya sampaikan, artikel yang pernah ditulis, termasuk jugalah...
April 13, 2010
14 April 2010: Mengimbas Sebuah Perjalanan
[image error]
Bersama sepupuku Kak Junita seawal usiaku satu tahun (1975). Lahir di Hospital Besar Ipoh pada 14 April 1975
[image error]
Ketika berusia 5 tahun. Yang tinggi itu adalah abangku Hasnizul. Si montel di hujung kiriku ialah Hasli Izwan Amir Hamzah, jiran sebelah rumahku yang kini merupakan salah seorang athlet penembak negara
[image error]
Gambar raya pada Julai 1983, semasa berusia 8 tahun (sudah bercermin mata)
[image error]
Mewakili sekolah di dalam acara Hafalan al-Quran, Julai 1986 ketika di Darjah 5
[image error]
Berbakat juga di dalam koir...