Hasrizal Abdul Jamil's Blog, page 114
July 14, 2010
Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama Ahmad Muizzuddin
[image error]
Pantas sungguh masa berlalu.
Hari ini anakanda kami yang keempat, Ahmad Muizzuddin menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama.
Ahmad Muizzuddin lahir dengan rentetan peristiwa yang penuh debaran. Kejatuhan placenta dan posisi songsangnya semasa di dalam kandungan menyebabkan Muiz dan Ummi terpaksa berbaring rehat di hospital lebih sebulan. Tempoh yang sangat menguji kami semua. Kelahiran Saiful Islam, Naurah dan Imaduddin begitu mudah, namun Allah menguji kami dengan proses kehamilan yang b...
July 12, 2010
Ustaz Haji Nahar Haji Mantamin Dalam Kenangan
Ustaz Haji Nahar Haji Mantamin [dengan ihsan Abu Nuha]
Sudah lama saya tidak ke Kota Kinabalu.
Alhamdulillah hujung minggu ini, saya beroleh rezeki untuk berprogram di Universiti Malaysia Sabah.
Saya yang sudah lama tidak ke bumi Sabah, sengaja melewatkan sedikit penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Hajat utamanya adalah untuk bertemu dengan beberapa orang rakan yang sudah begitu lama tidak bertatap wajah.
Antaranya adalah sahabat lama, yang juga abang dan guru kehidupan, rakan sepengajian, Ustaz ...
July 8, 2010
Motivasi Pagi -5- : Puasa Menjana Manusia Efektif
Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio IKIM.FM jam 7:30 pagi, Khamis 8 Julai 2010:
Tema: Menghargai sebuah kehidupan. Melakukan yang terbaikSyarat utama ialah mengeluarkan diri dari taklukan faktor luar, membebaskan diri dan memimpin kebebasan itu dengan prinsipBagaimana Islam merealisasikan hal ini? TAQWAPuasa: contoh terbaikTidak makan kerana tiada makanan: tidak menjadi proses / latihan.Ada makanan, memilih untuk tidak makan, kerana Allah – mekanisma latihan...July 7, 2010
Memori Jerayawara di Kota Singa
[image error] [image error] [image error]
Semoga pengalaman yang pertama ini disusuli dengan kerjasama-kerjasama lain di masa hadapan, Insya Allah.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
SHARING IS CARING:
Related posts:Rakaman Kisah di Kota Singa
Selesai Sebuah Kembara di Kota Singa
GRAMEDIA Bookstores: Spa Minda Terkini di Ibu Kota
Motivasi Pagi -4- : Kebebasan Terpimpin
Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio IKIM.FM jam 7:30 pagi, Khamis 8 Julai 2010:
Kebebasan itu membinasakan kerana cuba mengambil sifat Tuhan. Hanya Allah yang tidak bergantung kepada mana-mana pihak.Cabaran anak-anak kita yang dilepaskan ke Menara Gading bukan cabaran duit, silibus dan lain-lain tetapi cabaran kebebasan.Jika di asrama ada ustaz bawa kayu batang pokok nangka ketuk katil Solat Subuh, kini tiada lagi.Ramai musnah dengan ujian kebebasan.Kebebasan...July 6, 2010
Motivasi Pagi -3-: Membebaskan Diri Daripada Taklukan Faktor Luaran
Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio IKIM.FM jam 7:30 pagi, Rabu 7 Julai 2010:
Allah menjadikan manusia dengan potensi yang sama – semua boleh menjadi hebat. Iaitu apa yang dinamakan sebagai fitrah.Manusia sudah terbiasa hidup bergantung kepada bantuan manusia lain bermula daripada detik kelahiran hingga ke kematian. Kebiasaan ini jika tidak diurus tadbir dengan baik akan memberikan kesan yang tidak baik kepada potensi diri apabila kita terlalu terikat dengan...July 5, 2010
Motivasi Pagi -2-: Sentiasa Memberi Yang Terbaik
Berikut adalah nota rancangan Motivasi Pagi yang tersiar di Radio IKIM.FM jam 7:30 pagi, Selasa 6 Julai 2010:
Menyedari akan benarnya sebuah kematian di hujung perjalanan, maka marilah kita menghargai kehidupan ini.Biar pun kehidupan di dunia ini sangat pendek, namun ia menentukan kehidupan tanpa sempadan usia kita di Sana nanti. Biar pun kata sesetengah orang hidup ini sementara, namun hakikatnya kesan perbuatan kita kekal selama-lamanya.Justeru lakukanlah yang terbaik demi menghargai...July 4, 2010
Motivasi Pagi -1-: Menghargai Sebuah Kehidupan
[image error]
Bermula pagi ini, saya akan mula bersiaran di Radio IKIM.FM 91.5, pada jam 7:30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat di sepanjang bulan Julai.
Slot Motivasi Pagi itu mengisi Segmen Warna yang dikendalikan oleh DJ Ustaz Mohd Erwan Johari dan DJ Maslina Alias.
Berikut adalah nota untuk siaran pagi Isnin 5 Julai 2010:
MENGHARGAI SEBUAH KEHIDUPAN
Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri...Percubaan Untuk Memahami Singapura
Bergambar bersama tenaga penggerak MUIS dan Masjid Muhajirin, Singapura
"Kamu, kampung di mana?" tanya seorang pakcik.
"Saya asal dari Ipoh, pakcik" saya menjawab.
"Oh, Ipoh tu susah nak dapat ayam halal ye?!!" ujar pakcik berkenaan.
Tersentak saya dengan kenyataan itu.
Bahasa Kelantannya pekat tapi mesra.
"Bila kali terakhir pakcik ke Ipoh?" saya bertanya.
"Dalam tahun 1968″ jawabnya bersahaja.
Saya hanya mampu menelan air liur dan tersenyum seribu makna.
Alangkan pakcik di Kelantan boleh mempunyai t...
June 30, 2010
Road Tour di Singapura
Program sudah dirancang semenjak awal tahun lagi.
Terima kasih kepada warga kerja Masjid Kampung Singlap yang tidak serik berurusan dengan saya.
Alhamdulillah setelah pelbagai rintangan dan kekangan berlaku, akhirnya apa yang dirancang semakin menghampiri perlaksanaannya. Esok Insya Allah saya akan berangkat ke Singapura untuk mengendalikan Road Tour selama tiga hari di sana. Pelbagai program diatur membabitkan kelompok pelajar sekolah dan Madrasah, remaja belia, masyarakat umum dan beberapa...